Browsing Tag

penat

doa sujud terakhir
Ibadah,

Jika rasa berat atau penat untuk beribadah di bulan Ramadan, amalkan doa ini ketika sujud terakhir

Jika rasa berat atau penat untuk beribadah di bulan Ramadan, amalkan doa ini ketika sujud terakhir

BULAN Ramadan sememangnya bulan ditetapkan ALLAH SWT untuk menguji keimanan setiap hamba-NYA.

Mana tidaknya, ALLAH menjanjikan pahala berlipat kali ganda dalam bulan ini, pastilah usaha untuk meraihnya bukan mudah. Kita pula bakal teruji dengan banyak perkara seperti timbul rasa lelah saat beribadah atau rasa berat hendak menghulurkan sedekah dan sebagainya.

Disebabkan itu, ada satu doa diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Mu’adz bin Jabal agar ALLAH mengurniakan kekuatan serta keringanan untuk beribadah.

Baca juga Jangan terus makan ketika berbuka puasa, sebaliknya amalkan doa terbaik sewaktu iftar

doa sujud terakhir

Baca juga Kenalpasti dan waspada dengan lapan kategori pencuri di bulan Ramadan!

Seperti dikongsikan pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun di laman sosial miliknya, baginda berpesan kepada Mu’adz agar membaca doa tersebut setiap kali di akhir dan ketika sujud terakhir sebelum salam.

Daripada Mu’adz bin Jabal RA, beliau berkata: “Rasulullah SAW memegang tangannya dan berkata, “Wahai Mu’adz, demi ALLAH, aku mencintaimu.” Kemudian beliau berkata, “Aku wasiatkan kepadamu wahai Mu’adz, janganlah engkau tinggalkan setiap selesai solat untuk mengucapkan,

اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
(Ya ALLAH, bantulah aku untuk berzikir dan bersyukur kepada-MU serta beribadah kepada-MU dengan baik.)” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Turut disyorkan Belanja kawan berbuka puasa, nampak biasa tetapi pahalanya luar biasa

doa sujud terakhir

TIDAK dinafikan keletihan dan kelesuan boleh hadir setelah berhari-hari beribadah tanpa henti. Justeru, anda boleh amalkan doa tersebut. Foto: Unsplash

Baca juga Perhatikan enam golongan yang tetap tidak boleh makan, minum walaupun puasa Ramadannya telah batal

Sahabat disayangi Nabi SAW
Siapakah Saidina Mu’adz bin Jabal ini sehinggakan Rasulullah SAW sangat mencintainya?

Beliaulah antara sahabat yang banyak berdamping dengan Nabi SAW dan mendapat nasihat secara terus daripada Baginda.

Daripada Ibnu Abbas RA, beliau menceritakan: “Bahawa Rasulullah SAW ketika mengutus Mu’adz ke Yaman, baginda berpesan kepadanya: “Sesungguhnya engkau akan mendatangi sekelompok kaum dari Ahli Kitab, maka ajaklah mereka untuk bersaksi bahwa tidak ada tuhan yang berhak disembah dengan benar kecuali ALLAH , dan bersaksi bahwa aku adalah utusan ALLAH. Jika sekiranya mereka mentaatimu akan hal tersebut, maka beritahulah mereka sesungguhnya ALLAH telah mewajibkan atas mereka solat lima waktu setiap harinya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Turut disyorkan Tak semestinya kena berjaga malam berjam-jam, pendakwah titip cara mudah mengejar lailatulqadar

RAMADAN membuka jalan kepada umat Islam untuk menghapuskan dosa dan berubah menjadi insan yang lebih baik. Foto: Pexels

Selain itu, Baginda SAW juga pernah mengiktiraf ketokohan Muadz bin Jabal di dalam sebuah sabdanya: “Ambillah al-Qur’an daripada empat orang iaitu Ibnu Ummi Abdin (Abdullah bin Mas’ud), Mu’adz bin Jabal, dan Ubai bin Ka’ab serta Salim bekas hamba kepada Abu Hudzaifah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Justeru, marilah sama-sama kita amalkan doa yang diajarkan Rasulullah kepada sahabatnya Mu’adz, agar ALLAH SWT sentiasa kurniakan rasa ringan dan rindu dalam diri kita untuk beribadah kepada-NYA terutamanya sepanjang bulan Ramadan ini.

Sumber: Facebook Ustazah Asma’ Harun

Foto: Pexels & Unsplash

Tiga kepenatan disukai ALLAH
Isu,

Tiga jenis kepenatan yang disukai ALLAH

HIDUP sememangnya ada fasa pasang surut yang kadangkala memenatkan. Namun, tanpa disedari rupanya ada beberapa jenis kepenatan yang disukai oleh ALLAH SWT.

Kebiasaannya apabila sudah penat, bermacam rungutan terpacul dari bibir. Penat bekerja, penat memasak, penat belajar dan sebagainya.

Sepayah mana pun cabaran yang dihadapi, ingatlah ALLAH tidak akan menguji hamba-NYA melebihi kemampuannya. Ujian yang diberikan oleh YANG MAHA ESA tidak lain hanyalah untuk menguatkan jiwa.

tiga jenis kepenatan

DR AHMAD SANUSI AZMI

Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi di dalam hantaran Facebooknya menyatakan bahawa, ALLAH tidak pernah alpa dengan kesungguhan umat-NYA.

Jelas beliau, ada beberapa jenis kepenatan yang disukai ALLAH, iaitu:

1. Ibu bapa yang bekerja menyara keluarga

Kesungguhan ibu bapa yang bekerja pagi dan petang bagi menyara kehidupan keluarga adalah satu kepenatan yang disukai oleh ALLAH SWT. Bahkan Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa setiap suap yang diberikan suami kepada isteri akan diberi pahala.

Baca juga Model keluarga terbaik disebutkan dalam al-Quran

Sabda Nabi:
Dan tidaklah kamu memberikan nafkah dalam mencari keredhaan Allah melainkan semuanya akan dibalas dengan pahala. Sehinggakan setiap suap yang disuapkan ke dalam mulut isterimu (juga akan diberi pahala).” (Hadis Riwayat Muslim)

Tiga kepenatan

BETAPA mulianya kesungguhan ibu bapa yang mencari rezeki buat keluarganya di mata ALLAH SWT.

Tambahan pula, sebaik-baik nafkah di jalan ALLAH adalah duit yang disumbangkan oleh ibu bapa kepada keluarganya.

Sabda Rasulullah: “Sebaik-baik dinar adalah dinar yang digunakan sebagai nafkah buat menyara keluarganya” (Hadis Riwayat al-Bukhari).

2. Ibu yang memberi makan kepada anak-anaknya

Seorang isteri dan ibu yang bersungguh-sungguh mendapatkan makanan buat anak-anaknya akan turut diberikan ganjaran pahala besar.

Baca juga 4 amalan ini akan memberatkan amalan di akhirat

Al-Imam Muslim meriwayatkan satu kisah di mana Saidatina Aisyah berkata seorang ibu telah datang ke rumahnya bersama dua orang anak perempuannya untuk meminta makanan.

Namun, tiada makanan lain dalam simpanan melainkan sebiji kurma lalu Aisyah berikan kurma tersebut kepada si ibu. Tanpa berfikir panjang, ibu itu membelah tamar tersebut kepada dua bahagian dan memberikan kepada kedua-dua anaknya tanpa meninggalkan sedikitpun untuk dirinya.

Keadaan itu membuatkan Saidatina Aisyah menangis. Apabila menceritakan peristiwa tersebut kepada Rasulullah SAW, baginda berkata,

Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ke atas ibu tadi syurga (iaitu ibu tersebut pasti akan masuk ke syurga) atau (dengan amalan tersebut) Allah akan membebaskannya dari neraka.” (Hadis riwayat Muslim).

tiga kepenatan

SEMEMANGNYA bukan mudah menjadi ibu yang perlu menyediakan makanan buat keluarganya setiap hari. Namun, ketahuilah bahawa besarnya ganjaran pahala yang diperoleh daripada perbuatan tersebut.

3. Membelikan hadiah kepada isteri

Membelikan hadiah buat isteri juga dianggap sebagai amalan yang terpuji.

Amru ibn Umayyah pernah membeli sepasang kain. Seorang sahabat bertanya, apa yang kamu lakukan kepada kain tersebut.

Lalu Amru menjawab: “Aku telah hadiahkannya kepada isteriku Sukhailah binti Ubaydah dan dia berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda: Sesungguhnya sedekah (hadiah) kamu kepada ahli keluargamu akan diganjari pahala sedekah. (Hadis Riwayat Abu Ya’la).

Baca juga Suami Isteri Ibarat ‘Pakaian’, Jaga Aib Pasangan Masing-Masing

Oleh itu, usah terus mengeluh apabila penat bekerja atau menjaga anak-anak kerana sebenarnya ada ganjaran pahala besar yang menanti. Yang penting buat segalanya demi ALLAH, nescaya urusan yang dilakukan akan terasa lebih mudah.

Foto: Pexels & Freepik

Untitled design
Gaya Hidup,

‘Cari rezeki halal lagi berkat, sekalipun badan dan otak kita penat‘

no comment

SEORANG lagi pendakwah, Ustaz Ahmad Fuad Mohamad Mokhtar atau Da’i Fuad mengingatkan seluruh umat Islam supaya jangan mengundang kemurkaan ALLAH SWT ketika mencari rezeki.

 

Teguran itu lebih mengarah kepada pengasas produk yang dilihat cenderung menggunakan instrumen pemasaran yang keterlaluan dan tidak patuh syariah sejak kebelakangan ini.

Ujar beliau, sememangnya pendapatan yang dicari itu halal, namun tiada keberkatan ke atasnya.

“Dalam hal ini, apabila ditegur, jangan pula kata ‘jangan buat kerja Tuhan dalam menghukum rezeki kami‘. Kita perlu faham ayat ‘di antara buat kerja Tuhan ataupun berhukum dengan hukum Tuhan‘. Ia merupakan dua perkara yang berbeza.

“Saya beri contoh, hukum solat adalah wajib dan ia ketetapan daripada ALLAH. Jadi, adakah ustaz yang mewajibkan pelajarnya supaya bersolat, ustaz tersebut mengambil kerja ALLAH?

“Tidak…ustaz itu sedang menegakkan suruhan ALLAH. Justeru, nasihat saya, kalau kita tidak mampu untuk (menegakkan) suruhan-NYA, jangan kita menjadi orang yang merendahkanperintah-NYA,“ tegasnya.

Kepada Sinar Islam Plus, Da’i Fuad berkata, rezeki yang dicari akan menjadi sebahagian daripada darah daging dalam badan kita, selain
mendatangkan barokah (nikmat atau keberkatan) dalam hidup.

Imam Ghazali, bahkan sebahagian ulama seperti Imam Nawawi juga menyatakan, barokah adalah kebaikan yang banyak, lagi abadi.

Firman ALLAH SWT dalam Surah as-Saba, ayat 36: “Katakanlah, sesungguhnya, Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang DIA dan
menyempitkannya (bagi siapa yang DIA kehendaki) tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui berkenaan dengannya.“

“Dalam memperkatakan tentang barokah, saya ingin memberi contoh mudah. Katakan gaji seorang itu berjumlah RM1,500 hingga RM1,800, tetapi beliau telah memberi manfaat kepada keluarga di kampung, dapat bersedekah kepada saudara Islam di Palestin dan Syria, malah kepada orang miskin yang kita tidak kenal pun dapat merasai titik peluhnya. Itulah yang diertikan dengan keberkatan,“ jelasnya.

Sebelum menutup tirai bicara, agamawan tersebut mengingatkan kepada semua bahawa cara kita mendapatkan rezeki penting bagi
mencapai titik keberkatan.

“Cuba bayangkan jika ia daripada sumber haram, ia boleh menjadikan hati kita keras. Kita juga tertanya-tanya kenapa keluarga porakperanda, anak-anak gagal dalam pelajaran dan isteri tidak mendengar kata?

“Hakikatnya,makanan yang kita makanlah yang akan menjadikan siapa diri kita. Jika kita makan daripada sumber yang bersih, maka selamatlah. Jika bertentangan, natijahnya amat mengecewakan. Oleh itu, carilah rezeki yang halal, lagi berkat sekalipun badan dan otak  penat, tetapi ia sangat berbaloi,“ nasihatnya.