Browsing Tag

Kanak-kanak Palestin ditahan Israel

Kanak-kanak Palestin ditahan Israel
Antarabangsa, Berita Semasa,

Lebih 9,000 kanak-kanak Palestin ditahan Israel sejak 2015

TARIKH 5 April setiap tahun merupakan Hari Kanak-Kanak Palestin. Menurut statistik yang direkodkan oleh Aman Palestin menerusi hantaran di media sosial Facebook miliknya, pada tahun lalu, dianggarkan 45 peratus daripada rakyat Palestin adalah kanak-kanak dan remaja.

Sehingga hujung tahun lalu, dijangkakan jumlah kelompok berkenaan boleh mencecah 2.27 juta orang.

Begitupun, laporan yang dikeluarkan oleh Persatuan Tahanan Palestin (PPS) mendedahkan bahawa lebih 9,000 kanak-kanak Palestin ditahan oleh Israel sejak tahun 2015 sehingga hari ini.

Ia sebagaimana yang dilaporkan oleh portal english.wafa.ps pada Isnin.

PPS juga melaporkan, dianggarkan sebanyak 19,000 kanak-kanak ditahan sejak berlakunya Intifada (pemberontakan) kedua pada September tahun 2000.

Dalam laporan sama, Agensi Informasi & Berita Palestin (WAFA) menjelaskan, sebanyak 160 kanak-kanak berusia di bawah 18 tahun dikatakan kini sedang menjalani hukuman di penjara Israel!

Kanak-kanak Palestin ditahan Israel

TENTERA Israel menahan seorang pemuda Palestin bawah umur. -Foto: WAFA

“PPS mendedahkan, hasil keterangan yang diberikan oleh kanak-kanak di bawah umur menunjukkan bahawa kebanyakan daripada mereka mengalami penyeksaan fizikal atau fizikal ketika berada di tangan penyiasat Israel.

Baca juga Insiden Roboh Rumah Penduduk Palestin Dikiritik Secara Meluas, Dianggap Sebagai ‘Jenayah Perang’

“Pihak Israel menggunakan pelbagai mekanisme dan kaedah yang melanggar undang-undang, perjanjian antarabangsa dan konvensyen mengenai hak kanak-kanak,” lapor portal berita berkenaan.

Sejak tahun 1967, jelas Ketua Pengarah Pertahanan untuk Kanak-Kanak Antarabangsa – Palestin, Khaled Quzmar, Israel telah mengendalikan dua sistem perundangan yang berasingan di wilayah yang sama.

Di Tebing Barat yang diduduki oleh peneroka Israel, mereka tertakluk kepada sistem perundangan awam, manakala rakyat Palestin hidup di bawah undang-undang ketenteraan.

“Israel mempunyai perbezaan yang meragukan sebagai satu-satunya negara di dunia yang secara sistematik mendakwa kanak-kanak di mahkamah tentera.

Kanak-kanak Palestin ditahan Israel

KEBANYAKAN kanak-kanak Palestin yang ditahan tidak dimaklumkan sebab penahanan mereka. -Foto: www.aa.com.tr/

“Setiap tahun, antara 500 hingga 700 kanak-kanak Palestin dibicarakan di mahkamah ini yang mana amalannya menafikan hak asasi perbicaraan yang adil dan proses perlindungan yang wajar,” katanya sebagaimana dipetik menerusi portal defenceforchildren.org.

Beliau menambah, apabila kanak-kanak Palestin ‘berhubung’ dengan Israel, hak asasi mereka terus dinafikan.

Baca juga Undang-Undang Kejam Israel Curi Tanah Palestin

“Majoriti kanak-kanak Palestin telah ditutup matanya, ‘digeledah’, dibogelkan dan mengalami keganasan fizikal di tangan tentera Israel.

“Paling mendukacitakan apabila kebanyakan kanak-kanak malang ini tidak dimaklumkan tentang sebab penahanan mereka. Malah, lebih separuh daripada mereka terpaksa menandatangani dokumen dalam bahasa Ibrani iaitu bahasa yang tidak difahami oleh mereka termasuklah membacanya,” terangnya.