Browsing Tag

moreh

Moreh
Video,

[Video] Pentingkah moreh?

Pentingkah moreh?

DALAM masyarakat Melayu, jika solat terawih di mana-mana masjid atau surau, tidak sah rasanya kalau tiada moreh. Pihak masjid akan sediakan pelbagai makanan dan minuman untuk dihidangkan kepada para jemaah selepas selesai menunaikan solat terawih atau witir.

Ada juga yang mula menjamah di pertengahan solat terawih, berulang alik keluar masjid mengambil makanan. Bersemangat betul.

Baca juga Makan pada awal malam tidak dikira bersahur, berikut penjelasannya

Bukankah tujuan ke masjid untuk beribadat? Apa hukumnya bagi moreh?

Ikuti penjelasan pendakwah Ustaz Dai’ Fuad Mokhtar tentang kelebihan moreh dalam segmen Soal Jawab Agama Edisi Ramadan.

***Foto: Freepik 

Harga melampau
Berita Semasa, Gaya Hidup, Personaliti, Pilihan Editor,

“Bungkus Je Bang!”

no comment

Tiada lagi aktiviti duduk bersantai yang sebelum ini menjadi rutin jemaah di masjid mahupun surau di negara ini, menikmati jamuan ringan moreh selepas ibadah tarawih.
Tiada lagi riuhan kanak-kanak berlari-lari di pekarangan rumah ibadah itu bermain sesama mereka bila mana ayah dan ibu sedang khusuk melakukan solat sunat tarawih.

Hamdan pastikan jemaah patuh SOP ketika mengambil bungkusan moreh.

Kenangan kali terakhir dua tahun lalu itu masih segar dalam ingatan, namun semuanya berubah dengan kebebasan dirampas oleh makhluk yang tidak nampak oleh mata kasar, virus Covid-19.

Hiduplah kita dengan norma baharu meskipun ibadah kita sedikit terganggu, tiada lagi ucapan ‘rapatkan saf’ dari imam sebelum memulakan solat, tiada lagi bersalaman sambil berselawat sebaik selesai solat yang kini hanyalah tinggal sebagai kenangan.

Tiada lagi ucapan ‘rapatkan saf’ dari imam sebelum memulakan solat dan tiada lagi bersalaman sebaik selesai solat.

Luahan itu turut dikongsi Pengusaha katering moreh, Hamdan A.Hamid, berkata suasana kemeriahan tarawih bukanlah seperti yang kita impikan meskipun masih berpeluang untuk menjalankan ibadah itu dengan khusuk dan sempurna pada tahun ini.

“Jika dulu selesai tarawih ramai jemaah yang akan mengambil masa lama sikit untuk duduk di surau. Ada saja aktiviti dilakukan bagi merebut malam-malam penuh berkat itu. Di dalam surah masih ada yang terus menyambung ibadah, ada yang bertadarus, melakukan solat sunat, membersihkan ruang solat, malah di luar surau pula ada yang makan dan minum sambil bersembang santai. Manakala kanak-kanak masih ada yang berlari bermain kejar-kejar atau main sorok-sorok dipersekitaran surau, malah ada juga yang suka bermain bunga api.

Tadarus dilakukan sebaik selesai solat tarawih.

“Walaupun saya penat menunggu semua jemaah balik untuk mula berkemas tetapi merasa puas kerana itulah kebahagian yang kita rasa sebaik kita mengenali pandemik ini. Persoalannya adakah kita akan kembali mendapat semula dan merasa suasana seperti yang dulu-dulu kita rindukan,” katanya yang ditemui baru-baru ini.

Hamdan perlu memastikan bungkusan moreh disusun segera sebelum solat tarawih selesai.

Hamdan yang juga ahli kariah Surau Bukit Permata, Gombak menambah, sebagai pengusaha katering yang sering menjadi pilihan surau kariahnya menyediakan makanan iftar dan moreh sebelum dan selepas dunia di landa musibah virus covid-19 turut menerima kesannya.

“Jika dulu anggaran menyiapkan juadah moreh hanya sekitar 150 orang dan kini terpaksa dikurangkan hanya 100 bungkus kerana tiada lagi golongan kanak-kanak dan warga emas yang dibenarkan hadir. Itupun tidak semua bungkusan habis diambil jemaah berkemungkinan susah untuk membawa pulang menaiki motosikal. Mereka lebih gemar dan selesa makan bersama-sama di surau seperti sebelum ini sambil bersembang-sembang. Kadang-kadang ada juga usikan nakal dari jemaah kepada saya, tahun ini kita ‘bungkus je bang’?

“Selain itu, walaupun hanya untuk 100 jemaah, namun kerja-kerja untuk membungkus menjadikan kos meningkat 30 peratus berbanding tahun sebelum ini yang menggunakan makan cara hidang. Saya juga terpaksa menggunakan tenaga kerja lebih ramai untuk kerja-kerja memasak dan membungkus, biasanya dilakukan lebih awal sebelum waktu berbuka puasa.

Kaunter zakat dibuka hanya sejam selepas selesai solat tarawih.

“Setiap hari juga kita kena fikirkan makanan apa yang sesuai dimasak dan mudah untuk membungkus agar tidak menjadi susah kepada jemaah membawa balik, sebaiknya saya cuba elakkan makanan yang berkuah.

“Tidak ketinggalan saya juga perlu memastikan kariah yang mahu ambil bungkusan bawa balik perlu mematuhi SOP (Prosedur Operasi Standard) yang ketat terutamanya penjarakan fizikal kerana biasanya bab makanan ni orang akan berebut, namun tidak bagi kariah sini yang memang berdisiplin,” katanya yang sentiasa berdoa agar penularan wabak ini akan dikawal tidak lama lagi.