Browsing Tag

Muslim Pro

Aplikasi bantu jemaah haji
Berita Semasa,

6 ciri dalam aplikasi Muslim Pro ini bakal bantu jemaah haji

BAGI bakal jemaah haji, sudah tentu mereka sedang menghitung hari dan detik untuk berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan Rukun Islam kelima pada tahun ini.

Mengikut perancangan, penerbangan pertama jemaah haji Malaysia dijadualkan pada 4 Jun ini yang jatuh pada hari Sabtu.

Pastinya seramai 14,306 bakal tetamu ALLAH itu sudah membuat persiapan yang rapi untuk tujuan beribadah kepada-NYA pada musim haji kali ini. Apatah lagi, sudah dua tahun umat Islam dari luar Arab Saudi tidak dibenarkan untuk menunaikan ibadah berkenaan dek penangan wabak Covid-19.

Kepada mereka yang mahu membuat pecutan ulang kaji tentang rukun, syarat wajib haji dan sebagainya berkaitan ibadah berkenaan, boleh gunakan dan merujuk kepada aplikasi Muslim Pro, sebuah aplikasi gaya hidup terkemuka.

Menerusi kenyataan medianya kepada Sinar Islam Plus, aplikasi berkenaan menawarkan ciri-ciri holistik yang boleh membantu umat Islam melayari perjalanan suci mereka dengan lancar.

Baca juga Perkasa Bimbingan Ibadah Haji, TH Bakal Bangunkan Sistem Hajj E-learning Bulan Ini

Terdapat enam fungsi yang boleh membantu bakal jemaah menerusi aplikasi berkenaan. Berikut perinciannya:

1. Doa sepanjang perjalanan.

Aplikasi bantu jemaah haji

Adakalanya perjalanan yang dirancang sedikit ‘terbabas’ daripada perencanaan asal kerana ia tidak dapat diramalkan. Barangkali berlaku masalah atau kelewatan yang tidak dijangkakan.

Namun begitu, aplikasi Muslim Pro mempunyai himpunan pelbagai jenis doa sama ada termasuklah doa bersin, makan, tidur, doa bermusafir dan sebagainya. Malah, doa khusus yang dibaca ketika ibadah haji turut disertakan.

Malah, akses kepada doa itu mudah dicapai berdasarkan kategori pada bila-bila masa dan tempat walaupun jemaah berada di dalam kapal terbang.

2. Waktu solat yang tepat.

Aplikasi bantu jemaah haji

Apabila mengembara merentasi zon waktu yang berbeza, amat sukar untuk kita ketahui waktu solat yang tepat. Begitupun, aplikasi Muslim Pro boleh membantu kita menentukan waktu solat yang tepat berdasarkan lokasi sistem penentu kedudukan (GPS) masing-masing.

3. Kompas kiblat.

Aplikasi bantu jemaah haji

Arah kiblat merupakan antara masalah kebanyakan orang yang bermusafir lebih-lebih lagi jika tiada penunjuk arah ditandakan. Solusi bagi menangai masalah itu sudah pun disediakan menerusi aplikasi Muslim Pro dengan menggunakan fungsi terkini bagi membantu pengguna mencari arah kiblat yang betul menghadap Baitullah.

4. Panduan haji dan umrah.

Aplikasi bantu jemaah haji

Ya, memang semua para jemaah haji mahupun umrah sudah pun diberikan bimbingan dan panduan untuk menunaikan ibadah berkenaan sebelum ke Tanah Suci.

Jika mereka mahukan privasi dan akses digital, aplikasi Muslim Pro boleh memandu jemaah dengan menyediakan panduan langkah demi langkah mengenai proses ibadah yang perlu dilalui dan doa berkaitan sepanjang perjalanan haji dan umrah.

Malah, sumber dan panduan haji itu lengkap dalam lima bahasa yang mudah difahami termasuklah bahasa Melayu, Inggeris, Indonesia, Perancis dan Arab.

5. Ciri komuniti untuk permintaan doa.

Aplikasi bantu jemaah haji

Aplikasi Muslim Pro juga dilengkapi dengan ciri komuniti untuk menghubungkan umat Islam di seluruh dunia dengan menyiarkan permintaan doa kepada Muslimin yang memerlukan.

Andai tidak mampu memberi pertolongan secara fizikal, doa menjadi senjata ampuh bagi seseorang Muslim dalam memberi bantuan kepada orang lain sama ada individu dikenali atau tidak.

6. Siaran langsung di Makkah.

Aplikasi bantu jemaah haji

Kepada mereka yang tidak dapat meraih peluang menunaikan ibadah haji, usah bersedih hati. Ini kerana kita akan dapat menontonnya secara langsung secara dalam talian menerusi aplikasi tersebut.

Semoga impian kita untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci dan menjadi dhuyufurrahman (tetamu ALLAH) dimakbulkan oleh-NYA kelak.

Insya-ALLAH, ibadah haji dan umrah kita akan lebih lancar kerana bukan sahaja dibimbing oleh mutawif terlatih, tetapi juga dengan bantuan kemudahan digital yang ada.

Semoga semua jemaah haji yang bakal menunaikan Rukun Islam kelima nanti akan mendapat haji yang mabrur.

Foto: Pexels & Muslim Pro