Browsing Tag

Perancis

burkini
Antarabangsa, Berita Semasa,

Perdebatan tercetus di Perancis gara-gara kebenaran pemakaian burkini

WANITA Islam di Grenoble, Perancis, kini dibenarkan memakai burkini atau pakaian renang Muslimah di kolam-kolam renang bandar itu selepas mendapat kelulusan Majlis Perbandaran tempatan.

Dalam suatu sesi undian sengit dengan keputusan 29-27 beserta dua undi terkecuali, ahli-ahli Majlis Perbandaran Grenoble bersetuju untuk membuat perubahan dalam peraturan pakaian renang di bandar itu.

burkini

ERIC PIOLLE

Kata Datuk Bandar Grenoble, Eric Piolle, langkah diambil untuk mewujudkan peraturan renang yang lebih permisif, terutamanya bagi para wanita.

“Kami berhasrat untuk menghapuskan sekatan yang tidak masuk akal. Ini termasuk larangan mendedahkan payudara dan pakaian renang yang memberi perlindungan tambahan daripada matahari atau berkaitan kepercayaan.

“Ia bukan mengenai menyokong atau menentang pemakaian burkini secara khusus,” ujarnya seperti yang dilaporkan oleh agensi berita, France 24.

Baca juga Siasatan menyeluruh loji sembelihan Australia didakwa langgar prosedur halal

Burkini adalah sejenis pakaian renang yang menutupi seluruh badan dan hanya menampakkan bahagian muka, tangan dan kaki.

Mula dipasarkan pada tahun 2004, pereka fesyen Muslim dari Australia, Aheda Zanetti telah mencipta pakaian tersebut khas buat para Muslimah dan mereka yang mencari pakaian renang yang lebih menutupi badan.

burkini

RAMAI wanita Muslim yang menerima denda kerana mengenakan burkini di pantai sepanjang musim panas tahun 2016.

Namun, di Perancis, burkini dilihat sebagai suatu simbol ekstremisme Islam dan penindasan ke atas wanita.

Sejak tahun 2009, pakaian ini menjadi isu hangat yang sering diperdebatkan oleh masyarakat tempatan, terutamanya ahli-ahli politik.

Pada 2016 pula, lebih daripada 20 bandar di Perancis mengenakan denda terhadap wanita yang memakai burkini di pantai.

Begitu pun, larangan ini ditarik balik setelah ia dianggap sebagai suatu bentuk diskriminasi oleh badan kerajaan, Le Conseil d’État.

Keputusan Grenoble untuk membenarkan pemakaian burkini ditentang pelbagai pihak yang menegaskan bahawa langkah itu menggugat nilai sekularisme yang termasuk dalam perlembagaan Perancis.

burkini

GÉRALD DARMANIN

Menteri Dalam Negeri, Gérald Darmanin menganggap langkah tersebut sebagai suatu bentuk provokasi yang bertentangan dengan budaya Perancis.

Tambahnya, beliau akan membawa isu itu ke mahkamah bagi menghalang peraturan baharu berkenaan daripada terus berkuat kuasa.

Dalam masa sama, Presiden Majlis Negeri Auvergne-Rhône-Alpes, Laurent Wauquiez mengugut untuk menarik semula peruntukan kewangan bandar terbabit dalam sebuah ciapan di laman sosial Twitter.

Selain itu, suatu tinjauan yang dilakukan oleh saluran berita, Cnews mendapati 73 peratus rakyat Perancis setuju larangan terhadap pemakaian burkini di kolam renang dikekalkan.

burkini

GRENOBLE dianggarkan mempunyai 15 peratus daripada keseluruhan tiga juta Muslim yang tinggal di Perancis.

Walau bagaimanapun, Grenoble bukan bandar pertama yang membenarkan pemakaian burkini di kolam renang.

Penduduk Rennes di kawasan barat laut Perancis sudah dibolehkan memakai sebarang jenis pakaian renang sejak tahun 2019.

“Kami hanya ingin memberikan kebebasan buat orang ramai untuk berpakaian mengikut kehendak mereka,” Eric memberitahu RMC Radio melalui sebuah laporan berita dari The Guardian.

Foto: Pexels & Le Dauphiné Libéré

The Conversation
Jendela Dunia,

Perancis Anjur Pameran Seni Islam Di 18 Bandar Bagi Tangani Peningkatan Islamofobia

SELAMA empat bulan bermula 20 November depan, kerajaan Perancis akan mengadakan pembukaan serentak pameran seni Islam di 18 bandar seluruh negara itu sebagai usaha menangani peningkatan golongan Islamofobia.

Yannick Lintz berbangga apabila projek pameran seni Islam itu mendapat reaksi positif daripada Datuk Bandar.

Ketua Jabatan Islam Musee du Louvre, Yannick Lintz, berkata idea itu bagi menunjukkan kepada masyarakat bahawa Islam telah menjadi sebahagian daripada warisan budaya di Perancis sejak Zaman Pertengahan lagi.

“Ia adalah inisiatif baharu yang berani dilancarkan di Paris hari ini. Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Perancis akan mengumumkan pembukaan serentak pada 20 November depan.

“Muzium du Louvre akan meminjamkan sebanyak 60 barangan utama pada pameran itu sepanjang empat bulan ia diadakan. Ia juga akan dipamerkan bersama karya yang diambil dari muzium nasional, tempatan, perpustakaan dan gereja,” katanya.

Menurut Lintz, pameran itu bertujuan untuk membetulkaan persepsi negatif masyarakat terhadap Islam dan menunjukkan bahawa setiap manusia harus menghormati setiap agama.

“Pada setiap pameran yang diadakan, orang ramai akan dapat menyaksikan video yang akan menelusuri kembali tempat dan monumen bersejarah Islam

“Turut diadakan forum dan perbincangan yang terbuka kepada pelajar termasuk pengunjung lain. Ia akan dijalankan dengan bantuan persatuan dan komuniti agama setempat.

“Kita juga akan mengundang 19 seniman yang terkenal berasal dari Algeria, Iran, Turki dan Mesir, untuk mempamerkan karya mereka.

“Pada masa yang sama, bandar Strasburg di timur Perancis akan mengadakan pameran istimewa mengenai seni Islam menerusi koleksi karya di tempatnya. Kami juga menerima banyak permohonan daripada pihak luar untuk menyertai pameran ini dan mengharapkan kami dapat membuat pilihan yang terbaik,” katanya yang gembira apabila mendapat maklum balas yang baik daripada Datuk Bandar terhadap projek itu.

Tambah Lintz, acara yang diadakan di seluruh negara seperti itu jarang berlaku di Perancis, di mana tempat-tempat kebudayaan tertumpu di ibu kota.

Katanya lagi, idea itu lahir daripada ucapan Presiden Perancis, Emmanuel Macron pada Oktober tahun lalu di mana ia mengkritik “faksionalisme Islam radikal” dan mengusulkan agar negara mempromosikan ‘pandangan lain’ mengenai budaya Islam.

Rakyat Perancis mengadakan tunjuk perasaan terhadap golongan anti-Islam. Gambar: DW

Selepas siri serangan pengganas di Perancis beberapa tahun lalu, sentimen anti-Islam semakin meningkat di seluruh negara.

Persiapan untuk pemilihan Presiden pada April tahun depan semakin menambah ketegangan. Ramai calon-calon baharu akan bertanding bagi merebut kerusi Presiden. Selain Ahli Politik, Marine Le Pen, muncul calon baharu yang pernah mencetuskan kontroversial iaitu, Eric Zemmour. Dia adalah seorang kolumnis dan penyiar TV kumpulan media Vivendi yang telah disabitkan kesalahan kerana menghasut kebencian kaum terhadap umat Islam.

Pada tahun 2020, Suruhanjaya Perundingan Nasional mengenai Hak Asasi Manusia, serangan rasis secara keseluruhan di Perancis menurun sebanyak 22 peratus tetapi serangan yang dilakukan terhadap masyarakat Islam meningkat lebih daripada 50 peratus.

 

Sumber: The Art Newspaper

The Guardian
Gaya Hidup, Jendela Dunia, Personaliti, Pilihan Editor,

Mesej ‘Hands off my hijab’ untuk Kerajaan Perancis dan Persekutuan Bola Sepak

no comment

PASUKAN bola sepak Les Hijabeuses telah menghantar mesej ‘Hands off My Hijab’ (Lepaskan tudung saya) kepada Persekutuan Bola Sepak Perancis agar tidak menghalang minat mereka dalam sukan berkenaan.

Pasukan bola sepak Les Hijabeuses akan memperjuangkan hak bertudung di dalam sukan bola sepak.

Hawa Doucoure dan rakan sepasukannya menghantar mesej itu dengan mengharapkan dalam masa yang sama kerajaan Perancis turut peka tuntutan mereka.

“Kami kuat bersama dan kami akan berjuang hingga ke akhirnya. Kami akan memperjuangkan sehingga setiap wanita dapat kebebasan dan keselesaan terhadap sukan yang ingin setiap mereka mainkannya,” kata Doucouré, 19, kepada ABC News.

Hawa Doucoure akan memastikan suara mereka di dengar oleh kerajaan.

Les Hijabeuses adalah kumpulan bola sepak wanita Perancis yang telah ditubuhkan tahun lalu dan berjuang untuk dimasukkan ke dalam pertandingan rasmi.

Kata Doucoure, walaupun Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah membenarkan pemakaian tudung ketika pertandingan sejak 2014, namun Persekutuan Bola Sepak Perancis tetap melarangnya dalam pertandingan kelab mahupun peringkat antarabangsa.

“Ini adalah tuntutan untuk mempromosikan dan mempertahankan nilai-nilai sekularisme agar semua masyarakat dapat hidup bersama, tidak berkecuali dan memerangi semua bentuk diskriminasi,” tambahnya.

Permintaan kumpulan itu adalah untuk perubahan yang menjadi sebahagian daripada gerakan terhadap larangan negara yang melarang simbol, pemakaian, niqab dan burqa.

Terbaharu kerajaan Perancis ingin melakukan pindaan terhadap undang-undang dengan mencadangkan larangan kepada kanak-kanak di bawah umur tidak dibenarkan memakai tudung di khalayak ramai.

Perancis ketika ini juga melarang pekerja awam dan pelajar sekolah memakai simbol agama, kecuali di universiti. Cadangan itu juga dibahas termasuk larangan ibu Muslim yang memakai jilbab untuk menghantar anak ke sekolah dan wanita Muslim yang memakai burkini di kolam awam. Begitupun cadangan itu ditolak mengikut perundangan antarabangsa.

Rim-Sarah Alouane, seorang peguam dan penyelidik kebebasan beragama yang tinggal di Toulouse, menyatakan, ‘topik itu akan terus dimainkan’.

“Ketika Perancis mengadakan salah satu sambutan upacara pembukaan, sekumpulan wanita Perancis telah mengelilingi seorang wanita Muslim yang memakai tudung. Mereka memaksa wanita itu untuk menanggalkan tudungnya dengan paksaan, lalu mereka berkata, “sekarang anda diterima dalam masyarakat kita”, kata Alouane.

Tudung dibenarkan di kebanyakan negara selagi tidak mengganggu fokus pertandingan.

Pada masa ini tidak ada undang-undang di Perancis secara khusus melarang tudung dalam pertandingan sukan. Les Hijabeus mengatakan bahawa mereka belum mendapat maklum balas dari Persekutuan Bola Sepak Perancis mengenai mengapa ia melampaui peraturan undang-undang untuk menyekat pemakaian tudung dalam pertandingan sukan rasmi walaupun FIFA mengizinkannya.

Kerajaan Perancis mengatakan bahawa undang-undang itu atas faktor keselamatan dan sekularisme. Undang-undang tersebut memperkuat kemampuannya untuk mematuhi prinsip-prinsip berkecuali dalam institusi kerajaan.

Namun, pengkritik berpendapat bahawa undang-undang itu akan terus menimbulkan perkauman dan diskriminasi di Perancis yang merupakan ‘rumah’ bagi penduduk Muslim terbesar di Eropah Barat.

Pakaian burkini bagi wanita Islam yang nampak sopan dan menyerlahkan lagi gaya penampilan mereka.

Negara itu telah menyaksikan kenaikan golongan Islamfobia yang membimbangkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan oleh serangan pengganas oleh pelampau Islam baru-baru ini dan pengukuhan politik sayap kanan.

Doucouré dan rakan sepasukannya adalah sebahagian daripada pergerakan atlet wanita di seluruh dunia yang mencabar norma patriarki untuk berpakaian dengan cara tertentu semasa pertandingan.

Banyak negara telah membenarkan atlet mereka bebas untuk berpenampilan dalam sukan kegemaran mereka.

Pada Sukan Olimpik Tokyo, pasukan gimnastik wanita Jerman mengenakan seluar panjang dan bukannya pakaian ketat yang biasa digunakan sebelum ini. Sementara itu, pasukan bola baling wanita Norway memakai seluar pendek dan bukannya bikini di pertandingan Beach Handball EURO 2021.

Pasukan gimnastik wanita Jerman telah mematuhi peraturan yang ada di bawah Persekutuan Gimnastik Antarabangsa dan dengan itu tidak menghadapi akibatnya. Pasukan bola baling wanita Norway, bagaimanapun, didenda 1,500 euro (kira-kira USD 1,700) oleh Suruhanjaya Tatatertib Bola Baling Pantai EURO 2021 kerana ‘pakaian yang tidak sesuai’.

Sumber: ABC News

Global News
Gaya Hidup, Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Protes Berburkini di Kolam, Wanita Dihalau dan Didenda

no comment

ENAM wanita dihalau dari kolam renang dan didenda kerana memakai pakaian renang ‘burkini’ di kota Grenoble di Perancis.

Mereka mengenakan sut itu sebagai tunjuk perasaan terhadap diskriminasi anti-Muslim di Perancis. Wanita itu mewakili kumpulan aktivis, Citizen Alliance yang melakukan tunjuk perasaan bagi mendesak Datuk Bandar Grenoble, Eric Piolle untuk menggugurkan larangan burkini di kolam awam.

Burkini dilarang di kebanyakkan kolam awam negara itu dan di beberapa pantai kerana alasan kebersihan, tetapi aktivis hak asasi telah mengkritik larangan itu sebagai diskriminatif dan Islamfobia.

Golongan lelaki juga dikenakan syarat berpakaian seperti larangan memakai seluar pendek dan perlu mengenakan seluar yang lebih ketat.

Isu burkini sering menjadi perdebatan dikalangan masyarakat Perancis. Gambar: The Independent

Salah seorang penunjuk perasaan, Naima, mengatakan ini adalah kali pertama dia dapat mandi di kolam awam dengan mengenakan burkini sejak 10 tahun lalu.

“Itu hanyalah kegembiraan untuk 20 minit sahaja. Orang ramai bertepuk tangan ketika kami masuk ke dalam air dengan pakaian renang burkini kami, ”katanya.

Wakil Datuk Bandar, Annabelle Bretton mengatakan bahawa dia telah bertemu dengan ahli penunjuk perasaan dan memberitahu mereka bahawa bandar itu akan terus mengekalkan pematuhan terhadap peraturan kebersihan.

“Mereka mahu kita berubah tetapi itu bukan dalam agendanya membenarkan pemakaian burkini di kolam awam,” jelasnya.

Melarang pemakaian burkini adalah satu diskriminasi terhadap Islam. Gambar: BBC

Isu burkini sering menjadi perdebatan dikalangan masyarakat Perancis mengenai kebenaran agama secara terbuka, khususnya bagi jutaan umat Islam di Perancis yang mewakili sembilan peratus populasi penduduk (Bancian oleh Pew 2017).

Presiden Perancis, Emmanuel Macron dalam ucapannya awal tahun ini mengatakan bahawa dia akan berusaha untuk mengekang ‘pemisahan’ masyarakat Islam di Perancis yang menurutnya bertentangan dengan nilai-nilai yang diamalkan di negara itu.

Datuk Bandar, Eric Piolle juga telah menulis surat kepada Macron meminta garis panduan etika berpakaian yang sesuai dipakai di kolam renang yang boleh diterima ramai.Datuk Bandar juga meminta kerajaan untuk menetapkan semua kriteria yang akan digunakan bagi larangan pakaian renang, termasuk ukuran, jenis kain dan beberapa kriteria lain yang sesuai.

Dalam satu tinjauan menyatakan, rata-rata masyarakat di Perancis menyokong tindakan larangan pakaian burkini di kolam awam.

Beberapa wilayah di Perancis membenarkan pemakaian burkini di pantai dan kolam awam. Gambar: Los Angeles Times.

Namun berbeza dengan pandangan kumpulan aktivis Citizen Alliance yang menyatakan bahawa burkini dibenarkan di Rennes, ibu kota wilayah Brittany di Perancis dan di kolam renang awam di Jerman, Britain, Itali dan Norway, namun kenapa tidak di Grenoble.

Kumpulan itu juga menunjukkan bukti keputusan oleh wakil Ombudsman Nasional, George Pau-Langevin yang menyatakan melarang pemakaian burkini adalah satu diskriminasi terhadap Islam.

“Oleh kerana mereka datang dengan niat untuk mandi, keselamatan dan pematuhan kebersihan tidak menunjukkan satu ancaman,” kata Pau-Langevin.

 

Sumber: Arab News

BBC
Uncategorized,

Menghina Islam di Media Sosial, 11 Remaja Lain Pula Dijatuhkan Hukuman

no comment

Mahkamah Perancis menjatuhkan hukuman bersalah terhadap 11 remaja kerana melakukan buli siber terhadap penghina Islam di media sosial.

Dalam keputusan yang dibuat, semua remaja dijatuhkan hukuman penjara dan denda kerana atas kesalahan mengancam seorang gadis di media sosial.

Mila memuatnaik video yang menghina Islam di laman instagram dan tik tok miliknya tetapi mendapat pelindungan sebagai mangsa buli siber. Gambar: BBC

Gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Mila berusia 16 tahun ketika dia mula menyiarkan video di Instagram dan tik tok menghina Islam dan al-Quran mendapat perlindungan sebagai mangsa buli siber.

Akibatnya dia mendapat kecaman daripada pengguna media sosial. Kecaman itu membuatkan dia terpaksa berhenti sekolah kerana tekanan yang dihadapi sehingga terpaksa mendapat perlindungan polis.

Pada Rabu lalu, 11 remaja buli siber dijatuhkan hukuman penjara empat hingga enam bulan dan di denda sebanyak RM12,401 (€ 2,500).

Bercakap pada perbicaraan itu, Mila yang kini berusia 18 tahun mengakui bahawa dia tidak menyukai semua jenis agama dan bukan Islam sahaja.

Peguamnya, Richard Malka, mengatakan Mila telah menerima kira-kira 100,000 mesej mengancam, termasuk bunuh, rogol, dan ancaman mengenai orientasi seksualnya.

Perbicaraan Mila juga menimbulkan persoalan yang tidak adil mengenai kebebasan bersuara dan jelas tidak menghormati jutaan warganegara Muslim di Perancis, tetapi Mahkamah Perancis memfokuskan kepada aspek penyalahgunaan dalam talian.

“Apabila anda melewati seseorang di jalan, jangan anda menghina mereka, mengancam mereka, mengolok-olok mereka. Apa yang tidak anda lakukan di jalanan, jangan lakukan di media sosial,” kata Ketua Hakim, Michel Humbert.

Marlene Schiappa mengutuk jenayah kebencian dan buli siber. Gambar: Le Parisien

Menurut Menteri Kewarganegaraan Perancis, Marlene Schiappa, jenayah kebencian dalam talian meningkat sebanyak 34 peratus pada tahun 2020.

“Seluruh negara mesti mengutuk penyerang dan berhenti menyalahkan mangsa,” kata Schiappa dalam satu kenyataan.

Pada Selasa lalu, Mahkamah Perancis telah memuatnaik di Twitter berkaitan perincian selama dua bulan prosedur untuk menghentikan pengguna media sosial daripada menghasut keganasan, kebencian kaum atau melakukan kesalahan lain.

Keputusan itu hasil daripada tuntutan sivil dibawa oleh kumpulan yang memerangi perkauman dan diskriminasi anti-LGBT. Mereka berpendapat bahawa hebahan di Twitter tidak cukup untuk menyedarkan atau menghapus kandungan yang melanggar ucapan kebencian atau undang-undang lain.

Sumber: AP