Browsing Tag

memberi salam kepada non-muslim

Untitled design (27)
Hukum,

Memberi salam kepada non-muslim, apakah hukumnya?

MEMBERI salam kepada non-muslim, hukumnya dibolehkan atau tidak? Ucapan salam “Assalamu’alaikum” (اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ) adalah salam Islam atau salam khusus di kalangan umat Islam. Mengucapkannya sunah, namun menjawabnya wajib.

Mengikuti perkongsian di laman media sosial oleh pendakwah bebas Ustaz Zul Pandan berkaitan hukum memberi salam kepada bukan Islam, perkara ini memang terdapat di dalam hadis mengenai hukum memberi salam kepada Yahudi dan Nasrani iaitu bukan muslim.

Daripada Abu Hurairah RA Rasullulah SAW bersabda “janganlah memberi salam kepada Yahudi dan Nasrani” (Hadis Riwayat Muslim)

Apa pula pendapat ulama dalam masalah ini? Imam Nawawi dalam Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim menghuraikan larangan ini di dalam hadis membawa maksud haram memberi salam kepada non muslim.

Namun Ibnu Abbas dan Abu Umamah berpendapat boleh memulakan salam kepada non-muslim manakala al-Qamah, al-Nakha’i dan al-Auzai menyatakan boleh memulakan salam kepada non-muslim dengan syarat ada keperluan dan keadaan darurat.

MENGAMBIL pendapat Ibnu Abbas dan Abu Umamah yg membenarkan memberi salam kepada non-muslim untuk memperkenalkan nilai islam.

Jelasnya di sini, terdapat tiga pendapat ulama dalam masalah ini. Justeru, bagaimana kita mengambil hukum dengan ketiga-tiga pendapat ini?

Jika kita tidak ada keperluan untuk memberi salam kepada mereka maka ambillah pendapat yang terdekat iaitu pendapat Imam Nawawi yang menyatakan haram memulakan salam kepada non-muslim.

Namun jika ada keperluan memberi salam kepada mereka sebagai contoh kerana ingin menunjukkan rahmat Islam dan ada unsur dakwah di dalamnya maka ambillah pendapat Ibnu Abbas, al-Auzai dan lainnya yang menyatakan boleh memberi salam kepada mereka.

Baca juga : Beri salam bila masuk rumah walaupun tak ada orang. Ini sebab-sebabnya…

Mengambil pendapat Ibnu Abbas dan Abu Umamah yg membenarkan memberi salam kepada non-muslim adalah kerana pendapat ini memiliki dakwah yang baik dalam memperkenalkan nilai salam dan Islam itu sendiri kepada non-muslim.

Namun bagaimana pula jika orang non-muslim memberi salam “Assalamualaikum” kepada kita yang muslim dan bagaimana cara menjawabnya?

Jika seorang non-muslim mengucapkan salam, maka jawapannya adalah: WA’ALAIKA, yang ertinya “dan semoga bagi anda juga”.

Hal ini telah dicontohkan oleh Rasulullah SAW sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hathim di dalam kitabnya.

JAWAPAN kepada orang non-muslim yang memberikan salam kepada muslim adalah WA’ALAIKA, yang ertinya “dan semoga bagi anda juga”.

Suatu hari ketika Rasulullah SAW sedang duduk bersama para sahabatnya, seseorang datang dan mengucapkan, “Assalaamualaikum”. Maka Rasulullah SAW pun membalas dengan ucapan “Waalaikum salaam wa rahmah”.

Orang kedua datang dengan mengucapkan “Assalaamualaikum wa rahmatullah”. Maka Rasulullah membalas dengan, “Waalaikum salaam wa rahmatullah wabarakatuh”.

Ketika orang ketiga datang dan mengucapkan “Assalaamualaikum wa rahmatullah wabarakatuhu.” Rasulullah SAW menjawab “Waalaika”.

Orang yang ketiga terperanjat dan bertanya, namun tetap dengan rendah hati, “wahai Rasulullah, ketika mereka mengucapkan salam yang ringkas kepadamu, engkau membalas dengan salam yang lebih baik kalimatnya. Sedangkan aku memberi salam yang lengkap kepadamu, aku terkejut engkau membalasku dengan sangat singkat hanya dengan waalaika.”

Rasulullah SAW menjawab, “engkau sama sekali tidak menyisakan ruang bagiku untuk yang lebih baik. Kerana itulah aku membalasmu dengan ucapan yang sama sebagaimana yang dikhabarkan ALLAH di dalam Al-Quran.” ternyata orang ketiga tersebut adalah orang bukan Islam.

Memberi salam kepada non-muslim atau menerima salam dari non-muslim hukumya adalah dibolehkan dengan kadar-kadar tertentu seperti yang dijelaskan di atas.