Browsing Tag

penganguran Muslim di UK

Pengangguran
Antarabangsa,

Kadar pengangguran umat Islam di UK tinggi ‘bukan kerana amalan agama’

SATU kajian mendedahkan, kadar pengangguran tinggi dalam kalangan Muslim di United Kingdom (UK) adalah ‘bukan kerana amalan agama’.

Hasil penyelidikan yang diterbitkan menerusi Kajian Etnik dan Kaum mengesahkan bahawa wujudnya ‘penalti Muslim’ dalam pasaran pekerjaan yang mendiskriminasi orang Islam.

Ia sekali gus menolak cadangan awal yang mengaitkannya dengan ‘amalan budaya dan agama’.

Memetik laporan yang disiarkan dalam portal The Guardian, penyelidik kedoktoran di Universiti Bristol, Samir Sweida-Metwally berkata, penemuan itu menjadi bukti terhadap pandangan bahawa hasil pekerjaan yang buruk di Britain adalah disebabkan oleh apa yang dipanggil sebagai ‘sikap sosiobudaya’ mereka.

Baca juga Jurutera di UK cipta tudung PPE mudahkan wanita Muslim bekerja dalam bidang lasak 

“Dalam mencabar naratif yang menyusahkan umat Islam dan akidah mereka, kajian itu memberikan sokongan kepada bukti luar biasa daripada eksperimen lapangan yang menunjukkan, diskriminasi anti-Muslim terhadap orang Islam dan kelompok yang dianggap Muslim menjadi penghalang kepada mereka untuk mendapatkan pekerjaan,” katanya sebagaimana dipetik daripada portal berita tersebut pada Ahad.

Pengagguran

HASIL penyelidikan
mendapati, Islamofobia adalah multidimensi dan berkaitan dengan warna, agama, budaya dan negara asal.

The Guardian melaporkan, penyelidikan itu menggunakan data 10 tahun daripada kajian Longitudinal Isi Rumah UK, tinjauan tahunan meliibatkan kira-kira 100,000 orang daripada 40,000 isi rumah yang mengumpul maklumat terutama menerusi temu bual secara bersemuka mengenai situasi sosioekonomi rakyat.

Malah, para peserta juga menjawab soalan tentang kekuatan dan kepercayaan agama serta sosiobudaya masing-masing.

Dalam tinjauan yang dilakukan pada bulan Jun lalu terhadap 1,503 Muslim UK oleh Savanta ComRes untuk portal Hyphen, About Islam melaporkan, kira-kira 69 peratus Muslim UK yang bekerja mengatakan, mereka pernah mengalami beberapa bentuk Islamofobia di tempat kerja.

Baca juga 90 peratus platform media sosial mengandungi unsur islamofobia

Sementara itu, satu lagi penyelidikan pada tahun 2017 untuk badan pemerhati mobiliti sosial kerajaan mendedahkan, ahli minoriti agama kurang berkemungkinan berjaya di tempat kerja. Ini kerana ramai melaporkan pengalaman Islamofobia, diskriminasi dan perkauman.

Pengangguran

SEKITAR tahun 2016, Parlimen Britain pernah memberi amaran bahawa wanita Islam adalah kumpulan paling kurang bernasib baik dari segi ekonomi dalam masyarakat negara berkenaan.

Malah, kajian itu mendapati, 19.8 peratus umat Islam berusia 16 hingga 74 tahun bekerja sepenuh masa berbanding 34.9 peratus daripada keseluruhan penduduk.

Pada tahun 2016, Parlimen Britain pernah memberi amaran bahawa wanita Islam adalah kumpulan paling kurang bernasib baik dari segi ekonomi dalam masyarakat negara berkenaan.

“Mereka tiga kali lebih berkemungkinan menganggur dan mencari pekerjaan berbanding kaum wanita secara umumnya,” kata laporan berkenaan.

Foto: Pexels & The Guardian