Browsing Tag

Muslim di UK

Muslim di UK
Antarabangsa,

Penduduk Muslim di UK semakin meningkat, berikut bancian terbaharunya

SEIRING peredaran masa, komuniti Muslim di United Kingdom (UK) menunjukkan pertumbuhan begitu pesat dalam tempoh antara tahun 2011 dan 2021.

Menurut Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS) pada Selasa, berdasarkan bancian 10 tahun yang dilakukan tahun lalu, penduduk Islam berjumlah 3.9 juta atau 6.5 peratus daripada populasi. Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 4.9 peratus pada tahun 2011.

“Sambutan seterusnya adalah penganut agama Hindu (1 juta orang), diikuti Sikh (524,000), Buddha (273,000) dan Yahudi (271,000).

“Buat pertama kalinya, kurang daripada separuh orang di England dan Wales menggambarkan diri mereka sebagai Kristian, bahkan semakin ramai orang mengaku ‘tidak beragama’. Secara tepatnya 46.2 peratus penduduk Kristian. Jumlah itu menurun berbanding 59.3 peratus dalam bancian terakhir yang dilakukan pada 2011,” katanya sebagaimana dipetik menerusi portal TRT World.

Baca juga Islam pesat berkembang di kawasan setinggan Brazil

Sementara itu, data menunjukkan, statistik bilangan mereka yang tidak mempunyai agama menunjukkan pertumbuhan tertinggi secara keseluruhan iaitu meningkat kepada 37.2 peratus daripada populasi tahun lalu berbanding satu pertiga pada tahun 2011.

Muslim di UK

-FOTO: REPUBLIKA

Bancian tersebut antara lain bertanyakan tentang soalan berkaitan agama secara sukarela. Menerusi data bancian tersebut, ada dinyatakan bahawa agama merujuk kepada pegangan mereka, bukan kepercayaan atau amalan keagamaan yang dipraktikkan.

Secara keseluruhannya, 94 peratus daripada seluruh populasi di England dan Wales (56 juta orang) memilih untuk menjawab pertanyaan berkaitan agama pada tahun 2021. Jumlah peratusan itu lebih tinggi jika dibandingkan pada tahun 2011 dengan peratusan sebanyak 92.9 peratus (52.1 juta) yang menjawabnya, manakala 7.1 peratus (4 juta) memilih enggan memberikan maklum balas.

Setiausaha Agung Majlis Muslim Britain, Zara Mohammed ketika mengulas data bancian tersebut berkata, walaupun negara itu mempunyai populasi yang semakin tua, namun sumbangan tenaga kerja penduduk muda Islamnya kekal sebagai aset negara yang strategik.

Baca juga Bilangan penduduk Jepun peluk agama Islam semakin meningkat. Ini faktor-faktor yang menyumbang

“Dekad lalu menyaksikan lebih ramai umat Islam generasi kedua dan ketiga yakin dengan kepercayaan dan kedudukan kita dalam masyarakat, sekali gus memberikan sumbangan besar kepada pemulihan ekonomi dan daya hidup negara.

“Sudah tentu terdapat kawasan yang membimbangkan terutama di mana sebilangan masyarakat Islam terjejas. Malah, ada yang khuatir tentang akses kepada peluang dan kemasukan. Pembuat dasar perlu menangani masalah ini agar orang muda diberikan peluang terbaik demi masa depan mereka.

“Angka awal ini memberi kami peluang untuk membuat perubahan bermakna dan mencipta England yang lebih baik untuk semua,” katanya sebagaimana dipetik menerusi portal Hidayatullah.com.

***Foto: Hidayatullah.com