Browsing Tag

Paul Pogba

b57c8d9a-7973-48b3-bc97-2143881c796a
Berita Semasa, Gaya Hidup, Jendela Dunia, Pilihan Editor,

UEFA beri Amaran alih Minuman Penaja, Pasukan akan Didenda.

no comment

INSIDEN spontan yang ditunjukkan pemain bola sepak terkenal Cristiano Ronaldo ketika mengalihkan botol minuman berjenama Coca-Cola sebelum sidang media bermula telah menjadi trend dan ikutan beberapa pemain bola sepak pada musim Euro 2020 kali ini.

Insiden bintang bola sepak terkenal dunia yang mengalihkan minuman penaja baru-baru ini mendapat perhatian UEFA. Gambar: Free Press Journal.

Selain Ronaldo, pemain Perancis, Paul Pogba yang juga seorang muslim telah mengikuti tindakan yang sama apabila dia mengalih botol berjenama minuman keras di bawah meja pada sidang media selepas tamat perlawanan yang menyaksikan Perancis menang menentang Jerman baru-baru ini.

Perkara sama dilakukan pemain Itali, Manuel Locatelli dan diikuti beberapa lagi pemain sehingga menimbulkan situasi kurang senang buat penganjur UEFA yang melihat perkara itu seperti memalukan pihak penaja.

Pengarah kejohanan Euro 2020 Martin Kallen. Gambar UEFA

Pengarah kejohanan Euro 2020 Martin Kallen, berkata insiden seperti itu tidak sepatutnya berlaku dan mengulangi betapa pentingnya pihak penajaan di dalam kejohanan Euro 2020 yang sepatutnya diberikan penghargaan.

Katanya, penajaan adalah penting kerana hadiah kemenangan yang diraih semua pasukan adalah hasil penajaan 12 syarikat yang menyumbang sebanyak 2 bilion euro (RM9.87 bilion) selain turut menjayakan kejohanan berprestij ini.

“UEFA telah mengingatkan semua pasukan yang turut sama pada Euro 2020 bahawa kerjasama bersama penaja sangat penting dalam memastikan perkembangan bola sepak di seluruh Eropah untuk terus berkembang termasuk untuk remaja dan Wanita.

“Kami tidak pernah mendenda pemain secara langsung. Tindakan selama ini dikenakan melalui persatuan kebangsaan masing-masing.

“Namun kami tidak mahu mengganggu pemain buat masa ini. Kami memiliki peraturan yang ditandatangani oleh persekutuan yang mengambil bahagian,” katanya.

Setelah menjelaskan bagaimana pemain boleh didenda kerana mengganggu perjanjian penajaan, Kallen ditanya apakah dia telah memberikan amaran mengenai tindakan disiplin di masa depan.

“Kami telah mengingatkan mereka tentang kewajiban mereka dan tentu saja ini selalu ada kemungkinan berlaku. Namun, UEFA tidak mempunyai masalah dengan Pogba mengeluarkan botol milik jenama bir itu kerana menghormati kepercayaan agamanya.

“Kami cukup terbuka bahawa jika kerana alasan agama maka mereka tidak perlu meletakkan botol minuman itu di hadapannya,” katanya.

Sementara itu, kapten England, Harry Kane menjelaskan mengapa dia tidak akan mengalihkan botol dari tempatnya dalam sidang media yang akan datang.

“Jelas para penaja berhak atas apa yang mereka mahukan jika mereka membayar wang untuk melakukannya,” kata Kane, semalam menjelang pertemuan England dengan Scotland.

“Insiden ini bukanlah perkara yang sepatutnya saya fikirkan. Saya telah melihatnya di media sosial tetapi saya akan lebih memberi fokus kepada hari pelawanan esok daripada melayan perkara seperti ini,” katanya.

UEFA mengatakan bahawa mereka tidak akan mendenda pemain, sebaliknya pasukan yang diwakilinya.

 

Sumber: Mirror.co.uk