Browsing Tag

Islamofobia di Perancis

Islamofobia di Perancis
Antarabangsa,

Gara-gara Islamofobia, ramai profesional Muslim di Perancis cari kerja di luar negara

Gara-gara Islamofobia, ramai profesional Muslim di Perancis cari kerja di luar negara

ISU Islamofobia mendorong ramai golongan profesional Muslim di Perancis mencari kerja di luar negara.

Fakta terbaharu itu ditemukan menerusi kajian dilakukan Universiti Lille yang diketuai oleh Prof Olivier Esteves baru-baru ini, sebagaimana dipetik dalam laporan Agensi Anadolu.

Baca juga Ketahui sejarah Islamofobia dan serangan halus untuk burukkan Islam

Hasil penyelidikan itu mendapati, orang Islam yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi di negara itu meninggalkan Perancis dalam jumlah yang besar ke United Kingdom (UK), Amerika Syarikat, Kanada dan Dubai untuk mencari peluang pekerjaan.

Tinjauan dibuat melibatkan 1,074 orang Islam yang ‘keluar’ dari negara berkenaan.

Baca juga Institusi Islam Di Perancis jadi Sasaran Grafiti Islamofobia

Dalam hujahnya, Esteves menjelaskan, lebih dua pertiga daripada responden melaporkan bahawa mereka berhijrah untuk mengamalkan agama masing-masing dengan lebih bebas.

“Kira-kira 70 peratus daripada mereka keluar untuk mengelakkan insiden perkauman dan diskriminasi,” katanya sebagaimana dipetik dalam laman web agensi berita aa.com.tr pada Selasa.

Islamofobia di Perancis

PENUNJUK perasaan menentang larangan Perancis terhadap burkini, di luar Kedutaan Perancis London. -Foto: Reuters

Menurut Esteves, kelompok profesional Muslim Perancis yang mempunyai kemahiran dan permintaan tinggi itu sudah muak dengan layanan diperoleh di negara berkenaan.

“Ironinya, Perancis membayar untuk pendidikan mereka. Namun, negara kehilangan bakat berkemahiran tinggi itu kerana isu Islamofobia yang berleluasa,” ujarnya.

Menurut salah seorang responden yang berhijrah, Natasa Jevtovic, 38, beliau berpindah dari Perancis ke UK sejak tahun 2020 dengan harapan dapat mengamalkan agamanya lebih mudah dan ditawarkan pekerjaan lebih baik sepadan dengan kemahirannya.

Baca juga Perdebatan tercetus di Perancis gara-gara kebenaran pemakaian burkini

Ternayata keputusan nekad pengurus projek kewangan itu berpindah membuahkah hasil.

Sejak berhijrah, Jevtovic telah dinaikkan pangkat beberapa kali dan kini memperoleh pendapatan dua kali ganda.

Berbanding dengan ketika masih berada di negara asalnya, beliau pernah berhadapan dengan kenyataan yang menyakitkan.

Bayangkan di sebuah bank terkemuka, Jevtovic diugut dengan pernyataan berbaur perkauman sehinggakan beliau diancam oleh pengurusnya untuk dipecat gara-gara berhadapan dan menuduh rakan sekerjanya melakukan diskriminasi.

Islamofobia di Perancis

SEORANG wanita memakai tudung berjalan di dataran Trocadero berhampiran Menara Eiffel di Paris, Perancis. -Foto: Reuters

“Orang ramai akan menggunakan istilah perkauman. Saya akan meminta mereka untuk menghentikannya. Malangnya, mulai detik itu dan seterusnya, tiada sesiapa lagi yang mahu makan tengah hari dengan saya.

“Tiada sesiapa yang mahu bercakap dengan saya untuk tempoh enam bulan akan datang. Saya diboikot,” ungkapnya.

Baca juga Mesej ‘Hands off my hijab’ untuk Kerajaan Perancis dan Persekutuan Bola Sepak

Sejak tahun 2015, kerajaan Perancis menerima pakai pelbagai undang-undang yang dikatakan menyekat umat Islam dalam kebebasan beragama mereka termasuk peraturan diluluskan pada 2016 yang melarang pemakaian tudung di tempat kerja.

Pada tahun 2017 pula, Presiden Perancis, Emanuel Macron dan kerajaan pusatnya meluluskan undang-undang yang meletakkan imam di bawah pengawasan kerajaan yang keras.

Ikuti kami di TiktokInstagramFacebookTwitter dan Youtube Sinar Islam Plus.

***Foto: Agensi Anadolu