Browsing Tag

pastri

4c8cc78d-ffed-4983-b7a3-74bc5929ec37
Gaya Hidup, Gaya Hidup, Jendela Dunia, Personaliti, Pilihan Editor,

Nadiya Hussain, Inspirasi Wanita Dunia

no comment

Sesuatu kekurangan yang ada dalam diri seseorang itu mampu menjadi kelebihan dan keistimewaan kepada seseorang andainya kita mengenali lebih dekat diri sendiri. Nadiya Jamir Begum ketika seusia tiga dekad lalu beliau hanyalah seorang kanak-kanak biasa yang comot dan mengalami masalah kesihatan mental sejak kecil.

Kini tiada siapa menyangka, wanita yang sudah berusia 36 tahun dan lebih mesra dikenali sebagai Nadiya Nussain menjadi antara 500 muslim dunia paling berpengaruh bagi kategori Selebriti dan Sukan menerusi majalah The 500 Most Influential Muslims pada tahun 2017.

Wajah manis semulajadi Nadiya menjadi inspirasi ramai wanita.

Mengenali lebih dekat, Nadiya yang dilahirkan di Luton, Bedfordshire, England kini dikenali dunia dengan kerjayanya sebagai Personaliti TV, Pengacara, Wartawan Penyiaran, Kolumnis Akhbar dan Chef. Semuanya bermula dengan kelemahan diri yang menjadi pendorong beliau bangkit untuk mencabar diri.

Nadiya minati dunia masakan diinspirasi dari ayahnya.

Nadiya Hussain adalah generasi kedua berasal dari Bangladesh yang dilahirkan dan dibesarkan di Luton, Bedfordshire, England yang berkesempatan bersekolah di Sekolah Rendah Beech Hill, Sekolah Tinggi Challney dan Kolej Tingkatan Enam Luton. Dia mempunyai lima adik-beradik, tiga perempuan dan dua lelaki. Bapanya, Jamir Begum, berasal dari Beanibazar, adalah seorang tukang masak dan memiliki sebuah restoran masakan India di Luton.

Meskipun dilahirkan dalam keluarga Islam, Nadiya Hussain hanya mula memakai tudung menutup aurat ketika usianya 14 tahun. Itupun pada awalnya hanyalah untuk menutupi rambutnya yang buruk selepas bapanya tersalah memotong rambutnya sehingga mengganggu emosi remajanya. Peristiwa itu mengubah hidupnya selepas mengalami gangguan emosi dan dia didiagnosis selepas melalui penyakit serangan panik (panic attack) yang teruk hingga hari ini.

Kisah hidupnya yang mengalami masalah kesihatan mental itu turut pernah ditayangkan dalam sebuah filem berjudul Sport Relief dan beliau mengatasi kegelisahan masa kecil yang ditulis dalam bukunya berjudul My Monster and Me.

Nadiya menjadi inspirasi dunia dalam beliau mengharungi hidup melawan penyakit serangan panik dialaminya hingga kini. Bagaimana beliau bangkit dengan dugaan yang berat hingga satu demi satu kejayaan yang beliau perolehi, malah lebih sempurna daripada wanita normal yang lain.

Dalam Surah Al-Dzariyat ayat 28, Allah S.W.T berfirman, “Dan pada diri kamu, apakah kamu tidak memikirkannya“. Imam Al-Thabari dalam tafsiran (22/419) beliau ke atas ayat ini berkata, pandangan paling tepat dalam menjelaskan makna ayat ini adalah, “Pada diri kamu juga wahai umat manusia terdapatnya tanda-tanda kebesaran Allah dan juga ibrah yang menunjukkan kepada kamu akan keesaan Pencipta kamu. Dan sesungguhnya tidak ada Tuhan bagi kamu selain-Nya. Dari sudut tidak ada yang berkuasa menciptakan seperti ciptaan-Nya kepada kamu. Maka apakah kamu tidak merenung secara mendalam akan hal tersebut serta berfikir padanya. Nescaya kamu akan mengetahui hakikat keesaan Tuhan kamu“.

Nadiya pakar dalam pembuatan pastri.

Memandangkan bapanya Jamir Begum adalah tukang masak, Nadiya mengambil inspirasi itu untuk bermula membaiki dirinya dengan belajar kemahiran memasak asas di sekolah bagi melupakan sejenak penyakit yang dihidapinya. Nadiya melatih mengajar dirinya dengan mentelaah buku resipi bertemakan roti khusus dari novelis Ireland kegemarannya Marian Keyes, selain banyak menoton video di YouTube.

Sehinggalah beliau mendapat keyakinan untuk buat kali pertamanya memberanikan diri menyertai pertandingan memasak paling popular di England, BBC The Great British Bake Off (Siri Ke-6) pada tahun 2015. Nama Nadiya Hussain melonjak naik dan mula dikenali bukan saja di England malah seluruh dunia yang menyaksikan program masakan itu mula mengenali beliau. Tanpa bertangguh lagi, BBC menawarkan kontrak kepadanya untuk dan mengangkat namanya di dalam program dokumentari, The Chronicles of Nadiya.

Rezekinya tidak hanya di situ, beliau juga ditawarkan menggendalikan beberapa program masakan sendiri, Nadiya’s British Food Adventure; Nadiya’s Family Favorites; The Big Family Cooking Showdown dan telah menjadi hos tetap di The One Show. Nadiya juga ditawarkan menulis sebagai kolumnis untuk The Times Magazine dan telah menandatangani perjanjian penerbitan buku dengan Penguin Random House; Hodder Children Books dan Harlequin, malah telah muncul sebagai panel tamu di Loose Women ITV.

Antara buku masakan peribadinya yang laris terjual.

Pada 13 Ogos 2016, Nadiya muncul sebagai tetamu di BBC Radio 4’s Desert Island Disc dan ditemuramah oleh Kirsty Young. Dia menceritakan mengenai diri dan perjuangannya sebagai seorang ibu muda, dilema sosial yang dialami oleh wanita Muslim dan bagaimana keyakinannya bertambah semasa menyertai pertandingan BBC The Great British Bake-Off. Beliau menggambarkan penderaan emosi terhadap isu perkauman yang masih dia terima dan bertekad untuk menjadikan teladan yang baik kepada anak-anaknya.

Sumbangan beliau kepada masyarakat sebagai tanggungjawab sosial juga tidak dilupakan, Nadiya Hussain dilantik sebagai duta Starlight Children Foundation yang menyokong kehidupan kanak-kanak yang sakit teruk dan juga duta WaterAid. Nadiya Hussain juga telah menunjukkan sokongannya terhadap Hari Gencatan Senjata dengan memakai ‘tudung poppy’ yang dirancang untuk memperingati jumlah tentera Islam yang berperang dalam Perang Dunia Pertama dan mempromosikan pemakaian popi di kalangan orang-orang Muslim Britain. Pada tahun 2018, beliau menjadi duta jenama Swarovski dalam kempen Memperdaya Wanita.

Meskipun masih berhadapan dengan penyakit mental yang dihidapinya, Nadiya tidak lupa pada pesakit yang senasib dengannya, beliau turut menyumbang resipi masakan untuk hari HelloYellow untuk Badan Amal Kesihatan Mental YoungMinds sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia pada 10 Oktober 2018.

Kemuncak dari kejayaannya selama ini, beliau mendapat penghargaan tertinggi apabila di jemput pihak Istana England untuk menghasilkan kek istimewa bagi meraikan ulang tahun Ratu Elizabeth II ke-90.

Nadiya mendapat penghargaan tertinggi apabila dapat menghasilkan kek istimewa untuk dipersembahkan kepada Ratu Elizabeth II ke-90.

Pada tahun 2017, Nadiya Hussain dinamakan oleh Debrett’s sebagai salah seorang daripada 500 orang yang paling berpengaruh di United Kingdom dan berada dalam senarai 100 Wanita BBC News. Beliau juga disenarai pendek untuk hadiah Book of the Year Kanak-kanak di British Book Awards untuk Bake Me A Story dan dicalonkan untuk Breakthrough Star di Royal Television Society Awards untuk The Chronicles of Nadiya. Ted Cantle, pengarang laporan mengenai Hak Asasi Masyarakat, mengatakan Nadiya Hussain telah memberi banyak inspirasi keharmonian hubungan dua hala antara masyarkat Islam dan bukan Islam di dunia sepanjang 10 tahun penglibatannya dalam kerjayanya.

Nadiya sering terpilih menghiasi muka depan majalah popular.