Browsing Tag

kecapi

Al-Kindi
Gaya Hidup, Gaya Hidup, Jendela Dunia, Personaliti, Pilihan Editor, Uncategorized,

Pelopor Muzik Dunia

no comment

Bermula abad ke-9, nota skala nada seperti Dal, Ra, Mim, Fa, Lam dan Sin sudah mula wujud sebagai panduan dalam menghasilkan melodi. Kaedah itu akhirnya dikomersialkan sebagai teknik solfa atau solmisasi yang hingga kini masih digunakan sebagai Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti dan Do.

Gaya notasi muzik lama

Mungkin ramai yang tidak mengenali Al-Kindi yang juga digelar sebagai ‘Bapa Falsafah Arab’. Beliau bukan saja pakar dalam satu bidang malah al-Kindi menguasai pelbagai bidang pemikiran yang berbeza. Antaranya muzik, falsafah, astronomi, perubatan, geografi, dan matematik.

Kesamaan nada antara not skala hari ini dan abjad Arab yang digunakan pada abad ke-9 sangat mengejutkan. Al-Kindi menggunakan not muzik dalam sistem penulisannya. Mereka juga menamakan not muzik dengan suku kata yang disebut solmisasi. Sukatan ini menjadi skala dasar bagi muzik ketika ini dengan penggunaan skala do, re, mi, fa, so, la, ti, do.

Banyak dari peralatan muzik yang digunakan dalam muzik tradisional, rock dan orkestra hari ini berasal dari nama Arab. Peralatan muzik seperti lute atau kecapi berasal dari al’ud, rebab (rababah), gitar, qitara dan naker (naqqara) kulit drum yang dibuat dari kulit kambing.

Sejarah hidup Al-Kindi banyak diceritakan di dalam buku-buku lama. Al-Kindi dilahirkan di Kufa pada tahun 801 hingga 873. Bapanya seorang pemimpin di Kufa berketurunan suku kaum Kinda yang telah berpindah dari Yaman.

Pendidikan awal al-Kindi pula bermula di Kufa, kemudiannya ke Basrah dan Baghdad. Kepandaian dan kebolehan Al-Kindi mula diketahui ramai hinggalah sampai kepengetahuan Khalifah al Ma’mun lalu berminat untuk melantiknya bekerja di Rumah Kebijaksanaan di Baghdad. Rumah itu adalah pusat yang baru sahaja ditubuhkan ketika itu bagi penterjemahan teks-teks falsafah dan kajian saintifik orang Yunani. Al-Kindi juga berkebolehan di dalam penulisan seni khatnya yang sangat cantik dan pernah bekerja sebagai jurutulis kepada al Mutawakkil.

Sepanjang hayatnya, Al-Kindi dianggap sebagai ahli falsafah Muslim dan paling berpengaruh seluruh Tanah Arab sehingga di beri gelaran oleh masyarakat Arab sebagai Bapa Falsafah Arab.
Walaupun muzik di seluruh dunia ini dipelopori oleh tokoh ilmuan Islam, namun kepenggunaan muzik tetap berlandaskan batasan-batasan agama Islam yang boleh dijatuhkan sebagai haram sekirannya berlebihan dan melalaikan.

Banyak dalil berkaitan pengharamannya dan para ulama juga berhujah berdasarkan ayat-ayat al-Quran dan hadis. Menerusi surah Luqman ayat 6, antaranya Allah S.W.T berfirman, “Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan“.

Menurut Ibn ‘Abbas sewaktu mentafsirkan ayat itu, ia merujuk kepada muzik, manakala Mujahid berpandangan ia merujuk kepada al-Lahwu dan al-Tobl. Al-Hasan al-Basri pula menyatakan ayat ini diturunkan berkenaan muzik dan al-Mazamir. (Rujuk Tafsir al-Tobari, 21/40 dan Tafsir Ibn Kathir, 3/451).

Selain itu, sabda Nabi S.A.W, “Janganlah kalian menjual penyanyi-penyanyi wanita atau membeli mereka atau mengajar mereka menyanyi. Tidak ada kebaikan pada urus niaga melibatkan mereka dan nilaian harga mereka adalah haram. Dan kerana kes seumpama inilah diturunkan ayat (yang bermaksud): “Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah”- Sunan Tirmizi (3195).

Nabi S.A.W juga bersabda, “Akan ada di antara umatku, satu kaum yang menghalalkan zina, sutera (untuk lelaki), arak dan alat muzik,” Sahih al-Bukhari (5590).

Nabi S.A.W juga pernah bersabda, “Manusia daripada kalangan umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan nama selain arak, alat muzik akan dimainkan untuk mereka dan penyanyi wanita menyanyi untuk mereka. Allah akan menjadikan bumi untuk menelan mereka dan menukar mereka menjadi monyet dan babi,” Sunan Ibn Majah (4020).

Ustaz Zul Ramli

Sementara itu, Pendakwah Bebas, Ustaz Zul Ramli, berkata, muzik di kategorikan sebagai hiburan yang menjadi fitrah manusia untuk berhibur dan muzik adalah dianggap instrumen untuk menyalurkan, meluah dan mengekpresikan untuk gembira.

“Kebiasanya ulama bukan melihat kepada hukum muzik itu tetapi apakah matlamatnya atau apakah muzik itu menjadikan seseorang itu berhibur dan merosakkannya. Batasannya adalah kepada kesan dan natijahnya. Muzik adalah instrumen, manakala muzik tanpa instrumen dihasilkan secara semulajadi seperti getaran.

“Fungsi muzik adalah untuk menenangkan dan menghiburkan. Muzik sudah wujud sejak zaman nabi lagi, sebagai contoh ketika nabi berhijrah ke Madinah orang-orang Ansar terlampau gembira sehingga mereka menari dan menyanyi menyambut kedatangan nabi bagi mengekspresikan perasaan mereka sehingga mengeluarkan lantunan-lantunan nasyid dalam batasan di mana Rasulullah tidak kata pun di kemudian harinya sesuatu yang tidak betul.

“Ulama sudah menggariskan muzik bagaimana yang dibenarkan di dalam Islam dengan meletakkan tujuan-tujuannya. Jika muzik bermatlamat untuk mengagungkan wanita serta menyentuh menimbulkan kekaguman ia adalah perkara yang dilarang. Apa pun ia tidak bermakna berhibur tidak dibenarkan tetapi ia harus dilakukan mengikut batasan syarak.

Menurutnya lagi, kita harus percaya Islam itu bersifat syumul yang merangkumi kesemua keperluan manusia bersifat fizikal dan dalaman.

“Bererti Islam bukan agama yang menghalang dari fitrah ia mesti jalan dengan serentak cuma Islam datang dengan peraturan. Apa yang berlaku hari ini adalah muzik yang menjurus hingga sampai lupa diri yang akhirnya merosakkan diri, keluarga dan masyarakat. Dalam hal seperti ini Islam mengawal dan menjaga agar tidak keluar dari batas dan jika di dalam batasan, Islam benarkan sesuai dan seirngan dengan keperluan semulajadi manusia,” katanya.

Al-kindi juga telah mengembangkan alat muzik yang disebut ‘ud (mencapai). Ia juga adalah orang yang pertama menyatakan manfaat terapi dari muzik untuk menyihatkan fizikal, emosi dan mental.

Oleh yang demikian, al-Kindi adalah seorang ilmuan ensiklopedia yang memiliki banyak kecerdasan seperti linguistik muzikal hingga muzik semulajadi. Perpaduan kecerdasan ini berkembang sesuai dengan kuatnya minat al-Kindi terhadap cabang ilmu pengetahuan yang ada pada masa itu.

Al–Kindi telah menghasilkan pelbagai nota yang menghasilkan keharmonian nada suara yang unik dan dajah keharmonian bergantung kepada frekuensi nota tersebut. Lebih dari itu, beliau telah mencipta satu kaedah dalam mengenal pasti nada suara. Al- Kindi menetapkan bahawa apabila bunyi dihasilkan maka gelombang di udara akan terhasil yang telah memukul gegendang telinga.

Muzik mengikut batasan syarak dibenarkan.

Hal ini juga ditunjang oleh kedudukannya sebagai seorang penterjemah profesional yang mengharuskan dirinya untuk menguasai bahasa dan ilmu pengetahuan yang terdapat dalam semua karya yang diterjemahkannya. Tanpa penguasaan yang memadai terhadap cabang ilmu tersebut, mustahil ia menghasilkan karya terjemahan yang bermutu.