Browsing Tag

perniagaan rugi

scott-graham-5fNmWej4tAA-unsplash (1)
Hukum,

Zakat perniagaan tetap kena bayar walaupun bisnes rugi. Ini penjelasannya…

TAHUN 2020 baru dua hari melabuhkan tirainya. Sudah pasti banyak perkara yang akan dikenang sepanjang tahun lalu.

Masakan tidak, ia merupakan tahun yang mencabar buat setiap insan. Paling buruk, pandemik Covid-19 yang telah mengubah segala-galanya termasuk rutin harian manusia seisi dunia.

Nampaknya, kita semua wajib membiasakan diri dengan normal baharu. Bukan sahaja perlu memakai pelitup muka, tetapi juga menjaga penjarakkan fizikal dan kebersihan diri.

Dari segi ekonomi, memang ramai yang terjejas. Ia termasuklah kepada mereka yang mengusahakan perniagaan tidak kiralah secara kecil-kecilan atau perusahaan sederhana dan besar.

Malah, ada perniagaan yang mengalami kerugian akibat pandemik berkenaan. Memandangkan bulan Disember baru sahaja berlalu, pastinya syarikat yang baru menutup kewangannya pada bulan lalu sedang bertungkus-lumus membuat kiraan perolehan perniagaan.

Barangkali kerugian yang dialami agak banyak, tidak seperti tahun-tahun sebelum ini. Adakah zakat perniagaan tadi masih tetap perlu dilunaskan meskipun perniagaan mengalami kerugian?

Sebelum menjawab persoalan itu, kita perlulah fahami bahawa zakat yang dikeluarkan bukan bertujuan merugikan atau mengurangkan harta yang dimiliki. Bahkan, ia akan menyuburkan harta yang dimiliki.

Baca juga 3 kebaikan pembayaran zakat secara cek cura melalui program… Mana-mana syarikat dan perniagaan boleh lakukan

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Zakat itu tidak mengurangkan harta.” (Riwayat Muslim)

Bukan itu sahaja, menunaikan zakat perniagaan adalah wajib andai ia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan mencukupi tempoh haul (tempoh setahun) dan nisab (nilai harta) yang mewajibkan zakat.

Ketahuilah, kerugian yang dialami oleh sesebuah perniagaan itu bukanlah penyebab atau ‘illah untuk meninggalkan kewajipan zakat perniagaan tersebut.

Zakat perniagaan

Malah, zakat yang dikeluarkan tadi akan lebih memberkati dan menyuburkan lagi perniagaan yang sedang diusahakan itu.

Demikian penjelasan sebagaimana yang dipetik menerusi artikel Al-Kafi #1633: Perniagaan Rugi! Adakah Masih Perlu Dizakatkan? dalam laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Apa-apapun kita perlu jelas bahawa pensyariatan zakat perniagaan itu sebenarnya bertujuan untuk membersihkan harta yang diniagakan. Di samping itu, ia akan menyuburkan lagi harta tersebut.

Justeru, penuhilah tuntutan agama ini dengan sebaiknya. Usah culas untuk menunaikannya.

Sumber: Al-Kafi #1633: Perniagaan Rugi! Adakah Masih Perlu Dizakatkan, laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Foto: Freepik, Bernama & Unsplash