Browsing Tag

NGI

Khidmat masyarakat
Berita Semasa,

Peluang NGO Dan NGI Tambah Dana Jalankan Program Khidmat Masyarakat, Ini Caranya

no comment

MENJALANKAN kerja-kerja khidmat masyarakat bukanlah sesuatu yang mudah. Bukan hanya keringat dan tenaga yang perlu dikerah, tetapi wang ringgit juga begitu penting.

Jika tidak, masakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau gabungan pertubuhan Islam bukan kerajaan (NGI) dapat menyalurkan bantuan dengan begitu mudah.

Sudah tentu organisasi-organasi tersebut memerlukan dana yang kukuh untuk mereka menyumbang bakti kepada masyarakat.

Lazimnya, pertubuhan dan organisasi inilah yang akan dicari untuk orang ramai memberikan sumbangan. Ini kerana mereka mempunyai perancangan rapi dan tersusun untuk mengagihkan sumbangan tersebut.

Tambahan pula, memang sudah menjadi objektif penubuhan mereka untuk kerja-kerja khidmat masyarakat.

Baca juga Penting Tadbir Urus Yang Baik Lebih-Lebih Lagi Jika Melibatkan Dana Awam

Kepada NGI dan NGO yang tercari-cari peluang untuk menambah dana bagi projek kebajikan mereka, inilah masanya. Ini kerana LaunchGood, sebuah platform pendanaan awam terkemuka akan menganjurkan program JOMLAUNCHGOOD X secara online pada 30 November ini.

Program tersebut antara lain merupakan pertandingan dana padanan projek khidmat masyarakat khas untuk NGO, NGI dan usahawan sosial di negara Asia Pasifik (APAC).

Khidmat masyarakat

PROGRAM JOMLAUNCHGOOD X bakal dijalankan secara online pada 30 November ini. NGO dan NGI jangan lepaskan peluang menyertainya kerana berpeluang menambah dana bagi menjalankan program khidmat masyarakat masing-masing.

Menurut Ketua Wilayah Serantau APAC LaunchGood, Nur Sharain Abdul Rashid, semua peserta boleh mempromosikan projek-projek khidmat masyarakat masing-masing.

“Dengan cara itu, mereka berpeluang dipertemukan dengan potensi penaja dan penyumbang untuk menyalurkan dana projek yang sedang mereka jalankan.

“Kita berharap lebih ramai penyertaan dalam program yang memasuki siri kedua penganjurannya di Malaysia,” katanya menerusi kenyataan media baru-baru ini.

Untuk rekod, pada tahun lalu, para peserta berjaya mengutip dana melebihi RM150,000 dengan penglibatan dari 96 buah negara. Ia telah memberi manfaat kepada lebih 69 NGO, NGI dan usahawan sosial dari Malaysia.

Bagi NGI dan NGO yang berminat untuk menyertai pertandingan itu boleh mendaftar secara online di launchgood.com/Start.