Browsing Tag

perarakan

Islam Thaipusam
Aqidah,

Walaupun sudah difatwakan haram, umat Islam masih dikesan sertai perarakan Thaipusam di Pulau Pinang

SEJAK sekian lama, Malaysia telah menempa nama sebagai sebuah negara harmoni berbilang kaum dan agama.

Kemajmukan budaya dan kepercayaan dalam negara bererti masyarakat berpeluang meraikan sambutan pelbagai perayaan.

Antara aktiviti yang biasa dilazimi termasuk mengadakan rumah terbuka pada perayaan tertentu. Malah, segelintir rakyat akan memakai baju perayaan agama lain ketika menghadiri sambutan tersebut sebagai salah satu amalan hormat-menghormati

Pun begitu, di sebalik keghairahan meraikan perayaan agama lain, umat Islam khususnya tidak boleh melanggar batas dan syarak yang ditetapkan agama.

Baca juga Muslimin dilarang menghadiri dan menyertai upacara perayaan bukan Islam, fatwa baru dikeluarkan

DI sebalik keghairahan meraikan perayaan agama lain, berhati-hati jangan sampai merosakkan akidah. Foto: Unsplash

Baca juga Larangan Membersihkan Rumah Ibadat Agama Lain, Ini Sebab-Sebabnya

Terbaharu, tular sebuah video memaparkan sekumpulan individu dipercayai warga Islam terdiri daripada kanak-kanak dan wanita menyertai perarakan keagamaan orang bukan Islam bersama pedati sambil melaungkan ungkapan tertentu.

Apa yang menyedihkan, perarakan itu turut disertai oleh wanita bertudung walaupun Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dengan jelas melarang perbuatan itu dalam kalangan umat Islam.

Difahamkan, kejadian yang berlaku pada waktu malam itu berlaku di Pulau Pinang.

DR WAN SALIM

Dalam pada itu, isu berkenaan mendapat perhatian Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Memetik laporan media tempatan, Wan Salim mengakui kesal melihat para Muslimin yang melibatkan diri dalam upacara keagamaan bukan Islam meskipun larangan mengenainya sudah dikeluarkan.

Baca juga Liberalisme dan Pluralisme: Jangan rosakkan akidah

Boleh merosakkan akidah

Katanya lagi, perbuatan menyertai aktiviti berkaitan upacara keagamaan seumpama itu termasuk perarakan, dibimbangi merosakkan keimanan terhadap agama Islam.

“Ramai orang Islam dilihat tidak lagi memelihara batas-batas hukum agama, jadi pihak berkuasa agama negeri-negeri hendaklah menjelaskan hukum ini kepada umat Islam dengan kerjasama seperti jawatankuasa kariah, pegawai masjid, guru takmir dan sebagainya.

WALAUPUN Islam menganjurkan umatnya menyantuni golongan bukan Islam, namun masih ada batas-batas perlu diperhatikan. Foto: Pexels

Baca juga Adakah terdapat ganjaran pahala bagi orang bukan Islam? Ini penjelasannya

“Selain itu, ibu bapa, pendidik dan pimpinan masyarakat juga perlu memainkan peranan menjelaskan kepada generasi baharu umat Islam tentang hukum haram bagi kita menyertai upacara keagamaan atau ritual agama lain,” ucapnya kepada pemberita.

Di samping itu, agamawan tersebut menegaskan bahawa masyarakat Muslim tempatan perlu memahami konsep toleransi beragama di sisi Islam.

“Dalam Islam, toleransi beragama digalakkan, namun penyertaan umat Islam dalam upacara keagamaan bukan Islam adalah haram kerana dibimbangi boleh merosakkan akidah,” kata beliau.

Sumber: Malaysia Gazette

Foto: Pexels & Unsplash