Browsing Tag

Puasa tetapi tidak solat

Melewat-lewatkan solat
Soal Jawab Agama,

Status puasa apabila meninggalkan solat

MANUSIA sememangnya mempunyai pelbagai ragam. Setiap daripada kita mempunyai sikap dan perwatakan yang berbeza.

Benarlah kata orang, rambut sama hitam, tetapi hati pula lain-lain. Meskipun demikian, bagi umat Islam, siapa pun diri kita dan apa jua latar belakang mahupun pangkat serta darjat, semuanya tetap sama di sisi ALLAH SWT.

Malah, DIA memfardukan ibadah sama rata kepada semua hamba-hamba-NYA. Tidak boleh tidak dilakukan kerana ia sudah disyariatkan ke atas kita.

Meskipun terdapat keringanan dalam hal tertentu, tetapi ia tidaklah sehingga menggugurkan kewajipan kita selaku hamba-NYA yang taat.

Pun demikian, ketika bulan Ramadan, ada segelintir orang berperangai ‘pelik’ kerana dirinya berpuasa, tetapi tidak menunaikan solat.

Walaupun kelihatan ‘luar biasa’, tetapi situasi itu biasa dilihat. Jika begitulah perbuatannya, bagaimana dengan status puasanya?

Pendakwah Ustaz Muhidin Mokter menjelaskan, puasa dan solat sebenarnya merupakan dua ibadah yang berbeza.

USTAZ MUHIDIN

“Kedua-duanya punya rukun dan syarat tertentu serta kaedah fikah tersendiri.

“Andai seseorang yang berpuasa itu ialah seorang Muslim dan cukup syarat-syaratnya untuk menunaikan ibadah tersebut, selain berniat serta menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa, maka sahlah ibadah yang dilakukannya,” jelasnya.

Namun, persoalan dalam bab solat pula adalah suatu yang berbeza, ungkapnya.

Baca juga Berpuasa, Tetapi Tak Solat

“Seandainya individu itu tidak solat, maka berdosalah kerana solat adalah tiang agama. Sekalipun gugur tuntutan kewajipan berpuasa ke atas seseorang itu, tetapi sekiranya dia tidak solat, maka tetap berdosa hukumnya.

“Ketahuilah, apabila kita mengabaikan atau cuai mengerjakan Rukun-Rukun Islam, maka agama kita tidak sempurna,” katanya mengakhiri bicara.

Foto: 123rf