Browsing Tag

keselamatan

Al Jazeera 1
Berita Semasa, Jendela Dunia, Pilihan Editor,

AS Setuju Kerajaan Islam di Afghanistan

no comment

MENERUSI Perjanjian Doha yang telah ditandatangani pada Februari tahun lalu antara Taliban, Amerika Syarikat (AS) bersetuju pemerintahan cara Islam dilaksanakan di Kabul sekali gus menjaga hubungan baik antara AS dan sekutunya.

Di dalam perjanjian yang sama, AS bersetuju untuk tidak mencampuri urusan dalaman Afghanistan. Ia sebenarnya bertentangan dengan apa yang telah disebarkan media barat secara terbuka iaitu tidak ada disebut dalam perjanjian Doha mengenai hak asasi manusia atau hak wanita di Afghanistan di masa akan datang.

Taliban akan memastikan keselamatan AS dan sekutunya di Afghanistan. Gambar: Al Jazeera

Namun perjanjian pihak Taliban menjamin bahawa mereka akan menghalang penggunaan tanah Afghanistan oleh mana-mana kumpulan atau individu yang boleh menjejaskan keselamatan Amerika Syarikat dan sekutunya.

Washington juga telah bersetuju bahawa AS dan sekutunya tidak akan mengancam menggunakan kekuatan integriti mereka di wilayah itu, membenarkan kebebasan politik Afghanistan dan tidak akan campur tangan urusan dalam negeri.

Sekiranya kedua-dua pihak berpegang teguh pada komitmen yang mereka buat dalam Perjanjian Doha yang masih utuh hingga sekarang, AS tidak hanya akan mengakui ‘pemerintahan Islam’ di Afghanistan tetapi juga akan menawarkan bantuan ekonomi untuk pembangunan semula Afghanistan.

Perjanjian itu dilihat sebagai kemenangan bagi Taliban dan kekalahan bagi Amerika, ia juga menyatakan bahawa Amerika Syarikat akan berkerjasama daripada sektor ekonomi untuk pembangunan semula negara di bawah pemerintahan Islam Afghanistan.

Di bahagian pertama perjanjian itu, Amerika Syarikat berjanji untuk menarik semua tentera di Afghanistan. Bahagian kedua pula berkaitan dengan perjanjian Taliban dan tindakan yang berkaitan untuk mencegah kumpulan atau individu lain termasuk al-Qaeda yang akan menggunakan tanah Afghanistan untuk mengancam keselamatan Amerika Syarikat dan sekutunya.

Pada bahagian ketiga, dikatakan bahawa Amerika Syarikat dan Taliban akan menjalinkan hubungan positif antara satu sama lain dan mengharapkan bahawa hubungan antara mereka dan pemerintah Islam Afghanistan menerusi pasca penyelesaian yang ditentukan menerusi rundingan intra-Afghanistan akan lebih positif.

Dalam bahagian perjanjian yang sama, dikatakan bahawa Amerika Syarikat dan Pemerintah Islam Afghanistan akan bekerjasama dalam soal ekonomi untuk pembinaan semula menerusi pasca penyelesaian yang ditentukan dalam dialog dan rundingan intra-Afghanistan dan tidak akan campur tangan dalam urusan dalamannya.

Taliban meraikan kemenangan. Gambar: The New Arab

Kejatuhan Kabul yang tidak dijangka dan segera setelah Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani melarikan diri dari negara itu telah menyebabkan pengambilalihan oleh Taliban yang telah mengumumkan mereka akan membentuk pemerintahan Islam yang inklusif.

Begitupun masih belum jelas bentuk pemerintahannya dan kumpulan politik mana selain Taliban yang akan menjadi sebahagian daripada rejim baharu. Namun, telah dijelaskan oleh Taliban bahawa pemerintah mereka akan bersifat Islamik.

Meskipun ramai yang mengharapkan pemerintah baharu di Afghanistan akan menghormati idea sekular dan memenuhi piawaian barat mengenai hak wanita dan hak asasi manusia, AS dalam perjanjian Doha telah menyetujui pembentukan kerajaan Islam di Afghanistan tanpa menyebutkan sepatah kata pun mengenai hak manusia dan hak wanita. Sebaliknya, ia berjanji untuk tidak campur tangan dalam urusan dalaman Afghanistan.

 

Sumber: International The News