Browsing Tag

populasi Muslim

Islam
Antarabangsa,

Islam diunjur menjadi agama dominan dunia menjelang tahun 2075

BARANGKALI ketika ini populasi orang Islam sedikit kurang jika dibandingkan dengan penganut agama Kristian, tetapi tidak mustahil boleh menjadi agama dominan.

Jumlah itu akan meningkat apabila bilangan komuniti yang menyambut Ramadan mengatasi mereka yang meraikan Hari Natal dan lain-lain.

Ternyata itu bukan sekadar omongan kosong semata-mata apabila kajian dijalankan oleh Pew Research Center baru-baru ini menunjukkan keputusan tersebut!

Memetik laporan yang disiarkan portal The Islamic Information, pada masa ini, terdapat 2.2 bilion orang Kristian dan 1.97 bilion Muslim seantero dunia.

“Bagaimanapun, disebabkan kadar kesuburan Muslim yang lebih tinggi iaitu 2.9 kanak-kanak bagi setiap wanita secara purata berbanding 2.6 untuk Kristian, Islam diunjurkan menjadi agama dominan dunia sekitar tahun 2075.

“Kadar kesuburan di Eropah secara amnya adalah 1.49, iaitu di bawah para penggantian 2.1. Jumlah penduduk Eropah pula berkurangan sebanyak 1.1 juta pada tahun lepas, yang merupakan pelopor kepada peralihan ketara.

Baca juga Islam pesat berkembang di kawasan setinggan Brazil

“Manakala, kadar kesuburan bagi umat Islam di Eropah pula adalah 2.54. Ini menunjukkan bahawa demografi berubah memihak kepada penduduk Islam,” katanya sebagaimana dipetik menerusi portal theislamicinfirmation.com.

Islam

MENURUT kajian terbaharu daripada Pew Research Center, Islam diunjurkan menjadi agama dominan dunia sekitar tahun 2075. -FOTO: MESBAR.ORG

Hasil dapatan Pew Research Center juga mendapati, 13 negara Eropah diramalkan akan mempunyai majoriti penduduk Islam menjelang tahun 2085.

Negara tersebut termasuklah Cyprus, Sweden, Perancis, Greece, Belgium, Bulgaria, Itali, Luxembourg, United Kingdom, Slovenia, Switzerland, Ireland dan Lithuania.

Baca juga 86 peratus kandungan anti-Muslim di Twitter berasal dari AS, UK dan India

Sementara itu, portal berpengaruh Indonesia, Republika melaporkan, Perancis dan Jerman menjadi negara yang mempunyai populasi Muslim terbesar di Eropah.

Perancis pada 2016 dilaporkan memiliki 5.7 juta Muslim, manakala di Jerman pula sekitar 5 juta orang Islam.

Dalam Kesatuan Eropah juga terdapat negara yang mempunyai penduduk Islam iaitu sebanyak satu perempat daripada jumlah populasi.

***Foto: Anadolu Agency