Browsing Tag

Nato

ahval news
Berita Semasa, Jendela Dunia,

Tidak, Erdogan Tidak Cium Tangan Biden

no comment

Oleh MUHAMMAD YUSUFF HASSAN

SELEPAS Sidang Kemuncak Tahunan NATO di Brussels, minggu lalu, tular pula gambar Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan seolah-olah mencium tangan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.

Gambar berkenaan disiarkan pada muka depan beberapa akhbar antarabangsa, Twitter, dan Facebook dalam beberapa bahasa termasuk Arab, Inggeris dan Turki.

Antara akhbar antarabangsa yang menggunakan gambar itu ialah Financial Times dan Daily Mail, kedua-duanya dari United Kingdom.

Bagaimanapun rakaman video upacara berkenaan mendedahkan Presiden AS itu berjalan ke arah Erdogan yang sedang duduk.

Tular gambar Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan seolah-olah mencium tangan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden. (Ahval News)

Apabila Biden mendekatinya, Presiden Turki itu terus bangun sambil menumbuk salam tangan rakan sejawatnya itu pada Sidang Kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) itu.

Sesetengah media bertindak mengerat-suai video itu untuk mendapatkan gambar seolah-olah Erdogan mencium tangan Biden.

Sumber : Ahval News