Browsing Tag

pejam mata solat

Doa iftitah
Ibadah,

Bolehkah pejam mata ketika solat untuk tambah khusyuk?

BOLEHKAH pejam mata ketika solat untuk tambah khusyuk?

Segelintir orang lebih gemar untuk memejamkan mata ketika menunaikan solat.

Mereka beranggapan, dengan cara itu, solat tadi akan bertambah khusyuk.

Hakikatnya, bolehkah ia dilakukan ketika sedang mengerjakan ibadah fardu berkenaan?

Dalam perihal solat, secara asasnya, kita disunatkan untuk memandang ke arah tempat sujud semasa mengerjakannya.

Ia berdasarkan beberapa riwayat seperti yang disebutkan oleh Imam Ibn Hajar. Beliau menukilkan kenyataan Muhammad Ibn Sirin yang menyatakan: “Mereka dahulu (para sahabat) berpaling-paling dalam solat mereka sehinggalah turunnya firman ALLAH SWT”

ALLAH SWT berfirman: “Telah berjayalah golongan yang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk di dalam solat mereka.” (Surah al-Mukminun, ayat 1-2)

Baca juga Terlelap ketika solat. Batal atau tidak?

Adapun perbuatan memejamkan mata ketika solat adalah makruh menurut sebahagian para fuqaha kerana bercanggah dengan galakan memandang ke tempat sujud.

Mereka berhujah dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas RA.

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang dari kamu berdiri di dalam solatnya maka janganlah dia memejamkan matanya.” (Riwayat al-Tabarani)

Bagi menjawab persoalan tadi, dapat disimpulkan bahawa hukum pejam mata ketika solat pada asalnya adalah makruh kerana ia bercanggah dengan tuntutan memandang ke tempat sujud.

Akan tetapi, sekiranya dengan cara itu akan lebih membantu untuk fokus dan khusyuk dalam solat, maka ia dibolehkan dan kadangkala menjadi lebih utama.

Sumber: Al-Kafi #883: Hukum Solat dengan Memejam Mata untuk Membantu Khusyuk