Browsing Tag

kementerian agama

Maldives Blast
Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Kementerian Islam Maldives Sertai Program khas Ekstremisme Agama

no comment

PENGERUSI Jawatankuasa 6 Mei yang juga Ahli Parlimen Vilufushi, Hassan Afeef telah menyatakan bahawa program khas harus dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran mengenai ekstremisme agama di Maldives.

Pada mesyuarat Kongres Nasional Parti Demokratik Maldivian (MDP) yang diadakan kelmarin, Afeef mengatakan bahawa tugas yang paling diutamakan jawatankuasa itu adalah menyiasat terhadap peristiwa percubaan pembunuhan 6 Mei dan mengungkap penemuan itu kepada Kongres Nasional.

Dia menambahkan bahawa pertemuan dengan Maldives Police Service telah diadakan bagi mengetahui perkembangan kes penyiasatan dan perinciannya untuk dikongsi dengan kongres MDP.

Afeef menyatakan bahawa cadangan yang disebutkan itu turut dimasukkan di dalam 241 laporan jawatankuasa yang masih dalam pertimbangan.
Dia juga menyatakan bahawa Kementerian Islam akan menghadirinya bagi menjelaskan secara terperinci mengenai usaha kementerian itu menghentikan penyebaran kepercayaan agama ekstremis.

Menteri Agama, Dr. Ahmad Zahir hadir pada mesyuarat Kongres Nasional Parti Demokratik Maldivian (MDP)

Mesyuarat MDP itu turut dihadiri Menteri Islam, Dr. Ahmed Zahir.

Afeef dalam pada itu mengatakan bahawa agama Islam mempunyai peraturan tertentu dan tidak ada individu yang boleh membunuh orang lain dengan alasan yang tidak berasas.

Hal ini disebutkan dalam pertemuan bersama Kementerian Agama. Oleh itu, satu program akan dijalankan untuk mengelakkan kepercayaan sedemikian terbentuk di kalangan masyarakat.

“Memenjarakan individu yang terlibat dalam organisasi haram akan mendedahkan mereka kepada tahanan lain yang mengamalkan ideologi ekstremis apabila mereka bercampur.

“Akibatnya pendedahan itu akan memberi risiko kepada peningkatan jumlah orang yang akan mempraktikkan agenda ekstremis.

“Apabila tahanan penjara dibebaskan nanti, mereka perlu mengikuti program pemulihan yang betul dan masyarakat juga harus dilengkapi dengan kepercayaan menerima bekas tahanan penjara,” katanya.

Jawatankuasa 6 Mei diberitahu bahawa terdapat kekurangan anggaran kos untuk menjalankan program-program itu tanpa mengira kepentingan.

Perbincangan sedang diadakan bagi merealisasikan program yang akan membantu menghentikan penyebaran fahaman ekstremisme agama dalam pemikiran pelajar sekolah.
Bantuan daripada sarjana asing juga diperlukan untuk membantu menangani isu ekstremis di negara itu.

Lokasi pengeboman terhadap Speaker Parlimen Maldives yang juga mantan presiden, Mohamed Nasheed  di luar rumahnya disyaki dilakukan oleh ekstremisme agama. Gambar: Retures

Pada 6 Mei lalu, Speaker parlimen Maldives yang juga mantan presiden, Mohamed Nasheed, berada dalam keadaan kritikal apabila mengelami kecederaan parah dalam peristiwa letupan bom di luar rumahnya. Polis Maldives menganggap ia adalah sebuah sebagai serangan pengganas.

Sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab di atas letupan di ibu kota Male yang telah menghidupkan kebimbangan keselamatan di kepulauan Lautan Hindi dan terkenal dengan pusat peranginan mewah.

Sumber: Raajje