Browsing Tag

malaikat

dosa
Ibadah,

Malaikat mendoakan orang yang menunggu waktu solat

Malaikat mendoakan orang yang menunggu waktu solat

KEBIASAANNYA apabila memohon suatu hajat kepada ALLAH SWT, kita akan menitipkan doa buat kesejahteraan diri, ibu bapa, ahli keluarga termasuk seluruh umat Islam.

Namun, bayangkan dalam masa sama kita turut menerima doa daripada orang lain. Alangkah bertuahnya diri kerana sentiasa diingati.

Lebih menakjubkan jika makhluk ALLAH SWT yang paling taat kepada-NYA iaitu para malaikat yang mendoakan kita. Tidak terbayang betapa doa itu sangat bermakna.

Sebenarnya, ada banyak amalan yang boleh dilakukan untuk didoakan para malaikat. Antara yang paling mudah adalah dengan cara menunggu waktu solat, iaitu kita bersiap awal untuk solat, mengambil wuduk lalu menunggu waktu solat masuk.

Sabda Nabi SAW, “Tidaklah seseorang di antara kalian menunggu solat, selama dia berada dalam keadaan suci, melainkan para malaikat akan mendoakannya: “Ya ALLAH, ampunilah dia. Ya ALLAH, sayangilah dia.” (Hadis Riwayat Muslim)

Manakala, waktu yang ada sementara menunggu masuknya waktu solat tersebut bolehlah diluangkan untuk berzikir atau mengaji. Cara itu membantu kita menjadi lebih bersiap sedia mengasingkan diri daripada hal dunia untuk menjemput rasa khusyuk ketika solat nanti.

9 golongan lain didoakan malaikat
Selain itu, beberapa golongan ini juga antara yang bertuah menerima doa malaikat, iaitu:

1. Orang yang tidur dalam keadaan berwuduk atau bersuci.
Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya ALLAH, ampunilah hamba-MU si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.” (Hadis Riwayat Ibnu Hibban)

2. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Sabda Nabi SAW, “Sesungguhnya ALLAH dan para malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

3. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah.
Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya ALLAH dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf.” (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al-Hakim)

4. Para malaikat mengucapkan ‘Amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah SAW bersabda, “Apabila salah seorang kamu menyebut amin (آمِينَ) dan para malaikat di langit pun mengucapkan amin, lalu (berlaku) serentak ucapan antara satu sama lain, nescaya dosanya yang telah lalu diampunkan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

5. Orang yang duduk di tempatnya setelah melakukan solatnya.
Sabda baginda SAW, “Para malaikat akan selalu berselawat (berdoa) kepada salah satu di antara kalian selama dia ada di dalam tempat solat dimana dia melakukan solat, selama dia belum batal wuduknya, (para malaikat) berkata: ‘Ya ALLAH, ampunilah dan sayangilah dia’.” (Hadis Riwayat Ahmad)

6. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Sabda Rasulullah SAW, “Para malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu ALLAH bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-KU?”

Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’” (Hadis Riwayat Ahmad)

7. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah SAW bersabda “Doa seorang muslim untuk saudaranya yang tidak ada di hadapannya adalah doanya yang dikabulkan. Pada kepalanya ada malaikat yang ditugaskan untuk itu. Setiap kali seorang muslim mendoakan kebaikan untuk saudaranya, maka malaikat berkata, “amin dan untukmu seperti (doamu padanya).” (Hadis Riwayat Muslim)

8. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Sabda Nabi, “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, salah satu di antara keduanya berkata, ‘Ya ALLAH, berikanlah ganti bagi orang yang berinfaq’. Dan lainnya berkata, ‘Ya ALAH, hancurkanlah harta orang yang kedekut’.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

9. Orang yang sedang menjenguk orang sakit.
Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali ALLAH akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang pada bila-bila masa sahaja hingga petang dan di waktu malam pada bila-bila masa sahaja hingga subuh.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Begitu mulianya kedudukan para malaikat kerana termasuk dalam golongan makhluk ALLAH SWT yang selalu dikabulkan doanya.

Para malaikat pula tidak pernah berbuat sesuatu kecuali berdasarkan apa yang diperintahkan oleh-NYA.

Ini bererti para malaikat tidak pernah mendoakan seorang hamba kecuali orang-orang yang diredai oleh ALLAH. Maka lakukankanlah amalan-amalan yang membolehkan kita mendapat tempat dalam golongan orang-orang yang didoakan oleh para malaikat.

malaikat Zabaniyah
Aqidah,

Berkenalan dengan Zabaniyah, malaikat penjaga neraka, moga dapat dijauhi daripada terjerumus ke dalamnya

Berkenalan dengan Zabaniyah, malaikat penjaga neraka, moga dapat dijauhi daripada terjerumus ke dalamnya

MALAIKAT merupakan makhluk ALLAH SWT yang dicipta begitu banyak sehingga tidak terhitung jumlahnya. Umat Islam bagaimanapun hanya wajib mengetahui 10 daripadanya.

Namun, dalam senarai nama-nama malaikat yang kita hafal, pernahkah anda mendengar nama Malaikat Zabaniyah? Bunyinya agak aneh tetapi malaikat ini sebenarnya wujud, bahkan namanya turut disebut ALLAH dalam al-Quran.

Firman ALLAH, “Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya). KAMI pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!” (Surah Al-‘Alaq, ayat 17 dan 18)

Baca juga Tiga waktu malaikat ada bersama manusia

malaikat Zabaniyah

MOGA-moga kita tidak diketemukan dengan malaikat Zabaniyah, selain dijauhkan daripada segala azab api neraka. Foto: Pixabay

Turut disyorkan Ketahui kedudukan Baitul Makmur – rumah ibadat para malaikat yang berada di langit ketujuh

Zabaniyah, malaikat azab

Dari sudut perbahasan bahasa, kitab Tafsir al-Baghawi menerangkan bahawa perkataan Zabaniyah ini adalah kata jamak bagi perkataan asalnya ‘Zibn’ yang bererti menolak. Manakala, ahli tafsir Ibnu Katsir pula berkata, malaikat Zabaniyah ialah malaikat azab.

Dalam erti kata lain, antara tugas malaikat tersebut adalah untuk menolak dengan keras para penghuni neraka ke dalam neraka.

Menurut ilmuwan Islam, Abu Laits as-Samarqandi, beliau menjelaskan bahawa malaikat tersebut dinamakan sedemikian kerana mereka mengerjakan tugas dengan kaki mereka, sebagaimana mereka mengerjakannya dengan tangan mereka (Rujuk Tafsir al-Qurtubi, 20/126).

malaikat Zabaniyah

MALAIKAT Zabaniyah pernah disebutkan ALLAH SWT dalam al-Quran. Foto: Pexels

Baca juga 5 pesanan Malaikat Jibril kepada Nabi SAW yang wajib kita ambil tahu

Kisah di sebalik ayat
Menurut para ulama, ayat tentang malaikat Zabaniyah berkenaan diturunkan berikutan satu peristiwa yang berlaku antara Rasulullah SAW dan Abu Jahal.

Pada suatu hari, baginda solat berdekatan maqam Ibrahim. Ketika Abu Jahal mengetahui hal ini, Abu Jahal berkata:

“Sesungguhnya jika aku melihat Muhammad sedang solat di dekat Kaabah, aku benar-benar akan memijak lehernya”

Kata-kata ancaman ini sampai ke pengetahuan Nabi SAW lalu baginda bersabda:

“Jika dia melakukan niatnya, benar-benar malaikat akan mengambilnya (menghukumnya).”

Turut disyorkan 70,000 malaikat mendoakan kita bila lakukan amalan ini

ADA 10 malaikat yang wajib diketahui oleh umat Islam. Foto: Unsplash

Baca juga Zikir yang memenatkan 70 malaikat mencatatnya “Jazallahu Anna Sayyidina Muhammadan….”

Dalam jalur riwayat yang lain seperti yang direkodkan oleh Imam Ahmad dan Imam al-Tirmizi, serta Imam an-Nasa’i dan Ibnu Jarir, dari Ibnu Abbas, bahawa ketika Rasulullah SAW solat di maqam Ibrahim, Abu Jahal melewati Nabi SAW, dan mengancam baginda. Ancaman ini dibalas pula oleh Rasulullah SAW. Lalu Abu Jahal berkata:

“Wahai Muhammad, dengan apakah engkau mengancamku? Ketahuilah, demi ALLAH, sesungguhnya aku adalah penduduk lembah ini yang paling banyak sokongannya.”

Lalu ALLAH SWT menurunkan ayat 17 dan 18 dari Surah Al-‘Alaq untuk menjawab persoalan Abu Jahal, bahawa ada malaikat Zabaniyah yang akan mengheretnya ke neraka dan mengazabnya.

Ibnu Abbas berkata bahawa sekiranya Abu Jahal benar-benar memanggil golongannya (pengikut dan penyokongnya), nescaya saat itu juga malaikat azab akan mengambilnya. (Imam At-Tirmizi mengatakan periwayatan ini hasan sahih)

Maka, itulah malaikat Zabaniyah yang tugasnya menarik golongan ingkar kepada TUHAN ke neraka untuk dikenakan azab keras.

Semoga kita termasuk orang-orang tidak diketemukan dengan malaikat Zabaniyah dan dijauhkan daripada segala azab api neraka.

Sumber: Tzkrh

Foto: Pexels, Pixabay & Unsplash

 

malaikat
Gaya Hidup,

5 pesanan Malaikat Jibril kepada Nabi SAW yang wajib kita ambil tahu

SETIAP orang Islam pasti mengenali ketua segala malaikat iaitu Jibril AS sebagai penyampai wahyu ALLAH SWT kepada para nabi dan rasul.

Berbanding dengan para anbia lain, dikatakan Malaikat Jibril paling banyak ‘turun’ kepada Nabi Muhammad SAW.

Seperti yang diceritakan oleh portal Tzkrh, kebiasaannya apabila Malaikat Jibril ingin menyampaikan pesanan daripada ALLAH kepada baginda SAW, panggilan yang akan digunakan ialah ‘Ya Nabiyallah” atau ‘Ya Rasulullah’.

Baca juga Ketahui kedudukan Baitul Makmur – rumah ibadat para malaikat yang berada di langit ketujuh

jibril Nabi SAW

PESANAN Jibril AS disampaikan sewaktu Islam sudah tersebar dan hayat Nabi SAW hampir sampai ke penghujungnya. Foto: Unsplash

Baca juga Telinga berdengung tanda Rasulullah rindu, benarkah begitu?

Namun pada suatu hari, Jibril datang kepada Nabi Muhammad SAW menggunakan panggilan lain. Kali ini, Jibril memanggil baginda sebagai ‘Ya Muhammad’.

Sesetengah ilmuwan berpendapat, sebutan itu digunakan untuk memberitahu bahawa pesanan yang disampaikan tersebut khusus daripada Jibril sendiri kepada Rasulullah SAW.

Pada waktu kedatangan malaikat penyampai wahyu itu, Islam sudah tersebar dan dakwah sudah boleh diterima oleh umum. Hadis berkenaan disampaikan sewaktu hayat Rasulullah SAW semakin sampai ke penghujungnya.

Turut disyorkan Benarkah Rasulullah tidak menyebut “umatku, umatku” tatkala kewafatan Baginda?

Jibril Nabi

SEGALA urusan yang dilakukan di atas muka bumi akan dipertanggungjawabkan terhadap kita pada hari akhirat kelak. Foto: Unsplash

Dari Sahl bin Sa’ad RA berkata: Jibril datang kepada Nabi Muhammad SAW, lalu berkata:Wahai Muhammad! Hiduplah sesukamu, kerana sesungguhnya kamu akan mati, cintailah siapa yang kamu suka, kerana sesungguhnya engkau akan berpisah dengannya dan berbuatlah sesukamu, kerana sesungguhnya engkau akan diberi balasan kerananya.”

Kemudian dia berkata: “Wahai Muhammad! Kemulian seorang mukmin adalah berdirinya dia pada malam hari (untuk solat malam), dan keperkasaannya adalah ketidakbergantungannya kepada manusia.” (Hadis Riwayat at-Tabarani, Abu Nu’aim dan al- Hakim)

Baca juga Pembikin filem sila ambil serius, berlakon sebagai malaikat seakan merendahkan martabat mereka sebagai makhluk suci

PESANAN Jibril AS itu bukan sekadar untuk Nabi Muhammad SAW, bahkan ia wajar diteladani seluruh umatnya. Foto: Unsplash

Berdasarkan riwayat tersebut, terdapat lima nasihat yang boleh diringkaskan seperti berikut:

1.Hiduplah sesukamu kerana kamu akan mati.

Setiap permulaan pasti ada pengakhiran. Demikianlah peringatan yang dibawa oleh Malaikat Jibril bahawa manusia akan mati menemui Penciptanya. Walau apa cara sekalipun seseorang itu mengharungi kehidupannya, akhirnya dia akan tetap kembali kepada ALLAH.

Firman ALLAH SWT: “Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan KAMI menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada KAMILAH kamu semua akan dikembalikan.” (Surah al-Anbiya’, ayat 35)

Baca juga Usah seronok bergelumang maksiat, rupanya itu antara azab ALLAH

2.Cintailah siapa kamu suka kerana kamu akan berpisah daripadanya.

Setiap manusia bebas untuk mencintai di antara satu sama lain. Namun, seberapa kuat rasa sayang yang ada, kita akan tetap berpisah dengan orang yang paling kita cintai di dunia. Maka, Malaikat Jibril mengingatkan bahawa jangan sampai mereka menjadi penghalang kepada tujuan kita yang sebenarnya iaitu akhirat yang lebih kekal abadi.

Firman ALLAH: “Harta benda dan anak pinak itu ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.” (Surah al-Kahfi, ayat 46)

SEGALA isi dunia yang ada sekarang hanyalah bersifat sementara. Foto: Unsplash

Baca juga Lazimkan 3 amalan utama ini bagi buktikan kecintaan kita kepada baginda yang banyak berkorban untuk seisi umat Islam

3.Buatlah sesuka hati, namun kamu akan diminta bertanggungjawab ke atasnya.

‘Buatlah sesukamu’ bererti bahawa manusia bebas melakukan perbuatan baik mahupun yang buruk mengikut kehendaknya.

Namun, setiap pilihan yang dibuat tidak akan sesekali terlepas daripada pandangan ALLAH.

Bahkan, ingatlah setiap apa yang dilakukan akan dihitung dan diberikan balasan setimpal di akhirat kelak.

Firman ALLAH, “…”Buatlah apa yang kamu suka, sesungguhnya ALLAH Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan (dan akan membalasnya).” (Surah Fussilat, ayat 40)

ALLAH SWT menjanjikan syurga bagi mereka yang melazimi solat malam untuk mendapat keredaan-NYA. Foto: Pexels

Baca juga 4 langkah mudah bangun tahajud dan qiamullail

4.Kemuliaan seorang mukmin dilihat apabila dia bangun solat malam.

Ada sebab mengapa penekanan diberikan kepada orang yang bangun malam. Ini kerana waktu itu adalah detik paling sunyi dan tiada orang.

Mereka bangun semata-mata kerana ingin beribadah kepada ALLAH. Ketika itu, tumpuan bukan lagi pada manusia lain, tetapi terhadap Sang Khalik sahaja.

ALLAH SWT berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan mata air terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh TUHAN mereka.

Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada ALLAH (memohon ampun).” (Surah Adz-Dzaariyaat, ayat 15-18)

Turut disyorkan Bukan sahaja dibaca untuk orang meninggal… Ini kebaikan Surah Yasin kepada kita yang masih hidup

WALAUPUN kita digalakkan saling membantu sesama manusia, namun tempat bergantung sebenar hanyalah pada ALLAH SWT. Foto: Unsplash

Baca juga ENAM cara syaitan sesatkan manusia

5.Tidak bergantung kepada manusia.

Akhir sekali, Jibril mengingatkan bahawa kekuatan seorang manusia itu adalah apabila dia tidak bergantung kepada manusia.

Tiada masalah untuk meminta bantuan daripada orang lain. Namun, apa yang ingin disampaikan adalah tempat bergantung yang sebenarnya bagi para mukmin hanyalah kepada ALLAH.

Umur manusia itu sangatlah pendek jika dibandingkan dengan kehidupan di akhirat yang kekal abadi.

Oleh itu, Malaikat Jibril AS menyampaikan pesanan singkat ini melalui Rasulullah SAW untuk dimanfaatkan setiap hamba ALLAH sebagai persiapan menghadapi hari pembalasan yang pasti akan tiba kelak.

Ingatlah, orang yang celik akhirat tidak akan berasa rugi untuk berlumba-lumba membuat kebaikan di dunia yang menjadi pentas ujian buat semua.

Sumber: Tzkrh

Foto: Unsplash

3 waktu malaikat bersama manusia
Berita Semasa,

Tiga waktu malaikat ada bersama manusia

PADA tiga waktu ini, malaikat sebenarnya ada bersama manusia.

Ya, semua sedia maklum malaikat merupakan makhluk ALLAH yang diciptakan daripada cahaya untuk sentiasa menurut perintah-NYA. Cuma jumlah sebenar malaikat tidak terhitung banyaknya. Hanya ALLAH SWT sahaja yang MAHA MENGETAHUI.

Apa yang pasti, setiap daripada malaikat itu mempunyai tugas tersendiri, namun yang wajib diketahui hanya 10.

Antara tugas mereka yang sering kita dengar adalah menyampaikan wahyu, menurunkan rezeki, mencatat amalan yang dilakukan manusia dan pelbagai lagi.

Baca juga 4 Golongan Yang Mendapat Doa Malaikat

Rasulullah SAW ada bersabda: “Sesungguhnya, aku melihat apa yang kalian tidak lihat. Aku mendengar sesuatu yang tidak kalian dengar. Langit merintih dan layak baginya untuk merintih. Tidak ada satu ruang selebar empat jari kecuali di sana ada malaikat yang sedang meletakkan dahinya bersujud kepada ALLAH.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Menurut ulama, hadis itu menyebut tentang bilangan malaikat yang sangat ramai sehingga tidak mampu dikira dengan bilangan jari. Walaupun mereka sejenis makhluk ghaib yang tidak dapat diketahui keadaannya, kita tetap wajib mempercayai kewujudan malaikat.

tiga waktu malaikat bersama manusia

MALAIKAT ada bersama kita pada waktu lain juga, tidak semestinya setelah jasad sudah menghembuskan nafas yang terakhir.

Baca juga Hidup kat dunia jangan kedekut sangat, malaikat doakan kecelakaan pada golongan ini…ingat tu

Seperti yang umum ketahui, di kiri dan kanan manusia ada malaikat yang sentiasa mencatat amalan baik dan buruk yang dilakukan.

Namun, tahukah anda, ada tiga waktu malaikat sentiasa ada dengan manusia?

Menurut portal Tzkrh yang memetik artikel Konsultasi Syariah, perkara itu ada diterangkan menerusi beberapa dalil sahih, iaitu:

1.Ketika manusia diciptakan.

Rasulullah SAW bersabda: “ALLAH telah mengutus seorang malaikat untuk rahim, lalu ia berkata: “Ya ALLAH, ini segumpal darah! Ya ALLAH, ini segumpal daging!” Ketika ALLAH hendak menyelesaikan ciptaan-NYA, ia bertanya: “Ya ALLAH, ini lelaki atau perempuan? Apakah dia orang yang celaka atau bahagia? Bagaimana rezeki? Bagaimana ajalnya?” (Hadis Riwayat Bukhari)

Baca juga Ayam jantan berkokok waktu malam tanda ia melihat malaikat itu benar- Dr Zulkifli

3 waktu malaikat bersama manusia

SENTIASA melakukan kebaikan kerana setiap amal yang dilaksanakan pasti akan dicatat oleh sang malaikat.

2.Ketika menjaga manusia.

Firman ALLAH Taala: “Bagi tiap-tiap seorang, ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah ALLAH…” (Surah Ar-Ra’d, ayat 11)

Baca juga Empat golongan manusia terbaik di sisi Rasulullah SAW

3.Ketika mencatat amal manusia.

Firman ALLAH SWT: “Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu. (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi ALLAH), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu).” (Surah al-Infitaar, ayat 10 dan 11)

Baca juga Inilah TIGA sebab amalan menjadi sia-sia

Melihat tiga keadaan itu, benarlah manusia sememangnya tidak pernah berseorangan sepanjang hidupnya di atas muka bumi. Walaupun jasad telah bertukar menjadi jenazah, kita tetap memerlukan insan lain untuk memandi, mengkafan dan melakukan solat jenazah untuk diri kita sendiri yang sudah menemui Sang Pencipta, sebelum dihantar ke alam barzakh, lalu menjawab lontaran soalan daripada Malaikat Munkar dan Nakir.

Justeru ingatlah, setiap amal yang dilakukan, tidak kira baik ataupun buruk, akan dicatat oleh malaikat walau sebesar zarah sekalipun.

Foto: Unsplash

Janji ALLAH kepada pencinta al-Quran
Isu, Pilihan Editor,

Para Malaikat Akan Mengerumuni Mereka Yang Bertadarus Al-Quran, Berikut Hikmah-Hikmah Lain

TATKALA Ramadan al-Kareem menjelma, amalan bertadarus al-Quran sering dilazimkan oleh umat Islam. Ia sejajar dengan penurunan kitab suci itu pada bulan yang penuh keberkatan.

Pun demikian, ibadah tersebut sebenarnya boleh dilaksanakan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Sesungguhnya, kalamullah yang agung tersebut diturunkan sebagai petunjuk dan panduan kepada manusia untuk melayari kehidupan di dunia yang fana ini. Malah, inti pati yang terkandung di dalamnya bersifat kekal sepanjang zaman.

Dalam masyarakat kita, bertadarus dilakukan secara berkumpulan. Setiap anggota kumpulan akan membacanya secara bergilir-gilir. Setiap bait yang dilafazkan akan disemak supaya tiada kesilapan. Kemuncaknya, majlis khatam al-Quran akan diadakan.

Namun, sejak wabak Covid-19 membadai dunia, aktiviti mulia itu dilakukan melalui platform media sosial termasuk dalam aplikasi telefon pintar.

Tidak kiralah apa jua pendekatan yang diimplemenkan, misi dan visinya hanya satu iaitu untuk mendekatkan diri dengan ALLAH SWT menerusi kalam-NYA, di samping memberatkan timbangan amal masing-masing. Justeru, apakah kelebihan yang bakal diraih dengan bertadarus al-Quran?

Amalan Rasulullah SAW

Sinar Islam Plus mendapatkan pendakwah Ahmad Lutfi Abdul Wahab Al-Linggi untuk mendapatkan jawapan. Terlebih dulu, ujarnya, perkataan tadarus atau darasa (dalam bahasa Arab) membawa maksud belajar, meneliti, memahami dan mengkaji.

AHMAD LUTFI

Kemudian di hadapan kalimah darasa, ditambah dengan huruf ta. Maka, lafaznya menjadi tadarus yang bererti saling belajar, meneliti, memahami dan mengkaji.

“Tadarus al-Quran pada asasnya bererti membaca kalam ALLAH di hadapan seseorang yang dapat mengawasi bacaan tersebut daripada kesalahan.

“Amalan itu merupakan salah satu ibadah penting yang diberi tumpuan oleh Rasulullah SAW dalam bulan Ramadan. Malah, baginda bertadarus bukan dengan sembarangan individu, sebaliknya dengan Malaikat Jibril AS,” katanya.

Ia sebagaimana yang dijelaskan dalam sebuah hadis daripada Ibnu Abbas yang bermaksud: “Nabi Muhammad SAW merupakan orang yang sangat pemurah dengan kebajikan dan kemuncak kemurahannya ialah sepanjang bulan Ramadan. Jibril AS menemuinya pada setiap malam bulan Ramadan hingga habis bulan itu dan Rasulullah SAW membacakan al-Quran kepadanya. Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah amat pemurah umpama angin yang bertiup kencang.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Walaupun perbuatan mulia itu menjadi kebiasaan baginda, pendakwah berkenaan menjelaskan, tiada cara yang seragam atau kaedah khusus dalam bertadarus.

Tadarus al-Quran

TADARUS al-Quran boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di tempat yang sesuai untuk mendekatkan diri kepada YANG MAHA ESA.

Namun, beliau mengesyorkan beberapa langkah yang boleh diikuti. Antaranya dengan membaca al-Quran secara bergilir-gilir dalam satu kumpulan kecil.

“Selain itu, bacalah mengikut tertib surah dan ayat sebagaimana dalam mashaf. Paling penting, semaklah bacaan agar terselamat daripada sebarang kesalahan tajwid dan sebagainya.

“Seperkara lagi, biarlah kita membaca kitab suci itu semata-mata untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, bukannya untuk segera khatam. Sebaik-baiknya juga, hidupkan aktiviti ini bersama dengan keluarga masing-masing di tempat-tempat yang sesuai seperti masjid, surau atau di rumah sendiri,” ujarnya.

Manfaat bertadarus

Sememangnya mereka yang membaca al-Quran akan diselubungi rahmat dan dikelilingi oleh para malaikat. Ahmad Lutfi yang juga Pengerusi Tahfiz Al-Quran As-Syarif memberitahu, pelbagai riwayat yang masyhur yang menyebutnya.

Antaranya daripada Abu Hurairah RA. Perawi hadis itu berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah dari rumah-rumah ALLAH, mereka membaca kitab ALLAH dan saling mengajarkannya di antara mereka, melainkan diturunkan ke atas mereka sakinah, rahmat menyirami mereka, para malaikat mengerumuni mereka, dan ALLAH SWT menyebut-nyebut mereka di kalangan (malaikat) yang ada di sisinya.” (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Dawud)

Baca juga Mukjizat Al-Quran Kepada Nabi Muhammad SAW Paling Agung Berbanding Kitab-Kitab Samawi Lain

Hadis itu, menurut Maulana Zakariyya al-Khandahlawi dalam kitabnya yang berjudul Fadhilah Amal menerangkan tentang keutamaan khusus madrasah-madrasah dan pondok-pondok agama yang memiliki pelbagai kebesaran.

Setiapnya memiliki darjat yang tinggi sehinggakan jika seseorang menghabiskan umur untuk mendapatkan kemuliaan, ia boleh digapai.

Bukan itu sahaja, Ahmad Lutfi menjelaskan, terlalu banyak riwayat yang memerihalkan tentang turunnya sakinah kepada mereka yang mendampingi kalamullah.

Tadarus al-Quran

PENTINGNYA berguru ketika membaca al-Quran supaya bacaan kita tadi dapat disemak agar terselamat daripada sebarang kesalahan tajwid dan sebagainya.

“Sebahagian ulama mengatakan bahawa sakinah adalah suatu rahmat khusus. Imam al-Tabarani mendukung pendapat yang mengatakan bahawa sakinah adalah ketenangan hati. Sementelah, sebahagiannya lagi mentafsirkan sebagai kedamaian. Pendapat lain pula menyatakan sakinah sebagai kewibawaan, malaikat dan lain-lain

“Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Fathul-Bari menjelaskan, erti sakinah mencakupi semua yang telah disebutkan tadi, manakala Imam Nawawi menukilkan bahawa sakinah adalah gabungan antara ketenangan, rahmat dan lain-lain yang diturunkan bersama malaikat,” jelasnya.

Sebelum mengakhiri perkongsian ilmunya, penceramah itu menceritakan kisah sahabat Nabi Muhammad SAW bernama Usaid bin Hudhair RA yang banyak dijelaskan dalam kitab-kitab hadis.

Saat bibirnya mengalunkan bait-bait kalam ALLAH, beliau merasakan terdapat segumpal awan yang mendekatinya.
Tatkala ditanyakan kepada Rasulullah SAW, baginda bersabda: “Itu adalah para malaikat yang datang untuk mendengarkan bacaan al-Quran. Begitu banyak malaikat yang datang sehingga terlihat seperti kumpulan awan.”

Perlu berguru

Mengulas tentang trend bertadarus al-Quran menerusi kemudahan teknologi seperti televisyen, media sosial dan aplikasi dalam telefon pintar, Sinar Islam Plus mendapatkan pendakwah Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz.

HASSAN MAHMUD

Pada perspektif agamawan berkenaan, pendekatan itu tidak salah dilakukan sebagai galakan kepada masyarakat untuk mendekatkan diri dengan kitab suci umat Islam.

“Bertadarus pada asalnya adalah membaca al-Quran secara bersemuka dalam kumpulan. Jikalau ada seseorang yang salah (ketika membaca al-Quran), ada individu yang boleh menegurnya.

“Dalam televisyen pula, kita hanya boleh belajar al-Quran, tetapi hanya platform itu bersifat sehala sahaja. Saya secara peribadi berpandangan, untuk peringkat awal ini, tidak salah andai kita mahu menggunakan medium tersebut untuk bertadarus atau mengaji.

“Namun, kalau boleh biarlah cara itu diubah semula kepada yang asal iaitu membaca kalam ALLAH di masjid, surau dan lain-lain,” responsnya.

Baca juga Al-Quran Mukjizat Teragung dan Abadi

Ini kerana jelas Hassan Mahmud, bait ayat-ayat suci al-Quran itu sepatutnya dibaca dengan tartil.

Ia sebagaimana disebutkan dalam firman ALLAH SWT menerusi Surah al-Muzammil, ayat 4 yang bermaksud: “…dan bacalah al-Quran dengan tartil.”

“Tartil itu maknanya berguru iaitu berdepan dengan mereka. Begitu juga dengan ayat al-Quran yang berbunyi iqra’ (bacalah) dalam Surah al-’Alaq. Ini bermakna, kita sendiri yang membacanya.

“Jadi jika bertadarus dengan mendengar siaran televisyen yang dibaca oleh individu dalam televisyen tersebut, ia ibarat kita menonton filem. Platform ini sesuai untuk mereka yang baru peringkat mahu belajar al-Quran.

“Sekiranya kita mahu barakah dan hikmahnya, bacalah al-Quran dengan tartil sepertimana yang dianjurkan,” katanya.

Tadarus al-Quran


WALAUPUN sudah pandai membaca al-Quran, namun masih perlu ada murabbi bagi menyemak bacaan kita.

Kepada satu soalan, Hassan Mahmud menjawab: “Seeloknya ketika bertadarus, kena ada murabbi (guru). Nabi Muhammad SAW sendiri pun membaca al-Quran dengan Malaikat Jibril.

“Justeru, begitu pentingnya orang yang mengesahkan bacaan kita, selain untuk membimbing.

“Sekalipun kita pandai membacanya, masih tetap perlu ada murabbi yang akan menyemak bacaan al-Quran yang dialunkan.”

Foto: Bernama, 123rf, Freepik, Unsplash & Pexels

Selawat
Personaliti, Pilihan Editor,

Begitu Hebatnya Nabi Idris Berzikir Sehingga Malaikat Suarakan Keinginan Bersahabat Dengan Baginda

no comment

NABI IDRIS AS tergolong sebagai antara 25 nabi dan rasul yang wajib diketahui oleh umat Islam. Walaupun kita bukanlah umat baginda, tetapi kisah masyhur berkaitan dengannya perlu diambil peduli.

Kisah Nabi Idris dan para anbia yang lain sangat signifikan kepada umat Islam. Segala panduan, pengajaran mahupun pedoman yang dititipkan, wajib dijadikan panduan kepada kita dalam menjalani kehidupan seharian.

Sesungguhnya, cerita Nabi Idris sungguh unik. Seperti yang tercatat dalam hadis dan kitab-kitab muktabar, tahap keimanannya yang tinggi telah menyebabkan malaikat ingin berkawan dengannya.

Sungguh beruntung diri baginda apabila makhluk ALLAH SWT yang paling mulia itu mahu bersahabat dengan seorang manusia!

Nabi Idris AS juga dipuji oleh ALLAH SWT dengan sebutan al-Siddiq (nabi yang benar) dan telah diangkat darjatnya ke tingkat yang tinggi.

Apakah amalan yang dilakukan oleh baginda sehinggakan malaikat mahu mendampinginya? Mengapa malaikat sangat mencintai dirinya dan apa sebab Nabi Idris sangat dihormati oleh umatnya?

Baca juga Umat Islam Berpeluang Berdamping Dengan Baginda Pada Hari Kiamat Kelak. Berikut Adalah Syarat-Syaratnya…

Tak lekang berzikir

Bagi mendalami kisah Nabi Idris AS, Sinar Islam Plus mendapatkan pendakwah Muhammad Hadi Talhah.

MUHAMMAD HADI

Beliau memulakan inti patinya dengan dua potong ayat al-Quran yang menggambarkan tentang keperibadian Nabi Idris AS.

ALLAH SWT berfirman: “Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (al-Quran) ini perihal Nabi Idris; sesungguhnya adalah ia amat benar (tutur katanya dan imannya), serta dia seorang nabi. Dan KAMI telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya.“ (Surah Maryam, ayat 56-57)

Ujar Muhammad Hadi, Nabi Idris AS ialah nabi kedua wajib diketahui selepas Nabi Adam AS.

Sebagaimana sifat-sifat yang ada pada para anbia lain, jelas beliau, nabi ALLAH yang satu itu terkenal sebagai seorang yang kuat beribadah dan lidahnya tidak pernah lekang daripada melafazkan zikrullah.

“Diceritakan dalam riwayat yang masyhur, Nabi Idris AS merupakan individu pertama yang menjahit. Begitu zuhudnya baginda apabila setiap kali menjahit, bibirnya tidak pernah berhenti daripada berzikir.

“Tatkala menjahit, semasa mencucuk pakaian dengan jarum dan benang, maka setiap kali itulah baginda akan mengucapkan Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar.

“Ucapan berkenaan akan diulangi setiap kali perbuatan sama dilakukan,“ katanya kepada Sinar Islam Plus baru-baru ini.

Berdasarkan akhlak yang ditonjolkan, Nabi Idris AS seorang yang begitu kuat berzikir dan tidak pernah lelah beribadah kepada ALLAH SWT. Maka, tidak hairanlah mengapa ada malaikat yang ingin berkawan dengan baginda, ungkapnya.

Nabi Idris

SETIAP kali mencucuk pakaian dengan jarum dan benang, Nabi Idris AS tidak pernah lekang daripada melafazkan zikrullah dan ia sentiasa diulang setiap kali perbuatan itu dilakukan.

“Ada satu malaikat datang menyerupai seorang manusia yang tampan bertemu dan berkawan dengan baginda.

“Apabila diketahui ‘insan‘ berkenaan ialah malaikat, maka baginda meminta rakannya itu membawanya meronda ke langit iaitu tempat tinggalnya para malaikat.

“Dengan izin ALLAH, sampailah baginda ke sana. Dikatakan bahawa tatkala tiba di langit keempat, nyawa baginda dicabut oleh malaikat Izrail. Sebab itulah ketika peristiwa Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW bertemu Nabi Idris di langit keempat,“ jelasnya.

Menyambung hujahnya, ujar agamawan itu, kisah berkenaan sebenarnya mahu mengajak umat Islam supaya membasahkan lidah dan mengingati ALLAH SWT di mana sahaja kita berada.

Ketahuilah, zikir merupakan satu suruhan yang diwajibkan ke atas setiap umat Islam.

Ia sebagaimana yang dijelaskan oleh ALLAH SWT menerusi firman-NYA: “Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) ALLAH, zikir yang sebanyak-banyaknya.“ (Surah Al-Ahzab, ayat 41)

Banyakkan mengingati ALLAH

Seandainya kita mahu ALLAH SWT sentiasa melimpahkan perlindungan dan pertolongan-NYA, Muhammad Hadi berpesan, kita sesekali jangan lupa untuk mengingati-NYA.

“Sentiasalah ingat ALLAH dalam setiap tindak tanduk dan perbuatan kita. Ini termasuklah apabila hendak masuk bilik air, keluar bilik air, sebelum tidur, bangun daripada tidur waima masuk ke dalam rumah, bacalah doa yang dianjurkan.

“Bukan apa, semua itu sebenarnya tanda ingatan kita kepada ALLAH SWT. Berdoa juga dikira sebagai berzikir. Begitu juga apabila kita membaca al-Quran, berselawat dan mendirikan solat.

“Ketahuilah, semua ibadah dan perbuatan mengingati ALLAH SWT itu umpama zikir.

“Tidak kisahlah sama ia dilakukan secara formal menerusi zikir-zikir yang biasa kita lafazkan, mahupun menerusi setiap perbuatan kita. Sesungguhnya, zikir itu tiada had dan batas,“ ujarnya.

Fakta berkenaan turut dipersetujui Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Dr Mohd Hasrul Shuhari.

DR MOHD HASRUL

Ujar beliau, zikir merupakan ibadah yang begitu istimewa kerana ia terbuka dan mudah diamalkan dalam apa jua keadaan.

Memetik pandangan Imam an-Nawawi, para ulama bersepakat bahawa harus berzikir seperti bertasbih, bertahmid, bertakbir, berselawat, berdoa dan seumpamanya secara dalam hati serta lisan bagi mereka yang berhadas, berjunub, haid dan nifas.

“Maka, umat Islam perlu ambil peluang ini untuk tidak meninggalkan amalan berkenaan, apatah lagi ia adalah arahan daripada ALLAH SWT dan Rasulullah SAW yang mempunyai banyak fadilat.

“Justeru, umat Islam boleh memilih mana-mana zikir yang disukainya. Antaranya mengucapkan selawat, tasbih (subhanallah), tahmid (alhamdulillah), takbir (Allahuakbar), tahlil (la ilaha illallah), istighfar (astaghfirullah) dan lain-lain.

“Kita juga boleh memilih sama ada berzikir secara perlahan, kuat, berseorangan, berjemaah, zikir lisan mahupun di dalam hati dengan jumlah bilangan yang diingini,“ katanya.

Israiliyyat

Betapa hebatnya zikrullah itu, kata ahli akademik itu, apabila Rasulullah SAW memberi beberapa isyarat menerusi hadis baginda bahawa ibadah berkenaan lebih utama berbanding dengan yang lain.

Antaranya, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya golongan mufarridun telah mendahului. Siapa mufarridun itu wahai Rasulullah? Baginda bersabda: “Iaitu mereka yang asyik dalam zikrullah yang mana zikir itu telah meletakkan (meringankan/melepaskan) bebanan mereka, maka mereka akan datang pada hari kiamat dalam keadaan ringan.“ (Riwayat at-Tirmizi)

Namun begitu, Dr Mohd Hasrul mengingatkan, sekalipun kita mengutamakan zikir, tetapi jangan sesekali meninggalkan perkara wajib seperti fardu ain dan kifayah yang lain.

Nabi Idris


BANYAKKANLAH berzikir tanpa mengira waktu kerana ia merupakan ibadah yang utama berbanding ibadah-ibadah sunat yang lain.

Berbalik kepada kisah Nabi Idris AS, mengapakah perihal berkaitan baginda berkawan dengan malaikat ada pelbagai versi cerita?

Ada yang mengatakan baginda berkawan dengan malaikat maut dan ada pula cerita baginda bersahabat dengan malaikat biasa?

Menjawab persoalan itu, Dr Mohd Hasrul menjelaskan, ini kerana kebanyakan kisah tentang para nabi terdahulu adalah berasal daripada riwayat Israiliyyat iaitu perkhabaran, periwayatan dan kisah-kisah yang bersumberkan khususnya daripada Yahudi atau Nasrani yang tidak disebut dalam al-Quran dan hadis.

“Realitinya memang bukan semua peristiwa pada zaman dahulu disebut dalam al-Quran dan hadis apatah lagi nama Nabi Idris AS disebut dua kali sahaja dalam al-Quran iaitu surah Maryam ayat 56 dan surah al-Anbiya‘ ayat 85.

“Islam datang bukanlah dengan menceritakan semua kisah dan menafikan semua kisah, sebaliknya Islam bertindak adil dengan menapisnya,“ katanya.

Nabi Idris

KEBANYAKAN kisah tentang para nabi terdahulu adalah berasal daripada riwayat Israiliyyat iaitu perkhabaran, periwayatan dan kisah-kisah yang bersumberkan khususnya daripada Yahudi atau Nasrani yang tidak disebut dalam al-Quran dan hadis.

Beliau kemudian menukilkan pandangan pensyarah kanan bidang hadis di Kolej Universiti Islam Selangor, Dr Mohd Khafidz Soroni bahawa terdapat tiga jenis kisah Israiliyyat.

Pertama, katanya, ia melibatkan kisah yang diketahui kesahihannya berdasarkan dalil yang membenarkannya dan selari dengan syariat, maka ia diterima untuk dijadikan pedoman.

“Kedua adalah kisah Israiliyyat yang diketahui kepalsuannya berdasarkan dalil yang mendustakannya dan bertentangan dengan syariat, maka ia ditolak.

“Satu lagi pula adalah kisah Israiliyyat yang tidak diketahui sama benar atau salah. Maka, harus meriwayatkannya sebagai saksi dan iktibar terhadap kewujudan cerita asal, bukannya sebagai dalil dan sokongan terhadap kebenarannya.

“Secara ringkasnya, ada kisah Israiliyyat yang diterima, ada pula yang ditolak dan terdapat kisah Israiliyyat yang didiamkan, tetapi boleh diriwayatkan tanpa mengatakan ia benar atau salah.

“Kemungkinan besar, kisah dialog Nabi Idris AS dan malaikat maut ini adalah kisah Israiliyyat kategori ketiga kerana ramai ulama tafsir muktabar yang meriwayatkannya,“ jelas Dr Mohd Hasrul.

Nabi Idris kuasai pelbagai ilmu dan kemahiran

NABI IDRIS AS begitu dikenali sebagai rasul atau individu yang mencetuskan banyak ilmu. Pelbagai bidang yang dipelopori oleh baginda, sebagaimana yang disebutkan dalam kitab-kitab muktabar.

Pendakwah Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Faiz menjelaskan, nabi yang berasal daripada keturunan Nabi Adam AS itu bukan sahaja menjadi manusia pertama yang menjahit pakaian, tetapi baginda juga individu terawal mencipta senjata, menguasai ilmu perbintangan, hisab dan lain-lain lagi.

PU FAIZ

“Baginda bukanlah individu yang calang-calang kerana mempunyai akal yang begitu tajam. Dek kerana kecerdikannya itulah yang membawanya melawat syurga dan neraka,“ katanya kepada Sinar Islam Plus.

Tatkata malaikat maut datang menziarahi Nabi Idris AS, ujar pendakwah itu, baginda bertanyakan adakah tujuan kedatangan makhluk ALLAH yang mulia itu mahu mengambil nyawanya atau sebaliknya?

“Apabila diketahui tujuannya sekadar untuk menziarah, maka baginda meminta supaya malaikat maut meminta izin ALLAH untuk mencabut nyawanya.

“Baginda ingin tahu betapa sakitnya saat roh terpisah daripada jasad untuk menambahkan lagi kekuatannya beribadah kepada ALLAH.

“Ternyata permintaannya itu dikabulkan, lalu dicabutlah nyawa baginda. Maka, menangislah malaikat maut dan berdoa supaya baginda dihidupkan semula.

“ALLAH memperkenankannya. Sebaik sahaja Nabi Idris dihidupkan semula, baginda berkata betapa sakitnya sakaratul maut itu umpama kulit yang disiat-siat,“ katanya.

Setelah itu, ujar PU Faiz, sekali lagi Nabi Idris membuat permintaan untuk melawat ke neraka. Matlamatnya hanyalah untuk meningkatkan ibadah lagi kepada ALLAH.

“Setelah dibawa melihat neraka, baginda meminta untuk melawat syurga. Pada mulanya, Nabi Idris hanya melihat dari luar. Apabila mendapati begitu indahnya syurga, sekali lagi baginda menyampaikan hajat untuk masuk ke dalamnya.

“Maka masuklah baginda ke dalam tempat yang paling diidam-idamkan oleh umat Islam itu sehinggakan baginda dikatakan enggan keluar dari syurga nan indah.

“Saat hendak keluar dari syurga, sepatu baginda yang diletakkan di bawah sepohon pokok di syurga tertinggal. Lalu, baginda meminta izin daripada malaikat maut untuk mengambilnya.

“Setelah masuk semula ke dalam syurga, Nabi Idris AS enggan keluar lagi kerana nikmatnya syurga. ALLAH mengizinkanNYA,“ katanya.

Nabi Idris


BANYAK kelebihan apabila kita mengingati ALLAH. Antaranya ALLAH SWT akan mengingati hamba-NYA yang berzikir, melindunginya dan memeliharanya.

Berdasarkan kisah itu dan peristiwa Israk dan Mikraj yang ditempuhi oleh Nabi Muhammad SAW, PU Faiz berkata, para ulama Ahli Sunah Waljamaah beriktikad bahawa syurga dan neraka sudah ada sekarang.

“Bukan apabila tibanya kiamat nanti, ALLAH baru hendak jadikan syurga dan neraka,“ katanya.

ANEKDOT

SALASILAH Nabi Idris AS

– Ada beberapa riwayat menyatakan, nama sebenar Nabi Idris AS ialah Akhnukh ataupun Khanukh.

– Baginda dipanggil Idris AS kerana banyak mempelajari kitab. Ia diambil daripada perkataan Arab iaitu darasa (belajar).

– Nabi Idris AS merupakan datuk kepada ayah Nabi Nuh AS dan keturunan keenam Nabi Adam AS.

– Selain menjadi tukang jahit pertama, baginda juga individu paling awal menulis dengan pena, menggunakan ilmu falak, matematik dan banyak lagi.

– Sebelum itu, semua orang memakai pakaian daripada kulit sahaja.

– Nabi dan rasul kedua yang wajib diketahui itu merupakan individu yang mula-mula mencipta senjata tajam.

– Ilmu yang dimiliki baginda membuatkan malaikat begitu dekat dan mahu bersahabat dengannya.

– Dalam satu riwayat, Nabi Idris kini dikatakan hidup di langit keempat. Ada pula menyatakan di langit keenam, ketujuh dan riwayat lain mengatakan baginda berada di dalam syurga.

Sumber: Pendakwah Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli (PU Faiz)

Foto: Freepik & 123rf

Ilmu hadis
Isu, Pilihan Editor,

Subhanallah, 70,000 Malaikat Akan Memohon Keampunan Untuk Mereka Yang Amalkan Surah Ad-Dukhan

no comment

TIADA apa lagi yang dimahukan selain menggapai keredaan, rahmat dan keampunan daripada ALLAH SWT sebelum kita menghadap-NYA. Itulah harapan yang paling didambakan oleh setiap umat Islam di muka bumi ini.

Letih dengan ujian? Mengertilah bahawa hidup di dunia ini tidak pernah mencatatkan adanya orang yang akan terselamat daripada sebarang dugaan. Sesungguhnya, ALLAH MAHA MENGETAHUI. Segala yang datang daripada-NYA adalah baik, sekalipun manusia melihat sebaliknya.

Sebagai hamba-NYA yang taat, lafaz istighfar dan amalan taubat perlu sentiasa dilazimkan. Itu sebaik-baik pendekatan untuk meraih reda dan maghfirah-NYA.

Terdapat cara lain yang turut disyorkan. Pendekatan itu adalah dengan melazimkan bacaan Surah ad-Dukhan. Ini kerana intipati yang terkandung dalam surah berkenaan antaranya membantu umat Islam mendapatkan keampunan daripada ALLAH YANG MAHA ESA.

Apakah keistimewaan Surah ad-Dukhan? Apakah bentuk ganjaran yang kita boleh peroleh dengan membasahkan lidah membacanya tanpa jemu?

Amaran

Menjawab semua pertanyaan itu, Sinar Islam Plus mendapatkan komen pendakwah Ahmad Lutfi Abdul Wahab Al-Linggi.

AHMAD LUTFI

Beliau dengan penuh semangat menerangkan latar belakang Surah ad-Dukhan yang menurutnya memiliki keistimewaan yang tidak berbelah bagi.

Ujar beliau, surah ke-44 dalam al-Quran itu tergolong sebagai Surah Makiyyah yang terdiri daripada 59 ayat. Nama ad-Dukhan (kabus, jerebu atau asap) itu diambil sempena kalimah tersebut yang ada pada ayat ke-10 surah berkenaan.

Baca juga Surah ar-Rahman Menyingkap Sifat Pemurah ALLAH SWT

Jelas Ahmad Lutfi, isi kandungannya sarat dengan kisah pengajaran yang boleh dijadikan pedoman dalam kehidupan manusia.

Beliau kemudian menceritakan kisah yang tercatat dalam Hadis Riwayat al-Bukhari.

Menurut riwayat berkenaan, ketika itu, orang kafir Makkah telah melampaui batas. Mereka bukan sahaja menentang agama Islam, malahan dengan sengaja menyakiti dan menderhaka kepada nabi. Oleh sebab itu, baginda berdoa kepada ALLAH SWT agar diturunkan azab.

“ALLAH SWT mendengar permintaan nabi dan mengabulkannya sebagaimana doa Nabi Yusuf AS ke atas orang yang pernah menderhaka kepada baginda AS dengan menurunkan musim kemarau yang panjang. Dek kerana kelaparan yang teramat, mereka akhirnya terpaksa memakan tulang dan bangkai.

“Pada masa sama, orang kafir berkenaan kerap memandang ke langit dengan harapan ALLAH SWT akan membantu mereka. Malangnya, tiada satu pun yang mampu menembusi penglihatan mereka kecuali kabus jerebu yang menutupi pandangan,” ceritanya.

Selanjutnya, kata Ahmad Lutfi, disebabkan tidak tahan dengan keadaan yang berlarutan itu, mereka akhirnya bertemu nabi dan meminta baginda supaya memohon kepada ALLAH SWT untuk menurunkan hujan.

“Malangnya setelah ALLAH SWT mengabulkan permintaan itu, mereka kembali kafir seperti asal. Disebabkan itulah ALLAH memberikan amaran bahawa golongan itu akan diberikan azab yang pedih,” ujar beliau.

Surah ad-Dukhan

JANGAN sesekali meninggalkan al-Quran kerana ia merupakan panduan hidup kita di dunia dan akhirat.

Jalan menambah amal

Bilakah waktu terbaik membaca surah tersebut? Jawab Ahmad Lufti, umat Islam sangat digalakkan untuk membacanya pada malam Jumaat, hari Jumaat dan setiap malam berdasarkan beberapa riwayat yang masyhur.

Menyambung hujahnya, beliau yang juga Pengerusi Tahfiz Al-Quran As-Syarif menjelaskan, begitu beruntungnya orang yang membaca Surah ad-Dukhan kerana imbalannya begitu besar sekali. 

Bayangkan, jika kita melazimkan diri membaca dan menghayati sepenuhnya kalam ALLAH itu akan didoakan oleh 70,000 malaikat yang memohon ampun untuk pembacanya!

Fakta itu ada disebutkan dalam sebuah hadis. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca ad-Dukhan setiap malam, maka 70,000 malaikat memohon ampun untuknya.” (Riwayat at-Tirmizi)

Begitu juga disebutkan dalam hadis daripada Umamah yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah ad-Dukhan pada malam atau hari Jumaat, maka ALLAH akan membina sebuah rumah dalam syurga.” (Riwayat at-Tabarani)

Melihat ungkapan hadis berkenaan, kata Ahmad Lufti, sudah jelas bahawa Surah ad-Dukhan banyak dikaitkan dengan memohon keampunan.

Menjadi bertambah afdal, seandainya kita memahami erti dan maksud yang tersirat di sebalik surah yang penuh menakjubkan ini.

Senada dengan Ahmad Lutfi ialah pendakwah Bakhtiar Fitri Abdul Hamid.

BAKHTIAR FITRI

Namun Bakhtiar Fitri mempunyai peringatan khas. Ujarnya, meskipun umat Islam berpeluang untuk meraih keampunan ALLAH SWT dengan mengamalkan Surah ad-Dukhan, namun ia bukanlah bermaksud kita tidak perlu lagi bertaubat dan beristighfar.

Mahu atau tidak, katanya, sebagai hamba ALLAH SWT, kita wajib memohon keampunan, beristighfar dan bertaubat, selain menyesal atas segala perbuatan dosa yang pernah dilakukan serta meninggalkan maksiat.

“Ingin saya jelaskan, membaca Surah ad-Dukhan itu adalah antara satu jalan untuk menambah amal dalam mendapatkan maghfirah,” katanya.

Hakikatnya, jelas pendakwah itu, semua hadis yang memerihalkan tentang khasiat, waima kelebihan membaca Surah ad-Dukhan, sebenarnya sekadar memberikan kita galakan untuk mengamalkannya.

Surah ad-Dukhan

BERTAUBAT dan beristighfar tetap perlu dilakukan untuk meraih reda, rahmat dan keampunan ALLAH SWT selain beberapa cara lagi yang dianjurkan oleh Islam.

“Ini bermakna, kita penuhi malam hari dengan amal ibadah selain daripada solat untuk mendekatkan diri dengan ALLAH SWT.

“Sebenarnya, ada beberapa surah lain yang turut digalakkan untuk dibaca pada waktu malam. Antaranya Surah al-Waqiah dan al-Mulk, selain ad-Dukhan. Justeru, sama-samalah kita berusaha untuk mengamalkan surah-surah yang dianjurkan agama bagi meraih ganjaran,” nasihatnya.

Dihindari bala

Dalam pada itu, Bakhtiar Fitri yang juga Perunding Utama Nadi Ilmu Training Management menjelaskan, tidak salah untuk kita mengamalkan beberapa ayat tertentu dalam Surah ad-Dukhan dalam kehidupan seharian.

Misalnya, ayat 12, Surah ad-Dukhan yang berbunyi: “Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini daripada kami, sesungguhnya kami akan beriman!”

“Itu antara satu doa yang ALLAH ajarkan kepada kita untuk menjauhkan diri daripada bala dan seksaan. Sebelum doa itu (diajarkan), ALLAH SWT telah menceritakan tentang perangai orang kafir Makkah yang telah melampaui batas pada ayat ke-10.

“Namun begitu, selepas azab kemarau berpanjangan diturunkan dan ALLAH mengabulkan permintaan supaya ia dihentikan dan digantikan dengan turunnya hujan, mereka tetap lagi kafir. Ia menjadi asbab mengapa ALLAH SWT menyatakan, mereka akan dikenakan azab yang sangat pedih. Dari situlah ALLAH SWT mengajar kita tentang doa itu,” katanya.

Surah ad-Dukhan

LAZIMKANLAH diri membaca Surah ad-Dukhan pada setiap malam atau pada hari Jumaat menurut beberapa riwayat yang masyhur.

Adapun, jelas Bakhtiar Fitri, ayat 59 dalam surah berkenaan yang diamalkan oleh segelintir individu untuk membantu mereka menang ketika berhujah, sebenarnya bukanlah satu bentuk doa.

Jika diteliti, ayat tersebut berkisarkan janji ALLAH SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk memberikan kemenangan kepada baginda, terangnya.

“ALLAH SWT menyatakan kepada baginda untuk menantikan kemenangan ke atas orang kafir. Sementara itu, bagi orang kafir pula, tunggulah kebinasaan yang dijanjikan pada hari kiamat kelak,” katanya.

Mengulas lanjut, pendakwah itu berkata, ayat yang sama juga menyuntik motivasi dan semangat kepada umat Islam.

“Ketika berdakwah dan mendaulatkan agama suci ini, kita sememangnya tidak dapat lari daripada dimusuhi atau dibenci. Walaupun di dunia ini kita nampak seolah-olah kita dan agama Islam dihina atau kalah, namun ketahuilah, kemenangan kita sebenarnya ditangguhkan. Pada hari kiamat kelak, kita pasti akan menang iaitu dengan meraih syurga ALLAH SWT. Sementara itu, orang kafir pula akan dihumban ke dalam neraka,” jelasnya.

Pesan agamawan itu kepada seluruh umat Islam, berpegang teguhlah kepada mukjizat agung al-Quran dan as-Sunnah.

“Bacalah al-Quran pada bila-bila waktu termasuklah melazimkan Surah ad-Dukhan, apatah kita kini masih bergelut dengan wabak Covid-19,” ujar beliau.

Rumah lebih barakah dengan alunan suci al-Quran

BUKAN sahaja individu membaca al-Quran akan beroleh ganjaran pahala, tetapi rumah yang dibacakan dengan kalam ALLAH itu juga akan diberkati berserta penghuninya sekali.

Pendakwah Nor Zahirah Mohd Johari atau lebih dikenali sebagai Da’i Zahirah menjelaskan, Imam al-Ghazali dalam karyanya bertajuk Ihya Ulumuddin menyatakan, setiap huruf dalam al-Quran dijaga oleh para malaikat.

DA’I ZAHIRAH

Bahkan, makhluk ALLAH yang paling mulia itu turut mendoakan kesejahteraan buat mereka yang membacanya, katanya.

“Kitab suci al-Quran terdiri daripada 114 surah dan 6,616 ayat yang diturunkan secara bertahap. Disebutkan bahawa al-Quran mengandungi sebanyak 77,439 kalimah.

“Jumlah hurufnya pula sebanyak 325,345. Maka, mereka yang membaca al-Quran akan didoakan oleh 325,345 malaikat. Jelaslah bahawa apabila kita mendampingi kalamullah dan sentiasa melazimkannya di dalam rumah, maka penghuninya juga akan diberkati,” katanya.

Kepada satu soalan, Da’i Zahirah berkata: “Hukum membaca, memahami dan mengamalkan isi kandungan al-Quran adalah wajib bagi setiap Muslim kerana kitab suci itu merupakan sumber utama ajaran Islam.

Surah ad-Dukhan

HIDUPKANLAH kediaman kita dengan alunan ayat suci al-Quran pada setiap hari.

“Justeru, sebelum kita memejamkan mata buat selama-lamanya dan meninggalkan dunia yang fana ini, sunah kepada kita semua untuk mengkhatamkan al-Quran sekali seumur hidup.

“Hidup kita hanya sekali. Sebelum pergi ke negeri yang kekal abadi, sudah pastilah kita mahu membawa bekalan yang mencukupi sebelum meneruskan perjalanan ke sana.”

Mengulas sikap segelintir umat Islam yang suka mengaji dengan pantas untuk cepat khatam, Da’i Zahirah berpandangan, tiada masalah berbuat demikian dengan syarat bacaannya mestilah terpelihara dari segi tajwid.

Ini kerana katanya, terdapat empat cara bacaan ketika mengalunkan kalam suci ALLAH itu.

“Ia terdiri daripada bacaan at-Tahqiq (paling perlahan), at-Tartil (lebih lancar, bersahaja dan sesuai dengan hukum tajwid), at-Tadwir (tingkatan pertengahan antara perlahan dan cepat) serta al-Hadar (bacaan lancar, tetapi masih menjaga hukumhakam dalam al-Quran),” katanya.

ANEKDOT

GANJARAN membaca al-Quran

Surah ad-Dukhan

DIDIK anak-anak kita sejak dari kecil agar tidak meninggalkan al-Quran yang merupakan mukjizat paling agung diturunkan oleh ALLAH SWT kepada Nabi Muhammad SAW.

1. Menjadi kemegahan umat Islam.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan yang menjadi kemegahan umatku adalah al-Quran yang mulia.” (Riwayat Abu Nua’im)

2. Kitab suci itu akan menjadi penyelamat, pelindung dan syafaat kepada mereka yang membacanya.

Rasulullah SAW bersabda: “Pada hari kiamat, al-Quran akan menjadi syafaat kepada orang-orang yang membacanya.” (Riwayat Muslim)

3. Al-Quran senjata paling berkesan untuk membersihkan jiwa yang sering kali lalai kerana banyak melakukan dosa dan maksiat.

Surah ad-Dukhan

AL-QURAN menjadi mukjizat terbesar yang dikurniakan oleh ALLAH SWT kepada Nabi Muhammad SAW.

Daripada Ibnu Umar RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati itu bersinar semula? Katanya, dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran…” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

4. Satu huruf al-Quran akan mendapat satu kebaikan dan digandakan dengan 10 pahala.

Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, maka baginya satu kebaikan dan satu kebaikan itu dilipat gandakan 10 kali. Aku tidak mengatakan alif lam mim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.” (Riwayat at-Tirmizi)

Sumber: Pendakwah Nor Zahirah Mohd Johari (Da’i Zahirah)

Foto: Freepik