Browsing Tag

Najis anjing

sertu-kedai
Berita Semasa,

Bawa anjing ke premis makanan, tindakan pantas pengusaha restoran sertu tempat raih pujian

Bawa anjing ke premis makanan, tindakan pantas pengusaha restoran sertu tempat raih pujian…

LARANGAN membawa haiwan peliharaan sudah lama dimasukkan dalam kod kebersihan di setiap premis makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Walaupun sudah dinyatakan secara jelas, namun masih ada juga yang mengambil enteng tentangnya terutama apabila melibatkan haiwan yang agak sensitif dengan persekitaran umat Islam.

Baru-baru ini, tular beberapa foto memaparkan dua pelanggan wanita bersama seekor anjing di dalam sebuah restoran mamak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor sehingga menimbulkan kemarahan ramai.

Menurut pemilik Facebook Tahir Salam, pekerja restoran memberikan teguran selepas menyedari salah seorang daripada mereka membawa seekor anjing ke dalam premis berkenaan.

Baca Juga Bolehkah Muslim bela anjing? Fahami penjelasan ini.

“Mula-mula seorang yang order makan. Lepas dah hidang dan pekerja kalih (toleh) ke belakang dan layan orang lain, tiba-tiba seorang lagi datang dengan anjing tapi pekerja tak perasan.

“Selepas nampak, dia pergi tegur dan mereka mohon maaf dan terus beredar,” tulis Tahir Salam yang dipercayai pengusaha restoran berkenaan.

Dalam perkongsian berasingan, dia turut memuat naik beberapa foto, memaparkan seorang pekerja sedang membersihkan kerusi serta meja yang digunakan pelanggan berkenaan.

TULAR beberapa foto memaparkan dua pelanggan wanita bersama seekor anjing di dalam sebuah restoran mamak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor. 

“Bukan berlakon ya. Benda dah terjadi. Yang penting kita ambil tindakan atas dasar tanggungjawab sebagai orang Islam,” tulisnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menyelar tindakan pelanggan yang membawa anjing ke restoran berkenaan.

Pada masa sama, netizen turut memuji tindakan pantas restoran itu yang terus membersihkan kerusi serta meja berkenaan.

Baca Juga Marah melampau hingga nyawa melayang, Islam larang perbuatan itu

“Kes selesai. Ambil ni sebagai pengajaran untuk kita semua. Kalau nampak di mana-mana, terus tegur dan beritahu owner kerusi meja tak boleh digunakan lagi.

“Terima kasih kerana kepekaan dan prihatin pihak pengurusan. Salute.

“Alhamdulillah, sepatutnya dan semoga semua faham dah adab dan ilmu pelihara binatang,” tulis beberapa warga maya.

ANJING dikategorikan sebagai najis mughallazah iaitu najis berat yang apabila disentuh wajib disertu.

Apa itu najis mughallazah? 

Memetik laman portal akuIslam.com, anjing dikategorikan sebagai najis mughallazah iaitu najis berat yang apabila disentuh wajib disertu.

Sertu bermaksud menyucikan mana-mana bahagian badan yang terkena najis mughallazah (anjing dan babi) dengan air bercampur tanah sekali dan air mutlak enam kali, menyamak.

Anjing dan keturunannya serta semua yang berasal daripadanya adalah najis, termasuk air liur, peluh dan darah.

Andai bekas, pakaian atau anggota badan terkena najis ini, ia hendaklah dibersihkan sebanyak tujuh kali dan salah satunya perlu menggunakan air yang dicampurkan dengan tanah.

Hukum itu adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Bekas air sesiapa di antara kamu yang dijilat anjing boleh dibersihkan dengan membasuhnya tujuh kali dan pertamanya dengan tanah”. (Hadis Riwayat Muslim)

Jika mulut anjing yang lebih bersih pun adalah najis, apatah lagi bahagian-bahagian lain.

Artikel Berkaitan 

MERUJUK Mazhab Syafie, setiap inci bagi seekor anjing itu adalah dikira sebagai najis. Menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan atau hajat adalah haram di sisi Islam. Foto: Pexels

Cara samak najis mughallazah

Berikut dinyatakan kaedah menyucikan najis mughallazah secara langkah demi langkah:

1. Kenal pasti jenis dan kedudukan najis mughallazah tersebut.
2. Singkirkan najis sehingga hilang ainnya.
3. Siram air di tempat bekas najis tersebut.
4. Basuh dan siram dengan air tanah.
5. Seterusnya dibasuh dengan enam basuhan air mutlak.
Semoga panduan itu memberi bimbingan kepada kita untuk menjadi insan lebih baik.

najis anjing depan rumah
Hukum,

Najis anjing depan kawasan rumah, bagaimana kaedah pelupusan dianjurkan Islam?

NAJIS anjing depan kawasan rumah, bagaimana kaedah pelupusan dianjurkan Islam?

Duduk di kawasan perumahan yang sering menjadi tumpuan anjing berkeliaran memang memang agak menguji diri.

Jika haiwan berkenaan merupakan anjing liar, keselamatan diri jadi taruhannya. Itu belum lagi bab najis anjing yang merata-rata di sekeliling kawasan perumahan. Adakalanya, najis anjing itu betul-betul ada di hadapan rumah kita.

Baca juga Guna tisu basah ketika istinjak? Hati-hatilah kerana ia masih dikira menanggung najis

Andai najis itu memang betul-betul berada di hadapan rumah kita, bagaimanakah caranya untuk membuangnya?

Di mana kawasan sesuai untuk dibuang kerana bimbang ada orang lain pula yang terpijak jika dibuang merata-rata? Bagaimana kaedah sebenar lupuskan najis anjing?

najis anjing

USTAZ MUSTAFAR MOHD SUKI

Sebelum memperincikan jawapan lanjut, pendakwah dan penulis, Ustaz Mustafar Mohd Suki menjelaskan, apa sahaja yang berasal daripada anjing dan anggotanya, ia dikira sebagai najis.

Ia termasuklah air kencing, tahi, darah, peluh, air liur atau mana-mana bahagian anggotanya. Demikian pandangan yang disepakati oleh Mazhab Syafie, terang beliau.

“Jika terkena, wajib dibasuh tujuh kali dan salah satunya adalah dengan tanah seperti disebutkan oleh Imam al-Nawawi dalam kitabnya, al-Minhaj Syarah Sahih Muslim.

“Dalam situasi di atas, maka wajib kita membuang najis itu ke tempat yang terlindung daripada terkena pada manusia yang lalu-lalang.

“Kemudian membasuhnya sebanyak tujuh kali yang mana salah satunya dibasuh dengan air tanah. Demikian pendapat majoriti ulama seperti Mazhab Syafie, sebahagian pandangan Mazhab Maliki dan Hanbali sehingga hilang bau, rasa dan warna,” katanya.

Baca juga Pakaian anak bernajis, boleh ke terus basuh guna mesin?

Jelasnya, ia sebagaimana disebutkan dalam hadis-hadis sahih seperti yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Hurairah, Saidina Ali dan selainnya.

Sabda Nabi Muhammad SAW : “Apabila anjing meminum bekas salah seorang daripada kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali dan salah satunya dengan air tanah.”

Ujar beliau, walaupun terdapat perbezaan riwayat berkenaan dengan bilangan basuhan dan kaedah basuhan, akan tetapi cukuplah dengan pandangan Mazhab Syafie dan majoriti ulama seperti yang telah dinyatakan di atas.

Baca juga [VIDEO] Bila masuk ke rumah rakan yang bela anjing, ini perkara yang perlu kita ambil tahu

Justeru, jangan pandang enteng tentang perkara ini. Jika ternampak ada najis anjing di hadapan rumah kita, cepat-cepatlah buang di tempat yang sesuai supaya tidak dipijak oleh orang lain.

Jika kita memudahkan urusan orang lain, insya-ALLAH ALLAH akan mudahkan urusan kita pula.

Foto: Facebook