Browsing Tag

khurafat

syirik
Aqidah,

Jumpa botol kaca dibalut kain hitam tepi pantai, fahami penjelasan Islam perkara khurafat ini

DI sebalik arus kemodenan, masih ada individu di negara ini yang percaya perkara tahyul dan khurafat.

Malah ada yang sanggup berjumpa dengan bomoh untuk merawat penyakit dan mencapai hajat tertentu walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang besar.

Terbaharu, seorang individu dikenali sebagai Fitri Izany telah memuat naik video, memaparkan foto seorang lelaki, dua helai kertas bertulisan dakwat merah dan juga botol kaca di pantai Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kedua-dua botol itu dibalut dengan kain berwarna hitam.

Baca Juga Penyanyi wanita bertudung kantoi guna ilmu sihir, ini akibatnya lakukan amalan syirik ini

“Saya berada di PD sekarang…Saya tak tahu kenapa macam ada something yang “menarik” saya untuk turun ke laut, sedangkan hari tengah hujan dan kilat…

“Kemudian saya terjumpa dua benda ni… Salah satunya saya dah bukak… Jangan tanya kenapa saya bukak sebab saya sendiri takde jawapan…

“Apa patut saya buat? Lagi satu botol saya tak bukak pun… Saya hanya tinggalkan dekat pondok tu…

Tidak mengulas lebih terperinci mengenai penemuan tersebut, namun dipercayai lelaki dalam foto berkenaan adalah mangsa perbuatan khurafat.

FOTO individu yang dijumpai di dalam botol dibalut dengan kain berwarna hitam. -Foto: Fitri Izany

Jin saka disumbat ke dalam botol, apa kata ulama

Rentetan perkongsian yang tular itu, timbul persoalan bolehkan jin ditangkap dan dimasukkan ke dalam botol?

Sebenarnya hal itu pernah dijelaskan oleh Almarhum Datuk Dr. Haron Din di dalam bukunya Menjawab Persoalan Makhluk Halus Kaitannya Dengan Penyakit dan Pengubatan.

Sebagai mukadimahnya, beliau mengambil hadis yang sama seperti dituturkan oleh Dr. Jamaluddin tentang Rasulullah menangkap Ifrit.

Artikel Berkaitan 

Ulasnya, Nabi Muhammad SAW tidak pernah menangkap atau menambat iblis bahkan jauh sekali untuk memasukkannya ke dalam botol kemudian dibuang ke dalam laut mahupun ditanam.

Apa yang dilakukan oleh Rasulullah hanya mengelak dari diganggu walaupun pada mulanya Rasulullah berhajat untuk mengikatnya tetapi apabila mengenangkan doa Nabi Sulaiman niat itu dibatalkan.

Menangkap dan membuang makhluk halus tidak ada di dalam hukum syarak. Tambahan pula makhluk itu dijadikan dari api, maknanya bukan berbentuk fizikal.

AMALAN menangkap jin bukan amalan para sahabat ataupun tabiin apalagi memasukkannya ke dalam botol.

Kuasa api boleh melepasi apa saja termasuk tembok. Meskipun makhluk itu dikurung di dalam botol kaca yang telus cahaya ia tetap boleh menembusinya. Bagaimana mungkin sesuatu yang tidak mempunyai jasad boleh dimasukkan ke dalam sesuatu yang berbentuk fizikal.

Botol adalah berbentuk fizikal manakala jin itu adalah tanpa fizikal yang diperbuat daripada api iaitu unsur cahaya. Sebagaimana cahaya boleh menembusi kaca begitu juga jin boleh keluar dan masuk ke dalam botol pada bila-bila masa.

Halnya berlainan dengan Nabi Sulaiman dan Nabi Muhammad SAW yang boleh menangkap jin kerana mereka adalah Rasul yang diberi kelebihan oleh ALLAH.

Turut Disyorkan Waspada dengan barang-barang digunakan untuk sihir perniagaan, nombor 1 dan 2 paling kerap kita temui

Namun, amalan menangkap jin bukan amalan para sahabat ataupun tabiin apalagi memasukkannya ke dalam botol.

Perkara yang digalakkan adalah berikhtiar untuk mengelakkan gangguan jin dengan membaca ayat al-Quran seperti yang diajar oleh Rasulullah seperti surah al-Baqarah, ayat Kursi, al-Jinn, Fussilat, al-Ikhlas, al-Falaq, al-Nas dan zikir.

Paling penting hati sentiasa mengingati ALLAH dan berzikirlah dengan lidah, hati serta akal yang mengingati kebesaran ALLAH.

Hal karut-marut
Gaya Hidup,

Negara Sudah Maju, Tetapi Masih Ramai Lagi Percaya Kepada Hal Karut-Marut. Berikut Peringatan Islam Kepada Pelakunya

no comment

Oleh RAFIUDDIN MOHD YUSOF

ALLAH SWT menciptakan manusia di dunia sebagai makhluk istimewa kerana dikurniakan akal fikiran. Persoalannya, adakah kita menggunakan nikmat yang ILAHI berikan itu dengan sebaiknya?

Sesungguhnya, akal fikiran yang dikurniakan-NYA patut kita manfaatkan dengan perkara-perkara yang mampu menjadikan kita insan yang bertakwa. Melalui akal juga, semua umat Islam perlu memahami dengan sebaik-baiknya bahawa hanya ALLAH SWT sahaja tempat untuk kita mengadu atau memohon pertolongan sekiranya ditimpa musibah atau segala masalah.

Ya, memang akan ada insan di sekeliling yang akan memberikan bantuan jika ditimpa kesusahan, tetapi perlu diingat bahawa kesemuanya adalah dengan izin daripada-NYA.

Sekiranya kita menganggap pertolongan itu hadir selain daripada ALLAH atau berasakan diri kita memang cukup hebat dalam menangani cabaran, perasaan itu perlu dinyahkan segera. Ini kerana hal tersebut ternyata boleh menjejaskan akidah kita.

Sebagai seorang Muslim, mensyirikan atau menyekutukan ALLAH SWT merupakan satu dosa besar. Bagi mereka yang telah terlanjur dalam melakukan perkara-perkara syirik seperti pemujaan, memakai tangkal sebagai perlindungan diri atau mengagungkan seseorang sebagai Tuhan, segeralah bertaubat selagi masih bernyawa.

Jangan sesekali termakan dengan hasutan syaitan yang tentunya mahukan manusia sesat daripada ajaran Islam yang sebenar.

Firman ALLAH SWT: “Bahawa sesungguhnya ALLAH SWT tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan ALLAH akan mengampunkan kepada sesiapa yang DIA kehendaki iaitu selain daripada dosa-dosa syirik.” (Surah an-Nisa’, ayat 48)

Berpaut hanya kepada ALLAH

Dalam menjalani kehidupan seharian, kita perlu sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam setiap gerak-geri dan tingkah laku. Dari aspek sudut tutur kata atau percakapan juga harus dijaga kerana jika tersalah langkah, sudah pasti akan memberi kesan kepada akidah kita sama ada secara sedar atau tidak.

Hal karut-marut

JAUHI diri daripada perkara yang boleh mensyirikkan ALLAH dan menjauhkan kita dengan-NYA.

Peliknya, sehingga ke hari ini, masih terdapat golongan atau individu yang sangat berbangga apabila melakukan ajaran yang merosakkan akidah.

Pada masa sama, meskipun berada dalam era milenial yang serba maju, masih terdapat pelbagai ajaran sesat yang semakin berleluasa. Ia sama sekali terpesong dan tergelincir daripada landasan agama Islam yang sebenar.

Baca juga Elakkan Amalan Khurafat Ketika Wabak

Sebagai umat yang prihatin, kita wajib memainkan peranan melaporkan kepada pihak berkuasa agama jika terhidu sebarang ajaran atau penyebaran kefahaman yang mengelirukan.

Dalam Surah Ali-Imran, ayat 19, ALLAH SWT berfirman: “Sesungguhnya, agama yang diredai oleh ALLAH ialah Islam. Tidaklah berselisih orang-orang yang diberikan kitab melainkan setelah sampai kepada mereka ilmu pengetahuan, kerana hasad dengki dalam kalangan mereka. Dan sesiapa yang kufur akan ayat-ayat ALLAH, maka sesungguhnya ALLAH amat cepat hitungan hisab-NYA.”

Saya secara peribadi berpendapat, sikap suka memilih jalan singkat dan mudah terpengaruh telah menjadi punca kebanyakan individu terjebak dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan syirik.

Sedangkan dalam Islam, kita jelas diajar untuk merujuk sumber yang sahih dan tidak bercanggah dengan syariat. Kita juga seharusnya mendapatkan nasihat atau merujuk kepada individu yang layak digelar guru untuk memberi penjelasan terhadap sesuatu perkara, termasuk yang berkaitan dengan akidah dan iman.

Kadangkala manusia tahu bahawa sesuatu perbuatan itu salah, namun kerana lemahnya pendirian diri, maka mereka turuti juga hasutan syaitan yang sudah tentu mahu menyesatkan kita dan mahu kita melupakan ALLAH YANG MAHA BERKUASA.

Mengertilah, sekali kita terpaut dan terperangkap dengan syaitan, tiada jalan lain selain melakukan taubat nasuha. Itulah jalan penyelesaiannya.

Rasulullah SAW bersabda: “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku telah tinggalkan buat kamu (dua perkara) selagi mana kamu berpegang dengannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu kitabullah (al-Quran) dan Sunnah Nabinya (sunah Nabi Muhammad).” (Riwayat al-Baihaqi)

Oleh yang demikian, kita diminta supaya tidak terpengaruh dengan ajaran mahupun amalan yang hanya dilihat pada logik akal sahaja tanpa berpandukan kepada sumber yang absah lagi diyakini.

Jika tidak pasti akan sesuatu risalah, maka jangan dikongsi atau dihebahkan kepada orang lain tanpa memastikan kebenarannya terlebih dahulu.

Kita khuatir, ada dalam kalangan masyarakat yang mudah menerimanya serta-merta tanpa memikirkan sedalam-dalamnya. Lagi menakutkan, mereka terus beramal dengan kefahaman yang dipercayai itu yang jelas boleh meranapkan akidah.

Justeru, berpegang teguhlah dengan kepada ajaran Islam yang sebenar melalui akidah Ahli Sunah Waljamaah. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH SWT supaya memberi kekuatan kepada hati dan mengukuhkan iman kita.

ALLAH SWT berfirman: “Sesungguhnya syirik itu adalah satu kezaliman yang amat besar.” (Surah Luqman, ayat 13)

***Rafiuddin Mohd Yusof ialah Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan dan Ketua Unit Hal Ehwal Universiti Teknoklogi Mara, Cawangan Johor, Kampus Segamat, Johor

Foto: Unsplash

horror
Berita Semasa, Gaya Hidup, Gaya Hidup, Personaliti, Pilihan Editor,

Dakwah Kisah Seram

no comment

Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat“. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya).
Hadis ini adalah ingatan Rasulullah S.A.W. kepada umatnya supaya menyampaikan apa sahaja ilmu daripada Baginda S.A.W. yang diketahui kepada masyarakat. Mereka yang diberi kelebihan oleh Allah dengan sedikit ilmu pengetahuan yang bermanfaat, diminta berkongsi kemanisan itu dengan saudaranya yang lain.

Banyak kisah-kisah misteri di dalam kehidupan masyarakat hari ini kurang diambil tahu orang ramai apabila mengambil keputusan untuk hanya mendiamkan diri sahaja. Setiap individu mempunyai pegagangan hidup sendiri yang dibimbangi kisah-kisah diceritakan itu boleh menjurus kepada mengaibkan (memalukan) seseorang. Begitupun tidak semua perkara yang berlaku itu tidak boleh memberi manfaat dan pengajaran kepada masyarakat yang akhirnya boleh membawa kita berubah kepada individu yang lebih baik.

Pengarang Majalah Misteri, Abdul Hadi Mohd Diah.

Pengarang Majalah Misteri, Abdul Hadi Mohd Diah, menganggap pemaparan kisah-kisah misteri yang berlaku terhadap kehidupan masyarakat adalah pendekatan dakwah yang berniat untuk memberi ilmu, pengajaran dan teladan kepada pembaca.
Katanya, dakwah memiliki interpretasi yang besar dan bukan semata berceramah, syarahan, berdialog, bernasyid, melakonkan, malah apa saja perbuatan kita walaupun hanya sepotong ayat sahaja yang boleh memberi manfaat kepada orang lain, turut dikira dakwah.

“Penerbitan majalah saya sejak 19 tahun lalu bukanlah hanya memberi tumpuan kepada kisah misteri, namun lebih kepada ‘human interest’ atau kisah yang dekat dengan masyarakat. Apa yang dipaparkan adalah kisah yang jarang diceritakan oleh media arus perdana secara lengkap.

“Saya mengambil contoh kisah penggali kubur yang diberikan keistimewaan oleh Allah untuk menunjukkan kebesaranNya lalu diceritkan kepada masyarakat sebagai pengajaran dan teladan. Jika keistimewaan ini tidak disampaikan kepada masyarakat, bagaimana ilmu itu boleh dikembangkan. Namun bagaimana untuk diceritakan itu haruslah tidak sampai mengaibkan individu atau keluarganya.

“Penggali kubur atau pengurus jenazah adalah individu yang diberikan kelebihan oleh Allah dengan izinNya dan mereka diakui melalui pelbagai pengalaman ketika menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan. Pelbagai kisah yang diceritakan untuk kita berfikir dengan setiap apa yang berlaku, Allah tidak menjadikan ianya tanpa sebab. Kita perlu berfikir apa yang terjadi mungkin ada kaitannya dengan kisah ketika individu itu masih hidup,” katanya yang mempersetujui dengan kata-kata tidak sempurna iman seseorang jika tidak mempercayai perkara ghaib.

Tanah perkuburan menyimpan 1,001 cerita di dalamnya.

Umat Islam wajib memperakui dan mempercayai enam rukun iman dan salah satunya adalah Percaya kepada Qada’ dan Qadar. Kewajipan beriman kepada Qada’ dan Qadar sememangnya tidak diterangkan di dalam ayat 136 surah an-Nisaa’. Namun begitu, Rukun Iman ke-6 yang digariskan oleh Rasulullah tetap mempunyai asas di dalam al-Quran berdasarkan kepada ayat-ayatnya yang lain iaitu,

Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Surah Al-Hadid ayat 22-23).

“Kebiasaannya kisah yang menjadi pilihan pembaca adalah cerita mengenai proses pengurusan jenazah, bermula dari kematian si mati hinggalah selesai dikebumikan. Kisah-kisah benar seperti ini tanpa pengetahuan ramai memang banyak berlaku dan saya atau penulis saya menemui mereka yang melaluinya sendiri. Antaranya jenazah yang berulat, kemaluan jenazah tegak, keluar api dari liang lahat, jenazah terbiar lama dan susah diuruskan serta macam-macam lagi.

Kisah kubur jadi pilihan pembaca.

“Setiap kisah benar yang dipaparkan termaktub kepada garis panduan yang berikan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di mana kisah seperti khurafat, syirik, seks keterlaluan yang menggambarkan suasana semuanya tidak dibenarkan. Sebelum diterbitkan, cerita-cerita ini akan diserahkan salinan kepada KDN setiap bulan, jika ada perkara yang tidak kena akan dipanggil atau dipotong.

“Alhamdulillah sepanjang saya menerbitkan majalah ini belum pernah berlaku perkara itu kerana kita sudah sedia maklum dengan tanggungjawab kita yang perlu mematuhi etika kewartawanan. Benda-benda yang boleh mendatangkan kecelaruan sosial, menipu, fitnah, mengaibkan dan semuanya harus berdasarkan fakta dan sumber yang dipercayai,” katanya yang turut mempunyai wakil penulis dari luar negara seperti Jakarta, Sumatera dan London.