Browsing Tag

puasa sunat

Hari Asyura
Ibadah,

LIMA kelebihan spiritual dan fizikal berpuasa pada hari Asyura

LIMA kelebihan spiritual dan fizikal berpuasa pada hari Asyura…

TAHNIAH bagi yang berpuasa sunat khamis atau puasa tasu’a hari ini. Insha-ALLAH esok merupakan 10 Muharam yang mana umat Islam disarankan agar melakukan ibadah puasa sunat Asyura.

Bagi yang tidak berpuasa pada hari ini tetaplah usahakan untuk berpuasa hari esok bagi meraih fadilat ‘diampuni dosa setahun yang lalu’. Namun tetap dibolehkan jika hanya berpuasa esok sahaja jika tidak mampu untuk berpuasa dua hari.

Kepada yang tidak mampu berpuasa disebabkan keuzuran atau ada halangan lain, maka berilah makan berbuka kepada orang yang berpuasa. Seolah mendapat pahala puasa mereka tanpa berkurang sedikit pun.

Baca Juga Begitu istimewa Hari Asyura, Rasulullah SAW pun turut mengejar kebaikannya

Berpuasa pada hari ini juga memiliki banyak kelebihan spiritual dan fizikal yang menjadi alasan mengapa para Muslim memilih untuk berpuasa sunat.

Sebagaimana dikongsi laman portal ummahtoday, berikut merupakan lima kelebihan berpuasa terutama pada Hari Asyura ini.

Kanak-kanak dapat pahala

RASULULLAH SAW bersabda bahawa berpuasa pada Hari Asyura dapat menghapus dosa-dosa yang dilakukan dalam setahun sebelumnya.

1. Meningkatkan fokus

Berpuasa dapat membantu meningkatkan fokus. Beberapa kajian menunjukkan bahawa ketika tubuh badan berada dalam keadaan puasa, daya pemikiran akan menjadi lebih tajam.

2. Pengampunan dosa

Salah satu kelebihan besar berpuasa pada Hari Asyura adalah pengampunan dosa. Rasulullah SAW bersabda bahawa berpuasa pada Hari Asyura dapat menghapus dosa-dosa yang dilakukan dalam setahun sebelumnya.

3.Meningkatkan tahap keimanan dan ketakwaan kepada ALLAH

Berpuasa pada Hari Asyura juga dapat menambahkan keimanan dan ketakwaan kepada-NYA.

Artikel Berkaitan 

Dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”

4. Manfaat kepada fizikal (tubuh badan)

Berpuasa sebenarnya memberi banyak manfaat dari sudut kesihatan antaranya bertujuan merehat dan memulihkan sistem pencernaan.

qada puasa sempurna

BERPUASA pada Hari Asyura merupakan sebuah kesempatan berharga bagi umat Islam untuk beribadah serta mendekatkan diri kepada ALLAH, Foto: Unsplash 

Malah, penjagaan sistem pencernaan juga sangat penting bagi mengukuhkan sistem imun badan dan mengelak masalah penghadaman, khususnya ketika berpuasa.

Makanan akan dipecahkan kepada nutrien melalui proses pencernaan sekali gus menyebabkan badan berdepan masalah jika ia tidak dijaga sebaiknya.

5. Kesempatan memperbanyak amal ibadah

Puasa pada Hari Asyura juga memberikan kesempatan untuk memperbanyak amal ibadah lainnya. Selain puasa, umat Islam juga disarankan memperbanyak bacaan al-Quran, berdoa, bersedekah, dan melakukan amal kebajikan lainnya.

Turut Disyorkan Puasa sunat hari Asyura hari ini. Boleh ke hanya puasa 10 Muharram saja. Ini penjelasannya… 

Semua amal ibadah ini dapat mendatangkan keberkatan dan kebaikan bagi diri sendiri dan orang lain.

Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa berpuasa pada Hari Asyura merupakan sebuah kesempatan berharga bagi umat Islam untuk beribadah serta mendekatkan diri kepada ALLAH, dan merenung kembali nilai-nilai keteladanan daripada tokoh sejarah Islam.

Amalan bulan Syaaban
Ibadah,

Amalan bulan Syaaban bukan bidaah, tapi jangan lakukannya khusus untuk bulan atau hari tertentu sahaja

Amalan bulan Syaaban bukan bidaah, tapi jangan lakukannya khusus untuk bulan atau hari tertentu sahaja

AHLAN wa sahlan Syaaban yang mula membuka tirainya selepas Maghrib ini. Ia menandakan bulan Ramadan kian hampir iaitu tinggal sepurnama lagi.

Ketika ini, ramai mula membuat persiapan bagi menyambut kedatangan bulan puasa berkenaan. Ada yang meningkatkan puasa sunat, membaca Surah Yasin pada malam Nisfu Syaaban, solat sunat dan sebagainya.

Meskipun demikian, masih ada suara-suara sumbang yang ‘berbunyi’ apabila terdapat segelintir individu melakukan amalan sunat berkenaan.

Baca juga Tak puasa sunat Rejab ‘tidak mengikut sunah’?

Kelompok berkenaan dengan lantang mengatakan ia merupakan perbuatan bidaah kerana tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Bahkan, bakal menjebakkan diri ke dalam neraka kerana amalan bidaah dhalalah itu adalah menyesatkan.

Malah, sebilangan mereka pula berhujah bahawa semua amalan tersebut tiada nas yang jelas dalam hadis.

Bagaimanapun harus diingat, semua perkara tersebut sememangnya amalan sunat yang biasa dilakukan meskipun bukan dalam bulan Syaaban.

Mantan Timbalan Mufti Selangor, Datuk Abd Majid Omar pernah memberikan ulasan panjang lebar tentang perkara itu sebelum ini.

ABD MAJID

Merujuk kepada artikel bertajuk Amalan Bulan Syaaban: Sunnah Atau Bidaah yang disiarkan di laman web Jabatan Mufti Negeri Selangor, Abd Majid menjelaskan, sebahagian besar umat Islam di Malaysia menerima pakai saranan dan pengajaran daripada guru-guru serta orang tua mereka supaya memperbanyakkan amalan dalam bulan Syaaban.

Ia bersandarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bulan Rejab adalah bulan ALLAH dan ALLAH telah melebihkan darjatnya dari segala bulan seperti halnya kelebihanku atas segala makhluknya, Syaaban itu bulanku dan ALLAH telah melebihkan atas segala bulan seperti kelebihanku atas segala nabi-nabi, dan Ramadan pula adalah bulan umatku dan ALLAH melebihkan atas segala umat.”

Baca juga Syaaban: Jambatan ke Ramadan

Berdasarkan ungkapan hadis tadi, beliau berkata, jelaslah bahawa masyarakat Islam di negara ini membanyakkan amalan pada tiga bulan berkenaan termasuk Syaaban dengan pelbagai jenis ibadah bagi mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.

Amalan bulan Syaaban

MASYARAKAT Islam di negara ini membanyakkan amalan pada tiga bulan berkenaan termasuk Syaaban dengan pelbagai jenis ibadah bagi mendekatkan diri kepada ALLAH SWT. -Foto: Freepik

“Mereka yang sudah sebati dengan amalan tersebut melakukannya kerana melihat pengisian ibadah pada bulan atau hari berkenaan tidak bertentangan dengan syariat Islam.

“Ketahuilah, semua amalan yang diyakini baik untuk bertaqarrub kepada ALLAH SWT,” ungkapnya.

Agamawan itu kemudiannya menyenaraikan contoh amalan yang dianggap dan sememangnya menjadi sunnah Rasulullah SAW.

Berikut perinciannya:

1. Berpuasa sunat.

Banyakkan berpuasa sunat sebenarnya mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW yang melakukan sedemikian pada bulan Syaaban.

Baca juga Banyakkan puasa, rebut amalan bulan Syaaban

2. Membaca Surah Yasin.

Baginda SAW turut menggalakkan umatnya membaca al-Quran. Surah Yasin merupakan salah satu surah dalam kitabullah tersebut. Malah, setiap huruf yang dialunkan semasa mengaji itu akan diberikan ganjaran pahala berganda.

3. Berdoa.

Sesungguhnya, berdoa itu senjata orang mukmin. Bahkan, ALLAH SWT memerintahkan hamba-NYA supaya berdoa untuk DIA memperkenannya.

Amalan bulan Syaaban

SENTIASA berdoa memohon keampunan dan keredaan ALLAH SWT. -Foto: 123RF

4. Bertahlil.

Walaupun terdapat sebilangan individu yang melabelkan tahlil sebagai bidaah, namun segala bacaan di dalamnya terdiri daripada ayat al-Quran, zikir Lailaha illallah, doa dan beristighfar memohon keampunan ALLAH SWT terhadap ahli keluarga yang sudah meninggal dunia agar rohnya dicucuri rahmat.

5. Mengadakan majlis kenduri.

Usahlah memandang ia hanya semata-mata sebagai satu majlis sahaja. Hakikatnya, Nabi Muhammad SAW menggalakkan bersedekah dan mengeratkan silaturahim. Malah, kenduri berkenaan merupakan satu perhimpunan sanak saudara untuk mengeratkan hubungan.

Baca juga Amalan tahunan diangkat pada bulan Syaaban

Melihat betapa baiknya amalan tersebut, Abd Majid menegaskan, tiada larangan untuk umat Islam melakukannya dalam bulan Syaaban.

“Suatu perkara yang harus diingati, amalan-amalan tersebut juga tidak disunatkan kerana bulannya, hari atau malamnya, tetapi yang disunatkan adalah kerana ‘kesunnahan’ ibadah berkenaan.

“Menghidupkan bulan Syaaban dengan amalan yang disebutkan tadi adalah ibadah yang baik bagi mendekatkan diri ke hadrat ALLAH SWT.

“Apa yang menjadi pertikaian pihak-pihak tertentu hanyalah pengkhususan bulan atau hari untuk satu-satu ibadah, bukannya pada pengisian mahupun aktiviti amalan yang dilakukan,” katanya sambil menukilkan pandangan Imam Syafie bahawa amalan yang membawa kebaikan dan tidak bertentangan dengan syariah adalah bidaah hasanah.

Ikuti kami di TiktokInstagramFacebookTwitter dan Youtube Sinar Islam Plus.

***Foto: Canva

Ganti puasa
Ibadah,

Rupanya makruh hukumnya bila kita sengaja batalkan puasa sunat

KETIKA puasa sunat, auranya sedikit berbeza jika dibandingkan dengan mengerjakan ibadah tersebut dalam bulan Ramadan.

Masakan tidak, bukan semua orang berpuasa pada hari atau waktu tertentu berbanding dalam bulan barakah tersebut.

Disebabkan itulah adakalanya iman dan nafsu kita teruji. Lebih-lebih lagi apabila ternampak orang lain makan atau minum di hadapan kita yang sedang menahan lapar dan dahaga.

Akhirnya kita pun rebah dan tidak mampu menahan godaan tersebut, lantas membatalkan puasa berkenaan. Apatah lagi, ia hanya ibadah sunat, bukan yang fardu mahupun puasa qada.

Begitupun, pendakwah terkemuka, Ustaz Azhar Idrus mengingatkan, jika kita berbuka tanpa keuzuran ketika sedang berpuasa sunat, makruh hukumnya.

“Meneruskan puasa sunat sampai waktu Maghrib adalah sunat dan sengaja berbuka tanpa uzur pula hukumnya makruh,” terang beliau sebagaimana dipetik menerusi laman sosial Instagram miliknya.

USTAZ AZHAR IDRUS

Agamawan itu kemudian mengemukakan pandangan yang dinukilkan oleh Imam Taqiyuddin al-Husni dalam kitab Kifayatul Akhyar.

Baca juga Rupanya Ada Banyak Kelebihan Apabila Kita Berpuasa Sunat Isnin Dan Khamis

Ulama yang faqih dalam bidang fikah itu menyatakan: “Dan siapa yang berpuasa sunat, tidak wajib dia habiskan dan disunatkan baginya menghabiskan puasanya itu. Maka jika dia putuskan berpuasa, maka tidak wajib dia mengqadanya, tetapi sunat dia qada. Adakah makruh jika dia putuskan puasa sunat? Jika kerana uzur, tidaklah makruh dan jika tanpa uzur, makruh hukumnya.”

Fakta yang sama turut dikemukakan dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji yang menjelaskan, makruh jika membatalkan puasa sunat dengan sengaja dan tidak diwajibkan mengqadakannya.

Perkara tersebut turut dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Hani RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Seseorang yang berpuasa sunat, jika dia mahu, dia boleh teruskan berpuasa, dan jika mahu dia juga boleh berbuka.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Berdosa jika batalkan puasa qada tanpa uzur

Puasa sunat

BAGI mereka yang berpuasa qada, jangan membatalkannya melainkan disebabkan keuzuran dibenarkan oleh syarak. -FOTO: 123RF

Begitupun, bagi mereka yang menggantikan puasa fardu Ramadan, jangan sewenang-wenangnya untuk membatalkan ibadah itu.

Baca juga [VIDEO] Ini rupanya sebab kenapa isteri kena minta izin suami untuk berpuasa sunat

Memetik artikel Al-Kafi #1299 yang disiarkan menerusi laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum membatalkan puasa qada tanpa uzur yang disyariatkan seperti haid dan musafir adalah berdosa.

Ia sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Hani RA: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah berbuka sedangkan aku berpuasa.” Maka Rasulullah SAW berkata kepadanya: “Adakah kamu sedang mengqadakan sesuatu (puasa)?” Beliau berkata: “Tidak.” Sabda baginda SAW: “Maka tidak memudaratkan (memberi dosa) kepadamu sekiranya ia adalah puasa sunat.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Perkara itu turut dibincangkan dalam kitab Kifayah al-Akhyar. Dalam monumental tersebut, ada dinyatakan bahawa tidak boleh membatalkan puasa qada kerana telah memulakan sesuatu yang wajib melainkan dengan keuzuran dibenarkan syarak.

Puasa sunat

KEPADA mereka yang berpuasa sunat, sempurnakan ibadah tersebut dengan sebaiknya. -FOTO: 123RF

Pandangan sama turut disuarakan oleh Ibn Qudamah dalam kitab Mughni li Ibnu Qudamah bahawa: “Barang siapa memasuki di dalam sesuatu perkara yang wajib, seperti qada Ramadan atau nazar Mua’iyyin atau mutlak atau puasa kafarah, tidak harus baginya untuk keluar daripadanya (membatalkannya).”

Baca juga Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

Kepada mereka yang berpuasa sunat, sebaiknya teruskan ibadah masing-masing sehingga waktu berbuka. Semoga amalan kita diterima oleh-NYA dan menerima ganjaran yang selayaknya.

***Foto: Freepik

Lafaz sumpah
Berita Semasa,

Puasa Hari Asyura singkirkan dosa-dosa silam? Berikut perinciannya

HARI Asyura iaitu 10 Muharam bakal tiba tidak lama lagi. Mengikut kalendar, ia jatuh pada hari Isnin depan iaitu 8 Ogos 2022.

Lazimnya, ramai yang tidak akan melepaskan peluang untuk berpuasa sunat pada hari berkenaan. Masakan tidak, ia merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW.

Ia sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas RA: “Apabila Nabi Muhammad SAW datang ke Madinah, baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura, lalu baginda bertanya: “Apakah ini?” Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana ALLAH telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa, lalu baginda SAW bersabda: “Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu, maka baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Selain itu, dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh Aisyah RA bahawa: “Hari Asyura adalah suatu hari yang mana orang-orang Quraisy berpuasa padanya ketika jahiliyyah. Dan Rasulullah SAW juga berpuasa pada hari tersebut. Ketika sampai di Madinah, Nabi Muhammad SAW berpuasa pada hari Asyura dan baginda menyuruh umat Islam berpuasa pada hari tersebut. Namun apabila difardukan puasa Ramadan, baginda bersabda mafhumnya: “ Sesiapa yang hendak, maka berpuasalah ia (pada hari Asyura) dan sesiapa yang tidak mahu, tinggallah ia (puasa Asyura).” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Baca juga Jangan Lepaskan Peluang Berpuasa Pada Hari Asyura

Melihat ungkapan hadis berkenaan, jelaslah bahawa umat Islam disunatkan berpuasa pada 10 Muharam ini.

Hari Asyura

SIAPA yang berpuasa pada Hari Asyura, dosa-dosanya akan diampunkan oleh ALLAH SWT.

Malah, dalam sebuah hadis, ada dinyatakan bahawa puasa sunat berkenaan akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.

Daripada Abu Qatadah al-Ansari bahawa: “Rasulullah SAW ditanya mengenai puasa pada hari Asyura. Maka, baginda menjawab: “Puasa itu menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (Hadis Riwayat Muslim)

Begitupun, menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Universiti Sains Islam Malaysia, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan, para ulama berselisih pendapat tentang dosa-dosa yang dihapuskan sama ada ia merangkumi dosa kecil atau besar.

DR ZULKIFLI

“Berdasarkan kepada perbahasan ulama, kami berpendapat bahawa dosa-dosa yang dimaksudkan akan dihapuskan bagi sesiapa yang berpuasa pada Hari Asyura adalah merujuk kepada dosa-dosa kecil.

“Sementara itu, dosa-dosa besar itu pula hanya dapat dihapuskan dengan taubat atau rahmat daripada ALLAH SWT serta limpah kurnia-NYA. Inilah pendapat jumhur ulama,” ungkapnya sebagaimana dipetik menerusi laman web maktabahalbakri.com.

Baca juga Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

Bagi mereka yang tiada dosa kecil melainkan dosa-dosa yang besar sahaja, agamawan itu menjelaskan, diringankan bagi individu tersebut dosa-dosa berkenaan berdasarkan kadar amalan sunat itu.

“Sementelah, mereka yang tiada dosa-dosa kecil dan besar, akan semakin bertambah timbangan kebaikannya serta diangkat kedudukannya.

“Hal ini kerana ALLAH SWT sama sekali tidak akan mensia-siakan ganjaran pahala daripada amalan-amalan kebaikan yang dikerjakan oleh hamba-hamba-NYA,” jelas beliau.

Baca juga Puasa sunat hari Asyura hari ini. Boleh ke hanya puasa 10 Muharam saja. Ini penjelasannya… 

Bukan sahaja pada 10 Muharam, umat Islam juga dianjurkan untuk berpuasa sunat pada 9 Muharam yang dikenali sebagai Hari Tasu’a.

Hari Asyura

ALLAH SWT tidak akan mensia-siakan ganjaran pahala daripada amalan-amalan kebaikan yang dikerjakan oleh hamba-hamba-NYA.

Menerusi laman web mais.gov.my, dalam sebuah hadis ada dinyatakan bahawa: “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada Hari Asyura dan menyuruh orang ramai berpuasa, maka para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah! Asyura adalah hari yang diagung-agungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani”. Maka, baginda bersabda: “Jika datang tahun hadapan, kita akan berpuasa pada hari Tasu’a (hari ke-9 di dalam bulan Muharam)”. (Berkata Ibn Abbas, maka belum tiba tahun hadapan, Rasulullah SAW telah wafat.” (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Jika berkesempatan dan berkemampuan, ambillah peluang yang ada untuk berpuasa pada 9 dan 10 Muharam ini.

Semoga segala amalan yang dilakukan diterima oleh ALLAH SWT.

Foto: SinarPlus, 123rf & Freepik 

Didik anak cara Rasulullah SAW
Isu, Pilihan Editor,

Rupanya Ada Banyak Kelebihan Apabila Kita Berpuasa Sunat Isnin Dan Khamis

no comment

SELAIN ibadah puasa yang difardukan pada bulan Ramadan, umat Islam amat digalakkan berpuasa sunat. Terdapat beberapa hari yang dianjurkan jika kita mahu melazimkannya.

Jika diteliti, terdapat puasa sunat yang bersifat tahunan, bulanan mahupun mingguan. Antara yang biasa kita dengar ialah puasa pada hari Isnin dan Khamis.

Masakan tidak, itu adalah antara ibadah yang sering diamalkan oleh kebanyakan daripada kita.

Barangkali kerana ia mudah diingati dan berulang saban minggu, berbanding puasa-puasa sunat lain yang adakalanya memerlukan kalendar sebagai rujukan atau tanda ingatan.

Ketahuilah bahawa Rasulullah SAW menjadi orang yang paling banyak berpuasa sunat pada dua hari berkenaan. Sudah tentu baginda mempunyai sebab tersendiri mengapa Isnin dan Khamis menjadi pilihan melakukan amalan mulia itu.

Mengapakah hari Isnin dan Khamis menjadi pilihan baginda SAW untuk mengerjakan puasa sunat? Bolehkah jika kita melakukan puasa sunat sehari sahaja sama ada pada hari Isnin atau Khamis?

Baca juga Puasa Enam Tampung Kekurangan Puasa Ramadan

Sinar Islam Plus mengajak pendakwah Mohd Khairul Azman Md Daud atau lebih dikenali sebagai MK Azman untuk mengupas lanjut tentang topik berkenaan.

MK AZMAN

Jelas beliau, walaupun umat Islam telah disyariatkan dengan puasa fardu setiap kali tibanya Ramadan, namun kita tetap digalakkan berpuasa sunat, misalnya pada hari Isnin dan Khamis.

Tujuannya adalah untuk membantu seseorang menghayati kehidupan golongan yang kurang bernasib baik dengan berlapar dan rasa dahaga sebagaimana dirasai oleh mereka, ungkapnya.

Sucikan jiwa

“Dalam erti kata lain, kita akan lebih bersyukur dengan kesenangan hidup dan tidak lokek membantu mereka yang hidup serba kekurangan.

“Bahkan, pendekatan sebegini juga memberi seseorang kemampuan untuk mengawal kehendak diri dan nafsu.

“Masakan tidak, semasa berpuasa, umat Islam belajar mengawal kehendak diri seperti lapar dan dahaga serta mengelak daripada berbuat jahat.

“Seterusnya, ia mengekang Muslim bagi melakukan perkara yang membawa kerosakan kepada diri dan aktiviti-aktiviti lain yang tidak bermanfaat. Pada masa sama, berpuasa memberi ruang dan peluang untuk seseorang Muslim menyucikan jiwa mereka, selain membangunkan kesedaran kemanusian dan spiritual,“ katanya kepada Sinar Islam Plus baru-baru ini.

Berdasarkan kepada justifikasi berkenaan, ujar MK Azman, maka tidak hairanlah seorang Muslim yang benar-benar berpuasa dan patuh kepada agama semestinya akan menjadi orang yang baik dan disenangi semua lapisan masyarakat.

“Itulah faedah-faedah terbesar berpuasa dalam agama Islam. Ia bukan sahaja memberi manfaat kepada diri sendiri, bahkan seluruh masyarakat sekitarnya tanpa mengira agama dan bangsa,“ katanya.

Menyambung hujah, pendakwah itu menjelaskan, sebenarnya ada sebab mengapa hari Isnin dan Khamis dipilih untuk kita menunaikan puasa sunat.

Ketahuilah bahawa pada hari Isninlah Nabi Muhammad SAW dilahirkan, dilantik menjadi rasul dan hari berkenaan juga menjadi saksi al-Quran diturunkan kepada baginda sebagaimana disebutkan dalam Hadis Riwayat Muslim, jelasnya.

Sesungguhnya, begitu istimewa hari-hari berkenaan dalam kehidupan Rasulullah SAW.

Baca juga Tidak Mati Berpuasa Kecuali Ajal

MK Azman menambah, orang yang berpuasa sunat pada hari Isnin juga akan mendapat keredaan ALLAH SWT waima di dunia mahupun akhirat.

“Di samping itu, ia dapat melatih diri mereka bersikap mulia seperti yang digalakkan Rasulullah SAW,“ katanya.

Amalan dibentangkan

Puasa Isnin dan Khamis

IBADAH puasa termasuk puasa sunat menjadi perisai kepada kita daripada api neraka.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Dibentangkan amalan-amalan di hadapan ALLAH pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (di hadapan ALLAH) ketika aku berpuasa.“ (Riwayat at-Tirmizi)

Melihat ungkapan hadis berkenaan, MK Azman berkata, disebabkan itulah kita disunatkan berpuasa sunat pada dua hari berkenaan.

“Antara makna hadis itu adalah setiap amalan akan diangkat dan dibentangkan kepada ALLAH SWT.

“Bagi amalan tahunan, ia akan diangkat pada bulan Syaaban. Sementelah, amalan mingguan diangkat pada hari Isnin dan Khamis.

“Bayangkan betapa indahnya apabila amalan-amalan kita dibentangkan di hadapan ALLAH SWT dalam keadaan kita sedang berpuasa,“ jelasnya.

Menjawab satu soalan lain, MK Azman berkata: “Sebenarnya Rasulullah SAW tidak melarang kita berpuasa pada hari Jumaat. Syaratnya, kita hendaklah puasa beriringan dengan hari Khamis atau Sabtu.“

Sabda baginda SAW: “Hari Jumaat itu adalah hari al-Aid (hari raya), maka janganlah jadikan al-Aid kamu itu sebagai hari kamu berpuasa, kecuali kamu berpuasa sebelumnya atau sesudahnya.“ (Riwayat Ahmad)

Puasa Isnin dan Khamis


WALAUPUN bulan Ramadan sudah berlalu, tidak salah sekiranya kita mahu melazimkan diri kita dengan mengerjakan puasa sunat yang mempunyai kelebihan kepada diri bukan sahaja dari segi rohani, tetapi juga kesihatan.

Seperkara lagi, MK Azman menjelaskan, tiada masalah jika segelintir dalam kalangan kita mahu berpuasa sepanjang tahun jika mampu melakukannya.

“Jumhur ulama berpendapat, harus berpuasa sepanjang tahun asalkan seseorang itu tidak memudaratkan dirinya dan mengabaikan tanggungjawabnya terhadap ibu bapa, isteri, anak-anak dan keluarganya.

“Bahkan menurut sejarah Islam, ramai dalam kalangan para sahabat, tabiin dan salafus soleh yang mengerjakan puasa sepanjang tahun kecuali pada hari-hari yang diharamkan puasa,“ terangnya.

Dijauhkan dari neraka

Adakah kita wajib berpuasa sunat pada kedua-dua hari iaitu Isnin dan Khamis atau ia boleh dilakukan secara tunggal iaitu pada salah satu hari berkenaan?

Menjawab persoalan itu, pendakwah Ahmad Hazran Ahmad Kamal atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Aran menjelaskan, tidak disyaratkan kepada sesiapa yang berpuasa sunat pada hari Isnin untuk mengerjakannya pada hari Khamis. Begitu juga sebaliknya.

IMAM MUDA ARAN

“Ini kerana ia bukanlah amalan berangkai atau yang saling melengkapi. Mudah kata, puasa sunat Isnin dan Khamis merupakan amalan sunat yang berasingan.

“Andai kita berpuasa pada hari Isnin, maknanya pahala yang bakal diraih adalah untuk pada hari berkenaan sahaja. Begitu juga dengan puasa sunat hari Khamis.

“Justeru, tiada masalah jika kita ingin berpuasa pada salah satu daripada hari tersebut. Seandainya kita hanya berpuasa pada salah satu hari sama ada Isnin atau Khamis, ia tidak akan mencacatkan amalan sunatnya kerana ia bukanlah amalan yang berkait,“ ujarnya.

Kepada mereka yang melazimkan diri dengan berpuasa, jelas beliau, ALLAH SWT akan menjauhkan wajahnya daripada api neraka selama 70 tahun.

Dalam sebuah lagi hadis lain, Rasulullah SAW bersabda: “Puasa adalah perisai dari neraka sebagaimana perisai salah seorang di antara kalian untuk perang.“ (Riwayat Ahmad)

Berdasarkan hadis berkenaan, ujar Imam Muda Aran, jelaslah bukan calang-calang imbalan yang dijanjikan kepada mereka yang berpuasa walaupun sekadar berpuasa sunat.

“Kenapa dijauhkan daripada api neraka sepanjang 70 tahun? Dalam hal ini, terdapat sebuah hadis yang mana ketika itu ada sahabat duduk dengan Nabi Muhammad SAW. Ketika itu, beliau terdengar bunyi sesuatu terjatuh seperti terhempas.

“Apabila ditanyakan kepada nabi, baginda SAW menyatakan: ‘Ini adalah batu yang dilemparkan ke neraka sejak 70 tahun yang lalu dan sekarang baru sampai ke dasarnya‘,“ katanya.

Menjawab satu soalan, Imam Muda Aran berkata: “Sesiapa yang boleh bangun malam dan berpuasa sunat, ia merupakan antara tanda-tanda ALLAH SWT menerima amalan kita sebelum ini.

“Ketahuilah, apabila DIA menerima amalan kita, maka ALLAH SWT akan memberikan hidayah dan petunjuk kepada hamba-NYA untuk melakukan amalan soleh yang berikutnya.

“Seorang ulama, Fudhail bin Iyadh pernah menyebut: ‘Apabila kamu tak mampu untuk solat malam dan berpuasa sunat pada siang hari, ketahuilah kamu telah terhijab. Dosa-dosa kamu telah membelenggu dirimu‘.

“ Sebelum mengakhiri bicara, Imam Muda Aran menitipkan pesan agar kita membetulkan niat ketika berpuasa sunat. Biarlah ia dilakukan ikhlas semata-mata kerana ALLAH SWT demi meraih keredaan-NYA.

“Jangan pula kita berpuasa kerana ikut orang lain apatah lagi bertujuan untuk menunjuk-nunjuk. Bukan apa, kita bimbang jika niat tadi tidak dibetulkan, sia-sialah amalannya itu.

“Bagi mereka yang istiqamah berpuasa sunat, beruntunglah kerana berpeluang untuk dimasukkan ke dalam syurga ar-Rayyan yang dikhususkan khas untuk ‘kaki puasa‘ dengan izin-NYA,“ katanya.

Puasa beri impak positif pada tubuh manusia

MASIH ada segelintir orang yang menganggap berpuasa merupakan bebanan besar dan menyeksa diri kerana tidak makan serta minum selama lebih kurang 14 jam.

Hakikatnya, Pensyarah Kanan, Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, Prof Madya Dr Zainal Abidin Zainuddin menjelaskan, amalan berpuasa sama ada fardu atau sunat memberi kesan positif ke atas tubuh manusia.

DR ZAINAL ABIDIN

Jelas beliau, ia menjadi signifikan buat masa ini untuk mengawal berat badan dan penjagaan kesihatan. Malah, pendekatan berpuasa sebagai rawatan atau tujuan kesihatan banyak dikaji dan diamalkan.

Katanya, terdapat tiga bentuk kajian iaitu berpuasa penuh, berpuasa berkala dan amalan diet seperti berpuasa.

“Beberapa kajian saintifik mendapati ia sangat berkesan untuk tujuan kesihatan seperti kawalan berat badan, kawalan tumpuan, penyakit berkait kardiovaskular, kawalan dan menghilangkan tahap kesakitan, membantu dalam terapi kanser serta memberi kesan positif ke atas faktor penuaan,“ katanya kepada Sinar Islam Plus.

Bukan itu sahaja, Dr Zainal Abidin menjelaskan, kajian yang dijalankan turut membuktikan kesan positif puasa terhadap kesihatan. Antaranya memperbaiki tekanan darah, lemak dan kolesterol badan, kawalan gula dalam darah dan insulin, fungsi otak dan banyak lagi.

“Keadaan berpuasa menghalang sistem tubuh bekerja keras sehingga sampai ke tahap menghasilkan keradangan.

“Dalam keadaan biasa, ia (keradangan) merupakan tindak balas tubuh dalam proses pencernaan dan proses menghalang jangkitan daripada berlaku.

“Keradangan yang berlarutan pula boleh merencatkan tahap kesihatan seseorang dan membawa kepada penghasilan penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi, kanser dan reumatoid artritis,“ katanya.

Menyambung hujah, ujar beliau, kajian mendapati, amalan berpuasa secara berkala dalam tempoh sebulan berupaya mengurangkan tahap keradangan, seterusnya mengurangkan potensi untuk menghadapi masalah seperti yang disebutkan tadi,“ ujarnya.

Sebelum melakukan pembedahan pun, kata Dr Zainal Abidin, doktor akan meminta pesakit berpuasa antara enam hingga 10 jam.

Dari segi teori, puasa yang diperlukan adalah minimum dua jam sebelum pembedahan.

Walaupun masih terdapat perbezaan pendapat tentang perkara itu, tetapi bagi tujuan keselamatan dan mengelakkan risiko, seseorang dinasihatkan berpuasa, ujarnya.

“Ini kerana asas kepada keperluan berpuasa ini sangat berkait rapat dengan bius (anestesia). Ia disyorkan untuk pembedahan yang melibatkan bius kerana ia akan menyebabkan pesakit tidak sedarkan diri dan tiada deria rasa. Malah, tidak berasa apa-apa semasa prosedur dijalankan.

“Kesannya menyebabkan gabungan sistem dalam tubuh badan tidak menerima apa-apa rangsangan untuk bertindak balas normal. Makanan yang diambil akan melibatkan banyak sistem sebelum diproses dan dicerna.

“Jika perut penuh dengan makanan sebelum pembedahan, kemungkinan kita akan muntah semasa di bawah pengaruh bius adalah tinggi,“ katanya.

Puasa Isnin dan Khamis

ANDAI berpeluang untuk berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, rebutlah masa tersebut dengan sebaiknya kerana banyak kelebihan yang ada padanya.

ANEKDOT

HARI disunatkan, diharamkan dan makruh berpuasa

1. Puasa sunat

– Puasa enam bulan Syawal.

– Puasa Isnin dan Khamis.

– Puasa Hari Putih iaitu pada hari ke-13, 14 dan 15 dalam setiap bulan hijrah.

– Puasa Hari Arafah (9 Zulhijah) bagi orang yang tidak mengerjakan ibadah haji.

– Hari kelapan Zulhijah.

– Memperbanyak puasa pada bulan-bulan haram iaitu Muharam, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijah.

– Puasa pada bulan Syaaban.

– Puasa Asyura (10 Muharam).

2. Hari diharamkan dan makruh berpuasa

– Hari Raya Aidilfitri (1 Syawal).

– Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijah).

– Hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijah).

– Puasa hari Jumaat, Sabtu atau Ahad secara tunggal.

– Puasa hari Syak (30 Syaaban).

– Puasa sunat seorang wanita tanpa izin suami.

– Ulama Mazhab Syafie berpendapat, haram berpuasa pada separuh akhir bulan Syaaban, melainkan kepada mereka yang biasa berpuasa sepanjang tahun atau berpuasa pada hari tertentu seperti Isnin dan Khamis. Begitu juga kepada mereka yang berpuasa nazar atau qada, ia dibenarkan.

Sumber: https://today.salamweb.com/ms/ hari-hari-yang-diharamkan-dan-dimakruhkanberpuasa/, https://today.salamweb.com/ms/ hari-hari-yang-disunatkan-berpuasa/ & https://www. jawi.gov.my/index.php/my/component/content/ article?id=1290

Foto: 123rf, Freepik & Unsplash

Puasa sunat
Isu,

Jangan Lepaskan Peluang Berpuasa Pada Hari Asyura

no comment

KITA masih lagi dalam mood tahun baharu Islam. Barangkali ada yang menyimpan azam untuk membanyakkan berpuasa sunat pada tahun ini.

Alhamdulillah, semoga niat suci itu dapat dilaksanakan dengan penuh istiqamah untuk proses transisi diri menjadi insan yang lebih baik di sisi-NYA.

Bercakap tentang puasa sunat, ketahuilah bahawa Muharam merupakan bulan Islam yang digalakkan untuk berpuasa.

Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik puasa selepas daripada puasa di bulan Ramadan adalah puasa di bulan Muharam.” (Riwayat Muslim)

Menghuraikan hadis berkenaan, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi menukilkan pandangan al-Hafiz Ibn Rajab yang menjelaskan bagaimana baginda SAW menyandarkan bulan Muharam dengan panggilan bulan ALLAH SWT.

DR AHMAD SANUSI

“Ia menggambarkan kelebihan yang ada padanya termasuklah kelebihan apabila kita berpuasa.

“Menurut al-Hafiz Ibn Hajar lagi, bulan Muharam ialah bulan yang terbaik untuk membanyakkan puasa sunat.

“Kata beliau; ‘Dan berkata Ibn Hajar: Para imam kami menjelaskan bahawa bulan yang terbaik untuk menunaikan puasa sunat adalah puasa pada bulan Muharam’,” katanya dipetik menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya pada hari ini.

Meskipun kita digalakkan berpuasa sepanjang bulan Muharam, namun Dr Ahmad Sanusi menjelaskan, terdapat nas khusus yang menceritakan kelebihan berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam).

Baca juga Berpuasa, Tetapi Tak Solat

Ujar beliau, Mulla Ali al-Qari dalam Mirqah al-Mafatih menjelaskan bahawa hadis riwayat Muslim tadi seakan-akan merujuk kepada puasa hari Asyura nanti.

“Namun secara zahirnya, teks (matan) hadis itu merujuk secara umum kepada keseluruhan masa dalam bulan Muharam.

“Justeru, perbanyakkan amalan berpuasa pada bulan Muharam seperti yang disebutkan oleh baginda SAW,” katanya.

Memetik laporan disiarkan liputan6.com, pada 10 Muharam, terdapat banyak peristiwa penting yang berlaku dalam Islam.

Ketika itulah manusia pertama iaitu Nabi Adam AS diciptakan. Begitu juga dengan kelahiran Nabi Ibrahim, selain Nabi Ayub AS disembuhkan daripada penyakit ditanggungnya.

Hari Asyura

DISUNATKAN berpuasa pada sehari sebelum atau sehari selepas hari Asyura berserta puasa sunat 10 Muharam bagi membezakannya dengan kaum Yahudi.

Begitupun, persoalan yang sering menghantui ramai berkaitan puasa hari Asyura adalah sama ada ia boleh ditunaikan secara tunggal mahupun perlu ada ‘kawan’?

Ini kerana golongan Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharam secara tunggal.

Menjawab persoalan itu, memetik artikel Irsyad al-Fatwa ke-135: Adakah Puasa 10 Muharam Perlu Disertai Dengan Hari Selepasnya yang disiarkan oleh laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, umat Islam disunatkan untuk berpuasa sama ada pada 9 Muharam atau 11 Muharam berserta dengan puasa hari Asyura (10 Muharam).

“Ia dengan tujuan untuk menyelisihi dan berbeza dengan golongan Yahudi,” jelasnya.

Kepada mereka yang berhajat untuk berpuasa pada hari Asyura yang jatuh pada hari Khamis ini, jangan lupa juga untuk berpuasa sama ada pada sehari sebelum (hari Tasu’a) atau sehari selepasnya.

Foto: Freepik

Isu,

Bimbang ibadah tak diterima, bolehkah kita ganti puasa Ramadan?

HARI ini sudah memasuki 9 Syawal. Terasa begitu pantas masa berlalu. Rasanya baru sahaja kita habis berpuasa dan meraikan lebaran bersama keluarga kecil masing-masing di rumah pada 1 Syawal tempoh hari.

Malah, mungkin ada yang sudah memulakan puasa enam atau selesai berbuat demikian. Maklum sahajalah, tiada aktiviti ziarah dan rumah terbuka boleh diadakan.

Kesempatan itu bolehlah digunakan dengan sebaiknya untuk kita berpuasa enam. Bagi mereka yang masih belum berpeluang berbuat demikian, jangan risau kerana banyak lagi masa untuk kita berpuasa.

Ganti puasa

ADA segelintir orang risau puasanya tidak diterima oleh ALLAH walaupun berpuasa penuh pada bulan Ramadan tempoh hari, lalu mengambil keputusan untuk menggantikan puasanya.

Bercakap tentang puasa, ada segelintir orang begitu khuatir jika ibadahnya dalam bulan Ramadan tempoh hari tidak diterima oleh ALLAH SWT.

Maka, individu itu bertekad untuk menggantikan atau dengan kata lain qada puasa walaupun berjaya menyempurnakan Rukun Islam ketiga selama sebulan.

Bolehkah kita berbuat demikian? Bukankah qada puasa hanya untuk menggantikan jumlah puasa Ramadan yang ditinggalkan tempoh hari.

Menjawab persoalan itu, pendakwah, Isfadiah Mohd Dasuki menjelaskan, perasaan takut kerana kerana amalan kita tidak diterima oleh ALLAH SWT itu sudah bagus.

ISFADIAH

Itu adalah perasaan yang dimiliki oleh para salafus soleh, ujarnya.

“Bagaimanapun, dalam perihal menggantikan puasa, perlu difahami bahawa kita perlu pastikan betul-betul puasa mana satu yang ‘bocor’ dan perlu digantikan semula apabila tamatnya bulan Ramadan.

“Jika tidak, kita akan dianggap sebagai ghuluw iaitu orang yang berlebih-lebihan dalam melakukan amalan. Lebih baik, kita menambahkannya dengan amalan berpuasa sunat,” katanya.

Baca juga Jangan suka-suka nak batalkan puasa qada kalau tak uzur, ini sebabnya kata agamawan

Beliau turut memberikan contoh berpuasa enam pada bulan Syawal.

“Ia lebih baik dan utama untuk dilakukan. Amalan itu juga sama seperti kita menunaikan solat qabliah dan ba’diah.

“Ketahuilah, solat sunat itu akan menampung kecacatan solat fardu kita. Begitu juga halnya dengan puasa sunat yang menampung puasa wajib,” ujarnya.

Justeru, janganlah kita menjadi orang yang terlalu berlebih-lebihan. Banyak lagi amal ibadah sunat lain yang boleh menampung ibadah fardu kita.

Foto: Pexels

ali-arif-soydas-uwzPks8CE3k-unsplash
Agama,

Hikmah di sebalik bulan Rejab yang ramai tidak perasan…

BERMULA terbenamnya matahari pada hari ini, kita akan mula memasuki 1 Rejab. Ia menandakan bahawa bulan Ramadan al-Karim yang dinanti-nantikan semua umat Islam di seluruh dunia begitu hampir sekali.

Sebelum bulan penuh kemuliaan itu menjengah, pastinya ramai yang sudah mula membuat persiapan untuk menuju Ramadan.

Momentum itulah yang akan menjadi latihan dan mendidik diri untuk meningkatkan amal ibadah sebelum membuat pecutan pada bulan penuh barakah itu kelak.

Antara ibadah lazim yang sering kali dilakukan oleh kebanyakan umat Islam adalah berpuasa sunat pada bulan Rejab.

Sesungguhnya, Rejab menjadi antara bulan Islam yang terkandung keistimewaan dan keutamaannya yang tersendiri. Meskipun nas yang memerihalkan tentang kelebihan bulan itu ada pertikaian dan berstatus dhaif atau palsu, namun ia tidak sedikit pun merencatkan kemuliaan bulan Rejab.

Ini kerana kita masih lagi boleh beramal pada bulan itu, namun tidak boleh disandarkan kepada kelebihan bulan Rejab semata-mata bagi mendapat ganjaran tertentu.

Apakah hikmah yang tersirat di sebalik bulan Rejab berkenaan? Apakah hukumnya berpuasa pada bulan Rejab?

Bulan haram

Ketika melontarkan pertanyaan itu, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah dan Pulau Pinang, Dr Mohd Hapiz Mahaiyadin menjelaskan, bulan ke-7 dalam kalendar Islam itu tergolong sebagai antara bulan-bulan haram dalam Islam.

DR MOHD HAPIZ

Ujar beliau, tiga daripada bulan-bulan Islam berkenaan adalah berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam.

Sementelah, Rejab pula merupakan bulan haram yang terpisah daripada ‘rakan-rakannya’, jelasnya.

Firman ALLAH SWT: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) ALLAH ialah 12 bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab ALLAH semasa ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-NYA).” (Surah at-Taubah, ayat 36)

Berdasarkan kalamullah berkenaan, Dr Mohd Hapiz berkata, jelaslah bahawa terdapat 12 bulan bermula daripada diciptakan langit dan bumi.

Ia tidak kiralah sama ada mengikut kalendar Islam mahupun kalendar lunar. Kedua-duanya mempunyai 12 bulan, terangnya.

“ALLAH memerintahkan agar kita tidak menzalimi diri dan sesama manusia dalam bulan-bulan haram. Umpamanya, peperangan dan apa sahaja perbuatan yang menyakiti manusia adalah diharamkan.

“Benar, kita memang diharamkan melakukan perbuatan zalim itu pada setiap masa. Cuma dalam empat bulan itu, peraturan tersebut menjadi lebih ketat berbanding bulan-bulan selainnya,” ketika dihubungi Sinar Islam baru-baru ini.

Pada bulan-bulan haram itu juga, ujar Dr Mohd Hapiz, sepertimana dinyatakan oleh Ibnu Abbas, ALLAH SWT begitu memuliakannya sehinggakan sesiapa yang melakukan dosa pada tempoh berkenaan, ia akan digandakan berbanding bulan-bulan Islam yang lain.

Begitu juga halnya apabila seseorang itu melakukan amal ibadah, pahalanya juga berlipat-lipat, ujarnya.

“Begitupun, dari segi pahala, sebenarnya sifatnya adalah umum. Katakan kita menunaikan solat sunat, maka pahala pada bulan Rejab ini akan berganda. Begitu juga dengan ibadah wakaf. Mudah kata, pahala akan berganda pada bulan-bulan haram,” katanya.

Menyambung hujahnya, pensyarah itu menjelaskan, darjah keistimewaan bulan Rejab itu boleh dilihat apabila ia memiliki banyak nama.

Bulan Rejab

TUNAIKAN solat berjemaah menggandakan pahala berbanding kita mengerjakan solat secara bersendirian.

Antara nama lain bagi Rejab ialah syahrullah (bulan ALLAH), al-Ashom (memekakkan), al-Ashob (curahan), al-Mu’li (mengangkat darjat) dan lain-lain lagi.

“Meskipun hadis yang memerihalkan tentang Rejab sebagai bulan ALLAH itu sangat lemah, namun, ia bukanlah isu besar. Ini kerana semua itu hanya sekadar nama yang menjadi sebutan dan tidak melibatkan prinsip akidah seseorang ataupun kesabitan sesuatu hukum wajib dan haram,” jelasnya.

Baca juga Jangan lepaskan peluang berpuasa pada hari putih pada setiap bulan. Banyak kelebihan yang boleh kita raih

Amal soleh

Benarkah tiada puasa sunat yang dikhususkan dalam bulan Rejab? Menjawab persoalan itu, Dr Mohd Hapiz yang juga Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara lantas mengiyakannya.

Jelas beliau, kebanyakan hadis yang memerihalkan tentang puasa sunat Rejab itu bersifat dhaif dan palsu.

Ahli akademik itu kemudiannya mengemukakan pandangan Ibn Hajar al-Asqalani yang menyatakan, kelebihan amalan tertentu seperti solat, puasa atau zakat khusus pada bulan Rejab, hampir kebanyakannya adalah tidak tsabit.

“Dalam bahasa mudah, tiada satu pun hadis yang sahih berkaitan dengannya. Namun begitu, seandainya kita menunaikan solat sunat, bersedekah, ziarah ke Baitullah dan melakukan amal soleh lain pada bulan-bulan haram semata-mata untuk mendapatkan pahala berganda, ia tiada masalah.

“Begitupun, andai kata pada bulan-bulan lain kita tidak berpuasa sunat, bersedekah dan seumpamanya, tetapi kerana pahala bulan Rejab, kita hendak sabitkan amalan khusus pada bulan berkenaan, ia tidak benar sama sekali. Ketahuilah, tiada amal soleh yang dikhususkan pada bulan Rejab. Cuma, kita tetap boleh melakukannya sebagai budaya menghidupkan bulan haram,” ujarnya.

Bulan Rejab

UMAT Islam boleh membanyakkan amal soleh tanpa mensabitkan kepada kelebihan bulan Rejab.

Apa jua amalan soleh yang dilakukan, ujar Dr Mohd Hapiz, bulan Islam yang satu itu terselit hikmah yang begitu indah sekali.

Bayangkan ALLAH SWT mengharamkan umat Islam daripada melakukan kejahatan kepada diri sendiri dan masyarakat, ungkapnya.

“Barangkali sepanjang 12 bulan ini, kita seorang pendosa, tetapi sekurang-kurang empat bulan-bulan haram itu segala perilaku yang membawa kepada kejahatan itu terhenti.

Baca juga Tanda taubat diterima akhlak berubah baik, mudah lakukan ibadat

“Tidak kiralah siapa pun kita sama ada orang biasa, pemimpin mahupun orang politik, bertuturlah dengan baik waima di media sosial sekalipun. Usah memfitnah, apatah lagi memburuk-burukkan orang lain.

“Sebaliknya, setiap orang perlu berusaha menjadi agen keamanan yang membawa mesej Islam yang bermakna as-Salam kepada semua manusia.

“Pada masa sama, bersatu hatilah dalam memutuskan rantaian virus Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia pada ketika ini. Insya-ALLAH usaha itu mendapat keberkatan pada bulan haram ini,” nasihatnya.

Dekatkan diri kepada ALLAH

Senada dengan Dr Mohd Hapiz ialah Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Dr Mohd Hasrul Shuhari.

DR MOHD HASRUL

Ujar beliau, sesungguhnya, bulan Rejab mengajar umat Islam agar memfokuskan ketaatan dan menghindari kemaksiatan.

“Pusat Fatwa Negara Mesir menyatakan bahawa kelebihan bulan Rejab adalah tsabit berdasarkan ayat 36, Surah at-Taubah, ayat 36.

“Fatwa tersebut juga menyatakan bahawa dengan kelebihan tersebut, umat Islam boleh mempelbanyakkan amalan soleh seperti solat, puasa, zikir dan seumpamanya untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT,” katanya.

Jelas ahli akademik itu, ada beberapa perkara yang digalakkan oleh ulama salaf soleh pada bulan itu.

Beliau turut mengemukakan pandangan Imam Nawawi dalam Kitab al-Majmu’ bahawa Imam al-Syafie berkata: “Telah sampai kepada kami, sesungguhnya dikatakan: “Bahawasanya doa dikabulkan pada lima malam, iaitu malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama Rejab dan malam nisfu Syaaban.”

Imam al-Syafie juga berkata: “Dan saya menganjurkan (mensunahkan untuk mengamalkannya) semua apa yang dihikayatkan daripada (keutamaan) malam-malam tersebut tanpa menjadikan ia fardu.”

Bahkan, Dr Mohd Hasrul menitipkan pesan agar kita banyakkan berdoa pada bulan berkenaan.

“Pusat Fatwa Negara Mesir juga menyatakan, kelebihan doa juga turut dinyatakan oleh Abdullah ibn Umar seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman,” katanya.

Bulan Rejab

UMAT Islam disunatkan berpuasa pada bulan-bulan haram yang mempunyai banyak keistimewaan, tetapi bukan sebab meraih pahala khusus pada bulan Rejab.

Kepada satu soalan, Dr Mohd Hasrul menjawab: “Menurut Pusat Fatwa Negara Jordan, jumhur ulama dalam kalangan Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan, hukum berpuasa pada bulan Rejab adalah mustahab (sunat) sebagaimana disunatkan berpuasa pada bulan-bulan haram yang lain.

“Dalam Mazhab Hanbali pada pandangan muktamad di sisi mereka bahawa makruh hukumnya jika mengkhususkan berpuasa penuh pada bulan Rejab. Ia untuk mengelakkan sangkaan bahawa ia menyamai puasa Ramadan.

“Namun, kemakruhan tersebut akan hilang jika seseorang itu tidak berpuasa walau sehari dalam bulan tersebut atau turut berpuasa penuh pada bulan yang lain. Ia jua disebut dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah.

“Menurut Imam al-Nawawi dalam Kitab Majmu’ Syarh al-Muhazzab: “Berkata ulama kami; Dan dari puasa yang disunatkan, adalah puasa bulan-bulan haram iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab, manakala bulan yang paling utama adalah Muharam.”

Berdasarkan hujah tersebut, Dr Mohd Hasrul membantu memberi kesimpulan mudah dengan berkata, umat Islam dibenarkan berpuasa penuh pada semua bulan-bulan haram tersebut menurut pandangan majoriti ulama.

“Sebahagian ulama meletakkan syarat tertentu untuk menghilangkan kemakruhannya untuk membezakan dengan bulan Ramadan,” ujarnya.

Segera ganti puasa sebelum menjelang Ramadan

Rejab dianggap sebagai bulan madrasah atau bulan latihan kepada umat Islam sebelum masuknya Ramadan.

Pendakwah Ahmad Hazran Ahmad Kamal atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Aran menjelaskan, disebabkan itulah bulan Rejab dikenali sebagai kunci kebaikan dan rahmat untuk bulan-bulan Islam yang lain.

IMAM MUDA ARAN

Bahkan, ujar beliau, ada ulama mengumpamakan Rejab ibarat kita menanam pokok, Syaaban pula ibarat menyiram tanaman dan meletakkan baja. Sementelah, Ramadan pula bulan untuk kita menuai hasilnya.

“Selain itu, bulan Rejab juga diumpamakan seperti tiupan angin, Syaaban pula sebagai kepulan awan yang membawa hujan, manakala bulan Ramadan, turunlah hujan. Hujan itu satu rahmat.

“Masakan tidak, sebelum kita memasuki bulan Ramadan, sudah tentulah kita mesti ada persediaan sejak awal lagi. Rejab merupakan bulan yang sesuai untuk kita melakukan persiapan menuju ke bulan paling penting, Ramadan al-Mubarak,” katanya ketika dihubungi Sinar Islam baru-baru ini.

Dalam pada itu, Imam Muda Aran turut mengingatkan agar umat Islam yang masih belum melunaskan puasa ganti pada Ramadan tahun lalu agar segera berbuat demikian.

“Ingatlah, apabila kita memasuki bulan Rejab, ia sebenarnya tanda peringatan kita kepada hutang-hutang tersebut. Penting untuk kita selesaikan hutang puasa itu. Ambillah peluang untuk melangsaikannya lebih-lebih lagi dalam bulan haram itu. Jika ingin berniat puasa ganti digabungkan dengan puasa sunat, tiada masalah untuk dilakukan, pahala puasa sunat tetap juga akan diraih,” katanya.

Meskipun tiada amalan-amalan khusus yang dilakukan oleh Rasulullah SAW pada bulan Rejab, namun pendakwah itu memberitahu, para alim ulama melazimkan beberapa amal soleh pada bulan haram berkenaan.

“Ada alim ulama yang melakukan solat sunat mutlak 10 rakaat pada malam 1 Rejab. Tidak kurang juga mereka yang mengamalkan sayyidul istighfar. Memang ada dinyatakan secara jelas dalam hadis sahih bahawa sesiapa yang melazimkannya pada waktu Subuh dan petang dengan penuh keyakinan kepada ALLAH, golongan itu akan dimasukkan ke dalam syurga andai ditakdirkan meninggal dunia,” katanya.

Seperkara, jangan lupa amalkan doa Allahumma bariklana fi Rajab wa Sya’ban wa Ballighna Ramadhan yang bermaksud ‘Ya ALLAH, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami kepada Ramadan.’

“Ia ialah doa yang baik untuk diamalkan. Mudah-mudahan sempat untuk kita masuk ke bulan Ramadan,” ujarnya.

ANEKDOT

Bulan Rejab PERISTIWA penting dalam bulan Rejab

– Rejab bermaksud membesarkan atau mengagungkan.

– Terdapat beberapa kisah istimewa yang berlaku dalam bulan Rejab yang boleh diambil manfaat oleh umat Islam:

1. Peristiwa Israk dan Mikraj.

Dalam peristiwa itulah yang menyaksikan umat Islam difardukan solat lima waktu.

2. Penghijrahan pertama umat Islam ke Habsyah.

Ia bertujuan untuk menyelamatkan akidah umat Islam ketika itu. Mereka ditekan dan diancam keselamatan ketika di Makkah.

3. Pembebasan Baitul Maqdis.

Baitul Maqdis mula dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin al-Khattab RA.

Namun, ia telah ditawan oleh musuh, sebelum Sultan Salahuddin Al-Ayubi merampas semula kota itu pada 27 Rejab 583 Hijrah.

4. Kelahiran Imam al-Syafie.

Pengasas Mazhab Syafie itu dilahirkan pada bulan Rejab 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi di Gaza, Palestin. Beliau merupakan mujaddid abad ke-2 menurut Imam al-Sayuti.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang dinyatakan hasan statusnya oleh Ibn Hajar al-‘Asqalani: “Sesungguhnya ALLAH akan membangkitkan buat umat ini pada awal setiap 100 tahun orang yang akan memperbaharui (mentajdidkan) agama umat ini (yakni yang akan memperbaharui pegangan dan keyakinan umat terhadap agama mereka).” (Riwayat Abu Daud, al-Hakim, at-Tabari dan al-Baihaqi)

Sumber: Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Dr Mohd Hasrul Shuhari

Foto: Freepik & Unsplash

abdullah-arif-Dxi6KbpvUgA-unsplash
Agama,

Jangan lepaskan peluang berpuasa pada hari putih pada setiap bulan. Banyak kelebihan yang boleh kita raih

KITA biasa mendengar orang berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Begitu juga mereka yang sering kali mempelbanyakkan ibadah berkenaan pada bulan Rejab dan Syaaban.

Masakan tidak, berpuasa sebenarnya antara satu cara membersihkan jiwa, selain menahan diri daripada lapar dan dahaga.

Begitupun, jarang sekali sebilangan daripada kita mengambil peluang berpuasa sunat selama tiga hari berturut-turut dalam setiap bulan Islam kecuali bulan Ramadan.

Barangkali ramai yang tidak biasa berbuat demikian lantaran terlalu memberi keutamaan berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.

Ketahuilah, selain hari berkenaan, umat Islam juga dianjurkan untuk berpuasa sunat pada hari putih (Ayyamul Bidh).

Ayyamul Bidh jatuh pada setiap pertengahan bulan Islam. Mudah kata, ia berlaku pada setiap 13, 14 dan 15 bulan qamariah kecuali hari tasyrik pada 13 Zulhijah.

Baca juga Amalan yang boleh tambah dan kurangkan pahala puasa, penting untuk kita tahu

Ada sebab rupanya mengapa hari istimewa itu dipanggil sebagai hari putih. Ia kerana pada malam-malam tersebut merupakan waktu bulan purnama dengan sinaran bulan yang putih.

Meskipun tiada puasa yang dapat menandingi bulan Ramadan, namun puasa sunat hari putih juga sarat dengan kelebihan dan keutamaan yang bukan calang-calang.

Memetik artikel yang disiarkan oleh Tribunnews.com, terdapat tiga keutamaan berpuasa pada Ayyamul Bidh iaitu:

Puasa hari putih1. Melaksanakan wasiat Rasulullah SAW.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa beliau berkata: “Kekasihku (iaitu Rasulullah SAW) mewasiatkan kepadaku tiga nasihat yang aku tidak meninggalkannya sehingga aku mati; berpuasa tiga hari setiap bulannya, mengerjakan solat duha dan mengerjakan solat witir sebelum tidur.” (Riwayat al-Bukhari)

2. Melaksanakan apa yang dianjurkan oleh baginda SAW.

Daripada Abu Dzar bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Jika engkau ingin berpuasa tiga hari setiap bulannya, maka berpuasalah pada tanggal 13, 14 dan 15 (dari bulan Hijriah).” (Riwayat at-Tirmizi & an-Nasai)

3. Umpama berpuasa sepanjang tahun.

Rasulullah SAW bersabda: “Puasa pada tiga hari setiap bulan adalah seperti puasa sepanjang tahun.” (Riwayat al-Bukhari)

Subhanallah, begitu banyak sekali ganjaran yang bakal diperoleh andai kita melakukannya.

Kepada yang berhajat melakukannya, jangan lupa untuk berniat puasa itu.

Puasa hari putihNiatnya berbunyi: Nawaitu sauma ayyamal bidh sunnatan lillahi Ta’ala (Sahaja aku berniat puasa pada hari-hari putih sunah kerana ALLAH SWT).

Seandainya tidak sempat berniat pada waktu malam sebelum berpuasa keesokannya, ia boleh sahaja dilakukan selepas terbitnya fajar. Asalkan kita belum makan dan minum serta melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.

Berikut merupakan tatacara untuk melakukan puasa Ayyamul Bidh sebagaimana dipetik daripada portal Tribunnews.com.

1. Bagi seorang isteri, mereka tidak boleh berpuasa sunat ketika bersama suaminya kecuali apabila sudah mendapat keizinan.

Baca juga [VIDEO] Ini rupanya sebab kenapa isteri kena minta izin suami untuk berpuasa sunat

2. Puasa sunat hari putih dianjurkan untuk dilakukan jika kita tidak bermusafir.

3. Tidak boleh dilakukan pada tanggal 13 Zulhijah kerana ia merupakan hari tasyrik.

Kepada mereka yang mungkin tidak perasan, pada hari ini hingga hari Khamis ini (26 hingga 28 Januari 2021), kita disunatkan berpuasa hari putih. Dalam kalendar Islam, hari ini merupakan 13 Jamadilakhir 1442 Hijrah.

Bagi memudahkan kita merancang puasa sunat Ayyamul Bidh dan puasa-puasa sunat lain pada bulan berikutnya, SinarPlus senaraikan tarikh-tarikh penting untuk rujukan kita pada masa akan datang.

Puasa hari putih1. Januari

26 Januari 2021 (Selasa) – 13 Jamadilakhir
27 Januari 2021 (Rabu) – 14 Jamadilakhir
28 Januari 2021 (Khamis) – 15 Jamadilakhir

2. Februari

25 Februari 2021 (Khamis) – 13 Rejab
26 Februari 2021 (Jumaat) – 14 Rejab
27 Februari 2021 (Sabtu) – 15 Rejab

3. Mac

27 Mac 2021 (Sabtu) – 13 Syaaban
28 Mac 2021 (Ahad) – 14 Syaaban
29 Mac 2021 (Isnin) – 15 Syaaban

4. April

Bulan Ramadan al-Mubarak

5. Mei

Puasa enam Syawal
25 Mei 2021 (Selasa) – 13 Syawal
26 Mei 2021 (Rabu) – 14 Syawal
27 Mei 2021 (Khamis) – 15 Syawal

6. Jun

24 Jun 2021 (Khamis) – 13 Zulkaedah
25 Jun 2021 (Jumaat) – 14 Zulkaedah
26 Jun 2021 (Sabtu) – 15 Zulkaedah

7. Julai

24 Julai 2021 (Sabtu) – 14 Zulhijah
25 Julai 2021 (Ahad) – 15 Zulhijah
26 Julai 2021 (Isnin) – 16 Zulhijah (puasa sunat hari Isnin)

8. Ogos

22 Ogos 2021 (Ahad) – 13 Muharam
23 Ogos 2021 (Isnin) – 14 Miuharam
24 Ogos 2021 (Selasa) – 15 Muharam

Puasa hari putih9. September

20 September 2021 (Isnin) – 13 Safar
21 September 2021 (Selasa) – 14 Safar
22 September 2021 (Rabu) – 15 Safar

10. Oktober

20 Oktober 2021 (Rabu) – 13 Rabiulawal
21 Oktober 2021 (Khamis) – 14 Rabiulawal
22 Oktober 2021 (Jumaat) – 15 Rabiulawal

11. November

18 November 2021 (Khamis) – 13 Rabiulakhir
19 November 2021 (Jumaat) – 14 Rabiulakhir
20 November 20211 (Sabtu) – 15 Rabiulakhir

12. Disember

18 Disember 2021 (Sabtu) – 13 Jamadilawal
19 Disember 2021 (Ahad) – 14 Jamadilawal
20 Disember 2021 (Isnin) – 15 Jamadilakhir

Apalagi, jom sama-sama rebut ganjaran berpuasa sunat.

Sumber: Tribunnews.com, akuislam.com/blog/ & news.detik.com

Foto: Freepik & Unsplash

Berita Semasa,

[VIDEO] Ini rupanya sebab kenapa isteri kena minta izin suami untuk berpuasa sunat

BERPUASA sunat sangat digalakkan dalam Islam. Ia menjadi satu amalan yang begitu istimewa untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.

Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa selain daripada bulan Ramadan dan waktu yang diharamkan berpuasa.

Antara puasa sunat yang lazim kita lakukan adalah pada setiap hari Isnin dan Khamis. Selain itu, puasa sunat turut dilakukan pada hari putih iaitu pada 13, 14 dan 15 dalam setiap bulan hijrah.

Dalam bab berpuasa sunat ini, acap kali orang di sekeliling berkata, wanita berkahwin perlu mendapatkan keizinan suami masing-masing untuk melakukan ibadah itu.

Benarkah seorang isteri perlu meminta izin suaminya untuk berpuasa sunat? Jika betul, kenapa isteri perlu berbuat demikian?

Ketika persoalan itu dilontarkan kepada pendakwah Ustazah Nurul Syafiqah Mohamed Hanafiah atau lebih dikenali sebagai Da’i Syafiqah, beliau mengakuinya.

DA’I SYAFIQAH

Ya, memang benar seorang isteri yang ingin berpuasa sunat, mereka wajib untuk meminta izin daripada suami, terang beliau.

“Ini kerana keizinan suami tersebut merupakan satu syarat bagi isteri yang ingin berpuasa sunat,” katanya.

Beliau menambah, hal itu dapat kita lihat dalam hadis Nabi Muhammad SAW yang mana baginda bersabda: “Tidak diharuskan bagi wanita berpuasa sedangkan suaminya berada di rumah melainkan dengan izin suaminya.” (Riwayat al-Bukhari)

Da’i Syafiqah turut mengemukakan pandangan Imam al-Nawawi yang menjelaskan tentang sebab perlunya meminta izin adalah kerana: “Seorang suami mempunyai hak dan juga boleh mengajak isterinya untuk berjimak pada bila-bila masa dan pada hari apa sahaja. Hak tersebut perlu dipenuhi oleh isterinya pada ketika itu juga dan tidak boleh ditangguhkan oleh kerana amalan sunat.”

“Jadi dalam perkara puasa sunat ini, seorang isteri perlu meminta izin daripada suaminya bagi memastikan suaminya tidak berhasrat kepadanya.

“Selain itu, keizinan untuk berpuasa sunat ini juga perlu sebagai satu bentuk penghormatan kepada suami sebagai ketua keluarga,” ujar beliau.

(Artikel berkaitan: Amalan yang boleh tambah dan kurangkan pahala puasa, penting untuk kita tahu)

Berbeza pula dalam bulan Ramadan, pendakwah itu menjelaskan, seorang isteri yang suci daripada haid dan nifas wajib berpuasa walaupun suami mereka tidak mengizinkannya.

“Hal ini kerana seorang isteri tidak boleh mentaati arahan suami yang bercanggah dengan arahan ALLAH SWT,” katanya.

Sabda Nabi Muhammad SAW: “Tiada ketaatan terhadap makhluk (suami) dalam perkara yang menjurus kepada maksiat terhadap ALLAH SWT.” (Riwayat al-Tirmizi)

Kepada para wanita yang sudah mendirikan rumah tangga, jangan lupa untuk minta izin terlebih dahulu daripada suami sebelum berpuasa sunat.

Alangkah indahnya jika kita dapat melakukan ibadah sunat itu bersama suami tersayang.