Browsing Tag

mila

BBC
Uncategorized,

Menghina Islam di Media Sosial, 11 Remaja Lain Pula Dijatuhkan Hukuman

no comment

Mahkamah Perancis menjatuhkan hukuman bersalah terhadap 11 remaja kerana melakukan buli siber terhadap penghina Islam di media sosial.

Dalam keputusan yang dibuat, semua remaja dijatuhkan hukuman penjara dan denda kerana atas kesalahan mengancam seorang gadis di media sosial.

Mila memuatnaik video yang menghina Islam di laman instagram dan tik tok miliknya tetapi mendapat pelindungan sebagai mangsa buli siber. Gambar: BBC

Gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Mila berusia 16 tahun ketika dia mula menyiarkan video di Instagram dan tik tok menghina Islam dan al-Quran mendapat perlindungan sebagai mangsa buli siber.

Akibatnya dia mendapat kecaman daripada pengguna media sosial. Kecaman itu membuatkan dia terpaksa berhenti sekolah kerana tekanan yang dihadapi sehingga terpaksa mendapat perlindungan polis.

Pada Rabu lalu, 11 remaja buli siber dijatuhkan hukuman penjara empat hingga enam bulan dan di denda sebanyak RM12,401 (€ 2,500).

Bercakap pada perbicaraan itu, Mila yang kini berusia 18 tahun mengakui bahawa dia tidak menyukai semua jenis agama dan bukan Islam sahaja.

Peguamnya, Richard Malka, mengatakan Mila telah menerima kira-kira 100,000 mesej mengancam, termasuk bunuh, rogol, dan ancaman mengenai orientasi seksualnya.

Perbicaraan Mila juga menimbulkan persoalan yang tidak adil mengenai kebebasan bersuara dan jelas tidak menghormati jutaan warganegara Muslim di Perancis, tetapi Mahkamah Perancis memfokuskan kepada aspek penyalahgunaan dalam talian.

“Apabila anda melewati seseorang di jalan, jangan anda menghina mereka, mengancam mereka, mengolok-olok mereka. Apa yang tidak anda lakukan di jalanan, jangan lakukan di media sosial,” kata Ketua Hakim, Michel Humbert.

Marlene Schiappa mengutuk jenayah kebencian dan buli siber. Gambar: Le Parisien

Menurut Menteri Kewarganegaraan Perancis, Marlene Schiappa, jenayah kebencian dalam talian meningkat sebanyak 34 peratus pada tahun 2020.

“Seluruh negara mesti mengutuk penyerang dan berhenti menyalahkan mangsa,” kata Schiappa dalam satu kenyataan.

Pada Selasa lalu, Mahkamah Perancis telah memuatnaik di Twitter berkaitan perincian selama dua bulan prosedur untuk menghentikan pengguna media sosial daripada menghasut keganasan, kebencian kaum atau melakukan kesalahan lain.

Keputusan itu hasil daripada tuntutan sivil dibawa oleh kumpulan yang memerangi perkauman dan diskriminasi anti-LGBT. Mereka berpendapat bahawa hebahan di Twitter tidak cukup untuk menyedarkan atau menghapus kandungan yang melanggar ucapan kebencian atau undang-undang lain.

Sumber: AP