Browsing Tag

Menguap

menguap
Ibadah,

Enaknya menguap, tapi jangan terlalu kuat sampai solat terbatal

MENGUAP adalah sesuatu yang normal bagi manusia. Proses itu terjadi bagi mengawal suhu otak.

Dalam Islam sendiri, menguap itu adalah fitrah dan keperluan manusia. Jika anda menguap yang menunjukkan tanda-tanda mengantuk, maka ambillah masa sebentar untuk berehat atau tidur bagi mengecas semula tenaga anda.

Sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan daripada Anas bin Malik, Baginda SAW bersabda: “Jika salah seorang daripada kalian mengantuk ketika solat, hendaklah dia tidur hingga dia mengetahui apa yang dibaca.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Baca juga Bolehkah pejam mata ketika solat untuk tambah khusyuk?

menguap

Baca juga Terlelap ketika solat. Batal atau tidak?

Bagaimana jika kerap menguap dalam solat
Bagaimanapun, tidak semestinya menguap itu menunjukkan tanda-tanda mengantuk. Ada juga yang disebabkan keletihan atau kerana tanda-tanda penyakit yang dialaminya.

Jadi, apabila dibawa ke dalam solat, adakah sah solatnya?

Dalam hal ini, ulama berpendapat bahawa menguap tidak membatalkan solat jika ia tidak mengganggu lisan dan perbuatan di dalamnya.

Jika menguap di dalam solat, tahanlah ia atau boleh menutup mulut dengannya. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW, “Jika salah seorang dari kalian menguap di dalam solat, maka tahanlah semampunya kerana sungguh, syaitan itu akan masuk.” (Hadis Riwayat Muslim)

menguap

JIKA mengantuk, sebaik-baik tidurlah dahulu sebelum menunaikan solat. Foto: Pexels

Baca juga Ini tatacara solat fardu atas kapal terbang yang ramai terlepas pandang

Bila menguap boleh membatalkan solat
Menguap tidak membatalkan solat selagi ucapan dan perbuatannya tidak diganggu olehnya.

Adapun, jika menguap sehinggakan bacaannya rosak (membawa maksud yang berlainan atau salah), maka hukumnya adalah tidak sah.

Sebagaimana Imam Malik RA berkata: “Mulutnya ditutup dengan tangannya ketika solat sampai selesai menguap, Jika menguap ketika sedang membaca bacaan solat, kalau dia memahami apa yang dibaca, maka hukumnya makruh namun sudah mencukupi baginya (bacaan dia). Tetapi jika tidak memahaminya, maka dia harus mengulangi bacaanny. Kalau bacaan tersebut adalah Al-Fatihah, maka itu tidak mencukupi (tidak sah solatnya).” (Mawahibul Jalil Di Syarki Mukhtasar Asy-Syaikh Khalil, 11/308)

Baca juga Risau anak merengek lama ketika ibu tengah solat, bolehkah batalkan sembahyang? Ini penjelasannya

SOLAT adalah medan pertemuan kita bersama TUHAN, lantas ia perlu dilakukan dalam keadaan ikhlas dan khusyuk. Foto: Unsplash

Baca juga Sukar Khusyuk Ketika Solat, Boleh Cuba Kaedah Yang Disarankan Ini 

Imam Nawawi serta Imam al-Hafiz Ibnu Hajar RA berkata, jika seseorang itu menguap ketika sedang membaca bacaan dalam solat, maka perlu dihentikan bacaan tersebut.

Kemudian, sambunglah ia dari tempat yang sepatutnya. Dengan ini, ia tidak akan menjejaskan solat tersebut.

Justeru, menguap tidak membatalkan solat selagi mana ia tidak mengganggu ucapan dan perbuatan solat tersebut.

Adapun, jika mempunyai waktu terluang, maka lebih baik untuk berehat seketika bagi mengecas kembali tenaga sebelum menunaikan solat dan meneruskan pekerjaan lain.

Sumber: Tzkrh 

Foto: 123RF, Pexels & Unsplash

Untitled design (15)
Berita Semasa,

Haram hukumnya kalau saja-saja menguap untuk sakitkan hati orang, penting untuk kita tahu

“KALAU menguap, tutup mulut tu. Nanti syaitan masuk baru tahu.”

Frasa berkenaan sering kali kita dengar daripada percakapan orang sekeliling. Ia bukanlah nasihat saja-saja. Amat wajar untuk kita pandang serius tentang peringatan itu.

Ketahuilah bahawa Islam turut menganjurkan kita menutup mulut apabila menguap. Perilaku tersebut sebenarnya merupakan salah satu adab yang diajar oleh agama suci ini.

Menurut pendakwah Ustaz Elyas Ismail, perkara tersebut ada dinyatakan dalam sebuah hadis masyhur.

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang di antara kamu menguap, maka hendaklah ia meletakkan tangannya ke mulut kerana sesungguhnya syaitan akan masuk ke mulut sekiranya tidak ditutup ketika menguap.” (Riwayat Muslim)

Jelas Ustaz Elyas lagi, kita dianjurkan menutup mulut dengan tangan kanan. Nabi Muhammad SAW lebih suka mendahulukan apa-apa perbuatan dengan yang kanan.

“Kalau tangan kiri, tutuplah mulut dengan menggunakan belakang tapak tangan,” katanya sebagaimana dipetik dalam Kuliah Subuh bertajuk ‘Menguap adalah Syaitan’ di laman sosial Facebook miliknya hari ini.

Ustaz Elyas menegaskan, begitu pentingnya kita menjaga adab ketika menguap. Andai silap caranya, syaitan pula yang akan mentertawakan kita.

USTAZ ELYAS

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya ALLAH menyukai bersin dan membenci menguap. Kerana apabila salah seorang daripada kalian bersin lalu dia memuji ALLAH, maka kewajipan atas setiap Muslim yang mendengarnya untuk mentasymidnya (mengucapkan yarhamkallah). Adapun menguap, maka dia tidaklah datang kecuali daripada syaitan. Kerananya hendaklah menahan menguap semampunya. Jika dia sampai mengucapkan ‘haaah’, maka syaitan akan mentertawakannya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

(Artikel berkaitan: Gantikan ungkapan ‘excuse me’ kepada ‘Alhamdulillah’ ketika bersin, besar manfaatnya)

Ujar pendakwah itu lagi, ada dua sebab kenapa syaitan mentertawakan kita tatkala menguap sehingga mengeluarkan bunyi ‘haaah’.

“Pertama, orang yang sebegitu tingkahnya nampak buruk. Bayangkan orang yang lawa atau kacak, tapi bila dia menguap sebegitu rupa, sudah jadi tak ayu lagi.

“Kedua, orang itu nampak macam malas. Semakin sukalah syaitan kerana mereka suka segala yang malas,” jelasnya.

Sebenarnya, menguap ada hukum-hakamnya yang tersendiri, terang Ustaz Elyas. Ia boleh jadi wajib, haram, harus, sunat dan makruh.

Berikut penjelasan beliau:

1. Wajib

Ia boleh jadi wajib jika tidak menguap itu boleh sampai merosakkan kesihatan kita. Sebenarnya ada sebab kenapa ALLAH jadikan menguap ini termasuk daripada aspek kesihatan.

Jika dengan tahan menguap akan memberi kesan umpamanya kepada paru-paru dan sebagainya. Andai begitulah impaknya, boleh jadi dosa pula jika ia menjejaskan kesihatan.

2. Makruh

Ia menjadi makruh apabila kita menguap tanpa berbuat apa-apa. Sebaliknya, kita membiarkan sahaja mulut terbuka. Ingat, ALLAH tidak suka perkara yang makruh.

3. Harus

Hukumnya harus jika kita menguap dalam apa-apa keadaan sama ada berdiri ataupun duduk dan menutup mulut guna mana-mana tangan.

4. Sunat

Sunat tutup dengan tangan kanan atau belakang tangan kiri mengikut apa yang diajarkan Islam.

Sebaik sahaja selesai menguap, dianjurkan untuk kita membaca ta’awuz (a’uzubillahi minasy syaitanir rajim).

5. Haram

Apabila kita pura-pura menguap dengan tujuan untuk menyakitkan hati orang lain, maka haram hukumnya.

Adakalanya mungkin kita bosan mendengar ceramah dan sebagainya, lalu berpura-berpura menguap. Tujuannya untuk sakitkan hati orang. Akhirnya kelas atau ceramah tadi tamat awal kerana guru atau penceramah tadi melihat ramai yang menguap akibat mengantuk.

Justeru, andai kita menguap, ikutilah adab yang telah diajarkan oleh agama Islam yang suci.

Sesungguhnya Islam agama rahmat. Setiap apa yang kita lakukan, pasti ada panduannya. Semuanya demi kebaikan kita bersama.

Sumber: Facebook Ustaz Elyas Ismail

Foto: Freepik