Browsing Tag

negara

Berita Semasa,

Doa Nabi Ibrahim AS yang boleh dibaca untuk keamanan negara

ANTARA nikmat besar dikurniakan oleh ALLAH SWT kepada manusia tetapi kurang disedari oleh kita adalah keamanan dan kesejahteraan.

Dengan adanya keamanan, maka keselamatan dan keharmonian negara akan terbina kukuh dan Islam pula akan terus terpelihara dan berdaulat.

Ketahuilah bahawa jika nikmat keamanan tidak ada, sukar untuk menegakkan syariat Islam di bumi tercinta ini.

Baca juga Ini Maksud Kemerdekaan Sebenar Dalam Islam,  Ramai Yang Masih Belum ‘Bebas’ Sepenuhnya

Sebagai rakyat Malaysia yang menyayangi negara, lakukanlah peranan anda walau sekecil-kecil perkara kerana ia mungkin mampu memberi kesan yang besar kepada negara.

Antara perkara mudah yang boleh dilakukan adalah dengan memanjatkan doa kepada ALLAH SWT agar negara kita sentiasa dilindungi daripada kemudaratan dan diberi kesembuhan dari setiap masalah yang melanda.

PANJATKAN doa kepada ALLAH SWT memohon pertolongan-NYA agar negara kita kekal dalam keamanan dan kesejahteraan. Foto: Unsplash

Doa ini pernah diamalkan oleh Nabi Ibrahim AS ketika memohon keamanan terhadap kota Makkah seperti yang diabadikan dalam al-Quran menerusi Surah al-Baqarah ayat 126, iaitu:

رَبِّ اجْعَلْ هَـٰذَا بَلَدًا آمِنًا وَارْزُقْ أَهْلَهُ مِنَ الثَّمَرَاتِ مَنْ آمَنَ مِنْهُم بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ

Ertinya: “Wahai TUHANku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada ALLAH dan pada hari akhirat di antara mereka.”

Turut disyorkan 9 doa para nabi yang boleh dijadikan amalan harian kita

DOA berikut dipanjatkan oleh Nabi Ibrahim AS kepada ALLAH SWT agar negeri Makkah sentiasa dalam keadaaan baik. Foto: 123RF

Memetik NU Online, mengikut sejarah, Nabi Ibrahim pernah beberapa kali pindah tempat tinggal. Bermula dari Babylon, kemudian pindah ke Syria dan seterusnya ke Palestin.

Apabila Nabi Ibrahim ke Makkah pula, baginda merasakan kebahagiaan dan memperoleh pelbagai nikmat yang tidak didapati di tempat lain. Maka, tidak hairanlah mengapa Nabi Ibrahim sangat mencintai Makkah.

Rasa cinta itu baginda buktikan dengan selalu berdoa untuk Makkah dan memohon agar negerinya menjadi aman, penduduknya hidup makmur serta dipenuhi oleh orang-orang yang beriman.

Hikmah yang boleh diambil daripada kisah di atas adalah supaya kita mencintai negeri kelahiran dengan sepenuh jiwa dan raga. Rasa cinta tanah air pula itu harus dipupuk sejak kecil lagi.

Baca juga Jadikan kisah keluarga Nabi Ibrahim sebagai pemangkin kekuatan diri untuk mencari keredaan ALLAH SWT

Sumber: JAKIM, NU Online

Foto: 123RF & Unsplash

cinta negara
Isu,

Bukan kita sahaja, Nabi SAW sendiri pernah zahirkan rasa cinta terhadap tanah air baginda

BUKAN kita sahaja, Nabi SAW sendiri pernah zahirkan rasa cinta terhadap tanah air baginda.

Di media sosial kini sedang hangat memperkatakan tentang filem Melayu terbaharu yang berjaya mengutip RM39.2 juta hanya selepas 10 hari tayangan, iaitu ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.’

Filem epik Melayu berkenaan yang sarat dengan nilai sejarah bangsa dilihat berjaya membangkitkan semangat jati diri dalam masyarakat setempat sehinggakan ramai yang sanggup berbusana Melayu lengkap bersama tanjak pada waktu tontonannya di panggung wayang.

cinta negara

HEBATNYA penangan filem ‘Mat Kilau’ sehingga munculnya trend pemakaian tanjak pada waktu tayangannya di panggung wayang. Malah, permintaan untuk sertai kelas silat juga meningkat sejak filem tersebut diterbitkan.

Yang menariknya, semangat patriotisme yang ditampilkan oleh filem Mat Kilau turut diberikan suntikan Islamik. Pengarah Syamsul Yusof sempat menyelitkan banyak nasihat-nasihat kembali kepada agama dalam karya itu.

Semangat cintakan negara sememangnya bukan suatu perkara yang dilarang dalam Islam. Bahkan, ia selari dengan ajaran agama dan termasuk sifat terpuji yang perlu dipupuk dalam diri masyarakat.

Demikian kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan, Ustaz Mohd Akmal Kamarudin menerusi sebuah artikel di portal Harakah Daily.

Baca juga Ini Maksud Kemerdekaan Sebenar Dalam Islam,  Ramai Yang Masih Belum ‘Bebas’ Sepenuhnya

Dalam kalangan masyarakat Arab ada kata-kata masyhur yang berbunyi  ‘Hubbul watan minal iman’ (Mencintai tanah air adalah sebahagian daripada iman), sehingga ada yang mendakwa  kata-kata ini adalah daripada Nabi SAW.

Namun setelah diperhalusi secara teliti, ramai ulama hadis berpandangan sebaliknya iaitu ia bukanlah daripada sabda baginda SAW.

Ibnu Hajar al-Asqalani, ulama yang mensyarahkan Sahih al-Bukhari dengan kitabnya Fathul Bari menyebut bahawa walaupun kata-kata ini tidak ditemukan sumbernya daripada hadis baginda SAW, namun dari segi maknanya, ia sahih kerana ia diamalkan oleh baginda SAW ketika hayatnya.

Imam as-Sakhawi dan al-Ajluni juga berpandangan yang sama ‘Hubbul watan minal iman’ walaupun belum ditemukan sumber hadisnya, namun mencintai tanah air telah diamalkan oleh para sahabat RA dan Rasulullah SAW.

cinta negara

RASULULLAH SAW juga mencintai tanah airnya, Makkah sama seperti kita.

Menurut sebuah perkongsian daripada program My #HadithTime, sejarah Nabi SAW sendiri membuktikan bahawa baginda adalah warganegara yang amat menyayangi Makkah, tanah tumpah darah Baginda.

Ketika dalam perjalanan hijrah meninggalkan Makkah, baginda telah melalui satu sempadan di bahagian utara negeri Makkah.

Di sinilah baginda berpaling memerhatikan Makkah lalu bersabda:

Aku tidak temui negeri yang lebih baik daripada engkau (wahai Makkah) dan tiada negeri yang lebih aku sayangi daripada Makkah.

Kalaulah bukan kerana kaumku (iaitu Quraisy) telah menghalangku, aku tidak akan tinggalkan negeri ini.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Baca juga Lawatan ke lokasi bersejarah di Tanah Suci mampu tingkatkan takwa

Sifat cintakan tanah air ini juga dilanjutkan setelah Rasulullah berhijrah ke Madinah.

Baginda bersungguh-sungguh membangunkan Madinah, membentuk suasana harmoni dalam kalangan semua kaum serta menyemaikan rasa cintakan Madinah.

Perkara ini dapat difahami melalui doa yang pernah dibacakan oleh baginda yang menyatakan:

اللهم حبِّبْ إلينا المدينةَ كحُبِّنا مكةَ أو أشدّ

Wahai Tuhan kami, lahirkanlah rasa cinta kami kepada Madinah seperti mana kami mencintai Makkah.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

cinta negara

TIDAK kira sama ada di Makkah atau Malaysia, kita semua pastinya mempunyai perasaan mendalam terhadap tempat asal usul kita.

Malah lebih menarik lagi apa yang pernah disaksikan sendiri oleh Saidina Anas bin Malik iaitu pembantu Rasulullah. Saidina Anas pernah bercerita,

Sekiranya Rasulullah pulang dari satu perjalanan yang jauh, apabila sampai sahaja di Madinah dan ternampak anak-anak tangga Madinah, (atau dinding-dinding rumah di Madinah)

Baginda akan menggesa untanya supaya berjalan cepat, seakan-akan rindu untuk sampai Madinah.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

cinta negara

KECINTAAN Rasulullah SAW terhadap negara bukan sekadar pada perasaan hati sahaja, bahkan baginda juga bersungguh-sungguh membangunkan tanah airnya. Demikian sifat keperibadian Nabi yang harus kita teladani.

Namun, dalam konteks Malaysia, apa yang harus kita lakukan andainya kita mencintai negara kita?

Kata Ustaz Mohd Akmal pula, Islam menekankan aspek kerjasama dalam membangunkan negara. Oleh itu, semangat patriotisme yang dituntut agama melibatkan tiga perkara ini.

1. Membantu negara mencapai kemajuan dan keamanan.

2. Memelihara nama baik negara di mata dunia.

3. Mempertahankan negara daripada sebarang ancaman

Titip My#HadithTime, kita digalakkan sentiasa mengajar dan menyebarkan kebaikan dalam masyarakat. Malah, sebagai satu ummah, kita juga mempunyai tanggungjawab menjauhkan negara daripada unsur kejahatan seperti rasuah dan sebagainya.

Bukan kita sahaja, Nabi SAW sendiri pernah zahirkan rasa cinta terhadap tanah air baginda

Foto: Freepik & Unsplash & Himpunan Cerita Lawak