Browsing Tag

khuf

solat memakai kasut
Hukum,

Solat dengan memakai kasut. Boleh atau tidak?

BOLEHKAH mendirikan solat sambil memakai kasut?

Seperti yang diketahui, antara syarat sah solat ialah suci badan, pakaian dan tempat daripada najis.

Salah satu daripada pakaian ialah kasut. Jika di kasut itu terdapat najis maka tidak sah solatnya kerana ada kekotoran pada pakaian tersebut, bukan kerana pakai kasut.

Baca juga Elakkan lipat pakaian ketika tunaikan solat, ini sebab-sebabnya

solat memakai kasut

ADA pelbagai rukhsah (keringanan) yang diberikan kepada umat Islam sebagai galakan untuk memperbanyakkan amal ibadah kepada ALLAH SWT. Foto: Pexels

Turut disyorkan Berwuduk dalam keadaan tidak berpakaian, sah atau tidak?

Dalam sebuah hadis daripada Abu Maslamah Sa’id bin Yazid al-Azdi bahawa beliau telah bertanya kepada Anas bin Malik:

“Adakah Nabi SAW solat dengan memakai kedua seliparnya?” Anas menjawab: “Ya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Hadis ini menunjukkan Rasulullah SAW sendiri pernah mendirikan solat dalam keadaan berkasut, seperti yang dipetik melalui portal Mufti Wilayah Persekutuan.

Baca juga Solat Atas Batu Dan Tanah, Ini Penjelasannya Yang Perlu Kita Tahu

Turut disyorkan Zikir untuk 100 kebaikan, dijauhkan 100 keburukan

Selain itu, baginda juga selalu menyuruh agar kita tidak menyerupai atau meniru Yahudi.

Sabda Nabi SAW “Berbezalah dengan orang Yahudi kerana sesungguhnya mereka tidak mendirikan solat dengan memakai kasut atau khuf mereka.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Golongan Yahudi tidak bersembahyang dengan memakai kasut mahupun khuf (kasut kulit menutupi kaki hingga buku lali).

Maka, umat Islam disunatkan bersolat menggunakan sepatu atas dasar mukhalafah (menyelisihi) perbuatan orang Yahudi.

ANTARA sunnah Nabi SAW yang dilupakan adalah pemakaian khuf, iaitu kasut kulit melitupi kaki hingga buku lali. Foto: Google

Baca juga Bukhoor: Wangian sunnah terapi ketenangan

Turut disyorkan Bolehkah nikah gantung atau nikah khitbah dalam Islam? Berikut perinciannya

Solat pakai kasut ikut keadaan

Bagaimana pula solat berkasut di dalam masjid?

Jika masjid itu dihamparkan permaidani atau tikar sejadah dan sebagainya seperti yang terdapat pada masa sekarang, ulama mengatakan mesti menanggalkan kasut kerana dikhuatiri mengotorkan masjid dan akan menyebabkan para jemaah berasa tidak selesa.

Kalau diikutkan, solat boleh didirikan dalam keadaan berkasut tanpa mengira masa. Namun, perbuatan ini bukan satu adat kebiasaan bagi umat Islam di Malaysia.

DI Malaysia, pemakaian kasut dalam tempat beribadah bukan suatu kebiasaan. Maka, tidak perlulah mengenakan sepatu ketika bersolat di kawasan yang sudah diyakini bersih. Foto: Unsplash

Solat sambil memakai kasut sememangnya pernah dilakukan Rasulullah SAW, terutamanya ketika bermusafir. Namun, baginda tidak melakukannya ketika beribadah di dalam rumah. Hal ini menunjukkan solat dalam keadaan sebegini perlu dilaksanakan mengikut keadaan.

Sebaliknya, dalam situasi ada kesukaran untuk membuka kasut seperti askar dalam pertempuran atau pekerja buruh yang sedang bekerja, amalan ini dikira sebagai rukhsah (keringanan) bagi mendirikan solat.

Baca juga Solat jamak ketika banjir, adakah dibolehkan? Berikut perinciannya.

Turut disyorkan Jangan pamerkan kemesraan suami isteri berlebih-lebihan di media sosial. Ini sebab-sebabnya…

Apa pun, Nabi SAW membenarkan solat dalam keadaan berkasut atau berselipar dengan syarat kita memastikan dengan penglihatan biasa bahawa tiada kesan-kesan najis atau kotoran yang melekat pada kasut.

Jadi, jika bersolat di tempat selain dari masjid seperti di pantai atau tepi jalan, maka tidak semestinya kita perlu menanggalkan kasut atau selipar untuk mendirikan solat.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan & Solat Pakai Kasut

Foto: Pexels, Google & Unsplash