Browsing Tag

mental

Usaha kebajikan
Gaya Hidup, Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Masalah Mental Menjadi Topik Sebilangan Muslim AS

no comment

PENINGKATAN kes masalah mental di kalangan penduduk Islam di Amerika Syarikat semakin membimbangkan. Situasi itu berlaku disebabkan kurangnya pendedahan cara mengatasi mengikut ajaran Islam yang sebenar.

Justeru, usaha untuk meningkatkan kesedaran dan bimbingan khususnya buat umat Islam di AS, sekumpulan profesional kesihatan mental Muslim bersama beberapa pemimpin agama dan aktivis di negara itu telah mengadakan perjumpaan baru-baru ini.

Ia sebagai langkah menangani isu berkenaan yang disebabkan salah satunya tekanan perasaan melampau sehingga boleh mencederakan diri sendiri atau lebih buruk menamatkan riwayatnya sendiri.

Usaha itu dibuat rentetan kes kematian yang berlaku baru-baru ini hingga menyebabkan enam anggota keluarga terbunuh di Allen, Texas. Kejadian itu menimbulkan kerisauan bagi komuniti Muslim di kawasan sekitarnya. Pakar penyiasat percaya dua saudara lelaki merancang untuk membunuh ibu bapa, kakak dan nenek mereka sebelum meragut nyawa mereka sendiri.

Kejadian itu mencetuskan banyak persoalan daripada komuniti Muslim, mereka berbincang mengenai kesihatan mental dan latihan serta langkah menanganinya.

Dr. Rania Awaad. Gambar: The Daily Northwestern

Pengarah Makmal Kesihatan Mental & Psikologi Islam di Universiti Stanford, Dr. Rania Awaad berkata, beliau menerima persoalan daripada masyarakat yang bertanya adakah kepercayaan agama boleh mendoakan untuk seseorang yang mati kerana bunuh diri?

“Ia adalah topik yang rumit dan halus tetapi ia tidak cukup dibincangkan malah kurang difahami sesetengah komuniti Muslim di AS.

“Masalah mental diakui sukar untuk ditangani kerana ia tidak boleh diukur daripada seseorang untuk menilai. Kami tidak mengetahui keadaan seseorang ketika mereka mencapai tahap yang tidak mampu mengawal keadaan dan kami tidak mengetahui keadaan mental mereka pada saat itu,” katanya.

Pemimpin Persatuan Islam Allen, Imam Abdul Rahman Bashir, berkata reaksi awal masyarakat sangat mengejutkan, mereka berubah dari rasa terkejut, sedih hingga bimbang terhadap keluarga lain di sekitar mereka selepas kejadian mengerikan itu.

“Ini jelas membuka persoalan untuk memahami apa itu kesihatan mental dan pentingnya kesejahteraan mental,” katanya.

Segera medapatkan nasihat pakar sekiranya menyedari tanda-tanda perubahan pada diri anda.

Yayasan Wanita Islam Texas, berkata pentingnya seseorang yang menghadapi masalah mental untuk berjumpa dengan pakar untuk mengatasi masalah kesihatan mental mereka tanpa perlu bimbang dengan apa yang diperkatakan masyarakat sekeliling.

Mesej yang diterbitkan yayasan itu menerusi video ditujukan kepada komuniti Asia Selatan Amerika, dengan menampilkan pelakon, aktivis muda dan individu untuk berkongsi pengalaman mereka bagi untuk membantu mengubah stigma negatif masyarakat.

Beberapa pemimpin masyarakat di Texas turut mengambil tanggungjawab menangani masalah kesihatan mental setelah seorang wanita Muslim AS mati pada tahun 2018.

Pengarah Program Kepemimpinan Pemuda, Saadia Ahmed, berkata, berikutan tragedi yang berlaku di Allen, dia menerima banyak panggilan yang mahu berkongsi masalah dan pelbagai persoalan bertanya bagaimana untuk memberi bantuan sekiranya masalah itu berlaku dalam keluarga sendiri dan orang yang disayangi.

“Salah satu panggilan adalah daripada seorang pemuda yang bersikap terbuka berkongsi pengalamannya dan bagaimana dia mendapatkan pertolongan untuk menangani masalah matel itu dengan lebih baik.

“Ada juga seorang pelajar sekolah menengah yang memerlukan terapi tetapi ibu bapanya tidak mendapatkannya mungkin kerana masalah kewangan, namun dengan bantuan kaunselor sekolah dia akhirnya mendapat bantuan.

“Ia antara kerisauan dari ibu bapa yang bimbang dengan masalah mental” katanya yang melihat situasi itu semakin diberi perhatian banyak pihak termasuk ahli keluarga sendiri.

Sumber: CBS17.Com