Browsing Tag

kedudukan saf khunsa

khunsa imam
Hukum,

Khunsa tidak boleh jadi imam, berikut perinciannya

KHUNSA tidak boleh jadi imam, berikut perinciannya…

Pergelutan untuk mengiktiraf kewujudan LGBT iaitu satu akronim merujuk kelompok ‘Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender’ merupakan suatu isu yang tidak berkesudahan di negara ini.

Islam bagaimanapun mengakui satu kelompok yang dikenali sebagai khunsa. Namun ia berbeza dengan golongan transgender.

Kamus Dewan Edisi Keempat mentafsirkan khunsa sebagai orang yang mempunyai dua alat kelamin.

Manakala, fiqh Islam pula membahagikan khunsa kepada dua keadaan, iaitu khunsa musykil dan khunsa wadhih (ghayru musykil).

Baca juga Jangan seronok sangat guna aplikasi tukar jantina, hadam dulu penjelasan ini

khunsa imam

KHUNSA boleh dikatakan sebagai jantina ‘ketiga’ selepas lelaki dan perempuan. Foto: 123RF

Baca juga Dah ubah ‘macam-macam’, ini tatacara uruskan jenazah transgender

Dua jenis khunsa

Khunsa wadih adalah seseorang yang mempunyai dua alat kelamin (zakar dan faraj) dan bagi sesetengah khunsa, salah satu kemaluan tersebut berfungsi.

Bagi golongan ini, hukum-hakam agama dikenakan ke atasnya adalah berdasarkan apa yang jelas daripada tanda jantinanya. Jika dia memiliki ciri-ciri kelakian, maka dia perlu mengikuti tatacara agama sebagai seorang lelaki dan begitu juga sebaliknya.

Sebaliknya, khunsa musykil adalah seseorang yang tidak dapat ditentukan jantinanya kerana kedua-dua alat kelamin yang ada tidak nampak jelas berfungsi.

Bahkan, ada sesetengah yang langsung tidak mempunyai alat kelamin, sebaliknya hanya mempunyai sekadar lubang untuk kencing.

Turut disyorkan Kacak tapi HARAM? Mari hindari 5 perkara ini

NAMPAK remeh namun ada sebab mengapa golongan khunsa tidak boleh menjadi imam selain mempunyai kedudukan saf tertentu.Foto: Unsplash

Baca juga Lambat baca al-Fatihah ketika solat berjemaah. Perlu ‘kejar’ imam atau tidak?

Bolehkah khunsa menjadi imam?

Menurut para ulama, golongan khunsa musykil tidak dibenarkan menjadi imam kepada kaum lelaki. Pun begitu, mereka dibolehkan mengetuai solat terhadap para Muslimah kerana tiada syarat kelelakian yang dikenakan.

Manakala, orang khunsa juga tidak sepatutnya solat di belakang khunsa yang lain kerana ada keberangkalian makmum itu adalah lelaki dan imamnya pula merupakan perempuan, seperti yang dijelaskan ilmuwan Syafie, Imam Shirazi.

Bagaimana pula dengan kedudukan khunsa dalam saf solat?

Turut disyorkan

FIZIKAL khunsa yang istimewa tidak menidakkan kelompok tersebut daripada turut serta mendirikan solat berjemaah. Foto: 123RF

Turut disyorkan Perbetulkan posisi saf solat berjemaah bersama keluarga, raih pahala berganda

Kedudukan khunsa dalam saf solat

Kata Imam Nawawi, jika yang hadir mengerjakan solat itu terdiri daripada orang lelaki, kanak-kanak, golongan khunsa serta orang perempuan, maka kedudukan saf tersebut didahului oleh orang lelaki, kemudian kanak-kanak, seterusnya golongan khunsa, barulah orang perempuan.

Namun begitu, susunan solat sedemikian bersifat mustahab (sunat). Walaupun hukumnya adalah makruh jika tidak dituruti namun tidaklah sampai membatalkan solat.

Baca juga Laksanakan solat sunat Tahiyyatul Masjid sebagai tanda memuliakan rumah ALLAH

Selain itu, kebiasaannya apabila seorang lelaki menjadi imam, makmum lelaki seharusnya berdiri di bahagian kanannya. Namun, sekiranya makmum tersebut adalah khunsa musykil atau perempuan, maka setiap seorang daripada mereka seharusnya berdiri di belakang imam secara bersendirian.

Dalam pada itu, hukumnya makruh bagi seorang khunsa musykil solat bersebelahan orang lelaki atau perempuan kerana terdapat kemungkinan dia adalah seorang lelaki apabila solat di sebelah wanita dan begitulah juga sebaliknya.

Turut disyorkan Bolehkah lelaki ‘mencantikkan’ diri? Berikut perinciannya

imam khunsa

ISLAM tidak mengiktiraf golongan transgender yang mengambil jalan mengubah ciptaan ALLAH SWT agar dilihat sebagai jantina berlainan. Foto: Unsplash

Baca juga Jangan sesekali ubah ciptaan ALLAH, sedarlah sebelum terlambat

Khunsa dan transgender

Khunsa yang bersifat asl al-khilqah (penciptaan asal Tuhan sejak dia dilahirkan) adalah berbeza daripada golongan transeksual atau transgender yang taghyir al-khilqah (mengubah ciptaan Tuhan) dengan menukar jantina melalui proses pembedahan dan sebagainya.

Perbuatan mengubah ciptaan Tuhan pula adalah dilarang dalam Islam sebagaimana yang disebutkan dalam hadis Nabi SAW: “ALLAH melaknat pembuat tatu, orang yang meminta supaya dibuatkan tatu kepadanya, orang yang mencukur kening, serta menjarangkan gigi dengan tujuan untuk kecantikan, dan golongan yang mengubah ciptaan ALLAH.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Foto: 123RF & Unsplash