Browsing Tag

Program tak melanggar batas syarak

Program tak melanggar batas syarak
Gaya Hidup,

Siarkan Program Tak Melanggar Batas Syarak Yang Boleh Undang Bala Besar

no comment

BUKAN semua jenis hiburan diharamkan dalam Islam. Ini kerana agama suci ini begitu meraikan fitrah manusia yang memerlukan keseronokan dan hiburan dalam kehidupan mereka.

Pendakwah Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Faiz menjelaskan, meskipun terdapat bentuk-bentuk hiburan yang dibenarkan, masih ada batas-batas yang perlu dijaga.

PU FAIZ

Jelas beliau, antara bentuk hiburan yang dibenarkan adalah bersyair.

Buktinya, ketika zaman Rasulullah SAW, baginda menyediakan satu pentas yang dibuat khas untuk sahabat-sahabat seniman seperti Hassan bin Thabit RA.

“Hassan bin Thabit merupakan penyair dalam kalangan sahabat baginda. Setiap kali ada lirik-lirik atau bait-bait baharu digubah, beliau akan mempersembahkan di atas pentas berkenaan untuk Rasulullah SAW dan baginda tidak pernah menegahnya.

“Bahkan, dalam satu riwayat menyebut, Rasulullah SAW dan para sahabat ketika bersama-sama membina Masjid Nabawi pernah mengungkapkan kalam seumpama nyanyian nasyid.

Baca juga Komposer, Penulis Lirik Disaran Hasilkan Lagu Patuh Syariah. Elak Umat Islam Lalai Dan Alpa

“Justeru, jelaslah berhibur dengan lagu tertentu adalah tidak dilarang asalkan apa yang dilafazkan padanya mestilah tiada makna yang mungkar dan membawa kemusyrikan. Seni katanya perlulah memberi manfaat kepada agama,” katanya kepada Sinar Islam Plus baru-baru ini.

Program tak melanggar batas syarak

MENDENGAR lagu tidak salah, asalkan bait-bait liriknya tidak membawa makna yang mungkar.

Dari segi peralatan muzik, PU Faiz menjelaskan, memang terdapat khilaf dalam kalangan ulama. Antaranya seperti gambus dan gitar.

“Apa yang tidak menjadi khilaf dalam kalangan ulama ialah kompang, gendang perang dan seumpamanya.

“Bahkan, ketika Hari Raya, Rasulullah SAW pernah membenarkan penari-penari dari Habsyah menari dan meniup seruling dalam rumah baginda sehinggakan Abu Bakar menegur tentang ‘seruling syaitan’.

“Namun begitu, baginda dalam Hadis Sahih al-Bukhari SAW bersabda: ‘Biarkan mereka wahai Abu Bakar, sesungguhnya bagi setiap kaum ada hari perayaan dan hari ini merupakan hari raya bagi kita’,” katanya.

Dalam pada itu, PU Faiz turut membuat teguran terbuka tentang program hiburan yang ditayangkan pada saat seluruh dunia masih diuji dengan wabak Covid-19.

Sebaiknya, saran beliau, elakkanlah program yang tidak melanggar batas syarak yang boleh mengundang bala lebih besar.

“Sajikanlah program yang mendidik jiwa masyarakat seperti drama yang mengajak rakyat untuk memahami sejarah Islam, kisah para anbia dan rasul, tokoh sejarah Islam ataupun lagu-lagu berbentuk nasihat, melembutkan hati dan seumpamanya,” sarannya.

Foto: Pexels & Unsplash