Browsing Tag

kirim salam

kirim salam
Gaya Hidup,

Hukum kirim salam dalam Islam dan cara yang betul menjawabnya

HUKUM kirim salam dalam Islam serta cara yang betul untuk menjawabnya.

Dalam masyarakat kita, kebiasaanya perkataan ‘Assalamualaikum’ akan terungkap di bibir apabila bersua dengan saudara se-Islam lain tanda mendoakan kesejahteraan buatnya.

Galakan tersebut benar-benar disematkan dalam jiwa sehinggakan orang yang tidak berada di situ juga turut dimuliakan dengan kiriman salam.

Ya, amalan yang dimaksudkan di sini adalah perbuatan mengirimkan salam.

kirim salam

MENGUCAPKAN salam termasuk salah satu hak yang perlu dipenuhi oleh seorang Muslim terhadap saudara seagama yang lain.

Baca juga Penuhi enam hak sesama Muslim, jamin keteguhan ukhuwah.

Budaya menyampaikan salam sememangnya tidak asing sesama umat Islam sedunia. Jika bertemu kenalan atau sanak saudara, pasti ada akan yang mengirimkan salam buat mereka yang tidak berkesempatan menghadiri pertemuan itu.

Adakalanya amalan berkirim salam itu diambil ringan, terutamanya oleh si penyampai salam yang terlupa dan akhirnya membiarkan pesanan tersebut berlalu begitu sahaja tanpa diberitahu kepada penerima.

Apakah pandangan Islam berkenaan hal ini? Adakah perbuatan mengirim salam itu sememangnya dianjurkan oleh agama?

Baca juga Bila orang bukan Islam beri salam, apa harus kita jawab…

Amalan kirim salam zaman Nabi SAW

Sebenarnya amalan mengirim salam telah dilakukan sejak dari zaman Rasulullah SAW lagi, seperti yang dijelaskan dalam portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Pernah seorang sahabat menyuruh anaknya untuk berjumpa Nabi SAW dan berpesan untuk menyampaikan salam kepada Baginda, kata anaknya:

Aku pun datang menemui Baginda. Aku sampaikan: “Sesungguhnya bapaku menyampaikan salam kepadamu.” Lalu Nabi SAW menjawab: “Untukmu dan untuk bapamu balasan salam.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Baihaqi)

kirim salam

RUPANYA amalan kirim salam sudah wujud sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi.

Baca juga Tiga waktu malaikat ada bersama manusia

Bahkan malaikat Jibrail AS pernah menitipkan salam kepada Aisyah RA melalui Nabi SAW kerana Aisyah tidak dapat melihat Jibril.

Kata Saidatina Aisyah, “Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Aisyah, ini Jibril. Beliau menyampaikan salam untukmu.” Lalu saya menjawab: ‘وَعَلَيْهِ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللَّهِ’. Nabi SAW melihat apa yang tidak saya lihat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat Imam Ahmad pula, Aisyah RA menjawab salam tersebut dengan lafaz:

عَلَيْكَ وَعَلَيْهِ السَّلَامُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Maksudnya: “Untuk anda dan untuknya salam, rahmat ALLAH dan keberkatan-NYA.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Baca juga Senyumkan sedekah, tapi masih ramai orang tak buat…rugi betul

Hukum berkirim salam

Berdasarkan hadis-hadis berkenaan, ulama terkemuka, Imam Nawawi berpendapat: “Menjawab salam seperti ini hukumnya wajib segera. Demikian juga jika dia menerima salam pada kertas (surat) daripada orang yang berada di jauh, wajib dia menjawab secara lisan dengan segera ketika dia membacanya.” (Lihat al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim Ibn al-Hajjaj, 15/211)

Oleh itu, jelas bahawa apabila seseorang datang dan menyebut bahawa seseorang menyampaikan salam kepada kita, maka kita hendaklah segera menjawabnya.

HUKUMNYA adalah wajib bagi mereka yang telah diamanahkan untuk menyampaikan salam kepada seseorang.

Manakala, orang yang dipesan atau diamanahkan untuk berkirim salam pula wajib menyampaikan salam kepada orang tersebut. Ini kerana ia dikira sebagai amanah yang perlu diselesaikan daripada pandangan Mazhab Syafie.

“Disunnahkan berkirim salam kepada orang yang tidak hadir. Bagi utusan (yang dikirimkan salam), wajib untuk menyampaikan salam tersebut kerana merupakan sebuah amanah. Sungguh, ALLAH SWT telah berfirman, ‘Sesungguhnya ALLAH menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya’ (Surat an-Nisa, ayat 58),’ (Lihat Muhyiddin Syarf An-Nawawi, hal. 641)

Baca juga Jangan tangguh, 5 urusan ini perlu disegerakan dalam Islam

Tidak wajib jika tidak sanggup sampaikan salam

Walau bagaimanapun, cendekiawan Islam, al-Iraqi mempunyai pendapat tambahan kepada hukum di atas.

Menurut beliau, seseorang itu wajib menyampaikan salam selagi mana dia sanggup untuk menyampaikan salam tersebut. Jika pada awalnya dia tidak sanggup, maka perlu menyatakan ketidaksanggupan.

Hal ini disamakan dengan situasi apabila mengirim barang kepada seseorang untuk disampaikan kepada seorang yang lain. Jika pada awalnya dia tidak sanggup menerima pesanan tersebut (tidak bersetuju untuk menyampaikan), maka hukum menjadi tidak wajib buatnya. (Lihat Waliyuddin Abu Zar’ah Al-Iraqi, Tharhut Tatsrib fi Syarhit Taqrib, Juzuk 8/108).

KIRIMAN salam yang tidak disampaikan kepada si penerima boleh dianggap sebagai ‘hutang’ yang perlu dilunaskan bagi individu yang bersetuju untuk menyampaikan khabar berkenaan.

Cara jawab kiriman salam yang sebetulnya

Kebanyakan daripada kita sudah terbiasa menyebut ‘Waalaikumussalam’ apabila diberitahu ada orang mengirimkan salam kepada kita.

Namun, sebenarnya ‘Waalaikumussalam’ bukanlah perkataan tepat bagi menjawab salam yang disampaikan kepada kita.

Sebaliknya, cara menjawab salam yang betul pernah dikongsikan oleh seorang ustaz menerusi suatu video di TikTok @hafiiz_hussin.

APABILA memberikan salam, kita sebenarnya sedang mendoakan kebaikan buat orang itu. Oleh itu, gunalah ungkapan yang sebetulnya ketika mengirim serta menjawab salam.

Menurut Ustaz Hafiz, sebelum menjawab, kita perlu tahu sama ada orang yang mengirimkan salam berkenaan itu adalah lelaki atau perempuan.

Jelasnya, jika individu yang mengirimkan salam itu adalah lelaki, maka kita seharusnya menjawab ‘Alaika waalaihissalam’ yang bermaksud ‘Alaika’ (ke atasmu) dan ‘waalaihissalam’ (dan ke atasnya salam sejahtera).

Manakala, sekiranya perempuan yang menyampaikan salam, cara jawabnya adalah ‘Alaiki waalaihissalam’, katanya. Perkataan itu mempunyai makna sama sahaja seperti yang diucapkan kepada lelaki, cuma bezanya ia diungkapkan terhadap perempuan.

@hafiiz_hussin

Reply to @tazkirah_pendek cara menjawab kiriman salam yang betul #TikTokGuru #fyp #tiktokmalaysia #janganpenatbuatbaik

♬ original sound – 𝙃𝘼𝙁𝙄𝙕 𝙃𝙐𝙎𝙎𝙄𝙉 – 𝙃𝘼𝙁𝙄𝙕 𝙃𝙐𝙎𝙎𝙄𝙉 😊

Hukum kirim salam dalam Islam dan cara yang betul menjawabnya

Sumber: Portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan & TikTok @hafiiz_hussin

Foto: Pexels, Freepik & Unsplash