Browsing Tag

mas kahwin

Tiket konsert
Berita Semasa,

‘Tiket konsert mahar nikah’, Muslimin perlu elak syubhah

‘Tiket konsert mahar nikah’, Muslimin perlu elak syubhah

APABILA video memaparkan seorang suami memberikan tiket konsert Coldplay sebagai sebahagian mahar nikah, ramai yang terkesima.

Meskipun insiden berkenaan berlaku di negara jiran, namun ia memberi impak terutamanya kepada umat Islam.

Ekoran tularnya video tersebut, ada yang mula keliru tentang pemberian tiket konsert sebagai mas kahwin.

Baca juga Selain wang tunai atau barang kemas, bolehkah mas kahwin diberikan dalam bentuk lain?

Bagaimanapun, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman menegaskan, pemberian mas kahwin atau mahar sedemikian tidak sah kerana tidak mempunyai nilai, selain bercanggah dengan hukum syarak.

ABDUL RAHMAN

“Mas kahwin adalah sesuatu yang bernilai dan berharga. Ia merupakan satu pemberian suami kepada isteri. Andai gagal dipenuhi, maka wajib bayar semula hutang berkenaan.

“Di mana nilainya tiket itu? Dari segi syarak, ia bercanggah,” katanya sebagaimana dipetik menerusi Sinar Harian.

Menerusi klip video yang tular itu, selain tiket Coldplay, pengantin perempuan di Indonesia tersebut turut menerima 21 gram emas sebagai mas kahwin dan sepersalinan solat.

Baca juga Mas kahwin terbaik dari pandangan Islam, Ini yang bakal pengantin patut tahu

Berdasarkan mahar yang diperoleh itu, Abdul Rahman menegaskan, hanya emas dan persalinan solat sahaja yang diterima.

Senada dengan agamawan itu ialah Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Beliau menegaskan, antara syarat mas kahwin adalah ia mesti terdiri daripada perkara yang mendapat keredaan ALLAH SWT.

“Mudah kata, apa sahaja yang disukai dan disenangi bakal isteri yang terdiri daripada perkara mempunyai nilai dan halal boleh dijadikan sebagai mahar.

“Ia boleh jadi sama ada harta benda atau sesuatu yang mempunyai nilai moral seperti bacaan al-Quran, hadis ataupun kata-kata hikmah dan seumpamanya,” katanya dipetik daripada Buletin TV9.

DR WAN SALIM

Sementelah, bagi perkara-perkara yang jelas haram, selain bersifat samar dan meragukan perlu dielakkan, ungkapnya.

“Umat Islam diingatkan supaya tidak mengikut perkara yang boleh menyebabkan jatuhnya syubhah ketika akad nikah,” tegasnya.

Isu berkenaan turut mendapat respons daripada warganet.

Antaranya, pemilik akaun Facebook Adib Saat dalam laman sosialnya membuat hantaran tentang isu ‘illegality of contract’ dalam Islam dan sivil.

Dalam Islam, beliau yang juga pengamal undang-undang menjelaskan, sesuatu barangan yang diakad untuk jual beli perlu ada nilaian (qimah), barulah dikira sah dan cukup syarat urusan berkenaan.

“Dalam kes ini, tiket Coldplay tiada nilai ringgit dari segi hukum syarak untuk menjadi mas kahwin.

“Sebagai contoh lain, jual beli arak (tiada nilai) adalah tidak sah. Maka, kontrak tersebut tidak boleh dikuatkuasakan disebabkan ketidakabsahan tersebut,” katanya.

Begitu juga halnya dalam sivil, jelas beliau, terdapat kaedah sama iaitu ‘illegality of contract’.

“Misalnya, perjanjian jual beli dadah di Malaysia tidak boleh dikuat kuasa di mahkamah sivil kerana isu ‘illegality of contract’.

“Sama juga dengan perjanjian sambung bayar kenderaan tanpa persetujuan bank. Perjanjian tersebut tidak dapat dikuatkuasakan terhadap bank kerana faktor yang sama,” katanya yang menyeru agar soal hukum-hakam diserahkan kepada pihak berautoriti agar agama Islam tidak diremehkan oleh golongan tidak bertanggungjawab.

Ikuti kami di TiktokInstagramFacebookTwitter dan Youtube Sinar Islam Plus.

Wanita dalam idah tunaikan haji
Hukum,

Selain wang tunai atau barang kemas, bolehkah mas kahwin diberikan dalam bentuk lain?

Selain wang tunai atau barang kemas, bolehkah mas kahwin diberikan dalam bentuk lain?

SETIAP lelaki Muslim yang berhajat untuk mendirikan rumah tangga perlu menyediakan mas kahwin terlebih dahulu.

Dalam Islam, mas kahwin atau mahar merupakan pemberian daripada pengantin lelaki kepada pengantin perempuan sebagai hadiah. Ia pula perlu diberikan dengan penuh kerelaan hati seperti disebutkan dalam al-Quran menerusi Surah an-Nisa ayat ke-4.

ALLAH SWT berfirman: “Berikanlah mahar kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mahar itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya.”

Di sisi agama, mas kahwin adalah hak eksklusif seorang isteri. Oleh itu, bakal pengantin wanita berhak meminta kadar mas kahwin mengikut kehendak serta keperluan mereka asalkan tidak sampai memberatkan urusan perkahwinan.

Baca juga Empat perkara sunat dilakukan selepas akad nikah

mas kahwin

KEBIASAANNYA, wang tunai atau barangan kemas dijadikan mas kahwin dalam adat masyarakat Melayu. Foto: 123RF

Baca juga Mas kahwin terbaik dari pandangan Islam, Ini yang bakal pengantin patut tahu

Hafalan al-Quran sebagai mas kahwin
Kebiasaannya, mas kahwin akan diberikan dalam bentuk wang tunai atau benda. Pun begitu, adakah dibolehkan perkara lain selain harta benda dijadikan mas kahwin?

Jika melihat pada sebuah hadis daripada Sahl bin Sa’ad R.A, pernah diceritakan seorang sahabat Rasulullah SAW menjadikan hafalan al-Quran sebagai mas kahwin.

Beliau berkata: Seorang perempuan menyerahkan dirinya untuk dikahwini oleh Rasulullah SAW kerana ALLAH SWT. Nabi bersabda: “Aku tidak berhajat kepada perempuan.” Lalu seorang lelaki berkata: “Kahwinkanlah aku dengan perempuan itu.” Sabda Baginda: “Engkau berikan perempuan itu sehelai pakaian.” Dia menjawab: “Aku tidak memilikinya.”

Lalu Baginda bersabda lagi: “Engkau berikanlah dia walaupun sebentuk cincin besi.” Lelaki itu menjawab dia tidak memilikinya. Baginda bersabda: “Adakah ayat-ayat al-Quran yang engkau hafal?” Dia menjawab: “Ada sekian dan sekian.” Baginda pun bersabda: “Aku kahwinkan engkau dengan perempuan itu dengan ayat-ayat al-Quran yang ada padamu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Turut disyorkan Ustazah di Indonesia solat istikharah 7 kali sebelum kahwin jejaka Belgium, ini ciri calon suami terbaik menurut Islam

mas kahwin

DALAM Islam, mas kahwin merupakan pemberian daripada pengantin lelaki kepada pengantin perempuan sebagai hadiah. Foto: 123RF

Baca juga Walaupun masalah hubungan intim antara punca penceraian, tetapi sebenarnya 90 peratus rumah tangga berakhir disebabkan pengabaian solat

Mengulas tentang hadis itu, portal Mufti Wilayah Persekutuan berkata, hafalan al-Quran memang boleh dijadikan sebagai mas kahwin. Namun erti sebenar di sebalik mas kahwin itu adalah suami perlu mengajar isterinya membaca al-Quran.

Dalam sebuah hadis, Nabi SAW bersabda, “Pergilah, aku telah menikahkanmu dengan wanita itu. Ajarkanlah dia daripada al-Quran.” (Hadis Riwayat Muslim)

Lantas, cendekiawan Islam Imam al-Nawawi Rahimahullah menjelaskan, “Di dalam hadis ini terdapat dalil akan bolehnya mahar berupa pengajaran al-Quran.” (Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 9/214)

MAS kahwin terbaik adalah dalam bentuk benda. Foto: Pexels

Baca juga Lakukan amalan ini bersama, rahsia suami isteri bina ‘rumah’ di syurga

Lebih baik beri barang
Walau bagaimanapun, pihak Mufti menyarankan mas kahwin diberikan dalam bentuk sesuatu benda.

Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW, “Carilah sesuatu walaupun jika sebentuk cincin besi.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Sekiranya orang itu tidak mempunyai sesuatu benda, barulah dia dibenarkan memberikan mas kahwin dalam bentuk bukan benda seperti mempunyai kepakaran untuk mengajar mengaji dan sebagainya.

mas kahwin

ISLAM menggalakkan umatnya berkahwin bagi mereka yang berkemampuan. Foto: 123RF

Baca juga Bolehkah nikah gantung atau nikah khitbah dalam Islam? Berikut perinciannya

Jenis mas kahwin disarankan agama
Tambahan pula, mas kahwin tersebut juga seharusnya memenuhi beberapa syarat berikut yang digariskan Islam, iaitu:

1. Boleh dimiliki.
Mas kahwin mestilah merupakan harta yang boleh dimiliki secara syarak sama ada dalam bentuk aset seperti rumah, kereta, tanah,wang ringgit ataupun berbentuk manfaat.

2. Diketahui dan dipersetujui isteri.
Salah satu elemen yang menjadi syarat mas kahwin ialah diketahui kategori, jenis, kadar dan sifatnya serta perlu mendapat persetujuan daripada isteri.

3. Bernilai dan bermanfaat.
Selain itu, mas kahwin mestilah memiliki nilai yang dapat memberi manfaat kepada isteri. Justeru, sesuatu yang tidak bernilai di sisi Islam seperti khinzir, anjing, arak dan yang tidak bermanfaat tidak diterima sebagai mas kahwin.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Foto: 123RF & Pexels

mas kahwin terbaik
Isu,

Mas kahwin terbaik dari pandangan Islam, Ini yang bakal pengantin patut tahu

Mas kahwin terbaik dari pandangan Islam, Ini yang bakal pengantin patut tahu…

ORANG Melayu dan adat berpisah tiada, itulah ungkapan sesuai dikatakan buat masyarakat kita yang kaya dengan pelbagai adat yang masih diterapkan sehingga kini.

Berbicara soal adat, ada satu yang sering menjadi persoalan iaitu mengenai hantaran perkahwinan serta perbelanjaan mengadakan majlis walimatulurus.

Baca juga Beri hadiah tidak senonoh di majlis perkahwinan. Apakah hukumnya?

Demi merealisasikan hari bahagia sebagai pasangan suami isteri, ramai yang terpaksa mengikat perut berjimat semata-mata untuk menyimpan wang mencukupi.

Bahkan, ada juga yang sanggup berhabis puluhan ribu ringgit malah ratusan ribu untuk mengadakan majlis perkahwinan paling sempurna.

Baca juga Empat perkara sunat dilakukan selepas akad nikah

MAHAR atau mas kahwin diberikan oleh pengantin lelaki kepada pengantin sebagai hadiah dengan penuh kerelaan hati. Foto: Google

Turut disyorkan Pengantin lelaki berinai 3 jari ketika berkahwin, apa hukumnya?

Pun begitu, ketahuilah Islam menjelaskan bahawa pernikahan terbaik adalah yang berpandukan agama yakni mahar atau mas kahwinnya tidak berlebihan mahupun membebankan pengantin.

Memetik portal Mufti Wilayah Persekutuan, mahar merupakan pemberian daripada pengantin lelaki kepada pengantin perempuan sebagai hadiah. Ia pula perlu diberikan dengan penuh kerelaan hati seperti disebutkan dalam al-Quran menerusi Surah an-Nisa ayat ke-4.

ALLAH SWT berfirman: “Berikanlah mahar kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mahar itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya.”

Baca juga Usah mengeluh mencari pasangan hidup, ada ganjarannya walaupun akhirnya tiada jodoh

mas kahwin terbaik

MAHAR tidak merujuk kepada harga seorang wanita, sebaliknya ia bertujuan memberi penghargaan untuk mengiktiraf hak kaum hawa dalam perkahwinan. Foto: Google

Baca juga Kepada para suami, teladani layanan ‘tip-top’ Rasulullah SAW terhadap isteri-isteri baginda

Jumlah mahar terbaik

Pemberian mahar adalah wajib tetapi Islam pada dasarnya tidak menetapkan sebarang kadar tetap (minimum dan maksimum mahar).

Sebaliknya, perkara itu diserahkan kepada masyarakat mengikut taraf sosio-ekonomi serta kemampuan masing-masing.

Namun, Rasulullah SAW pernah berbicara dengan sahabat bahawa mahar diberikan perlu mempunyai nilai walaupun ia hanya sebentuk cincin besi. Hal ini ada dinyatakan di dalam sebuah hadis diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim.

Dalam pada itu, Islam mengiktiraf mahar sebagai hak eksklusif seorang isteri. Oleh itu, wanita turut berhak meminta kadar mas kahwin mengikut kehendak serta keperluan mereka namun tidaklah sampai memberatkan urusan perkahwinan.

Turut disyorkan Masih belum dikurniakan jodoh? Boleh amalkan 4 doa ini

SEPERTI diajarkan oleh Rasulullah SAW, ambillah pendekatan bersederhana dalam segala perkara yang dilakukan. Foto: Google

Baca juga Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

Jenis mahar disarankan agama
Apa yang penting, mahar tersebut memenuhi beberapa syarat berikut yang digariskan Islam, iaitu:

1. Boleh dimiliki.
Mahar mestilah merupakan harta yang boleh dimiliki secara syarak sama ada dalam bentuk aset seperti rumah, kereta, tanah,wang ringgit ataupun berbentuk manfaat.

2. Diketahui dan dipersetujui isteri.
Salah satu elemen yang menjadi syarat mahar ialah diketahui kategori, jenis, kadar dan sifatnya serta perlu mendapat persetujuan daripada isteri.

3. Bernilai dan bermanfaat.
Selain itu, mahar mestilah memiliki nilai yang dapat memberi manfaat kepada isteri. Justeru, sesuatu yang tidak bernilai di sisi Islam seperti khinzir, anjing, arak dan yang tidak bermanfaat tidak diterima sebagai mahar.

Baca juga Usah berlebih-lebihan adakan majlis bertunang, ikuti panduan syariat ini

Tidak salah hendak mengikut adat mengadakan majlis perkahwinan yang ‘gah’ demi meraikan hari bahagia anda, namun pastikan ia tidak membebankan diri sendiri dan orang lain.

Sebaik-baiknya ikuti ajaran agama yang menyarankan kesederhanaan dalam melakukan sesuatu perkara.

Mas kahwin terbaik dari pandangan Islam, Ini yang bakal pengantin patut tahu…

Sumber: Portal Mufti Wilayah Persekutuan

Foto: Google