Browsing Tag

lukisan

114548_20210920T082813Z_474490745_RC2VLP9AQHJS_RTRMADP_3_PALESTINIANSARTISTBALLET_1632231596468
Jendela Dunia,

Balerina Simbol Kekuatan Wanita Islam Gaza

SENIMAN wanita Palestin, Abeer Jebril mengangkat simbol balerina sebagai seorang dalam kesakitan. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesulitan kehidupan sosial dan politik wanita Islam Gaza di tengah konflik yang tidak pernah ada kesudahannya.

Menggambarkan keindahan dan keanggunan balerina disatukan dengan warna gelap melankolis dianggap Abeer Jebril sebagai ‘bom berdetik’.

“Saya memilih penari balet adalah kerana melihatnya sebagai ikon kecantikan dan kekuatan. Oleh itu, saya memilihnya untuk menjadi pahlawan karya saya,” kata artis Palestin berusia 35 tahun, yang berasal dari Gaza.

Jebril mendapat inspirasi daripada Edgar Degas, seorang seniman impresionisme Perancis yang terkenal dengan lukisan objek balerina yang sangat cantik.

Balerina digambarkan sebagai simbol penderitaan wanita.

Namun, dalam lukisannya dia menggabungkan keindahan itu dengan kesedihan menerusi sosok tubuh balerina yang dirantai dengan wayar berduri, menari di batu atau menghadap pagar sekatan.

Jebril meluahkan pemahaman seninya berkaitan pengepungan di Gaza yang tidak terhitung banyaknya sehingga tidak merasa bebas berada di tanah air sendiri.

“Balerina adalah sebuah metafora dengan apa yang sedang dilalui oleh wanita Gaza di tengah-tengah pertempuran dan bom di seluruh Palestin. Mereka adalah wanita elegan yang dirantai dengan konflik Israel-Palestin yang tidak pernah berhenti.

“Ia menunjukkan apa yang dirasakan, kehidupan, wajah dan bagaimana wanita itu dirantai agar dunia dapat rasakan apa yang dilalui Gaza kepada masyarakat dunia,” katanya sambil menjelaskan lukisan balerina yang dibuat dengan menggunakan pisau palet.

Lukisannya juga memberi mesej tentang wanita yang menderita kerana kehidupan mereka yang didominasi lelaki sehingga tidak bebas untuk mencari sumber pendapatan sendiri.

A Palestinian Maya Harb takes part in ballet dancing at her home in Gaza City, September 8, 2021. Picture taken September 8, 2021. REUTERS/Mohammed Salem NO RESALES. NO ARCHIVES

Kebanyakkan lukisan Jebril mengambil inspirasi daripada penari balet antarabangsa dan anak perempuannya, Maya, 11 tahun yang sering melakukan latihan tarian balet.

Sehingga kini, hasil karya seni Jebril telah dipamerkan di beberapa galeri negara-negara Eropah dan Arab.

 

Balerina lambang wanita Gaza

Dalam salah satu lukisannya, Jebril melukis seorang penari yang mengenakan sut biru tua, sementara kaki, lengan dan kepalanya dirantai dengan wayar tajam. Dia tidak dapat menari dengan bebas dan menderita akibat kabel yang mengikatnya.

Warna merah di beberapa bahagian tubuhnya mewakili darah dan luka. Dia berdarah ketika dia berjuang untuk mendapatkan kebebasan untuk menari.

Simbol tiada kebebasan di tanah air sendiri.

Lukisan lain menunjukkan pergelangan tangan balerina diikat dengan kain hijau, dengan tanda ‘Dilarang Masuk’. Di depan balerina, potret itu menunjukkan dua sosok tubuh berwarna hijau yang berdiri lebih rendah daripada dirinya, seolah-olah tentera menghalang jalan ballerina.

Biarpun objek tentera itu nampak kecil dan dilihat sengsara berbanding dengan kehebatan dan ketinggian ballerina. Bagi Jebril, gambaran tersebut adalah mengenai sekatan yang menghalang orang Gaza memasuki tempat yang selamat. Menurutnya, tanda ‘Dilarang Masuk’ menunjukkan kenyataan yang dihadapi oleh penduduk Gaza.

Wanita Gaza sentiasa hidup dalam ketakutan.

Selain lukisan menunjukkan seorang wanita dengan kostum balerina mengelak sebutir peluru sambil matanya diikat dengan pita hitam. Wanita itu bertindak balas terhadap serangan kejam dengan pergerakkan yang anggun sebagai seorang ballerina dengan mengubahnya menjadi koreografi balet.

“Lukisan itu mengenai pelarian yang sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga oleh penembak tepat dan serangan dari peluru sesat. Ia juga menunjukkan perjuangan untuk bertahan hidup dengan penutup mata tidak akan kekal lama,” tambahnya lagi.

Menanti hari kebebasan yang tidak pernah ada jawapannya.

Menurut Jebril, dalam karya seni lain, terdapat seorang gadis kecil dengan kostum balerina putih yang menggambarkan dirinya tidak bersalah. Gadis kecil itu menangis sambil melihat runtuhan.

“Warna merah dan oren mewakili api ketika mereka bertemu, sementara warna biru langit dicampur dengan asap hitam seolah-olah lukisan itu memaparkan pemandangan serangan bom atau selepas konflik berlaku,” katanya.

 

Sumber: TRT World

5adc3ce4-1afa-4184-84c1-08b0bcc1740b
Gaya Hidup, Jendela Dunia, Personaliti, Pilihan Editor,

‘Story of Palestine’ mendapat 11.2 Juta Tontonan

no comment

PELBAGAI usaha dilakukan masyarakat dunia untuk menceritkan kisah sebenar apa yang berlaku kepada negara Palestin. Namun kisah itu juga sering kali gagal disampaikan disebabkan terhalang dengan permainan propaganda Zionis.

Begitupun, kisah-kisah yang sampai di telinga dan mata masyarkat dunia tidak pernah gagal mendapat perhatian dan simpati mereka, malah bukan sahaja mereka yang beragama Islam tetapi dari pelbagai kepercayaan agama lain turut menunjukkan sokongan tanpa berbelah bagi dengan nasib rakyat Palestin sejak zaman berzaman.

Rakyat Gaza meraikan kemenangan terhadap rejim zionis dalam peperangan Al-Quds.

Terbaru selepas gencatan senjata peperangan antara rejim Zionis Israel dan Hamas dipersetujui kedua pihak, dunia dapat melihat sendiri bagaimana kejamnya Zionis menghancurkan sebahagian bumi Palestin dengan bom tanpa belas kesihan hanya menerusi jaringan internet melalui pelbagai platform media sosial.

Menerusi media sosial jugalah mereka berusaha menyatakan soladiriti sokongan terhadap Palestin untuk menaikkan kembali semangat rakyat Palestin agar terus kuat melawan penjajahan Zionis Israel yang entah sampai bila akan berakhir.

Minggu lalu saluran media sosial menerusi aplikasi TikTok dan Instagram tertumpu kepada seorang wanita dari Mesir, Eman Askar, 32 yang berjaya menarik perhatian dunia apabila menghasilkan lagu berjudul ‘Story of Palestine’ dan mendapat jutaan tontonan. Menerusi bait lirik yang merumuskan peristiwa bersejarah berkenaan keganasan Zionis Israel ke atas Palestin, lagu spontan itu semakin diminati ramai.

Video berdurasi 98 saat yang dihasilkan sendiri di rumah dengan hanya mengetuk meja sebagai muzik melodinya dan dimuatnaik di dalam aplikasi TikTok dan Instagram pada Rabu minggu lalu berjaya meraih sebanyak 11.2 juta tontonan dari seluruh dunia dan mendapat puji-pujian dari pelayar.

Eman Askar. Gambar: Daily Times

“Ini adalah perkata yang paling penting untuk mendapatkan pandangan jujur, kerana maklum balas yang saya dapat benar-benar menunjukkan kepada saya bahawa sokongan diperlukan,” kata Eman yang memberi reaksi terhadap pujian diberikan kepadanya.

Sepanjang sebulan umat Islam menyambut Ramadan, pertempuran berlaku di perkarangan Al- Aqsa yang berpunca daripada isu pengusiran paksa rakyat Palestin dari kediaman mereka di Sheikh Jarrah oleh tentera Zionis Israel. Mereka melakukan provokasi sehingga menimbulkan kemarahan kepada rakyat tempatan di atas kekejaman dan tidak menghormati umat Islam yang sedang melaksanakan ibadah puasa.

Pada 10 Mei, tentera Israel melancarkan serangan udara di Gaza yang mengorbankan ratusan orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak. Seramai 12 orang Israel juga terbunuh dalam serangan balas roket dari kumpulan pejuang Palestin.

“Bermula kejadian inilah saya meluahkan keadaan sebenar yang berlaku di Palestin dan menulisnya untuk dijadikan lirik yang sangat mempengaruhi saya.

“Apabila ada sesuatu yang tidak kena dengan hati anda seperti saya merasakan sesuatu, saya tidak dapat merasa tenang, kerana saya tahu apa yang sedang berlaku di sana. Saya mengikutinya dan itu membuat saya sangat sedih,” katanya yang terus berlanjutan sehingga rakyat Palestin tidak dapat menyambut Ramadan dan Syawal dengan sempurna.

 

Lukisan yang dihasilkan Eman ketika berusia 11 tahun menjadi sumber inspirasinya menghasilkan lirik.

Ekspresi dalam bentuk seni

 

Perasaan yang tidak tenang ketika menyambut Aldifitri Bersama keluarga ketika itu memaksa Eman untuk memendekkan cuti untuk terus pulang terus ke rumah.

“Saya perlu melakukan sesuatu mengenainya”, katanya.

Dia melihat barang-barangnya dan menjumpai buku lakaran seni.

“Ketika saya berusia 11 tahun, saya pernah menghasilkan beberapa lukisan di dalam kelas mata pelajaran pendidikan seni. Saya masih ingat ketika itu Intifada Kedua di Palestin sedang berlaku yang juga jatuh pada Aidilfitri.

“Guru meminta kami untuk melukis sesuatu mengenai sambutan Aidilfitri seperti apa yang kita bayangkan dan bagaimana kita merayaikan hari mulia itu.

“Sebenarnya saya tidak mampu untuk menunjukkan perasaan gembira apatah lagi saya pernah melihat seorang kanak-kanak menerusi televisyen yang mati apabila rumahnya di bom oleh Zionis Israel ketika Aidilfitri, gambaran itu masih terkesan kepada saya biarpun sudah 21 tahun persitiwa itu berlaku menyebabkan saya mendapat kekuatan untuk menghasilkan lirik lagu ini,” katanya.

 

Lagu Story of Palestine boleh ditonton dengan menekan link Instagram Eman Askor https://www.instagram.com/tv/CPDDajxnjKI/?utm_medium=copy_link

 

Lirik lagu ‘Story of Palestine’

 

Dulu ada wilayah

Disebut Palestin, di mana orang Kristian,

Muslim dan Yahudi hidup dengan baik pada tahun 1800-an

Ia diperintah oleh Kerajaan Uthmaniyyah

 

Sementara itu, datang seorang lelaki berjambang

Pengasas Zionis Yahudi yang mengimpikan sebidang tanah

Untuk dijadikan kediaman dan tanah air mereka

Ia bagi melindungi dan menyelamatkan

Kaum mereka semata-mata.

 

Kemudian ada

Perang Dunia 1

Itu berakhir apabila Sekutu menang

Dan orang Inggeris berkata ‘hei, tanah yang indah ini benar-benar milik saya’

 

Masih namanya Palestin

walaupun dijajah

Dan dijanji untuk negara Zionis

Oleh seorang lelaki yang tidak mempunyai hak!

 

Kemudian semakin banyak orang Yahudi tiba

Mencari perlindungan seperti tidak ada apa-apa!

Sehingga rancangan mereka untuk mencuri tanah

Tidak lagi menjadi rahsia!

 

Tahun 1948,

Ketika Israel membina jalan menuju ‘pentas’

Ribuan rakyat Palestin

Ditipu kediaman mereka untuk terus hidup

 

Tidak ada hak untuk kembali,

Tiada hak untuk kediaman

Tidak ada hak untuk melawan

Untuk tanah yang mereka miliki

Israel semakin bertambah

Menjadi APARTEID

 

Di manakah perikemanusiaan anda?

Di manakah maruah penghormatan anda?

Panggilnya ‘konflik’?

Itu kegilaan!

Sudah tiba masanya untuk mengubah fikiran anda!

 

Suatu hari Palestin akan bebas!

Oleh itu, sejarah perlu diperbetulkan

Anda tidak anti-semitik

Sekiranya anda menentang jenayah perang

 

Jangan dicuci otak oleh berita

Sekarang anda boleh melihat sendiri

Kebenaran, ketahui kisahnya

Kisah Palestin…!

 

Sumber: TRT World