Browsing Tag

jenazah transgender

jenazah transgender
Ibadah,

Dah ubah ‘macam-macam’, ini tatacara uruskan jenazah transgender

TANPA menyebut namanya pun pasti ramai yang mengenali seorang usahawan tempatan yang terkenal kerana merubah dirinya daripada lelaki menjadi perempuan, kemudian hampir ditangkap pihak berkuasa sebelum lari ke Australia.

Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok memaparkan usahawan berkenaan menjawab persoalan daripada warganet yang bertanya tentang kematiannya sama ada meninggal sebagai lelaki atau wanita.

Dengan bangganya, usahawan itu berulang kali berkata dia tidak akan dibawa ke Malaysia apabila meninggal kelak dan akan dikebumikan sebagai wanita di Australia.

Tambahnya, hal ini kerana dia sudah pun menukar jantinanya kepada perempuan secara sah di negara kanggaru berkenaan.

Baca juga Mengapa jenazah meninggal di Makkah, wajah tidak bertutup dan diselimut kain berbeza warna?

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut dengan kenyataannya memandangkan ajal adalah ketentuan ALLAH SWT dan hanya DIA sahaja yang mampu menetapkan di mana dan bagaimana kita semua bakal kembali kepada-NYA.

Namun, apa yang pasti walau apa jua perubahan dan kerosakan yang dilakukan terhadap tubuh kurniaan ALLAH kepada kita ini, tetaplah kita akan kembali kepada fitrah yang asal ketika menghadap-NYA.

SEMUA perkara yang telah dikhususkan untuk wanita dari sudut syarak atau adat maka lelaki ditegah memakainya.

Turut disyorkan Jangan kata isteri, suami juga perlu berhias

Al-Mukhannath dan al-Mutarajjil

Di dalam syariat Islam, istilah terdekat untuk merujuk kepada golongan transgender adalah al-Mukhannath (lelaki yang menyerupai sifat kewanitaan) atau al-Mutarajjil (wanita yang menyerupai sifat kelakian).

Al-Mukhannath pula ada dua kategori, iaitu ciri yang lahir secara semula jadi dan diada-adakan. Sekiranya ciri wanita pada diri lelaki itu atau sebaliknya sudah ada secara semula jadi sejak lahir maka perbuatan itu tidaklah berdosa. (Rujuk: ‘Umdah al-Qari, 8/403).

Namun, yang berdosa adalah jika ciri tersebut diada-adakan secara sengaja seperti memakai pakaian dan perhiasan yang dikhaskan untuk jantina berlawanan atau melakukan pembedahan bagi menukar alat kelamin.

Segala perbuatan melibatkan proses penukaran jantina asal kepada jantina berlawanan bukan sahaja bertentangan dengan hukum Islam, bahkan ia dilaknat oleh Rasulullah SAW sebagaimana yang disabdakan baginda:

Nabi SAW melaknat lelaki yang bersifat kewanitaan dan wanita yang bersifat kelelakian.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Baca juga Terkejut adik nikah dengan kaum sejenis

jenazah transgender

SELAGI seseorang individu transgender itu bergelar Muslim, dia akan dikebumikan di kawasan perkuburan Islam mengikut fitrah kelahirannya.

Bagaimana uruskan jenazah transgender?

Memetik portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, sekalipun seorang lelaki itu berperwatakan atau menukar penampilannya kepada wanita, perubahan tersebut hanyalah pada luaran sahaja. Hakikatnya, jantina asalnya masih kekal.

Oleh itu, segala hukum-hakam melibatkan individu transgender termasuk pengurusan jenazah adalah mengikut jantina asalnya.

Baca juga Ziarahlah kenalan bukan Islam yang meninggal. Ini penjelasannya

Dalam pada itu, tatacara menguruskan jenazah transgender turut pernah disiarkan di rancangan televisyen, Wanita Hari Ini (WHI).

Ringkasan daripada demonstrasi pengurusan jenazah pondan yang dilakukan oleh pendakwah Ustaz Halim Zakaria berkenaan ada dikongsikan seorang pengguna Facebook, Salwa Salleh menerusi platform media sosial itu, iaitu

1. Jenazah transgender akan diuruskan mengikut jantina asalnya. Sekalipun telah menukar alat kelamin, jenazah itu akan tetap diuruskan oleh pihak lelaki.

2. Namun, yang lebih afdal adalah jenazah tersebut diuruskan oleh ahli keluarga sendiri seperti ibu ayah dan adik beradik.

Turut disyorkan 10 tanda kematian yang baik 

INGATLAH, hidup kita dunia ini hanya untuk sementara. Setiap manusia pasti akan menemui ajal dan bersatu semula dengan tanah daripada mana kita diciptakan. Foto: 123RF

Baca juga Jangan suka-suka viralkan gambar jenazah, ini hukumnya yang wajib kita tahu

3. Jika ahli keluarga tidak setuju jenazah pondan itu dimandikan oleh orang lelaki, maka tiada pilihan lain melainkan perlu diuruskan oleh keluarga berkenaan. Jemaah, ahli masjid atau mana-mana perempuan yang bukan mahram tidak dibenarkan mengurus jenazah.

4. Sehelai kain akan menutupi jenazah agar tidak nampak bentuk fizikal semasa proses memandikan. Malah dalam sesetengah kes, muka juga ditutup. Ini adalah untuk menjaga aib jenazah.

5. Urusan mengkafan akan mengikut cara jenazah lelaki. Pengebumian juga dibuat seperti biasa dengan pihak yang menguruskan jenazah tidak akan menceritakan kepada sesiapa mengenai bentuk fizikal yang berubah untuk menjaga keaiban arwah.

Turut disyorkan Hati-hati, berdosa mendedahkan aib sendiri

Begitulah indahnya agama Islam mengajarkan kita menjaga aib diri dan orang lain agar maruah terpelihara.

Maka, janganlah kita bermegah-megah menayang aib dengan mudah sedangkan ALLAH SWT berusaha untuk menutupinya.

Hakikatnya, kita semua adalah pendosa lantas ambillah peluang bertaubat sementara masih bernyawa.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan & Kashoorga

Foto: 123RF