Browsing Tag

menghina

doa dicaci
Gaya Hidup,

Kita tak boleh kawal mulut orang, sebaliknya bacalah doa ini apabila dicaci maki

Kita tak boleh kawal mulut orang, sebaliknya bacalah doa ini apabila dicaci maki…

BERMULA zaman perseteruan Qabil-Habil sehingga kini, manusia sememangnya tidak terpisah daripada perasaan hasad dengki.

Lebih lebih lagi pada zaman sekarang yang mana kehidupan seharian kita sering dilayangkan ke internet untuk tatapan ramai, begitu mudah masyarakat menghakimi satu sama lain hanya melalui sekeping gambar.

Walaupun mulut dikurniakan oleh ALLAH SWT untuk sentiasa mengingati-NYA, malangnya terlalu ramai yang menggunakannya bagi tujuan tidak elok seperti menghina orang lain.

Baca juga Hanya Kerana Lidah, ALLAH Akan Mencampakkan Muka Seseorang Dahulu Ke Dalam Neraka

HATI-hati jangan sampai kerana lidah, kita dihumbankan ke neraka oleh ALLAH SWT.

Turut disyorkan Awas ‘kaki sembang’, ia antara perilaku yang dibenci Rasulullah SAW

Ya, kita tidak mampu mengawal mulut orang lain daripada berkata-kata buruk, lebih sakit jika perkataan itu ditujukan kepada diri sendiri.

Namun sebagai mangsa umpatan, kita perlu memelihara lidah supaya tidak dihumbankan ke neraka oleh ALLAH.

Justeru, bersabarlah ketika dicaci sebagaimana yang dilakukan para anbia terdahulu. Dalam masa sama, amalkan doa berikut yang termaktub menerusi al-Quran pada surah al-Baqarah ayat 250.

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Ertinya: “Wahai TUHAN kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.” (Surah al-Baqarah, ayat 250)

Turut disyorkan Menipu anak kecil, dosa yang sering dilakukan tanpa sedar

doa dicaci

BERSABARLAH apabila menerima cacian sambil memohon pertolongan ALLAH SWT. Foto: Unsplash

Baca juga 9 doa para nabi yang boleh dijadikan amalan harian kita

Jelas portal Tzkrh, doa itu pernah dibaca oleh Raja Talut dan tenteranya ketika menentang Jalut. Dengan berkat bantuan ALLAH, mereka mampu mengalahkan musuh.

Tidak kurang daripada itu, anda juga boleh mengamalkan kalimah yang pernah diucapkan oleh Nabi Ibrahim AS iaitu:

حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

Hasbunallah wa ni’mal wakil, ni’mal mawla, wa ni’mannasir

Ertinya: “Cukuplah ALLAH sebagai penolong kami, dan ALLAH-lah sebaik-baik pelindung

Betapa baginda begitu mengharapkan ALLAH sebagai satu-satunya penolong sebelum dicampakkan ke dalam api.

doa dicaci

BEGITU sabarnya para anbia dan golongan soleh zaman terdahulu. Mereka tidak pernah mengeluh, malah hanya kepada ALLAH mereka mengharapkan bantuan. Foto: 123RF

Dalam pada itu, ungkapan berkenaan turut diucapkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika orang-orang (Musyrikin Makkah) berkata: “Sesungguhnya mereka telah mengumpulkan pasukan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepada mereka.

Maka, kata-kata itu menambahkan keimanan orang Islam lalu mereka menjawab: “Cukuplah ALLAH sebagai penolong kami, dan ALLAH-lah sebaik-baik pelindung.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Oleh itu, teladanilah para Nabi dan golongan soleh terdahulu.

Memang benar, memang perlu kita ambil peduli apa pandangan dan kata-kata orang, tetapi ingatlah pandangan ALLAH yang paling utama.

Kita tak boleh kawal mulut orang, sebaliknya bacalah doa ini apabila dicaci maki

Sumber: Tzkrh 

Foto: 123RF & Unsplash

R7eXptye
Uncategorized,

H- Perbuatan Menghina Orang Kurang Upaya Juga Akan Diazab

no comment

SERANGAN siber atau buli dengan menghina fizikal seseorang dengan kata-kata kesat khususnya kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) juga tidak akan terlepas dihitung ALLAH di hari akhirat kelak.

Twitter Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Ia teguran yang dikeluarkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi akaun Twitternya yang menyebut, seorang Muslim tidak sepatutnya menyakiti Orang Kurang Upaya (OKU).

Kenyataan itu ditujukan kepada umum rentetan isu atlet lontar peluru F20 negara, Muhammad Ziyad Zolkefli selepas kemenangannya dibatalkan pada balingan sejauh 17.94 meter sekali gus memecahkan rekod dunia pada temasya Paralimpik Tokyo yang berlangsung pada Selasa lalu.

Keputusan awal tidak rasmi.

Maksym Koval memenangi Emas pada acara Lontar Peluru Kategori F20 di Sukan Paralimpik Tokyo

Pembatalan itu sekali gus menjadikan peserta Ukraine, Maksym Koval yang berada di tempat kedua sebelum ini meraih emas dengan catatan rekod dunia 17.34 meter.

Hal itu telah membangkitkan rasa marah netizen negara ini sehingga menyerang akaun media sosial peribadi atlet tersebut dengan melemparkan kata-kata kesat termasuklah menghina keadaan fizikalnya.

Menurut hantaran Twitter Pejabat Mufti itu lagi, orang Islam sepatutnya menjadikan sabda Rasulullah SAW sebagai pedoman di mana kita hendaklah membantu golongan OKU daripada segi emosi dan fizikal agar mereka boleh menjalani kehidupan selesa seperti orang lain.

“Islam merupakan agama yang mengajar penganutnya agar menjaga akhlak dan tingkah laku yang baik. Tidak sepatutnya bagi seorang Muslim itu berkelakuan kurang sopan apatah lagi menyakiti OKU.

Sabda Rasulullah SAW: ملعون من كمه أعمى عن الطريق
Bermaksud: “Adalah dilaknat orang yang memesongkan orang buta daripada jalan laluannya”.

Al-San’ani menyatakan hadis itu sebagai pedoman buat umat Islam supaya membantu OKU daripada segi emosi dan fizikal agar mereka boleh menjalani kehidupan seperti orang lain.

Menurutnya, netizen tidak sepatutnya menghamburkan kata-kata kesat walaupun berasa kecewa dan marah. Netizen turut diingatkan bahawa setiap perbuatan dan tulisan akan dihisab Allah SWT.

Serangan siber daripada netizen Malaysia yang menggunakan perkataan kurang sopan termasuk menghina kekurangan atlet paralimpik tersebut secara tidak langsung telah memalukan nama agama Islam, bangsa dan negara yang sebelum ini dipandang mulia.

Pejabat Mufti turut menasihati netizen yang menyakiti orang kurang upaya supaya menjaga akhlak dan tingkah laku daripada perkara keji.