Browsing Tag

riyadh

Al-Quran qiraat
Antarabangsa,

Manuskrip al-Quran 7 qiraat jadi tarikan di Pesta Buku Antarabangsa Riyadh

NASKHAH al-Quran dengan tujuh qiraat (pelbagai cara bacaan) antara tarikan yang boleh disaksikan pada Pesta Buku Antarabangsa di Riyadh, Arab Saudi yang dilancarkan pada 29 September lalu.

Memetik laman web Agensi Berita Al-Quran Antarabangsa, Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Belia Oman mempamerkan salinan naskhah berkenaan iaitu manuskrip al-Quran yang jarang ditemui di negara berkenaan.

Difahamkan, salinan kitab suci itu merupakan mashaf berasal dari abad ke-12 Hijriah yang ditulis oleh kaligrafi, Abdullah bin Bashir al-Hadrami.

Tidak seperti mashaf biasa, al-Quran dengan tujuh qiraat itu bermula dengan halaman kiri bagi setiap bahagian dan ia dibahagikan kepada lapan helaian atau 16 halaman.

“Salinan itu mempunyai 240 muka surat dengan setiap halaman mengandungi 15 baris. Sementara itu, notasi pada tujuh bacaan terdapat dalam nota kaki,” katanya sebagaimana dipetik menerusi portal berita iqna.ir.

Baca juga Pelajar kurang pendengaran di Indonesia hafal al-Quran guna bahasa isyarat

Istimewanya, dalam setiap helaian, manuskrip kitab suci itu bermula dengan permulaan ayat dan berakhir dengan akhir ayat itu atau ayat lain.

Al-Quran qiraat

PAMERAN Buku Antarabangsa Riyadh 2022 menyaksikan sebanyak 1,200 syarikat penerbitan dari 32 buah negara mengambil bahagian. -FOTO: IQNA.IR

Malah, huruf pertama dalam baris pertama adalah sama dengan huruf pertama dalam baris terakhir pada halaman sama.

“Itulah keunikan kaligrafi Abdullah kerana beliau dikatakan mahir menyelaraskan halaman dan baris.

“Malah, keselarasan antara baris dan muka surat serta keindahan seni khat adalah antara ciri utama manuskrip,” tulis artikel berkenaan.

Baca juga Lelaki Jordan Miliki Al-Quran Terkecil Dunia, Habis Baca Surah Al-Baqarah Guna Mikroskop

Pesta Buku Antarabangsa Riyadh 2022 menyaksikan kira-kira 1,200 penerbitan yang mewakili 32 negara yang mengambil bahagian dalam acara berkenaan.

Pada program itu, Oman yang turut menyertainya membawa masuk buku pelbagai genre termasuk sejarah, kesusasteraan, fiqh, bahasa Arab, falsafah dan perubatan.

***Foto: Iqna.ir