Browsing Tag

Pelat membaca Surah al-Fatihah

Solat jamak dan qasar
Isu,

Pelat Membaca Surah al-Fatihah, Apakah Solat Wajib Diqadakan? Ini Penjelasannya

no comment

BUKAN semua orang dilahirkan dengan sempurna. Terdapat segelintir orang dalam kalangan kita mempunyai paras rupa dan fizikal yang cantik, tetapi ada kekurangan dari segi pertuturan misalnya.

Namun, semua itu sebenarnya tidak mencacatkan kita di sisi ALLAH SWT. Bukan paras rupa atau fizikal yang dilihat oleh-NYA. Sebaliknya, niat dan amalan yang dinilai oleh-NYA, selain iman dan takwa.

Bercakap tentang kekurangan dari segi pertuturan, sudah tentu individu tersebut menghadapi masalah ketika melafazkan bacaan dalam solat apatah lagi semasa mengaji.

Seandainya individu berkenaan membaca Surah al-Fatihah dengan pelat terutama ketika dalam solat kerana kesukaran untuk menyebutnya, adakah dia perlu belajar semula untuk membetulkan tajwid yang salah dan mengqadakan semua solat yang mana salah bacaannya sebelum ini?

Menjawab persoalan itu, pendakwah Ahmad Fuad Mohamad Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Da’i Fuad menjelaskan, membaca Surah al-Fatihah termasuk daripada bacaan al-Quran. Jadi, ia perlu dibaca dengan tajwid, dengung dan mengikut makhraj.

DA’I FUAD

“Bagi golongan yang menghadapi masalah masalah lembap dalam pertuturan atau pelat dan seumpamanya, ada rukhsah (keringanan) yang diberikan.

“Mereka diampunkan dan dimaafkan atas kesalahan tersebut,” katanya.

Dalam bab solat pula, ujar Da’i Fuad, empat mazhab utama bersepakat mewajibkan qada ibadah berkenaan sekiranya ia ditinggalkan.

Namun, beliau menambah, bagi mereka yang bergelut dengan masalah pertuturan misalnya, pada lafaz dan dapat memperbaikinya, maka lebih baik untuk dirinya qada solat berkenaan.

“Seandainya individu tersebut memang ada kesulitan seperti berlidah pendek, masalah angin pada mulut dan seumpamanya, maka dimaafkan golongan tersebut disebabkan permasalahan pada diri serta tubuhnya.

“Ayuh kita buat ibadah yang terbaik kepada ALLAH SWT selagi ada daya, kudrat dan kemampuan,” nasihatnya.

Foto: 123rf