Browsing Tag

kaligrafi

44d19454fa96bcccbbd76686a2d18638_720
Jendela Dunia,

Kisah Seorang Syeikh kaligrafi Mesir

KHUDAIR Al Borsaidi adalah seorang seniman dari Mesir yang sangat terkenal kerana bakatnya menghasilkan seni kaligrafi al-Quran yang sama di atas kelambu Kaabah.

Dia dilahirkan di Pelabuhan Said Mesir pada tahun 1947 ketika Mesir sedang berperang menentang penjajahan Inggeris. Walaupun masih kecil, dia adalah antara yang pertama menulis slogan yang berlainan terhadap Inggeris di tembok kota dan itu adalah permulaan minatnya terhadap seni kaligrafi Arab.

Ketika berusia enam tahun, Khudair memasuki sekolah rendah dan mula menunjukkan seninya di papan hitam menggunakan kapur meskipun belum menerima asas pendidikan rasmi mengenai seni kaligrafi.

Minat mendalam seni kaligrafi sejak kecil.

Khudair Al-Borsaidi adalah seorang pelopor kaligrafi Arab di era moden dan dikenali sebagai ‘Syeikh kaligrafi Mesir’ di negaranya.

Dia hanya belajar daripada saudaranya, Mohmmed pada usia lima tahun dan kemudian mula menulis slogan di dinding, bangunan sebagai caranya membenci penjajah Inggeris.

Pada usia 10 tahun, dia telah memperoleh kemampuan untuk menulis dengan kedua tangannya dan memperoleh Diploma Kaligrafi Arab di Tanta School dan Diploma Khas Khalil Agha School di Kaherah.

Khudair terkenal dengan lukisan kaligrafi yang sama digunakan pada kelambu kaabah. Hasil seni kaligrafinya juga telah ditayangkan di beberapa program TV.

Khudair Al-Borsaidi menerima banyak penghargaan sebagai pelopor seni kaligrafi di negaranya.

Dia mendapat penghargaan tertinggi daripada kerajaan Mesir pada tahun 1984 dan juga mendapat penghormatan dalam Festival Muzik Arab ke-6 pada tahun 1997. Kementerian Kebudayaan Mesir menghargai usaha Khudair dan memberi penghargaan pada tahun 2000 dalam Festival Kaligrafi Arab.

Selain itu, dia turut menerima banyak anugerah lain daripada pelbagai negara termasuk Kuwait, China, dan UAE.

Pada bulan Ogos yang lalu, Khudair menyumbang koleksi kaligrafi eksklusifnya kepada Perpustakaan dan Pusat Kebudayaan Bibliotheca Alexandrina di Mesir untuk tontonan awam.

 

Sumber: ABNA 24

 

 

ac85d9a8-aba2-4d80-996f-c56939a0620f
Gaya Hidup, Jendela Dunia, Personaliti, Pilihan Editor,

Seni tidak membezakan agama: Lelaki Hindu menulis ayat al-Quran di 200 Masjid

no comment

ARTIS kaligrafi India, Anil Kumar Chowhan telah menulis ayat-ayat al-Quran di lebih 200 masjid seluruh India sepanjang 30 tahun berkecimpung dalam dunia seni itu.

Lelaki berusia 50 tahun yang menetap di Hyderabad memulakan kerjaya seni itu dengan mula melukis papan tanda kedai sekitar bandar India Selatan di dalam bahasa Urdu sebagai sumber mata pencariannya.

“Saya tergolong dalam keluarga Hindu yang sangat miskin. Saya telah berhenti belajar sejak usia 10 tahun bagi menyara keluarga. Saya pandai melukis, jadi saya fikir mengapa tidak memanfaatkan kemahiran ini untuk menjadikan lukisan papan tanda sebagai kerjaya, ”katanya.

Chowhan turut menambah bahawa dia juga telah melukis di lebih 30 buah kuil dengan gambar dewa-dewa Hindu serta beberapa dargah (makam) dan biara.

“Walaupun telah melukis lebih daripada 200 masjid, namun saya hanya mengambil bayaran untuk 100 lebih masjid sahaja dan selebihnya tidak. Saya merasakan hubungan rohani dengan bekerja di tempat-tempat itu menghalang saya daripada menuntut bayaran,” kata artis yang memperoleh sekitar RM1,458.92 sebulan sebagai pekerja bebas.

Hasil kerja Chowhan mendapat pengiktirafan ramai.

Chowhan mengatakan bahawa dia tidak bersekolah di sekolah formal atau Islam untuk mempelajari tulisan Arab atau bahasa Urdu.

“Semasa tugas melukis diberikan, saya mula belajar membaca dan menulis dalam bahasa Urdu. Selepas ramai yang mengakui hasil kerja tangan saya, ereka mula memberi saya peluang untuk memperindah seni bina terkenal di sekitar bandar dengan ayat-ayat al-Quran,” katanya.

Di Hyderabad 30 tahun yang lalu, permintaan kaligrafi untuk menulis papan tanda dalam bahasa Urdu sangat tinggi kerana majoriti penduduk di situ terdiri daripada penjual yang beragama Islam. Oleh itu, dia tidak mempunyai pilihan selain untuk mengenal dan belajar bahasa itu dengan cepat.

Namun dalam pada dia perlahan-lahan menulis dalam bahasa Urdu tanpa memahaminya, dia mengatakan bahawa dia mula jatuh cinta dengan tulisan di dalam bahasa jawi.

“Dari hari ke hari, saya mula mengenali huruf jawi dan perlahan-lahan minat itu mula datang secara semulajadi. Pada masa lapang, saya akan menulis ayat-ayat dalam bahasa Urdu, menyalin perkataan dari buku teks membuatkan saya lebih bersemangat untuk belajar, ”katanya.

Bagi Chowhan, seni tidak membezakan agama.

Chowhan mengatakan bahawa dia mendapat tugas besar pertamanya pada tahun 1990 ketika dia diminta untuk memperindah Masjid Noor yang menjadi ikonik di Hyderabad dengan ayat-ayat al-Quran.

“Saya merasa seperti berada di bulan kerana setiap tugasan besar yang diberikan mendapat pujian dan pengiktirafan dengan hasil kerja seni saya. Golongan elit di bandar memuji dan sangat menyukai apa yang saya buat dan ia membuka lebih banyak peluang saya untuk menerima tawaran-tawaran lain.

“Tetapi biasalah hidup ini sering kali kita akan berhadapan dengan cabaran. Sebilangan penduduk tempatan menentang pekerjaan saya hanya kerana saya beragama Hindu.

“Namun saya bertekad untuk meneruskan kerjaya ini dia sehingga saya memperoleh sijil dari Universiti Jamia Nizamia di Hyderabad untuk diiktiraf menjadi seorang seniman. Pengurusan universiti yang kagum dengan karya seni saya telah menggantung kanvas yang tertulis surah Yasin dengan ukuran 183 sentimeter lebar dan 122 sentimeter tinggi di galeri utama universiti itu,” katanya.

Salah satu masjid di India yang dilukis oleh Chowhan.

Hari ini, penduduk tempatan yang sama yang pernah membantah pekerjaannya memanggil Chowhan dengan gelaran “jiwa rohani” dan semakin hormat dengan kerjayanya.

“Saya percaya seni tidak membezakan agama. Tuhan, Allah, Jesus, mereka semua adalah satu. Dan kita adalah anak-anak Tuhan. Hari ini, kebanyakan rakan saya beragama Islam. Kami makan bersama, melepak bersama, mengambil bahagian dalam perjumpaan dan memperkayakan kehidupan masing-masing, ”kata Chowhan yang juga berkecimpung dalam puisi Urdu dan sering diundang ke perjumpaan di kota untuk membacakan puisinya.

Chowhan juga merancang untuk mengadakan pameran lukisan al-Qurannya.

Begitupun jelasnya, dia tidak pernah memaksa dua anak lelaki dan perempuan untuk mengikuti jejaknya sebagai seniman kaligrafi.

“Saya bukan jenis orang yang memaksa mengikuti keputusan yang saya buat di dalam keluarga. Tidak ada yang memaksa saya untuk menceburi seni ini dan begitu juga saya menyerahkan pilihan kerjaya anak-anak saya kepada mereka. Kedua-duanya adalah lulusan dan mempunyai pekerjaan yang baik di syarikat swasta. Mereka sangat gembira, ”katanya.

Namun, Chowhan gembira kerana adiknya membantunya dalam pekerjaan dan mereka sering bersama untuk melakukan tugas. Mereka juga telah pergi ke negeri jiran Karnataka, Andhra Pradesh dan Maharashtra untuk bekerja.

Chowhan tidak pernah memaksa anak-anaknya mengikuti jejaknya sebagai artis kaligrafi.

Chowhan mengakui dia tidak kaya tetapi cukup untuk mengurus keperluan keluarganya. Sudah tentu ada hari mereka akan mendapat banyak tawaran dan adakalanya tidak. Malah dia juga sering terpaksa bekerja sehingga 16 jam sehari untuk mengejar tarikh akhir yang diberikan pelanggan.

“Sepanjang bulan Ramadan baru-baru ini, saya antara yang paling sibuk kerana terpaksa bergerak dengan cepat dari satu masjid ke masjid yang lain untuk menyampaikan amanat Allah melalui seni saya. Tapi saya tidak pernah menyesal apatah lagi mengeluh kerana saya sangat sukakan tugasan yang diberikan.

“Masjid, kuil, biara, saya telah menghiasi semuanya. Semua tempat ini memberikan pesanan yang sama iaitu cinta, kedamaian dan kesatuan umat manusia. Agama adalah kekuatan penyatuan, bukan pemecah belah.

“Sekiranya kita mengikuti ajaran tuhan, kita semua dapat hidup dengan harmoni dan dunia akan menjadi lebih kaya untuknya,” katanya.

Sumber: Al Jazeera

9205fcec-9074-4440-bc8a-16f9733da5df
Gaya Hidup, Gaya Hidup, Jendela Dunia, Personaliti, Pilihan Editor,

Arab dan Kanji Bergabung

no comment

ARTIS kaligrafi Arab Saudi, Noha Raheem menceburkan diri dalam dunia kaligrafi dengan cara yang berbeza selepas mula ‘jatuh cinta’ terhadap Kanji (tulisan Cina yang digunakan dalam bahasa Jepun).

Hasilnya adalah gabungan unik ini, karya Noha telah menarik perhatian dunia khusus kedua negara iaitu Arab Saudi dan Jepun.

“Saya suka kaligrafi dan grafik Arab secara umum. Keberanian saya untuk menulis tulisan Kanji bermula enam tahun lalu. Semasa saya masih muda, saya telah menemui tiga skrip dengan tulisan Jepun yang terkenal termasuk Kanji iaitu Katakana dan Hiragana dan saya cukup kagum.

“Setiap huruf kaligrafi mempunyai peranan dan fungsinya. Huruf menegak yang mengagumkan cara mereka dibentuk dan simbolnya yang bererti seperti kod rahsia,” katanya.

Artis kaligrafi Arab, Noha Raheem. Gambar: Arab News

Menurut Noha, dalam kaligrafi Arab penulisan bermula dari kanan ke kiri dan membentuk garis mendatar. Walaupun begitu, artis jarang mengikut cara konvensional.

“Untuk kaligrafi Kuf dan gaya bebas dalam bahasa Arab, saya terdorong menceburinya kerana minat dan semangat. Saya mengambil inspirasi daripada Hajji Noor Deen sejak awal dan saya membuat kaligrafi Arab dalam gaya Kanji untuk menunjukkan keindahan dan fleksibiliti gabungan yang kompleks namun inovatif ini.

“Kaligrafi yang diajar mempunyai peranan dan falsafah di sebalik keindahan tulisannya. Dikatakan bahawa satu-satunya keistimewaan kaligrafi Jepun dan Cina adalah kerana ia tetap indah tidak kira apa yang ditulis, yang penting ialah bagaimana ia ditulis.

Hasil karya seni Noha mendapat perhatian dunia.

“Itulah sebabnya saya percaya gaya Kanji dapat digabungkan dan dilengkapi dengan huruf Arab untuk membuat karya agung yang sedap dipandang mata dan melapangkan minda, “katanya.

Beliau menjelaskan huruf Arab juga boleh diubah dan dibentuk dengan cara apa pun asalkan tetap mempertahankan bentuk dan maknanya.

“Hari ini saya menulis surat dengan gaya Kanji. Kemudian saya mungkin melakukannya dalam bahasa Urdu hanya untuk menunjukkan kepada dunia betapa huruf Arab sangat fleksibel dan indah.

Kaligrafi Kanji tetap indah tidak kira apa yang kita tulis.

Selain itu, Noha juga menulis ayat-ayat al-Quran dalam tulisan Kanji.
“Saya suka menulis kata-kata yang dapat dihubungkan oleh siapa saja, termasuk puisi dan ayat pendek dengan pesan ikonik dan universal. Saya dapat menerapkan seni ini pada perkataan apa pun, asalkan masuk akal bagi saya.

“Saya kekal dengan budaya asal yang menjadi inspirasi, menggunakan dakwat Sumi tradisional dan latar belakang gaya antik berwarna putih dengan skrip hitam atau sebaliknya untuk mencerminkan intipati gaya Jepun.

Noha selesa menggunakan alatan berus kaligrafi Jepun.

“Saya juga menggunakan berus kaligrafi Jepun, kertas beras Xuan dan skrol gantung Jepun milik datuk saya yang digunakan untuk mempamerkan lukisan dan karya kaligrafi,” katanya.

Kecintaan dan dedikasinya terhadap seni Jepun mendorongnya untuk berkongsi pengetahuan dan mempamerkan karya-karyanya di kafe seni, galeri, dan restoran sushi di Arab Saudi dan Dubai.

Noha banyak mendorong seniman Arab lain untuk meneroka keindahan dan keindahan bahasa Arab dan mengaplikasikan melalui karya seni. Karya Noha boleh dilihat di akaun Instagramnya @noha_raheem.

Noha merancang untuk menulis kaligrafi dalam bahasa Urdu.

Sumber: Arab News