Browsing Tag

Pfizer

National Post
Jendela Dunia,

Saintis Islam Dinobat ‘Man of the Year’

no comment

KEJAYAANNYA sebagai perintis dalam menghasilkan vaksin terhadap perlindungan diri daripada wabak Covid-19 menjadi faktor, saintis kelahiran Turki-Jerman, Ugur Sahin dinobat sebagai ‘Man of the Year’

Sumbangannya dalam dunia perubatan antara faktor dia terpilih oleh Pusat Kajian Strategik Islam Diraja (RISSC) untuk diterbitkan di dalam penerbitan tahunan The Muslim 500 – The World’s Most Influential Muslims bagi edisi 2022.

Vaksin yang dibuat oleh Sahin dan isterinya Ozlem Tureci yang merupakan pengasas syarikat farmasi BioNTech, melaporkan 95 peratus keberkesanan terhadap melawan virus corona dan menjadi ubat mRNA pertama yang dipersetujui untuk penggunaan kepada manusia.

Vaksin Pfizer yang dihasilkan oleh pasangan Muslim Ugur Sahin dan Ozlem Tureci diguna diseluruh dunia bagi melawan Covid-19. Gambar: Nikkei Asia

Vaksin itu menggunakan teknologi mRNA yang canggih dan pertama kali diperkenalkan oleh Sahin dan Tureci. Mereka kemudian bekerjasama dengan firma Amerika Syarikat, Pfizer dalam menghasilkan vaksin Covid-19 sehingga menjadikan antara yang paling banyak digunakan di seluruh dunia.

Penerbitan The Muslim 500 turut menamakan Presiden Tanzania, Samia Suluhu Hassan sebagai “Wanita Terbaik Tahun Ini”.

Samia menjadi presiden wanita pertama negara Afrika Timur sejak Mac lalu setelah kematian pendahulunya John Magufuli.

RISSC mengatakan Samia sedang mengambil langkah untuk membatalkan beberapa autoriti polisi yang diperkenalkan mantan Presiden Magufuli dan secara tidak langsung bagi memulihkan demokrasi di Tanzania.1

Sheikh Tamim (kiri) dan Recep Tayyip Erdogan turut mendapat pengiktirafan 500 Individu Muslim Berpengaruh bagi edisi 2022.

Qatar ‘broker’ perdamaian serantau

Sementara itu, Penguasa Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani mengetuai senarai Pemimpin Muslim Berpengaruh, diikuti oleh Raja Arab Saudi, Salman ibn Abdulaziz Al Saud; Pemimpin Iran,  Ayatollah Ali Khamenei; Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Raja Jordan, Abdullah II bin Al-Hussein.

Di bawah kepemimpinan Al Thani, Qatar telah menempatkan negara itu sebagai broker perdamaian serantau dan menerima pakai posisi yang kuat untuk terlibat secara proaktif melalui dialog dengan negara-negara tetangga.

Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan, yang merupakan “Man of the Year” pada tahun 2020, berada di tangga kelapan dalam senarai penerbitan itu termasuk Presiden Indonesia, Joko Widodo di tangga kesembilan.

Sumber: YeniSafak

image7
Berita Semasa,

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Dan Pfizer Malaysia Meterai Memorandum Persefahaman Bantu Meningkatkan Sokongan Psikososial Ketika Pandemik

no comment

KUALA LUMPUR, MALAYSIA [16 APRIL 2021] – Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) dan Pfizer Malaysia telah menandatangani memorandum persefahaman bagi membantu meningkatkan sokongan psikososial kepada rakyat Malaysia yang menghadapi cabaran menangani pandemic COVID-19. Kerjasama ini juga akan memfokuskan kepada pemeriksaan kesihatan, dan program kesedaran yang menyasarkan golongan B40 di Malaysia. Program ini mengandungi 3 medium: Talian “RedCrescent4u Careline”, menggerakkan sukarelawan ke kawasan terpencil melalui “Care-A-Van x MyVac” dan webinar kesihatan.

Acara ini juga menyaksikan pelancaran penjenamaan semula program Care-A-Van yang telah berusia 22 tahun oleh Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dato’ Seri Dr Adham Baba. Care-A-Van (CAV) adalah program pemeriksaan kesihatan bergerak yang dilaksanakan oleh Pfizer untuk mendokong usaha kerajaan dalam mengekang penularan penyakit berjangkit. CAV juga akan memperluas peranannya untuk menjalankan program kesedaran terhadap kanser payu dara, kesihatan mental dan pencegahan penyakit.

“Sokongan padu Care-A-Van di dalam program sukarelawan MyVac adalah sangat penting kerana program Care-A-Van mempunyai jangkauan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan yang baik kepada komuniti yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan. Aspek penjagaan kesihatan semasa pandemik ini adalah kritikal dan Kementerian Kesihatan mengalu-alukan kerjasama yang lebih mendalam terutamanya bagi memastikan pencegahan penyakit adalah diberi keutamaan,” kata YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba pada majlis pelancaran imej dan tujuan baru program Care-A-Van.


Perkhidmatan talian sokongan “RedCrescent4u Careline” akan dibuka setiap hari bermula dari jam 8 pagi sehingga jam 6 petang bagi menerima panggilan daripada individu yang ingin mendapatkan bantuan sokongan psikologi serta penerangan berkenaan COVID-19 dan vaksin. Manakala program “Care-A-Van x MyVac” akan memobilasikan sukarelawan ke kawasan-kawasan pedalaman untuk tujuan pemeriksaan kesihatan, bantuan pemahaman vaksinasi dan program kesedaran kepada masyarakat setempat. Kerjasama ini juga akan mengadakan bengkel kesihatan secara atas talian dan dibuka kepada orang ramai dengan menampilkan pakar-pakar kesihatan dari dalam serta luar negara bagi membincangkan topik berkaitan COVID-19 dan vaksinasi.

“Saya bangga menyaksikan program Pfizer Care-A-Van kami melangkah maju ke hadapan dalam memenuhi kebajikan kesihatan masyarakat yang memerlukan bantuan. Selama dua dekad Care-A- Van telah memberi kesedaran serta perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada 156,000 rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan di 800 lokasi. Kerjasama bersama PBSMM ini membolehkan kami menyantuni lebih rakyat Malaysia, terutamanya ketika waktu pandemik ini, yakni membolehkan kami mempamerkan nilai “Prihatin untuk Malaysia,” kata Luksanawan Thangpaibool, Pengurus Negara bagi Pfizer Malaysia.

Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Nasional 2019 yang dikeluarkan Institut Kesihatan Nasional, hampir setengah juta rakyat Malaysia mengelami tekanan perasaan. Data itu merekodkan 1.7% daripada rakyat Malaysia mengalami “General Anxiety Disorder”, 1.8% mengalami tekanan perasaan, 1.7% mempunyai pemikiran untuk membunuh diri dan 1.1% telah cuba untuk membunuh diri.
“Memahami pentingnya beban kesihatan mental di Malaysia terutama ketika wabak COVID-19, BSMM ingin meningkatkan peranan kami sebagai salah satu agensi kemanusiaan terkemuka di Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan Mental Health Psycho Social Support (MHPSS) yang dapat diakses oleh semua orang terutama di wilayah yang dilanda bencana di Malaysia,” kata Tunku Puteri Intan Safinaz, Pengerusi Kebangsaan BSMM.