Browsing Tag

pertanian

Retures
Berita Semasa, Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Israel membenarkan eksport barang dari Gaza Hari ini

no comment

ISRAEL hari ini telah membenarkan kembali aktiviti eksport barangan dari Semenanjung Gaza setelah sebulan gencatan senjata di wilayah Plaestin yang dijajahnya itu.

Bagaimanapun kebenaran berserta dengan beberapa syarat.

Pegawai perbatasan Gaza berkata kelonggaran akan diberikan untuk dua atau tiga hari seminggu sahaja dan hanya barangan bagi keperluan pertanian dan tekstil dibenarkan.

Israel akan terus mengawal ketat sempadan Gaza dengan sokongan dari negara jiran Mesir memandangkan masih ada kebimbangan ancaman Hamas.

Sekatan Israel dipergiatkan sejak pertempuran Mei lalu di mana eksport semua jenis baranga. dari Gaza dihentikan.

Tetapi dengan adanya gencatan senjata atas rundingan Mesir sebagai pihak ketiga bulan lalu, Israel berkata barangan eksport akan dibenarkan keluar melalui wilayahnya.

“Setelah penilaian daripada aspek keselamatan, keputusan telah dibuat untuk pertama kalinya sejak berakhirnya pertempuran, eksport hasil pertanian hanya dibuat dari Sempadan Gaza saja,” katanya COGAT Kementerian Pertahanan Israel.

COGAT mengatakan langkah itu dipersetujui oleh Perdana Menteri, Naftali Bennett dan bergantung pada pemeliharaan kestabilan keselamatan.

Mesir meningkatkan rundingan damai Israel-Hamas minggu lalu setelah balon pembakar udara yang dilancarkan dari Gaza mencetus semula serangan udara Israel ke atas wilayah Palestin itu.

Selepas tiada lagi pergolakan sejak Jumaat lalu, beberapa pekerja di Gaza menyuarakan harapan agar kelonggaran sekatan Israel akan berlanjutan dan berpotensi diperluas.

“Ini boleh menjadi permulaan, hari ini kami mengeksport pakaian dan esok mungkin sesuatu yang lain,” kata pemandu trak Gaza, Ismail Abu Suleiman, 55, yang mengangkut barang yang dieksport ke lorong sempadan Kerem Shalom Israel.

Kementerian pertanian Gaza mengatakan para petani telah kerugian US$16 juta kerana sekatan aktiviti eksport.

Sumber: Arab News