Browsing Tag

Nabi Muhammad tidak menguap

Rindu Rasulullah,

Nabi Muhammad tidak menguap, ini keistimewaan yang ada pada baginda

NABI Muhammad tidak pernah menguap, benarkah?

Selain akhlak perwujudan al-Quran yang dimiliki oleh Nabi Muhammad SAW, baginda juga mempunyai banyak kelebihan.

Penghulu segala nabi dan rasul itu memang insan yang begitu istimewa. Malah, baginda SAW adalah sebaik-baik manusia.

Perilakunya, sifatnya dan akhlak yang ada pada Rasulullah SAW menjadi uswatun hasanah (suri teladan) kepada kita sebagai umatnya.

Bahkan, baginda juga mempunyai kelebihan tersendiri. Itulah mukjizat yang menunjukkan kebenaran baginda sebagai nabi dan rasul serta bukti kekuasaan ALLAH SWT.

Ketahuilah, Nabi Muhammad SAW tidak pernah menguap. Demikian kata pendakwah, Ustaz Azhar Idrus.

“Perkara itu ada disebutkan dalam satu riwayat mursal oleh Ibnu Abi Syaibah dan al-Bukhari dalam at-Tarikh,” katanya dipetik menerusi Instagram miliknya baru-baru ini.

Daripada Yazid bin Al-Asham katanya: “Tidak pernah menguap oleh Nabi Muhammad SAW sama sekali.” (Hadis dikeluarkan oleh Ibnu Abi Syaibah dan al-Bukhari dalam at-Tarikh)

Selain itu, al-Khattabi daripada jalan Maslamah bin Abdul al-Malik bin Marwan berkata: “Tiada pernah Nabi Muhammad SAW menguap sama sekali.” 

Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar pula berkata: “Adalah Maslamah ini sempat ia bertemu dengan sebahagian sahabat dan dia adalah seorang yang benar. Dan menguatkan yang demikian itu oleh barang yang tsabit, sesungguhnya menguap itu daripada syaitan.” (Kitab Fathul Baari)

Melihat ungkapan di atas, maka jelaslah bahawa Nabi Muhammad SAW tidak pernah menguap, terang Ustaz Azhar Idrus.

Baca juga Haram hukumnya kalau saja-saja menguap untuk sakitkan hati orang, penting untuk kita tahu

Bukan sahaja Rasulullah SAW, bahkan para nabi sememangnya tidak pernah menguap.

Ia sebagaimana disebutkan oleh Ibnu Hajar al-Asqalani dalam kitab syarah hadis al-Bukahri, al-Fath al-Bari.

Demikianlah keistimewaan baginda SAW. Ketahuilah, menguap tidak disukai oleh ALLAH. Ini kerana ia boleh mengundang rasa senang kepada syaitan laknatullah.

Daripada Abu Hurairah RA, sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesungguhnya ALLAH SWT menyukai bersin dan membenci menguap.” (Riwayat Muslim)

Menguap

Namun begitu, jika kita menguap, ikutilah adab yang telah dianjurkan oleh Islam iaitu menutup mulut dengan tangan kanan atau dengan belakang tapak tangan kiri.

Sumber: Instagram uiaoriginal & islampos.com