Browsing Tag

kurd

Kempen Free Kurd
Jendela Dunia,

Media Sosial Berjaya Mencemaskan Politik dan Tentera Israel : Perjuangan Era Baharu

no comment

Oleh MUHAMMAD YUSUFF HASSAN

PENAHANAN adik beradik warga Palestin,  Muna dan Mohammed al-Kurd yang merupakan aktivis dan penulis Ahad lalu oleh polis Israel, segera mencetuskan kecamanan warga net antarabangsa.

Akibatnya polis Israel terpaksa membebaskan mereka beberapa jam setelah kemarahan masyarakat dunia memuncak menuntut pembebasan mereka.

Namun sebelum pembebasan itu tanda pagar #FreeMudaKurd dan #FreeMohammedKurd sempat tular di media sosial.

Pasangan adik beradik kembar berusia 23 tahun itu menjadi popular di media sosial, berikutan mereka lantang bersuara menentang pengusiran paksa rakyat Palestin oleh tentera dan penduduk haram Israel di Sheikh Jarrah di Timur Baitulmaqdis.

Mereka juga tidak lupa menyampaikan maklumat sahih mengenai serangan 11 hari ke atas Gaza.

Secara tidak langsung mereka menjadi rujukan warga net dan juga wartawan antarabangsa untuk menyalurkan maklumat mengenai apa sebenarnya yang berlaku.

Polis Israel terpaksa membebaskan mereka beberapa jam setelah kemarahan masyarakat dunia memuncak menuntut pembebasan mereka.

Para aktivis yang tinggal di Palestin dan para aktivis diaspora dari seluruh dunia telah menunjukkan kesatuan yang belum pernah terjadi sebelum ini, terhadap amalan haram yang dilakukan pemerintah negara haram Israel.

Dalam beberapa minggu sahaja, suara mereka mula bergema dan mendapat sokongan dari seluruh dunia, menghasilkan “tentangan gaya baharu” bagi Israel, dan ini merupakan satu fenomena yang baharu, menurut penganalisis

“Kami berada dalam fasa baru aktivisme Palestin, peningkatan sokongan ini mendukung gerakan solidariti yang semakin meningkat ke peringkat global,” menurut Jehad Abusalim, rakan pendidikan dan dasar Program Aktivisme Palestin di Jawatankuasa Rakan Amerika,(Palestine Activism Program at the American Friends Service Committee)

“Aktivis seperti Muna dan Mohammed al-Kurd memberikan maklumat kemas kini secara langsung mengenai pelanggaran hak asasi manusia yang dilakukan Israel, yang membolehkan ribuan orang di seluruh dunia melihat sendiri tanpa perlu bergantung kepada media arus perdana,” katanya lagi.

Muna ditangkap apabila rumahnya diserbu di Sheikh Jarrah, manakala Mohammed menyerahkan diri ke balai polis setelah diarah berbuat demikian.

Kuasa Media sosial mencemaskan Israel

Kedua-dua adik beradik ini bertanggungjawab mempopularkan tanda pagar #SaveSheikhJarrah yang digunakan secara meluas.

Kempen di media sosial yang sudah berlangsung sejak tiga bulan lalu itu adalah bagi menentang ketidakadilan terhadap  keputusan berat sebelah mahkamah Israel  yang menyebabkan rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal dan kediaman di Sheikh Jarrah.

Ayah kepada pasangan kembar, Mohammed AlKurd dan Muna AlKurd bersama-sama pemuda lain dan juga wartawan berdiri di hadapan pejabat pasukan penjajah, tempat mereka berdua ditahan.

“Senjata rakyat Palestin adalah kamera, dan kata-kata – sedangkan tentera Israel bersenjata berat,” kata Nabil al-Kurd, bapa kepada anak kembar itu, kepada wartawan pada hari Ahad lalu.

Peneroka haram Yahudi telah melakukan kempen selama beberapa dekad untuk mengusir penduduk Palestin dari kawasan kejiranan di luar tembok Kota Lama di Baitulmaqdis, kota lama yang merupakan tempat suci bagi orang Yahudi, Islam dan Kristian.

Mahkamah Israel telah memutuskan menyokong peneroka Israel pada Oktober 2020 yang mendakwa bahawa kira-kira lapan keluarga Palestin di Sheikh Jarrah telah “tinggal di tanah milik Yahudi”.

Pengusiran itu kini ditangguhkan setelah rakyat Palestin melakukan rayuan atas keputusan tersebut di mahkamah kerajaan Haram Israel.

Seorang lagi aktivis hak asasi manusia Palestin dan penganalisis politik, Bassim Eid, mengatakan bahawa kembar al-Kurd dipilih secara khusus untuk ditangkap kerana mereka berjaya memperkuatkan suara mereka yang sedang berdepan “penindasan ganas Israel”.

“Mereka disiasat kerana pekerjaan dan usaha aktivisme mereka, bukan kerana mereka melanggar undang-undang atau melakukan kejahatan,” katanya lagi.

Wartawan Stesen Al Jazeera Givara Budeiri ditahan ketika membuat liputan demonstrasi di Sheikh Jarrah. Beliau dibebaskan beberapa jam setelah penangkapannya mencetuskan kritikan meluas terhadap Tel Aviv.

“Sebenarnya Israel tidak mahu melihat aktivis Palestin atau wartawan Palestin berkeliaran di daerah seperti Sheikh Jarrah.”

Mohammed al-Kurd, tidak membuang masa selepas dibebaskan dan dengan segera mengemas kini ciapannya untuk melaporkan keadaan terkini di Sheikh Jarrah kepada ratusan ribu pengikutnya di Twitter.

“Kami tidak takut, kami tidak gusar, kami akan terus bersuara menentang semua ketidakadilan ini, dan kami akan terus melindungi rumah kami,” katanya setelah dibebaskan.

Penangkapan itu berlaku sehari selepas wartawan Arab Al Jazeera Givara Budeiri ditahan ketika membuat liputan demonstrasi di Sheikh Jarrah. Beliau dibebaskan beberapa jam setelah penangkapannya mencetuskan kritikan meluas terhadap Tel Aviv.

Pada 15 Mei, serangan udara Israel telah menghancurkan bangunan di Gaza yang menempatkan pejabat Al Jazeera dan pejabat  agensi Associated Press yang mendakwa bahawa perisik tentera Hamas beroperasi dari bangunan itu. Dakwaan itu tanpa sebarang bukti yang kukuh sehingga kini.

Abusalim, rakan pendidikan dan dasar Program Aktivisme Palestin, menyatakan Israel secara sistematik mensasarkan wartawan dan aktivis yang mempunyai ramai pengikut kerana “pemerintah Israel ingin menenggelamkan suara mereka melalui ugutan dan gangguan”.

Namun, rakyat Palestin di seluruh dunia tidak meninggalkan peluang menggunakan

kemudahan komunikasi yang tersedia bagi mereka untuk menyampaikan sisi cerita mereka, menjadikan “tahap politik dan keselamatan Israel mula cemas,” menurut Abusalim.

“Negara haram yang ingin menyembunyikan kebenaran takut akan dipertanggungjawabkan kerana mereka tahu dunia sedang memerhatikan dan bahawa dunia tidak lagi membeli naratif palsu yang, sejak sekian lama, membenarkan penindasan terhadap rakyat Palestin,” katanya.

 

Sumber: TRT World/Friends of Palestine

Pasangan kembar berpengaruh di Tebing Barat Palestin