Browsing Tag

New York

Times Square
Antarabangsa,

Solat Tarawih Perdana di Times Square, New York kali ke-2 lebih meriah

RIBUAN umat Islam memenuhi jalan Broadway, Seventh Avenue dan 42nd Street di Times Square, New York, Amerika Syarikat (AS) untuk berbuka puasa dan melakukan solat tarawih pada Sabtu lalu.

Ini merupakan kali ke-2 solat tarawih berjemaah di Times Square, New York diadakan selepas pertama kali diadakan April tahun lalu.

Lokasi Times Square dipilih kerana ia adalah lambang kepada bandar New York, bandar yang sama menjadi titik permulaan bagi Islamofobia apabila berlakunya serangan 9/11 pada 2001.

Tambahan pula, pusat komersial dan pelancongan itu merupakan antara kawasan paling sibuk di New York dan dilawati hampir 50 juta pengunjung setahun.

Baca juga Ribuan Muslim berjemaah tarawih di depan Times Square, New York

Times Square

INI kali kedua solat tarawih perdana itu diadakan di Times Square, New York, Amerika Syarikat (AS). Foto: Twitter/@Alhamdhulillaah

Baca juga Jangan tinggal solat witir lepas tarawih dengan imam, rugi lepaskan peluang itu

Walaupun masih berbaki beberapa jam lagi sebelum Maghrib, kawasan ikonik itu telah dibanjiri warga muslim AS yang bersemangat untuk mengambil bahagian dalam berbuka puasa bersama secara berjemaah.

Pihak penganjur dilaporkan telah menyediakan 2,000 makanan dan minuman percuma untuk umat Islam yang berpuasa. Pelawat yang lalu lalang dan gelandangan di kawasan itu turut diberikan makanan percuma.

Acara ini secara tidak langsung dapat mempamerkan perpaduan yang wujud dalam masyarakat di New York sekaligus mempromosikan Islam dengan lebih meluas.


Pengisian dakwah turut diselitkan dengan kuliah, tilawah Al-Quran ,solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjemaah.

Tahun lalu, beberapa pengguna media sosial melahirkan kebimbangan bahawa persekitaran yang sibuk dan menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia itu tidak sesuai untuk diadakan tarawih.

Namun setakat ini, acara tersebut berjalan dengan lancar setelah dua kali ia dianjurkan.

Sumber: UmmahToday

Foto: Twitter/@alhamdhulillaah

ABC7 San Francisco
Jendela Dunia,

Keadilan Terhadap Islam Selepas 11 September

no comment

PADA Sabtu ini, dunia akan memperingati ulang tahun ke-20 peristiwa serangan ke atas menara berkembar World Trade Center (WTC) New York, Amerika Syarikat (AS).

Serangan berani mati oleh Al-Qaeda pada pagi 11 September itu membabitkan 19 orang anggotanya. Bermula dengan merampas empat buah kapal terbang penumpang lalu merempuh beberapa bangunan penting di New York sehingga mengorbankan beratus orang awam.

Rentetan daripada peristiwa itu, negara-negara di Timur Tengah telah dianggap sebagai kawasan berbahaya. Namun, itu hanya selepas awal abad ke-21. Sebelum itu, Timur Tengah tidak mempunyai banyak konflik atau serangan pengganas.

Keiko Sakai

Pakar Sejarah Politik, di Universiti Chiba, Jepun, Profesor Keiko Sakai, berkata pada 11 September 2001, serangan pengganas di AS sama sekali berbeza dengan masalah Timur Tengah yang diketahui sebelumnya.

“Ia jelas berbeza seperti konflik yang berlaku antara Israel dan Palestin. Bagi kumpulan bersenjata yang berasal dari Timur Tengah, AS adalah musuh mereka kerana ia adalah penyokong kuat Israel. Mereka menyerang kemudahan AS di negara mereka tetapi tidak merancang untuk menyerang tanah besar AS.

“Idea menyerang secara langsung AS berpunca daripada Perang Teluk. Ramai yang menentang kehadiran pasukan AS di Arab Saudi dengan mengadakan tunjuk perasaan di negara mereka dan dikenakan hukuman berat, termasuk pengusiran.

“Kejadian seperti itu meninggalkan kesan dalam pemikiran bahawa mereka tidak akan mendapat perhatian dunia kerana AS adalah kuasa besar yang memiliki pengaruh yang dominan.

“Pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden yang memulakan serangan 9/11 percaya bahawa komuniti Islam menjadi mangsa penganiayaan oleh Eropah dan AS serta memutuskan mereka harus menyelamatkan orang Islam yang menjadi mangsa ketidakadilan dunia.

“Oleh itu, jaringan pejuang berskala global dibentuk di luar negara asal mereka. Kumpulan negara Islam dan kumpulan radikal yang memperjuangkan tanah asal umat Islam yang tidak mendapat perhatian terus berkembang ke seluruh dunia,” katanya.

Seorang pemandu teksi wanita mengambil penumpang di Tehran pada bulan Ogos 2011. Lebih 500 wanita memandu untuk syarikat Teksi Wanita yang hanya melayani penumpang wanita sahaja. 

Menurut Sakai, kumpulan militan IS mula mendekati umat Islam yang pernah belajar atau berhijrah ke negara-negara Eropah dan AS untuk menyertainya. Sebagian besar telah bersama dengan imam (pemimpin) mereka untuk bersatu dan menarik masyarakat setempat yang turut berhadapan dengan masalah diskriminasi dan prasangka buruk oleh bukan Islam terhadap Islam.

“Sebaliknya, selepas peristiwa 9/11, AS menegaskan bahawa pendemokrasian Timur Tengah sangat penting untuk mewujudkan keamanan dunia.

“Pentadbiran AS yang diketuai oleh Presiden George W. Bush ketika itu menghantar dan menempatkan pasukan tentera di Iraq dan Afghanistan dengan mendakwa bahawa terdapat kumpulan militan yang telah bertapak di negara itu dan berusaha untuk membantu mengubah institusi politik dan sosial mereka,” tambahnya.

Katanya lagi, sudah tentu, masyarakat antarabangsa tidak hanya berdiri di luar ketika Afghanistan memerlukan bantuan untuk mencapai kestabilan. Beberapa negara dan organisasi, termasuk Jepun dan Badan Kerjasama Antarabangsa Jepun, mengambil tindakan menyokong, tetapi mereka gagal mengkoordinasikan usaha untuk mendukung demokrasi.

“Dasar-dasar untuk Timur Tengah, di mana pembangunan semula tidak berlaku setelah kehancuran, meninggalkan ruang bagi kumpulan Islam Taliban untuk mendapatkan kembali kuasa di Afghanistan.

“Adakah demokrasi akan berakar di Timur Tengah? Sebenarnya, demokrasi yang menghormati kebebasan dan persamaan individu tidak semestinya tidak sesuai dengan Islam yang mengajarkan ‘persamaan di hadapan Tuhan’,” menurutnya.

Presiden AS, Joe Biden pada 8 Julai lalu ketika dia membincangkan sebab-sebab penarikan tentera AS dari Afghanistan, berkata apa yang penting bagi AS adalah untuk menghapuskan ancaman keganasan dengan membantu menstabilkan wilayah Timur Tengah, bukan untuk membina negara demokratik.

“Kami tidak pergi ke Afghanistan untuk membangunkan negara itu. Dan itu adalah hak dan tanggungjawab rakyat Afghanistan sahaja untuk menentukan masa depan mereka dan bagaimana mereka ingin mengurus negara mereka,” katanya.

Sumber: Nikkei Asia

New York Post
Berita Semasa, Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Lagi Jenayah Kebencian Terhadap Muslim di New York

no comment

SELEPAS melihat berita mengenai dirinya disiar di televisyen yang dikehendaki polis kerana melakukan jenayah kebencian dan menyerang umat Islam di New York, seorang lelaki akhirnya tampil menyerah diri.

Menurut kenyataan Pejabat Peguam Daerah Queens, suspek Naved Durrni, 30, menghadapi tuduhan melakukan serangan jenayah kebencian, mengancam, mengganggu dan memiliki senjata ketika serangan fizikal dan lisan terhadap umat Islam di Queens, New York baru-baru ini.

Penguamnya, Ammar Chatha enggan mengeluarkan sebarang komen apabila ditanya media selepas perbicaraan berlangsung kelmarin.
Durrni kini masih dalam tahanan dan akan dijatuhkan hukuman di mahkamah pada 17 Ogos depan.

Menurut Jabatan Polis Kota New York, dakwaan jenayah kebencian dilakukan kira-kira lima minggu lalu.

Durrni dituduh melakukan kekerasan terhadap umat Islam dengan memaki dengan ucapan anti-Muslim, memukul mereka dan kemudian melarikan diri.

Melinda Katz

“Seperti yang didakwa, suspek menyerang dan menakut-nakutkan individu kerana kepercayaan agama mereka (Islam).
“Kebencian seperti itu tidak mendapat toleransi di Queens County, di mana kepelbagaian kita adalah kekuatan terbesar kita,” kata Peguam Daerah Queens, Melinda Katz dalam siaran berita.

Dakwaan serangan terhadap umat Islam

Pada 20 Jun sekitar jam 9.15 malam, Durrni didakwa mengikuti seorang lelaki berusia 31 tahun dan seorang wanita berusia 24 tahun di Queens, New York serta membuat cercaan anti-Muslim.

Durrni telah menarik tudung wanita itu dan menyuruh menanggalkannya. Dia kemudian memukul wanita itu di lengan. Ketika wanita itu berkeras untuk tidak menanggalkan tudung, Durrni terus memukul seorang lelaki lelaki di bahagian belakang.

Menurut NYPD, sejam selepas serangan itu, Durrni didakwa mengikuti seorang lelaki berusia 64 tahun dan seorang wanita berusia 56 tahun di Queens dan membuat cercaan anti-Muslim sebelum memukul wanita itu di muka dan kepala beberapa kali.

Wanita itu mengalami patah hidung dan luka di kepala dan wajahnya serta dibawa ke hospital tempatan untuk rawatan.

Dan pada 25 Julai, Durrni didakwa memukul seorang lagi wanita berusia 38 tahun yang memakai pakaian biasa dipakai wanita Muslim ke jalan.

Durrni menjerit-jerit anti-Muslim. Durrni didakwa mengeluarkan sebilah pisau ketika wanita itu cuba menelefon 911 di telefon bimbitnya.
Sekiranya disabitkan kesalahan, Durrni boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga lapan tahun.

Sumber: CNN

9503abb4-f185-4469-9975-da86ae2f7f2b
Berita Semasa, Gaya Hidup, Gaya Hidup, Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Komuniti Islam New York Bantu Imigran Sambut Ramadan Lebih Sempurna

no comment

“Kita ingin membina satu sistem sokongan di mana kita menyokong peniaga tempatan dan dalam masa yang sama menjaga kebajikan keluarga imigran ini agar terus kekal tinggal bersama kami,” kata Penganjur Program Muslim Giving Back, Asad Dandia.

Muslim Giving Back adalah projek gabungan komuniti Islam di New York yang menyediakan tabung makanan percuma kepada imigran yang tinggal di bandar Brooklyn.

Sukarelawan Muslim Giving Back berpusat di Sunset Park, iaitu Pusat Komuniti Islam yang mempunyai ahli majoritinya adalah imigran.

“Keluarga imigran ini menjadi pelanggan kepada kedai-kedai tempatan di mana mereka mendapatkan makanan dan barang keperluan harian mereka sepajang masa.

“Sempena Ramadan ini, kami mengajak masyarakat beramal dengan memastikan kejiranan Brooklyn mempunyai makanan di atas meja ketika berbuka puasa terutama dalam suasana pandemik yang menghalang masayarakat bebas keluar mencari rezeki.

“Kami juga telah mengagihkan kupon bekalan makanan percuma kepada golongan sasaran iaitu imigran,” katanya.

Dari Brooklyn hingga Bronx, pertubuhan komuniti Islam membina rangkaian bantuan kecemasan untuk membantu keluarga Muslim yang memerlukan makanan, di mana ramai antaranya bergantung kepada makanan percuma ketika berbuka puasa di masjid berhampiran.

Sukarelawan Muslim Giving Back mula menyusun kotak-kotak makanan untuk diedarkan kepada yang memerlukan.

Program Muslim Giving Back membeli kad hadiah atau kad diskaun daripada peniaga berbangsa Arab, Asia, serta farmasi Muslim, pasaraya dan pasar daging halal untuk diberikan kepada imigrin Muslim. Mereka diberikan kad kupon bernilai US$150 untuk membeli barangan halal bagi keluarga yang tinggal di Brooklyn dan Queens.

Selain Muslim Giving Back, organisasi lain yang terlibat membantu seperti Balady Halal Food Market; Nile Redfe Pharmacy; Met Fresh Supermarket; Dwip Bangla Grocery dan Green House Deshi Supermarket yang semua permis perniagaan ini bertempat di kawasan kejiranan Kensington dan Broolyn Bay Ridge. Di sini terdapat ramai golongan imigran Muslim terutamanya pekerja, pelarian, mahupun yang tinggal tanpa dokumen. Mereka tidak mampu menjana pendapatan tinggi untuk kekal di situ.

Antara wakil NGO yang turut sama menyokong projek Muslim Giving Back.

Dandia juga bekerjasama dengan Shahana Hanif, iaitu seorang pengelola sebuah komuniti di Brooklyn. Beliau adalah wanita Islam pertama menjadi ahli Majlis Perbandaran New York dan berhubungan dengan keluarga imigran Bangladesh. Beliau bergerak secara solo dalam usaha melawan masalah kekurangan makanan di kalangan imigran Bangladesh terutama warga emas, ibu tunggal dan mereka yang kehilangan keluarga akibat penyakit.

“Ini adalah usaha berkumpulan, mengumpulkan dan menguruskan mereka yang terkesan. Kami tidak meminta bantuan kerajaan mahupun jutawan, ini adalah usahasama komuniti, di mana kami bersama mengumpulkan sumber agar dapat membantu antara satu sama lain,” kata Shahana.

Antara bekalan makanan yang disumbang masyarakat kepada projek Muslim Giving Back.

Setiap hari sepanjang Ramadan, beliau dan sukarelawan lain akan mengagihkan makanan iftar percuma di Bay Ridge kepada golongan memerlukan. Muslim Giving Back juga mengajurkan makanan percuma kepada gelandangan setiap minggu, bantuan makanan kepada golongan miskin dan menyediakan pantry makanan percuma setiap minggu kepada lebih 50 keluarga sekitar Brooklyn yang kehilangan pekerjaan.

New York adalah tempat tinggal kepada 22 peratus populasi Muslim Amerika, 300 masjid dan 100,000 pemilik perniagaan beragama Islam. Sejak dilanda Covid19, banyak masjid ditutup dan tidak lagi dapat menjadi pusat untuk penduduk New York mendapatkan bantuan makanan percuma.

Minggu lalu, New York mengumumkan pelan 500,000 bantuan makanan halal percuma kepada Muslim sempena Ramadan.

“Satu dari keistimewaan Ramadan ialah amalan memberi makan kepada mereka yang lapar” kata Datuk Bandar New York, Bill de Blasio.

Sukarelawan Muslim Giving Back menyantuni gelandangan di sekitar bandar Brooklyn.

Hingga pertengahan Mac, rekod menunjukkan 26.5 juta penduduk Amerika yang kehilangan pekerjaan memohon bantuan. Krisis hilang pendapatan ini banyak memberi impak kepada keluarga Muslim ini. Sebanyak 40 peratus dari mereka adalah pemandu teksi bandar dan hampir separuh lagi adalah peniaga makanan.

Buruh, peniaga makanan jalanan, pekerja penghantaran biasanya tidak layak memdapat bantuan dari tabung perniagaan, cuti sakit berbayar, insurans dan lain-lain keistimewaan kerajaan.

Pelbagai NGO Muslim di New York berusaha memberi bantuan di bandar ini demi membantu keluarga yang terkesan.

Mereka biasa menerima 25 permintaan bantuan setiap hari. NGO ini turut berusahasama dengan masjid-masjid tempatan.