Browsing Tag

Monster Speckled

ottoman
Jendela Dunia,

Bagaimana Uthmaniyyah Menginspirasikan Vaksin Penyakit Cacar Berapa Abad Sebelum Eropah?

no comment

Oleh MUHAMMAD YUSUFF HASSAN

PUJIAN dan penghargaan dalam sains sering diberikan kepada mereka yang mempopularkan penemuan, namun bukan kepada mereka yang pertama kali mencetus idea.

Pada 1840, Warren de la Rue mencipta lampu elektrik pertama dalam sejarah manusia ketika meletakkan gegelung platinum di dalam tiub vakum dan arus elektrik diluncurkan  melaluinya, dan terhasillah cahaya.

Bagaimanapun, mungkin nama Thomas Edison lebih masyhur.

Beliau menggunakan konsep yang hampir sama setengah abad kemudian, maka dia dikenali oleh kebanyakan orang kerana dialah yang melengkapkan rangka kerja, memperbaiki reka bentuk dan menurunkan harganya, menjadi mampu dibeli orang ramai sehinggalah produk tersebut menjadi popular.

Begitu juga dengan pencegahan penyakit cacar, kerana budaya Timur kaya dengan pengetahuan perubatan yang luas pada masa itu dan penguasaannya dalam bidang sains yang telah dilaksanakan selama berabad-abad lamanya, telah menemukan kaedah perubatan penyakit cacar air beratus-ratus tahun sebelum Barat. 

Ketika Eropah menemui kembali kaedah penawarnya, seolah-olah ia penemuan baharu dijayakan oleh dunia Barat.

Setem negara Turki pada 1967 untuk memperingati ulang tahun ke-250 vaksinasi cacar Empayar Uthmaniyyah

Penyakit cacar pernah menjadi salah satu wabak paling mengerikan dalam sejarah peradaban manusia, ia juga adalah salah satu penyebab utama kematian yang ramai pada abad ke-18. 

Penyakit demam yang teruk dan berjangkit yang meninggalkan bekas luka di wajah, ditutup dengan benjolan nanah, membunuh tiga daripada 10 orang yang dijangkiti dan turut menyebabkan masalah kesihatan yang teruk dan kerosakan pada kulit bagi mereka yang dijangkiti. 

Pada abad ke-20 sahaja, penyakit cacar dianggarkan telah membunuh 300 juta hingga 500 juta orang dalam 100 tahun terakhir virus itu wujud sebelum berjaya dibasmi pada tahun 1979.

Ada yang berpendapat pihak British pernah menggunakan penyakit yang tidak boleh diubati ini sebagai senjata biologi terhadap Perancis dan penduduk asal Amerika pada abad ke-18. 

Catatan sejarah menunjukan bahawa mereka memberikan selimut dan kain sapu tangan milik pesakit cacar ini kepada penduduk asal Amerika dengan sengaja bagi menularkan penyakit cacar kepada komuniti tersebut.

Penyakit cacar turut dikenal sebagai “Monster Speckled” oleh masyarakat Barat, makalaka masyarat Timur sebenarnya telah merawat menggunakan kaedah “variolation,” yang merupakan teknik vaksinasi primitif tetapi sebahagian besarnya mencegah kematian, berbeza dengan apa yang berlaku di Eropah.

Bahagian muka hadapan surat Lady Montagu (London- Joseph Rickerby, 1838)

Kaedah imunisasi itu telah diterapkan selama berabad-abad terhadap pesakit cacar di wilayah pemerintahan Uthmaniyyah. 

Perkara ini diperhatikan oleh isteri duta besar Britain ke Istanbul pada tahun 1721. Lady Mary Wortley Montagu, dalam surat yang dia tulis ke negaranya, menjelaskan dengan kagum bahawa sesuatu disebut perubatan terhadap cacar telah diusahakan di Istanbul. 

Surat itu merupakan dokumen tertua yang membuktikan usaha pengeluaran vaksin di Kerajaan Uthmaniyyah. 

Kaedah itu melibatkan pemberian nanah yang diambil dari kudis pustula seseorang yang menghidap cacar yang tidak teruk dan menggunakannya untuk menjangkiti orang lain yang sihat supaya dapat membentuk imuninasi.

Orang yang diinokulasi walaupun kemudian akan turut mempunyai kudis pustula tetapi sebab sudah mempunyai ketahanan badan kesan penyakit cacar itu tidak teruk.

Lady Mary Wortley Montagu mengetahui cara untuk menghentikan cacar yang dipelajari daripada cara perubatan Empayar Uthmaniyyah pada awal abad ke-18. Beliau cuba meyakinkan negaranya untuk melakukan perkara yang sama.

Dalam masa dua hingga empat minggu, gejala akan hilang dan pesakit akan pulih, mendapat kekebalan dalam prosesnya.

Menurut beberapa sumber sejarah, kaedah ini diperkenalkan kepada Kerajaan Uthmaniyyah oleh pedagang dari  Circassian (penduduk sunni Muslim di barat laut Kaukaaus) pada tahun 1670. 

Apabila kaedah ini semakin meluas, dan hal ini dilihat oleh isteri duta besar Inggeris ke Istanbul dan kemudia diterapkan kepada anak-anaknya sendiri, orang Barat seolah-seolah memperoleh kedudukan untuk pertama kali dalam perang melawan penyakit cacar ini. 

Wolfgang Amadeus Mozart mungkin adalah orang yang paling terkenal di antara banyak kanak-kanak yang selamat dari cacar di Barat berkat kaedah ini.

Edward Jenner mengembangkan pembikinan vaksin penyakit cacar yang berkesan berinspirasikan cara perubatan Uthmaniyah.

Kaedah moden inokulasi digunakan sekarang, bagaimanapun adalah hasil pemerhatian dan usaha selama 20 tahun oleh seorang doktor British Edward Jenner.

Jenner memerhatikan mereka yang dijangkiti cacar lembu membentuk ketahanan badan yang turut melindungi mereka daripada penyakit cacar manusia.

Berdasarkan pemerhatian ini, beliau menyuntik seorang anak kecil dengan nanah yang diambil daripada kulit wanita yang dijangkiti cacar lembu dan hasilnya memberangsangkan.

Begitulah vaksin pertama diwujudkan pada 1796 bagi memberi imuninasi kepada sesuatu penyakit berjangkit. Tidak syak ia mendapat inspirasi daripada kaedah yang digunakan di wilayah Uthmaniyyah.

Menurut penulisan perubatan moden, vaksin pertama yang dibuat dalam sejarah adalah vaksin cacar, yang menggunakan ‘vaccinia virus’, yang dianggap sebagai hibrid dari virus variola (virus cacar) dan cacar lembu. 

Tambahan pula, dalam bahasa Barat, kata “vaksin” sebenarnya berasal dari kata “vacca,” yang dalam bahasa Latin bermaksud “lembu.”

Pada bulan Disember 1979, hasil penyelidikan dan kempen vaksin sepanjang abad ke-19 dan ke-20, para saintis mengisytiharkan berakhirnya penularan penyakit cacar.  

Potret Edward Anthony Jenner (1749-1823) saintis Inggeris yang terkenal sebagai pelopor vaksin cacar. (Muzium Jenner)

Kempen vaksinasi ketika itu dilakukan secara besar-besaran dan menghasilkan kejayaaan sehingga penyakit cacar telah menjadi satu-satunya penyakit yang telah dihapuskan sepenuhnya dalam sejarah peradaban manusia. 

Dalam kata lain, manusia hampir menghancurkan asal usul virus, sehingga ia tidak mendapat ruang untuk diaktifkan.

Haru ini , terima kasih kepada vaksin, ia tetap dibasmi. Teknik ini juga memungkinkan pengeluaran vaksin yang membantu menyembuhkan banyak penyakit lain.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan vaksin cacar daripada senarai vaksin wajib disuntik. 

Berikutan itu dalam kalangan mereka yang lahir selepas 1980 rata-rata tidak mempunyai ketahanan badan terhadap virus vaccinia (VACV) atau virus variola (VARV) yang menyebabkan penyakit cavar ini. 

Inilah sebabnya mengapa virus cacar pernah ditakrifkan sebagai senjata biologi berpotensi paling kuat di dunia, lebih berbahaya daripada perang nuklear.

Sumber : muslimheritage/dailysabah /nature .com/ sciencedirect .com/