Browsing Tag

Kanak-kanak dapat pahala

SEORANG bapa berpeluang mendapat hak hadanah sekiranya mereka berja
Isu,

Kanak-Kanak Juga Dapat Pahala Sepertimana Orang Dewasa, Berikut Syarat-Syaratnya

KE mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi. Demikianlah peribahasa tepat yang menggambarkan perilaku seseorang anak yang mewarisi olah ibu bapanya.

Ya, sikap anak-anak adalah cerminan ibu bapanya sendiri. Ini kerana merekalah yang mencorakkan si kecil sehingga menjadi ‘manusia’.

Walaupun usianya masih kecil, namun mereka sebenarnya akan beroleh pahala andai melaksanakan ibadah meskipun belum mencapai umur akil baligh.

Baca juga Sikap Anak Adalah Cerminan Ibu Bapa. Didik, Tunjukkan Teladan Baik Sejak Mereka Kecil Lagi

Demikian penjelasan Ketua Penolong Mufti (Bahagian Penyelidikan) Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Syed Shahridzan Syed Mohamed menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.

DR SYED SHAHRIDZAN

Jelas beliau, jumhur ulama menyatakan sedemikian bagi kanak-kanak mumaiyiz (tahu membezakan sesuatu yang baik dan buruk) asalkan syarat dan rukun ibadah dipenuhi dengan sempurna sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab Syarh Sahih Muslim.

Ulama dalam bidang fiqah dan hadis itu menjelaskan: “Menurut Mazhab Malik, al-Syafie, Ahmad dan keseluruhan ulama dalam kalangan sahabat nabi dan tabiin dan selepas mereka, bahawa haji kanak-kanak adalah sah dan dia diganjari (diberi pahala) dan dia menuruti hukum-hakam haji orang yang akil baligh melainkan dia tidak sah (tidak gugur) kefarduan (rukun) Islam. Jika dia mencapai akil baligh selepas itu dan mampu (untuk melaksanakan haji), maka fardu itu diwajibkan ke atasnya”.

Malah, Imam al-Nawawi turut memperincikan kadar pahala yang bakal diraih oleh kanak-kanak adalah sama dengan ganjaran diperoleh golongan dewasa yang sudah akil baligh sepertimana yang dinukilkannya dalam Kitab Raudah al-Tolibin.

Kanak-kanak dapat pahala

IBU BAPA yang memerintahkan anak-anak menunaikan ibadah juga akan diberikan imbalan pahala oleh ALLAH SWT.

“Selain itu, kanak-kanak yang mumaiyiz tidak dicatatkan dosa-dosanya selagi mana belum mencapai usia akil baligh.

“Bukan itu sahaja, ibu bapa yang memerintahkan anak masing-masing yang sudah mumaiyiz supaya menunaikan ibadah juga akan diberikan imbalan pahala oleh ALLAH SWT.

“Ia berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim yang mana ada seorang wanita bertanyakan kepada Rasulullah SAW tentang status haji anak perempuan kecilnya yang dibawa bersama.

“Lalu baginda SAW menjawab; “Ya dan kamu juga mendapat ganjaran”,” katanya.

Baca juga 3 Waktu Yang Sesuai Untuk Menasihati Anak-anak

Bagi kanak-kanak yang masih belum mumaiyiz (lazimnya berusia enam tahun ke bawah), agamawan itu menjelaskan, mereka tidak diberikan pahala disebabkan ibadah dilakukan tidak sah.

Kanak-kanak dapat pahala

DOSA kanak-kanak tidak akan dicatatkan selagi belum sampai usia baligh.

“Ini kerana mereka tidak menepati syarat sah ibadah yang mana salah satunya adalah mumaiyiz menurut jumhur ulama termasuk Mazhab Syafie,” ungkapnya.

Foto: Freepik