Browsing Tag

kos haji

Maghribi
Antarabangsa,

Gara-gara kos melambung, sebilangan penduduk Maghribi terpaksa batalkan hasrat tunaikan haji

DI sebalik kegembiraan umat Islam lain untuk menunaikan ibadah haji, sebilangan penduduk Maghribi pula terpaksa membatalkan perjalanan untuk mengerjakan Rukun Islam kelima itu.

Semuanya gara-gara kos perbelanjaan yang melambung tinggi, sekali gus menjadi faktor mereka terpaksa menangguhkan hasrat untuk ke Tanah Suci.

Menurut laporan Agensi Berita Amerika Latin, Prensa Latina, musim haji kali ini menyaksikan kenaikan sebanyak 27 peratus kos untuk menunaikan ibadah berkenaan.

Baca juga Arab Saudi tutup permohonan haji bagi jemaah domestik

Di bawah Kementerian Hal Ehwal Islamnya, kos perjalanan dari Maghribi dilaporkan telah meningkat daripada 49,906 dirham (RM21,985) pada 2019 (ketika kali terakhir Arab Saudi menerima jemaah haji) kepada 63,800 dirham (RM28,106).

“Jumlah itu tidak termasuk dengan perbelanjaan. Disebabkan itu, sebilangan rakyat Maghribi yang terpilih menerusi kuota yang ditetapkan Arab Saudi terpaksa mengambil keputusan untuk menangguhkan perjalanan mereka,” katanya sebagaimana dipetik menerusi portal berita berkenaan baru-baru ini.

Dalam laporan sama, Pengarah Agensi Travel 4 You, Houda al-Majdouli menjelaskan, kos ibadah haji lebih mahal jika menggunakan agensi pelancongan swasta iaitu antara 70,000 (RM30,837) dan 160,000 dirham (RM70,485).

Maghribi

KOS haji yang tinggi tidak menggalakkan sebilangan penduduk Maghribi untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.

“Namun, semua itu bergantung kepada hotel tempat penginapan para jemaah.

“Ya, kos menunaikan ibadah haji meningkat pada tahun ini. Boleh dikatakan hampir setiap negara majoriti Islam mengalaminya berikutan peningkatan inflasi di seluruh dunia dan cukai di Arab Saudi yang naik tiga kali ganda cukai nilai tambahnya (VAT),” katanya sebagaimana dipetik daripada laporan laprensalatina.com.

Baca juga Kos ibadah haji tahun ini dijangka meningkat

Untuk rekod, Kerajaan Arab Saudi sebelum ini membenarkan sejuta umat Islam menunaikan Rukun Islam kelima pada tahun ini. Ia dibahagikan mengikut kuota yang ditetapkan untuk negara majoriti Islam bergantung kepada bilangan penduduknya.
Gara-gara Covid-19 membuatkan negara berkenaan mengambil langkah mengurangkan jemaah bagi mengelak jangkitan sewaktu menunaikan ibadah berkenaan.

Untuk kuota di Maghribi, sebanyak 15,392 jemaah diperuntukkan yang diagihkan mengikut cabutan tahunan.

Sementara itu, bakal jemaah haji, Fauziya Chaib, 62, beliau sedang membuat persiapan untuk menunaikan ibadah haji melalui agensi pelancongan dengan kos keseluruhan 8,000 euro (RM36,958).

“Saya sebenarnya telah menyertai cabutan itu sejak 2015 dan dipilih untuk menunaikan ibadah haji pada tahun 2020. Malangnya, perjalanan ditanggungkan sehingga tahun ini.

Maghribi

SEKALIPUN kita sudah dijemput untuk menunaikan ibadah haji dan umrah berkali-kali di Tanah Suci, ia bukanlah tiket untuk kita meninggalkan suruhan ALLAH SWT.

“Walaupun kos perjalanan ini tinggi, tetapi saya tidak bersendirian dalam mendepani isu ini,” katanya.

Bukan sahaja di Maghribi, umat Islam di negara lain turut menanggung beban kenaikan kos menunaikan ibadah haji.

Misalnya, kos menunaikan haji di Bangladesh agak tinggi berbanding kenaikan di negara India, Pakistan, Indonesia dan Malaysia, lapor portal About Islam.

“Menurut Business Standard, seorang jemaah Bangladesh perlu membayar minimum AS$5,332 (RM23,579) pada tahun ini iaitu 47 peratus lebih tinggi daripada kos untuk jemaah haji di Pakistan dan 93 peratus lebih berbanding situasi di Indonesia,” katanya.

Foto: Freepik & Prensa Latina