Browsing Tag

Puasa tapi tak solat

Puasa tapi tak solat
Video,

[Video] Puasa, tapi tak solat?

Puasa, tapi tak solat? Macam mana tu?

SEGELINTIR orang begitu bersemangat ketika berpuasa. Barangkali ibadah berkenaan hanya diwajibkan selama sebulan setiap tahun. Mungkin juga juadah yang disajikan ketika berbuka menjadi antara daya penariknya.

Namun begitu, apabila tibanya waktu solat, ada sahaja alasan individu berkenaan untuk tidak menunaikan kewajipan yang satu itu.

Nampak pelik, tetapi itulah realitinya dalam kehidupan segelintir orang. Dari segi hukum pula bagaimana? Adakah puasanya diterima?

Baca juga Puasa, tapi tak solat

Jom dengarkan penjelasan pendakwah Ustaz Muhidin Mokter dalam segmen Soal Jawab Agama Edisi Ramadan.

Berita Semasa,

Puasa, tapi tak solat

SETIAP orang ada perwatakan yang berbeza. Karakter masing-masing langsung tidak sama walaupun dilahirkan daripada ibu bapa yang sama.

Ya, memang ALLAH menciptakan manusia dengan pelbagai karakter dan ragam. Walaupun ada perbezaan, setiap hamba-NYA perlu melakukan segala perintah ALLAH dan neninggalkan segala larangan-NYA.

Selain perlu berpuasa, kita juga perlu menunaikan solat. Tidak boleh salah satu daripadanya atau membuat pilihan. Memang dua-dua ini kena buat.

Tapi kan, kadangkala ada juga yang culas dalam bab-bab ini. Umpamanya, dia berpuasa, tapi tak solat. Macam mana tu?

Bukannya dia tak solat langsung, tapi ibadah fardu yang dikerjakannya pun kadang-kadang tak cukup waktu. Liat benar nak solat, tapi bab puasa, orang itulah juara. Adakah puasanya diterima oleh ALLAH jika seseorang itu tak solat?

SinarPlus bertanyakan hal itu kepada pendakwah dan penulis, Ustaz Mustafar Mohd Suki.

USTAZ MUSTAFAR

Ini jawapan ringkas beliau tentang persoalan berkenaan:

“Hukum asal meninggalkan solat secara sengaja adalah berdosa besar mengikut pendapat tiga mazhab iaitu Mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie, manakala Mazhab Hanbali berpendapat, orang yang meninggalkan solat secara sengaja terkeluar daripada Islam dengan hujah yang bergitu banyak daripada hadis-hadis Nabi Muhammad SAW.

Hujah kelompok pertama adalah ayat al-Quran: “Sesiapa yang melakukan kebaikan walau sebesar zarah pun, nescaya akan melihat balasannya.” (Surah al-Zalzalah, ayat 7)

Demikian juga hadis-hadis sahih yang mana ALLAH SWT mengeluarkan manusia daripada neraka walaupun mempunyai iman sebesar zarah.

Mazhab Hanbali pula menggunakan hujah hadis sahih riwayat Imam Muslim bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Beza seorang muslim dengan seorang kufur dan musyrik adalah meninggalkan solat” dan di samping hadis sahih riwayat al-Tirmidzi bahawa solat merupakan perkara pertama yang akan dihisab jika berjaya, maka berjayalah segala amalannya.

Kesimpulannya, menurut majoriti ulama seperti Sheikh Atiyyah Saqar, Sheikh Dr Muhammad al-Arifi, Sheikh Dr Muhammad Hasan menyatakan, puasa sah dan sebahagian mereka menyatakan puasanya sah, akan tetapi sia-sia.

Adapun Imam Abdullah bin Syaqiq seorang ulama tabi’in besar, Imam Ibn al-Qayyim dan selainnya berpendapat tidak sah puasa kerana meninggalkan amalan yang paling utama iaitu solat.

Oleh itu, jadikan bulan Ramadan ini sebagai bulan taubat dan memperbaiki ibadat solat agar ibadah puasa kita dipandang ALLAH SWT,” jelas beliau.

Kalau kita tengok dalam Rukun Islam, selepas mengucap dua kali syahadah, umat Islam wajib tunaikan solat fardu lima waktu, diikuti puasa, zakat dan menunaikan haji bagi yang berkemampuan.

Semua itu wajib ditunaikan, cuma yang kelima itu hanya bagi mereka yang mampu.

Ingatlah, kita ni hanyalah hamba ALLAH. Sampai bila-bila pun kita tetap hamba-NYA. Jadi, mahu atau tidak, lakukanlah segala apa yang telah disyariatkan.

Semoga segala yang dilakukan akan diterima-NYA dan beroleh ganjaran yang setimpal.