Browsing Tag

rambut terkeluar ketika solat

rambut terkeluar solat
Ibadah,

Sedar rambut terkeluar selepas solat. Perlu ulangi atau tidak?

RAMBUT terkeluar sedikit atau ternampak kaki ketika solat? Masalah itu mungkin nampak remeh, namun sedar tidak sedar, ia sebenarnya mampu memberikan impak yang besar kepada ibadah dilakukan.

Hal ini kerana menutup aurat merupakan syarat sah solat. Bagi kaum wanita, mereka diwajibkan menutup keseluruhan anggota badannya kecuali muka dan tapak tangan.

Umumnya masyarakat di rantau Nusantara melazimkan pemakaian telekung untuk memenuhi syarat tersebut. Sebenarnya pakaian apa-apa pun dibolehkan selagi mana menutup aurat dan mengikut tuntutan yang ditetapkan.

Tetapi, dalam situasi jika terlihat aurat seperti terkeluar sedikit rambut dan ia hanya disedari selepas selesai solat, adakah ibadah itu perlu diulangi?

Baca juga Syaitan dan jin boleh melihat aurat kita. Ini cara untuk elak dari dipandang

rambut terkeluar solat

RAMBUT termasuk aurat wanita yang perlu dipelihara ketika mendirikan solat. Foto: Unsplash

Turut disyorkan Suami tanggung dosa apabila isteri enggan tutup aurat? Ini penjelasannya…

Berkaitan hal ini, ada pelbagai pendapat dikeluarkan jumhur ulama, seperti yang dinukil daripada portal Mufti Wilayah Persekutuan.

Namun, kesimpulan yang boleh didapati melalui perbahasan daripada para fuqaha adalah seperti berikut:

Aurat yang terkeluar secara sedikit dan tanpa disedari, maka ia adalah dimaafkan. Hal ini kerana, ia berlaku tanpa kawalan (selepas kita berusaha menutupnya) dan dalam masa yang sama tidak disedari.

Baca juga Turban, tudung pendek nampak dada berdosa. Tidak ikut syariat Islam

SOLAT menjadi medan pertemuan kita dengan ALLAH SWT perlulah dilaksanakan dengan sempurna dan seikhlas hati. Foto: Pexels

Baca juga [VIDEO] Wanita berhadas besar tak boleh masuk ke masjid walaupun untuk menimba ilmu dalam majlis agama

Jika pada awalnya disedari, maka wajib ke atas wanita tersebut untuk segera menutupnya dan menyambung solat itu seperti biasa. Solatnya tidak terbatal.

Namun, jika dia menyedari bahawa rambutnya ternampak tetapi tidak mengendahkannya dengan menutup aurat tersebut, maka solatnya adalah batal dan wajib mengulanginya semula.

Ulama Islam, Imam asy-Syirazi berkata,“Maka, jika terdedah suatu pun daripada jenis aurat, sedangkan dia mampu untuk menutupnya, maka tidak sahlah solat.”

Hal ini adalah sama dengan aurat yang lain baik untuk lelaki mahupun perempuan. Jika anda menyedari bahawa aurat terbuka ketika solat, maka cubalah untuk melindungnya tanpa melibatkan pergerakan besar sehingga membatalkan ibadah.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 

Foto: Pexels & Unsplash